de 1 pertubuhan nama KAMI kalo x salah yg mencari jodoh2 dikalangan tabligh n jemaah islam nie...kalo nak yg baik2 leh la dftr kat ctuh... laki pompuan suma ada... pompuan yg kat ctuh suma pki tudung labuh ler... n laki suma 90% dak islamiah...
so kalo nak yg btul2 baik de jalan n caranyer... x payah ler nak emo bagai
Originally posted by fezy at 24-10-2008 01:06 PM
tapi kdg2 takut gak org gitu..
bukan apa.... biarlah sederhana..
kang2 obsess sgt bertabligh2 bagai... jadi pengikut ayah pin ke apa ke.. naya....
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan menggadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan.....takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya menggoncang iman mereka. Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.
Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang menggoncang buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang menggoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya...dan aku benci mendengarnya...
Hidup bukan mimpi... dan mimpi tak mungkin menjadi realiti......
dunia akhir zaman skrg nie dah susah sgt nak jumpa laki atau pompuan yg baik.
laki baik sikit sgt..
pompuan baik pon skit sgt..
yg tinggal semua laki dan pompuan akhir zaman. bg aku biar la akhir zaman asal kan diaorg mahu berubah utuk menjadi baik dan mahu kembali ke jln Allah..
lagi pon dlm dunia nie mane ade org yg langsung tak penah buat silap. right person tue ade. just tak nampak jer.. so, keep waiting..