CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: syrzreen

[Penerbit] ** BUKU PRIMA **

[Copy link]
Post time 21-11-2006 03:13 PM | Show all posts
gerimis baru

err. tu link tu. sama kot. tajuk lain, tu yg tak perasan acun. biasa la :bgrin:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2006 09:00 AM | Show all posts
Ader forumner kat sini dulu kata yg kau mawarku n cinta najla best..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 09:37 AM | Show all posts
secarik harapan pun katanya best....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 09:07 AM | Show all posts
Insya Allah..akan d beli..byknyer buku nak d beli ni...huhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2006 05:55 PM | Show all posts
ha'ah saya dah baca kau mawarku, cinta najla&secarik harapan memang best..
ada kelainan dari novel2 terbitan lain..
kalau nak beli langgan ajer ngan pengedar nya..
kalau cari kat kedai memang susah nak dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 10:39 AM | Show all posts
baru baru ni wakanabe prasan kat majalah KLIK iklan novel buku prima ni. Tertarik dengan novel RINTIHAN MAZLIZA cerita misteri hasil Zaifuzaman Ahmad. Wakanabe dapat beli di kedai buku MPH. Seronok juga baca cerita ni. Skarang nak cuba dptkan cerita terbaru gak, SEINDAH RAHSIA - Afiqah Farzana. Cousin dah baca crita ni, katanya best! Watak dalam novel tu seolah olah hidup bila dibaca. Ni yang x sbr ni, jeng..jeng..jeng...

RINTIHAN MAZLIZA-ZAIFUZAMAN AHMAD (RM16.90)


PAK Berahim adalah pengawal keselamatan di sebuah sekolah yang baru dibina. Sejak sekolah itu dibuka, hanya Pak Berahim sahajalah yang mengawasi sekolah itu siang dan malam. Timbul rasa bosan di hati Pak Berahim dan dia telah berjumpa dengan pegawai ronda bernama Ali untuk ditambah seorang lagi pekerja. Akhirnya Ali bersetuju dan diambil lagi seorang pekerja bernama Amirul. Amirul adalah lepasan kolej yang masih belum mendapat pekerjaan tetap. Ayah Amirul, iaitu Encik Majid adalah sepupu dengan Ali. Sebab itulah, Amirul senang mendapat pekerjaan itu walaupun dia tidak berminat.
Setelah seminggu Amirul bekerja, dia sering bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lengkap berpakaian sekolah bermain teng-teng di situ. Amirul tertanya-tanya di dalam hati, siapakah kanak-kanak itu? Mustahil waktu-waktu senja begini masih ada kanak-kanak bermain teng-teng di situ. Amirul cuba mendekati kanak-kanak itu namun setiap kali dia berbuat begitu, kanak-kanak itu pasti akan melarikan diri dan hilang di sebalik bangunan. Sejak itulah, Amirul sering diganggu oleh kanak-kanak misteri itu. Lampu bilik darjah terpasang walhal tiada orang di dalamnya. Kedengaran tapak kasut melangkah tapi apabila Amirul memeriksa tiada sesiapa pun. Begitu juga dengan suara kanak-kanak menangis, mendayu-dayu bunyinya. Suara kucing mengiau-ngiau di sana sini. Semuanya membuat Amirul ingin menyiasat siapakah kanak-kanak itu. Amirul memang tidak percaya pada hantu. Padanya, itu cuma mainan perasaan. Sehinggalah pada suatu hari, dia terjumpa dengan beg sekolah kanak-kanak itu. Barulah Amirul tahu kanak-kanak itu bernama Mazliza. Tapi apa tujuan kanak-kanak itu menakut-nakutkan Amirul? Apa motifnya? Adakah sekolah itu berhantu? Ataupun adakah terdapat  sesuatu yang hendak disampaikan oleh kanak-kanak itu?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2006 12:12 PM | Show all posts
SECARIK HARAPAN - Zulaila Zakaria (RM19.90)  wakanabe dh baca bulan lepas. Ok, sedih n menyayat hati. Tersentuh wakanabe bila baca lebih2 lagi watak warga tua. Ni pun wakanabe bg sinopsis je, nak cite panjang sat a... ada keje ni..

Tindakan Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dalam keluarganya yang telah merancang untuk menjodohkan Adham dengan Izzah anak Tuan Haji Ibrahim. Akibatnya, Adham bertindak menjauhkan diri dari keluarganya dan meninggalkan kampung halaman. Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dalam kehidupan Tuk Wa, emak Adham. Dia mahu merapatkan kembali hubungannya dengan keluarga Haji Ibrahim. Kali ini, Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dengan Izzat Zaidi, anak bongsu Haji Ibrahim untuk mendapatkan kembali tanah pusaka. Namun malang tidak berbau, semasa Nattalia tinggal bersama Tuk Wa di kampung, dia telah diselamatkan oleh Zaidi dari lemas sewaktu bermain di tali air. Berputik perasaan cinta antara mereka. Namun Adham menghalang hubungan cinta mereka. Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yang telah lama terpendam untuk menjodohkan Nattalia dengan Zaidi? Apa pula tindakan Adham seterusnya?

:pompom: Macam filem Rashid Sibir la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 12:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2006 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:02 PM | Show all posts

Reply #9 wakanabe's post

wah.... macam besh jek citer nie... harus dicari nie....
citer ala-ala misteri nusantara ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:06 PM | Show all posts
opppsss..sorry Mod terpost dua kali...
server tak berapa okey tadi...
ini sinopsis seindah rahsia karya Afiqah Farzana.
Rumah tangga yang dibina Sri Atiya bersama Anuar selama lima tahun hambar walaupun Sri Atiya sedaya-upaya menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Mengahwini Anuar bukanlah satu kesilapan dalam diari hidup Sri, malah dia redha dengan ketentuan ILAHI apabila terpaksa menjadi galang ganti Atira, kakaknya yang hilang di majlis perkahwinannya.
        Kehadiran Ilham sebagai ?ecret admire? telah merubah hidup Sri lebih bahagia. Pertemuan semula dengan Atira dan juga perceraiannya dengan Anuar menjadikan Sri dilanda tekanan emosi yang hebat. Sri terpaksa berhenti kerja dan tinggal bersama Atira. Kemunculan Hadi mula mencari tempat di hati Sri. Dia tidak mahu kecundang dan mahu memenangi hati Sri dan akhirnya berjaya menyemai cintanya bersama Sri.
        Perkahwinan kedua Sri berlangsung lebih meriah. Mahligai yang dibina atas dasar cinta telah melenyapkan luka di hati Sri setelah berpisah dengan Anuar. Namun jauh di sudut hati, Sri masih merindui Ilham yang hilang tanpa khabar berita. Sri yakin Ilham wujud bukan sekadar di alam telekomunikasi sahaja.
        Usia perkahwinan yang baru mencecah setahun jagung mula bergolak apabila Anuar kembali mencari peluang untuk memenangi hati Sri dengan membocorkan rahsia      bahawa Hadi mengahwininya atas dasar perjanjian cina buta.
        Sri sekali lagi merasa tertekan. Kepercayaannya pada Hadi hilang sekelip mata. Sri mahukan perpisahan seketika. Dia perlukan ketenangan. Hadi pasrah lalu membawa diri.
        Ketika konflik menyelubungi Sri, Ilham muncul semula melalui e-mel. Sri kembali bersemangat dan berjanji untuk menemui Ilham semasa hari konvokesyen pengajiannya berlangsung. Namun begitu, Sri berada dalam dilema untuk menerima Hadi atau Ilham dalam hidupnya. Dia perlu membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya. Kata putus pada Hadi dijanjikan di hari konvokesyennya itu.
        Semasa  hari konvokesyen berlangsung, Sri bertemu dengan Ilham seperti yang dijanjikan.Sri tergamam dengan kehadiran Hadi. Dapatkah Sri bertemu dengan Ilham, jejaka yang dirindui sejak sekian lama. Siapakah Datuk Nurilham Hadi yang muncul dan menjadi penyeri dalam hidup Sri?  Dapatkah Sri menerimanya?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2006 02:11 PM | Show all posts

Reply #15 solara's post

misteri nusantara iya, misteri thailand pun iya... hantu kanak-kanak yg datang membawa maksud...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 12:23 PM | Show all posts
Originally posted by buku_ink at 23-11-2006 05:55 PM
ha'ah saya dah baca kau mawarku, cinta najla&secarik harapan memang best..
ada kelainan dari novel2 terbitan lain..
kalau nak beli langgan ajer ngan pengedar nya..
kalau cari kat kedai meman ...

Nak beli secarik harapan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2006 07:20 PM | Show all posts
secarik harapan & cinta najla best..
cuma yg kurengnya buku prima ni covernya tu tak menarik hatiku... (for me la..)
once dah baca best gak...
janji kita & andai ada cinta pun best gak...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 09:16 AM | Show all posts

janji kita & kalau ada cinta

Aku cari ni....



JANJI KITA ~ IZZAH JOELATI

Datuk Afizal dan Datin Hidayah mempunyai seorang anak gadis bernama Izyan Amira. Izyan seorang gadis yang pintar dalam pelajaran dan sering mendapat markah tertinggi dalam pelajaran yang didudukinya. Tahun ini, Izyan akan menduduki peperiksaan STPM dan bercita-cita ingin memilih sendiri pekerjaan tanpa dikongkong oleh orang tuanya.

Datuk Afizal tidak bersetuju dan mahu anaknya itu mengikut jejak abangnya yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Datin Hidayah juga membantah dan mahu Izyan mengikut kata mereka. Izyan merajuk hati dan mengikut sepupunya, Faizal pulang ke kampung.
Di kampung, Izyan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Amir. Amir merupakan seorang usahawan kampung yang mengusahakan penternakan ayam, itik, lembu dan kerbau di samping mempunyai kolam ikan dan juga kebun sayur-sayuran. Dia merupakan pemuda kampung yang mempunyai kelulusan tinggi namun disebabkan susah hendak mendapat pekerjaan dia telah nekad untuk menjadi petani moden.

Perkenalan bermula dalam satu insiden di mana Izyan terjatuh ke dalam petak sawah. Kebetulan Amir lalu di situ dan membantu Izyan. Dari situlah mereka mula mengenali hati masing-masing namun perhubungan mereka tidak direstui oleh Datuk Afizal dan Datin Hidayah. Mereka mahukan Izyan memilih orang yang berpangkat dan berkedudukan bukannya seorang usahawan kampung seperti Amir.

Izyan tidak bersetuju dengan cadangan orang tuanya dan nekad ingin berkahwin dengan Amir. Dapatkah Izyan berkahwin dengan Amir? Apa pula tindakan Datuk Afizal dan Datin Hidayah?



KALAU ADA CINTA ~ HANA EMI HUSNA

Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah, Shahirah sanggup berkahwin dalam usia muda. Pengorbanan yang diberikan oleh Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah menjaga Shahirah setelah kematian keluarga dalam satu kemalangan jalan raya memaksa Shahirah menerimanya. Isteri majikan tempat Pak Ngah Rafiq bekerja menyuruh dia mencarikan calon untuk suaminya, Fariz.

Julia isteri kepada Fariz. Seorang yang cantik, berbudi bahasa dan bertanggungjawab. Namun disebabkan masalah kesihatan, dia rela mencarikan pengganti untuk suaminya. Fariz tidak bersetuju kerana Julia adalah wanita yang sangat dicintai walaupun mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Tidak mungkin dia mencari lain.

Shahirah kebingungan. Tidak tahu hendak buat apa. Sanggupkah dia hidup bermadu? Lagipun Fariz tidak dicintai. Begitu juga dengan Fariz. Dia tidak boleh hidup tanpa Julia. Cintanya hanya untuk Julia. Namun Julia mahu membahagiakan Fariz. Sudah lama menderita sejak dia menghidapi penyakit serius.

Status isteri kedua membawa tanggapan negatif ibu mentua dan adik ipar Fariz. Mereka tidak menerima Shahirah dalam keluarga dan menuduh Shahirah merampas kebahagiaan Fariz. Shahirah tertekan. Perselisihan berlaku antara Fariz dan Shahirah. Akhirnya Shahriah membawa diri. Ke manakah Shahirah lari? Dan apa pula tindakan Fariz?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2006 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by wakanabe at 24-11-2006 10:39 AM
baru baru ni wakanabe prasan kat majalah KLIK iklan novel buku prima ni. Tertarik dengan novel RINTIHAN MAZLIZA cerita misteri hasil Zaifuzaman Ahmad. Wakanabe dapat beli di kedai buku MPH. Seronok ...

:...., ziafuzaman dah kuar buku baru???
ni yg nak kena beli nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2006 06:57 PM | Show all posts
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2006 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by teratai_kristal at 1-12-2006 06:57 PM
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..

Wah..teratai..emosi nampaknyerr...
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:27 AM | Show all posts
Originally posted by teratai_kristal at 1-12-2006 06:57 PM
Novel secebis rindu plak cite pasal suami yg tak sedar diri... tak sedar untung..



Ni kisah suami lupa diri... (petikan dari Dunia Buku Unit sastera Berita Harian)

SECEBIS RINDU karya Alis Ashiqin menampilkan konflik rumah tangga peniaga wati, Anis Amira dengan Fakrul Azim yang bermula sebaik sang suami meneruskan pengajian di UM, akibat campur tangan org ke3. Fakrul yg berkasih dgn Anis ketika sama2 menuntut si sekolah, diminta ayah gadis itu, Pak Malik agar bernikah terlebih dahulu sblm mendftar sebagai mahasiswa bg menjamin masa dpn Anis yg gagal mendpt tmpt di universiti. Permintaan Pak Malik dipersetujui ibu Fakrul, Mak Timah krn fhm dgn kebimbangan keluarga bakal menantunya meskipun ia pd mulanya, tdk termasuk drp rcgn keluarganya. Anis yg mengusahakan kedai jahit meluaskan rangkaian perniagaannya kpd perniagaan kedai bunga dgn izin Fakrul krn mahu meningkatkan pendapatannya bg membiayai pengajian suami dn menanggung ayah yg sakit. Di universiti, Fakrul bertemu Tengku Marsya yg jatuh hati kpdnya slps lelaki terbabit menyelamatknnya dlm satu kejadian ragut ketika kumpulan pelajar mengadakan lawatan sambil blajar. Adham Iskandar, rakan sekuliah Fakrul yg sedar dgn perubahan Fakrul tanpa jemu menasihati sahabt sebiliknya utk menjauhkan diri drp Marsya bg mengelakkan diri drp terperangkp dlm masalah. Fakrul yg pd mulanya begitu yakin cintanya kpd Anis teguh dn tdk akan terganggu gugat akhirnya tewas dgn habuan kewanagn dn layanan manja Marsya sehingga lupa diri dn terus menyepi drp menghantar berita sekalipun hanya SMS. Perniagaan ANis yg berkmbg mendpt perhatian drp En. Razif sehingga menjadi pelanggan tetap dn membeli dlm jumlah yg bsr disamping mula menaruh hati kpd wanita itu. Fakrul menyagka Marsya menyayanginya sepenuh hati, lalu menceraikan Anis slps berlaku pertengkaran kecil tetapi ditimpa kemalangan jln raya yg menyebabkan kakinya patah dn terpaksa menangguh pengajian selama 2 semester. Marsya yg berada di Korea Selatan ketika kemalangan belaku akhirnya bertunang dgn pemuda lain menyebabkan Fakrul menyesal dgn tindakannya hingga terpaksa menjilat ludahnya kembali utk bersama semula dgn Anis. Apakah Fakrul dpt menjinakkan Anis yg luluh hatinya dn mungkinkah cinta En.Razif berbalas slps peristiwa pahit itu?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2006 09:52 AM | Show all posts
Thanks for the sinopsis, wakanabe..

[ Last edited by  KRUfan at 5-12-2006 09:53 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:04 PM GMT+8 , Processed in 0.080763 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list