selamat hari raye.. maap zahir sahaja (batin ngan org yg menerimanye sahaja kekekekek)
kepade semua forumer board johor.. walau muke nyer tak ku kenal.... (tapi ade yg mukenye aku kenal)
selamat aidilfitri, kepade saudara serta saudari
setahun hanya sekali, merayakan hari yang mulia ini
di masa bulan ramadhan, kita berpuasa hingga sebulan
pabila syawal menjelma, hari raya disambut dengan gembira
miskin kaya memakai baju baru warna warni ,mengunjungi sanak kaum family
sungguh hebat permandangan dihari raya ini, tua muda wajah beseri-seri
selamat hari raya, pada saudari saudariasemua
marilah dengan gembira ,merayakan aidilfitri yang mulia
di sana kelihatan ,bermacam kuih ketupat dan rendang
mintak bu kuih sepotong, saya mau makan kerna perot kosong
dam dam dum bunyi mercun, kanak-kanak segera datang berduyun
dam dam dum mercun berdentum, semarak lah hari raya ini tahun
maafkan jika ada terlanjur perkataan ,diharap supaya jangan disimpan
ku berdoa selamat panjang umor murah rezki ,semoga tuhan akan memberkati
selamat hari raya, hari untuk kita bersuka ria
selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depan
Selamat hari rayaaaa..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT WARGA JOHOR WALAU DIMANA PUN KORANG BERADA AKU PASTI JOHOR TETAP DIHATI..kan..kan..kan.. MOHON MAAF ANDAI KATA ADA SILAP DAN SALAH..:victory: ..jangan lupa hayati lirik lagu ni..
Lagu Raya :RAYA - JALIL HAMID
Bila sebut pasal raya
Semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa
Ada seribu satu kata
Berkait dengan raya
Selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa
Orang melayu orang cina
Orang putih atau orang india
Orang timur orang barat
Di seluruh dunia
Ada hari raya
Kalau banyak harta benda
Orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta
Itulah jalanraya
Hentian bas ibu kota
Itu di Puduraya
Di tengah bandaraya
Kalau banyak jalanraya
Dipanggil lebuhraya
Bunga lambang negara
Namanya bunga raya
Tukang menyelenggara
Mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya
Gembira kita di hari raya
Makan kenduri di balairaya
Kalau kita malas nak puasa
Kita sama macam hantu raya
ucapan selamat hari raya ini ditujukan khas untuk haji wahid kat jb..., mat shah kat peserai, batu pahat, mak ngah kat parit jawa, mamak abu bakar hanifah kat jalan abdullah, muar,.. dengan ucapan... kang kalau senang2 tu... aku singgahlah tempat korang... itupun kalau korang tak tutup kedai time raya nanti.
...SALAM LEBARAN A'IDIL FITRI kpd sluruh warga JOHOR .n kenkawan board ni yg ceria n meriah slalu. normal dlm berforum,pasti ada terlaser n terkasar kata,tersinggung hati rakan2..hamba pohon kemaafan. bersatu kita bergurau senda di board ini dgn akrabnya bukan krn semangat kenegerian sebenarnya...tp dek rasa persaudaraan islam yg erat antara kita.insyaallah.
menganyam ketupat atas beranda,
membakar lemang di laman rumah,
di hari raya kita gelak gembira,
jgn lupa insan2 yg fakir & susah.