CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 19841|Reply: 38

hak penjamin: melangsaikan hutang peminjam & CTOS!!!!

[Copy link]
Post time 14-10-2008 12:04 PM | Show all posts |Read mode
nak tanya pasal hak penjamin..

aku ada jamin sorang kawan buat personal loan ngan bank rakyat (boleh dianggap rapat dan dipercayai).. mmg aku tak ragui pon budak nih.. aku tahu dia keje ape, range gaji sumer.. so dipendekkan cerita, tahun lepas aku bercadang nak beli rumah.. sekali nama sangkut ctos, bank taknak bagi tahu ape sebab.. aku terus suspect mamat nih.. dan mmg betul.. hanya bayar 3 bulan pertama.. pastu masuk sekrg ni tahun ke-4..

sekarang.. budak nih dah kencing aku byk kali.. sembang bisness lembu la, bengkel la, agen kontena la.. dan mmg hampeh.. dah setahun aku kejar.. skrg aku give-up.. aku nak jugak beli rumah.. kalu tak retirement plan aku terganggu..

SOALAN aku, sebagai PENJAMIN, boleh kah aku bayar outstanding amount kepada bank, pastu dapatkan pelepasan dr CTOS, dlm masa yg sama aku nak kekalkan nama budak nih blacklisted dlm CTOS?? Adakah aku kena jumpa lawyer bagai...

p/s: dah lepas beli rumah nih aku cadang nak rembat budak nih.. okeh tak?

[ Last edited by  medangmru at 14-10-2008 09:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2008 12:05 PM | Show all posts
ada banker pernah bagi tahu aku bende nih.. so aku nak kepastian dpd mereka yg tahu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:07 PM | Show all posts

Balas #1 alpha_dansei\ catat

nak tanya...kalau peminjam tu hanya bayar 3 bulan pertama..ko ada dapat tak surat2 yang jugak di CC pada ko sbb peminjam x bayar???

takkan selepas tahun ke-4 baru dapat kesan yg dia tak byar loan tu??

SBBnya....aku pernah alami peristiwa yang seakan2 sama ngan ko....lepas "menderita selama 3 tahun....akhirnya Bank bagi satu cadangan kat dia ( lepas aku "serang Mak bapak dan Adik Bradik dia ) .....Kebetulan Plak Wife dia Keje Gomen..so..baki pinjaman di"transfer" ke Wife dia..kunun2nya....bini dia wat loan la...cuma duit tak dpt sbb bini dia kira2 tanggung pinjaman laki dia la....

namun...demi mengelakkan aku pergi ke Court..dan tak tahan dgn surat dr Lawyer yg selalu 'menyerang" post Box aku.....aku bayo kan dulu sbb nak tutup "lunang taik" dia tu...dekat2 RM5K gak aku bayar secara "terpaksa" ....akhirnya..kes selesai...TP..utang RM5K tu terus tak nampak bygnya..lesap terus...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:11 PM | Show all posts
Pasal nak clearkan nama you dr CTOS ...itu agak sukar...mungkin ambil masa yg lama....cuma you kene mintak dr pihak Bank ataupun dapatkan surat pengesahan dr Bank berkenaan yang mungkin boleh digunakan untuk clearkan nama you dulu dgn pihak Bank yang you nak wat pinjaman rumah tu....

Tp kan..masalahnya disini....you mmg nak byr penuh ke Oustanding amount tu???mmg tak berbaloi kan ...org kebas duit..kita yg plak kene tanggung...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:16 PM | Show all posts
seriously....aku mmg hangen kalau baca kisah2 camni...sbb aku pernah terkena...mmg haram jadah betullah kpd mana2 peminjam yang menganiaya penjamin..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 09:51 PM | Show all posts
nak bayar outstanding amount?  boleh.
nak settlekan loan?  boleh.
nak clearkan nama sendiri dari ctos?  boleh.  suruh pihak bank buatkan.  follow-up selalu.
nak blacklistkan nama budak tu dalam ctos?  boleh.  lepas dah bayar dan bank dah clearkan nama anda dan budak tu (ini kerana bank takde hak nak blacklistkan budak tu), anda upah peguam untuk tuntut gantirugi dari budak tu.  kalau dah jadi kes mahkamah, ctos akan automatically senaraikan nama budak tu dalam ctos.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-10-2008 09:25 AM | Show all posts

Reply #3 medangmru's post

nak dijadikan cerita.. kebetulan tak lama lepas aku jamin budak tu.. aku pindah rumah... still bank ada alamat kampung aku.. dan yg aku marah sgt ngan bank sbb dia tak pernah telepon aku.. padahal no tepon tak pernah bertahun2.. dia siap cakap dalam sistem dia ada call aku berkali2.. tapi tak berangkat... aku maki balik cakap dowang nyer pekerja mmg makan gaji buta.. mmg aku tak pernah dapat satu call pon dr bank rakyat..

tuh hari aku turun bank.. aku bagi no tepon rumah, no tepon office, no handphone, siap ngan no tepon office bini dia.. siap update ngan alamat kampung budak tuh lagi.. pastu ko tau jawapan dia aper? dowang cakap mamat nih dah luar kawasan.. dia kena bagi cawangan bank tempat tuh utk follow up.. tapi bende leceh.. ada ker jawab tuh? aku paksa dia suruh buat lawatan ke rumah.. dia cakap nanti lah...

nih dah 3 bulan aku tak follow up ngan bank rakyat.. dah sampai masa aku kena call tanya ape tindakan dowang.. mmg panas hati aku ngan bank ni.. staff tak sungguh2 collect duit.. yg tersepit orang lain..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 09:31 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 14-10-2008 09:51 PM
nak bayar outstanding amount?  boleh.
nak settlekan loan?  boleh.
nak clearkan nama sendiri dari ctos?  boleh.  suruh pihak bank buatkan.  follow-up selalu.
nak blacklistkan nama budak tu dala ...


mengikut banker yg citer ngan aku tuh..

kita boleh setelkan outstanding yg ada.. hmm tak pasti samada setelkan outstanding atau full settlement.. immediately kita boleh mintak surat pelepasan.. sbb nama nak clear dr Ctos makan bulan2 jugak.. tapi kita sbg penjamin yg setelkan hutangkan peminjam nih, ada hak untuk kekalkan nama peminjam tuh dlm CTos.. cuma aku tak tanya detail jer.. kalu bank boleh tolong buatkan, lagi bagus.. nak upah peguam pon extra cost.. dah lah nak setel hutang peminjam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-10-2008 09:38 AM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 14-10-2008 09:11 PM
Tp kan..masalahnya disini....you mmg nak byr penuh ke Oustanding amounttu???mmg tak berbaloi kan ...org kebas duit..kita yg plak kenetanggung...


aku dah pikir dah.. malas nak drag bende panjang2.. lg pon aku still muda.. takkan sebab 15 ribu tuh aku nak biarkan hidup aku tanpa boleh meminjam ngan bank? susah nak hidup beb.. beli rumah murah boleh la beli cash.. kalu rumah atas tanah??

plan aku lepas nih.....

mamat nih bekerja - gaji tetap.. busuk2 pon 3 ribu sebulan... aku tahu sape kawan2 dia.. aku tahu sape mak bapak dia.. aku kenal adik badik dia.. aku tahu dia keje mana sumer.. mamat nih siap ada ternak lembu lagi.. ada lah 15-20 ekor (ini mengikut cerita kawan aku yg jugak kenal dia nih)... aku plan nak gempur dan jual lembu2 nih utk dapatkan balik gantirugi aku setelkan hutang dia... of coz kalu tak boleh cara baik aku pakai cara keras..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:51 AM | Show all posts
kan ke post aku merujuk kepada cara nak buat...

betul, penjamin ada hak nak kekalkan nama dia tapi cuba cerita sikit bagaimana kau/bank nak laksanakan ikut undang-undang?  ada bank tu cakap sapa yang kena buat?  kalau kau kena buat, cemana kau nak buat?

kalau bank kata boleh buat, tanya lagi, cemana bank nak buat?
setahu aku, kalau hutang bank dah dibayar, bank takde locus standi nak blacklist sesapa lagi dah.  jadi cemana bank kata boleh buatkan?  


tak tau la kalau sekarang ni lain pulak undang-undangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #10 Gemukkkkkkk's post

kira nya aku kene rujuk pada peguam.. pastu buat kes saman baru untuk pihak aku lah kan? bukan atas personal loan dia kat bank rakyat  nih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 09:59 AM | Show all posts
mmm, tanya la bank tu.  pasal aku dah 5 tahun tak kerja bank.  sebab tu aku komen pasal perubahan undang-undang.

bila kau dah bayar, maknanya langsailah hutang kau/budak tu dengan bank.  bank takde kuasa dah.  tapi kau sebagai penjamin ada hak untuk tuntut gantirugi dari budak tu.  maknanya kau pulak kena mulakan tindakan undang-undang.  
kalau camtu, memang kena pakai peguam dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by Gemukkkkkkk at 15-10-2008 09:51 AM
kan ke post aku merujuk kepada cara nak buat...

betul, penjamin ada hak nak kekalkan nama dia tapi cuba cerita sikit bagaimana kau/bank nak laksanakan ikut undang-undang?  ada bank tu cakap sa ...


mmg betul tu gem.....mmg bank takder hak kalau dah bayar lump sum...

masalahnya sekarang ..cepat atau lambat nama tu nak dikuarkan dr CTOS ( ada gak aku dgr.....sejarah pembayaran dan blacklist kita akan kekal dalam sana  ( CTOS )...cuma nama tu dah direlease dr rekod CTOS )....

kene byk kali call pihak CTOS atau bank....kan ke dah byk cth kat paper...utang dah langsai....tpnama masih kekal dlm CTOS sbg Blacklist....tak ke haru tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:37 AM | Show all posts
cepat atau lama dari ctos tu, memang diakui isu yang amat menyakitkan hati.  cuma boleh cadangkan korang simpan deposit slip pembayaran hutang, penyata akaun dan surat pelepasan dari bank tersebut.  jadi bila nak apply mana-mana loan, bawak je dokumen ni sebagai bukti dan rujukkan tarikh-tarikh dokumen tersebut berbanding tarikh notis dalam sistem ctos.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 10:39 AM | Show all posts

Reply #12 Gemukkkkkkk's post

tenkiu abang Gemukkkk..

aku baru tanya member aku lawyer.. dia boleh buatkan dgn budget 2 ribu (lebih kurang)..

kang ada masa aku nak call bank plak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 10:41 AM | Show all posts
oh ya, berapa hutang si alpha ni.  cuba rujuk dengan peguam atau kengkawan yang masih bekerja di bank.  
rasanya walaupun dah tandatangani persetujuan untuk dipertanggungjawabkan bayar hutang kalau peminjam tak bayar, ianya tetap tak akan berkuatkuasa tanpa bukti bank dah habiskan usahanya mencari si peminjam.  kalau tak silap, ini arahan bank negara.
jadi kalau dah bagi alamat, no. telefon, etc si peminjam kat bank, bank tetap kena kejar peminjam dulu sampai ke tahap bangkrap.  rasanya lah..  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2008 10:44 AM | Show all posts
jangan buat dulu.  tanya pasal post #16 dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 11:20 AM | Show all posts

Reply #16 Gemukkkkkkk's post

hutang nyer principal amount 10K.. masuk interest 7 thn adalah dekat2 15 K.. aku pon tak baper ingat sgt..

masalah bank rakyat cawangan nih... aku tak pasti lah dia betul2 cari ker tidak... dia cakap pernah hhubungi aku beberapa kali nak inform pasal hutang tertunggak peminjam... tapi seingat aku tak pernah pulak dapat call dari bank nih.. aku punya perangai plak tak pernah tak angkat call masuk... kalu miss called aku mesti return balik.. aku rasa depa nih penipu jer...

mmg bank kena carik peminjam dulu... sehingga habis ikhtiar... tapi baper lama plak aku nak tunggu? berjanggut la jawabnya... kalu setakat 10-15K insyaallah aku boleh ikhtiar... tp lepas nih serik dah.. even adik beradik pon aku dah malas nak jamin2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2008 11:20 AM | Show all posts
rasanya nak bangkrap kan orang kena 30 K kan?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 11:54 AM | Show all posts
ye, minimum 30K.  apa pun, bagitau situasi penuh kat kawan peguam tu.  lepas tu tanya nasihat dia.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:58 PM GMT+8 , Processed in 0.353700 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list