CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Teori Big Bang : Update - Damaged to new collider -

[Copy link]
Post time 5-9-2008 06:31 PM | Show all posts

Reply #18 bubpallo's post

Sebab kita pada masa itu sudah kena sedut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2008 11:12 PM | Show all posts
Tak silap aku 10 sept. ini diorang akan lancarkan mesin itu..betui ke??
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2008 02:58 AM | Show all posts
Originally posted by Neraka Bulan at 6-9-2008 11:12 PM
Tak silap aku 10 sept. ini diorang akan lancarkan mesin itu..betui ke??


yup, lagi 3 hari LHC nak beroperasi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2008 07:52 PM | Show all posts
banyak spam dalam ni.....kaku jejari penyepam tu baru tau...kalau marah sekali pun jangan lah spam sampai keluar perkataan kesat tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2008 03:25 AM | Show all posts
Eksperimen Big Bang esok - Dibimbangi Bumi musnah


Dibimbangi Bumi musnah


GENEVA - Sekumpulan saintis tajaan Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) akan melancarkan satu eksperimen yang dibimbangi boleh memusnahkan dunia, esok.

Eksperimen paling kompleks itu bertempat di dalam sebuah terowong sepanjang 27 kilometer dan pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan Bumi di sempadan Perancis-Switzerland.

Ia cuba mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains, membawa kepada pembentukan alam semesta.

Eksperimen mega disifatkan sukar dan berbahaya yang dibiayai CERN itu mendapat lampu hijau selepas persediaan hampir dua dekad dengan menelan belanja AS$10 bilion (RM34.3 bilion).

Ia memerlukan kepakaran sekumpulan 5,000 saintis, jurutera dan juruteknik dari kira-kira 36 buah negara yang berusaha memasti-kan eksperimen itu berjaya dilakukan.


BEBERAPA saintis melihat skrin komputer di pusat kawalan Pertubuhan
Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear (CERN) di Geneva pada Rabu lalu



Sekumpulan saintis yang menyediakan mesin pemecut jirim terbesar dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu turut menerima ancaman bunuh.

Menurut sebuah akhbar semalam, ancaman bunuh itu dihantar oleh sekumpulan pengkritik yang bimbang eksperimen tersebut mampu memusnahkan dunia.

Eksperimen yang menggunakan mesin itu akan memecut partikel proton hampir menyamai kelajuan cahaya bersamaan 186,282.397 batu sesaat.

Partikel tadi akan dihentam dengan partikel lain yang menghasilkan satu letupan amat kuat mirip Big Bang.

Apabila pertembungan itu berlaku, saintis-saintis berharap ia dapat menghasilkan semula keadaan ketika detik permulaan selepas Big Bang iaitu semasa alam semesta mula terbentuk.


TEROWONG yang menempatkan mesin pemecut jirim.


Bagi memastikan semua aspek berhubung letupan itu dipantau dan dirakam, 60,000 buah komputer akan digunakan.

"Ia akan menganalisis eksperimen itu seperti sebuah kamera digital gergasi berkapasiti 150 juta piksel dan berupaya merakam gambar pada kelajuan 600 juta kali sesaat," kata Ketua Eksperimen CERN, Ian Bird.

"Kami sedang membuka sempadan baru dalam bidang sains. Bagaimanapun, teknologi, kaedah dan keputusan eksperimen itu akan diaplikasi dalam bidang industri," kata penyelia rangkaian komputer itu, Ruth Pordes.

Menurut teori Big Bang, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat pada 10 hingga 20 bilion tahun dahulu.

Hasil daripada letupan yang dinamakan Big Bang itu berlaku proses pengembangan serta mewujudkan angkasa lepas, galaksi, matahari dan seumpamanya.

Teori ini pada asalnya diutarakan oleh Albert Einstein dan dimajukan oleh pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann.

Walaupun projek CERN itu dipercayai bermanfaat kepada tamadun manusia, sekumpulan saintis telah memfailkan saman di Mahkamah Hak-Hak Asasi Manusia Eropah bagi menghalangnya.

Mereka bimbang projek CERN menghasilkan letupan di luar kawalan yang dibimbangi lebih kuat daripada bom nuklear dan boleh mendatangkan kemusnahan pada skala global.



BULATAN ini menunjukkan lokasi terowong bawah tanah yang menempatkan
mesin pemecut jirim terbesar di dunia di sempadan Perancis-Switzerland.



Bagaimanapun, seorang profesor di Universiti Manchester yang turut terlibat dengan projek CERN, Brian Cox berkata, kebimbangan berhubung eksperimen itu adalah tidak berasas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 10:08 AM | Show all posts
so, ujian ni akan masih diteruskan ekk?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2008 01:08 PM | Show all posts

Reply #36 saucer8's post

Rasanya ya..............
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2008 02:27 PM | Show all posts
apa yang dorang ni cuba buktikan ye... tunggu je laa esok
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 02:20 AM | Show all posts

Reply #33 aizverus's post

ha'ah kan? dlu mod saper erk? aku luper.. kali nih dexa plak kena?
x paham aku!! aku ignore jerk. as long aku leh berforum dgn aman!!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 02:23 AM | Show all posts
Originally posted by dexa at 9-9-2008 03:25 AM
Bagaimanapun, seorang profesor di Universiti Manchester yang turutterlibat dengan projek CERN, Brian Cox berkata, kebimbangan berhubungeksperimen itu adalah tidak berasas.


ni maknanya mmg dia nak teruskan gak lah nih erk?
kalo meletup.. abis? x ke makan baper nyawa kat kawasan tuh!! aku tengok dahlah kawan penempatan atas terowong tuh!!
huh!!! kajian yg membahayakan!! ni kalo wat kat tanah arab nih mesti kena tuduh simpan senjata berbahaya nih!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 03:21 AM | Show all posts
9am CEST (GMT+2) ...... waktu msia 3.00 ptg 10/9/08...first lhc beam test...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:49 PM | Show all posts
sutkaba kosmo kuarkan berita ttg nih aari nih kan?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 12:57 PM | Show all posts
Debaran Big Bang hari ini
GAMBAR menunjukkan seorang pekerjaberdiri dekat magnet gergasi dalam terowong menempatkan mesin pemecutjirim di bawah tanah di sempadan Perancis-Switzerland pada 28 Februari2007.

GENEVA - Pakar-pakar di seluruh dunia terutama sekali ahli fizik tersohor, Profesor Stephen Hawking (gambar)menanti dengan penuh debaran detik bermulanya eksperimen saintifikterbesar di dunia yang dijadualkan pada hari ini waktu Barat.
Eksperimen yang dibiayai Pertubuhan Eropah Bagi Penyelidikan Nuklear(CERN) itu bertempat di dalam sebuah terowong sepanjang 27 kilometer,pada kedalaman 100 meter di bawah permukaan bumi di sempadanPerancis-Switzerland.
Menggunakan alat pemecut partikel atau jirim terbesar pernah dibinadengan kos AS$5 bilion (RM17.2 bilion) dikenali sebagai Large HadronCollider (LHC), projek CERN cuba mengulangi teori Letupan Besar atau Big Bang yang menurut sains, membawa kepada pembentukan alam semesta.
Selain itu, eksperimen tersebut yang menelan belanja lebih AS$10bilion (RM34.3 bilion) bermatlamat menerobos kewujudan dimensi lain danmengesahkan teori Hawking bahawa Lohong Hitam atau Black Hole diangkasa lepas mengeluarkan pancaran radiasi.
Hawking yang dilahirkan pada tahun 1942, merupakan seorang profesormatematik di Universiti Cambridge, London. Beliau mengalami kelumpuhankekal dari leher ke bawah akibat penyakit saraf dan memerlukan bantuankerusi roda dan alat elektronik bagi membantunya bertutur.
Namun, di sebalik kecacatan fizikalnya, pengarang buku A Brief History of Time itudisifatkan sebagai ahli fizik termasyhur selepas Albert Einstein danbertanggungjawab mengutarakan teori bahawa Lohong Hitam memancarkansinaran radiasi atom sehingga kehabisan tenaga sebelum meletup.
Istilah Lohong Hitam diperkenalkan oleh seorang pakar fizik, JohnWheeler pada tahun 1960-an merujuk kepada fenomena kemusnahan bintangbesar (berkali-kali ganda lebih besar dari matahari).
Teori Hawking itu mendapat tentangan ahli-ahli fizik masa kinikerana menurut mereka, apabila fenomena Lohong Hitam berlaku semuajirim atau atom yang membentuk bintang itu ranap lalu mengeluarkantarikan graviti amat kuat sehingga berupaya menyedut semua bendatermasuk cahaya.



Istilah Big Bang pula dicipta oleh seorang saintis Britain,Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada keadaan alam semesta iniyang pada asalnya bercantum padu, kemudian berselerak dan mengembangselepas satu letupan kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.
Pakar-pakar sains cuba membentuk keadaan Big Bang pada skalakecil di dalam terowong itu dengan memecut dan menghentam dua partikelproton hampir pada kelajuan cahaya bersamaan 300,0000 kilometer sesaat.
"Ini adalah saat yang mengembirakan untuk fizik," kata seorang pakar fizik di Universiti Southampton, Profesor Nick Evans.
"Mesin itu akan membantu para saintis membongkar rahsia alamsemesta. Apa yang menarik mengenai eksperimen ini adalah kami pastinyaakan membuat penemuan baru," tambahnya.
Walaupun eksperimen itu disifatkan sebagai merevolusikan penemuanfizik, saintis-saintis yang terlibat dengan projek CERN tidak terlepasdaripada menerima ugutan bunuh.
Keadaan itu berlaku kerana terdapat kelompok pakar dan individu yangbimbang letupan yang tercetus turut akan membentuk Lohong Hitam dengantarikan graviti mega.
Mereka bimbang dunia akan kiamat apabila Lohong Hitam kecil itumenyedut semua benda di Bumi ini kerana tiada eksperimen seumpamanyapernah dilakukan sebelum ini. - Agensi


dipetik dari akhbar Kosmo 10 Sept 2008
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 02:14 PM | Show all posts
pe citer tentang experimen ni?
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 02:59 PM | Show all posts
2 minit lagi countdown
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2008 03:27 PM | Show all posts
Stephen Hawking neh...macam merajuk jah pasal ader org mempermainkan kecacatan dier kat Superhero The Movie..
So dier nak get even....kat world...buat experiment neh...walaupun ader risk bley memusnahkan bumi...and mencacatkan org seperti dier..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2008 07:46 PM | Show all posts
GENEVA - The world's largest particle collider successfully completed its first major test by firing a beam of protons around a 17-mile underground ring Wednesday in what scientists hope is the next great step to understanding the makeup of the universe.  After a series of trial runs, two white dots flashed on a computer screen at 10:36 a.m. indicating that the protons had traveled the full length of the $3.8 billion Large Hadron Collider.

"There it is," project leader Lyn Evans said when the beam completed its lap. Champagne corks popped in labs as far away as Chicago, where contributing scientists watched the proceedings by satellite. Physicists around the world now have much greater power than ever before to smash the components of atoms together in attempts to see how they are made.

"Well done everybody," said Robert Aymar, director-general of the European Organization for Nuclear Research, to cheers from the assembled scientists in the collider's control room at the Swiss-French border. The organization, known by its French acronym CERN, began firing the protons
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2008 11:43 PM | Show all posts

Reply #48 demonagirl6's post

that's too far fetch assumption though mona -
stephen hawking is too smart to be vicious like that
and too noble a person -

he is a great physicist and contribution dia dalam dunia
science memang applaudable -

wonder what's gonna happen  next, eh -
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 12:28 AM | Show all posts
apa cerita ?  bila bumi nak kena sedut ni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2008 03:10 AM | Show all posts
Ujian pertama Big Bang berjaya



SEKUMPULAN saintis melihat skrin yang menunjukkan mesin pemecut jirim gergasi dihidupkan di pusat kawalan di Geneva semalam.

GENEVA- Berita baik setakat ini, dunia masih belum kiamat walaupun sekumpulan saintis semalam melakukan ujian pertama Letupan Besar atau dikenali sebagai Big Bang yang menyebabkan terbentuknya alam semesta seperti Bumi.
Saintis-saintis itu bersorak kegembiraan di sebuah bilik kawalan Pertubuhan Untuk Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Geneza, Switzerland selepas satu pancaran partikel proton berjaya dilakukan dalam terowong sepanjang 27.36 kilometer di sempadan Perancis-Switzerland.
Sebelum ini terdapat kebimbangan di kalangan beberapa pihak bahawa ujian terbesar dalam sejarah fizik itu akan mewujudkan lohong gelap gergasi sekali gus menelan Bumi. Bagaimanapun, ujian pertama itu hanya melibatkan tembakan pancaran cahaya partikel proton bersaiz sehelai rambut manusia.
Ujian di bawah tanah yang lebih besar akan tetap dilakukan selepas ujian kecil itu.
"Lima, empat, tiga, dua, satu, tiada apa-apa berlaku," kata ketua ujian itu, Dr. Lyndon Evans dengan nada berseloroh ketika mesin pemecut jirim terbesar di dunia iaitu Large Hadron Collider dihidupkan.
Beliau menyatakan demikian sejurus satu kerlipan muncul di skrin komputer yang memberi petunjuk bahawa mesin tersebut berjaya dihidupkan. Usaha bertahun-tahun para saintis selama ini akhirnya membuahkan hasil.

GAMBAR ini menunjukkan Profesor Peter Higgs berada dalam terowong yang menempatkan mesin pemecut jirim di sempadan Perancis-Switzerland pada 5 April lalu.

Ujian pertama dengan menggunakan mesin bernilai AS$3.8 bilion (RM13.1 bilion) itu dilakukan pada pukul 9.32 pagi waktu tempatan (3.32 petang waktu Malaysia).
Mesin itu dibina sejak 2003 dan ditempatkan di dalam sebuah terowong 100 meter di bawah tanah. Ujian yang dilakukan oleh CERN itu ditunggu-tunggu oleh 9,000 ahli fizik di seluruh dunia.
Projek itu menarik penyertaan sejumlah penyelidik daripada 80 buah negara di seluruh dunia.
Seramai 1,200 penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) turut menyertai ujian itu di mana negara tersebut menyumbang wang sebanyak AS$531 juta (RM1.8 bilion).
Jepun juga turut menjadi penyumbang utama dalam projek itu. Ujian itu juga mendapat sokongan ahli fizik terkenal dari Britain, Profesor Stephen Hawking yang kini lumpuh kerana menghidap penyakit saraf.
Ketua Jurucakap CERN, James Gillies berkata: "Kita memulakan ujian dalam kuantiti yang kecil."
"Kami memulakan ujian dengan satu cahaya berpadu yang berkuasa rendah.
"Kami memperoleh pengalaman dengan kuasa rendah dan kemudian kami akan meningkatkannya selepas mengetahui kemampuan mesin itu," jelasnya.
Bagaimanapun, katanya, perkara paling berbahaya yang boleh terjadi adalah jika satu pancaran pada kuasa maksimum gagal dikawal. Beliau berkata, jika keadaan itu berlaku, mesin pemecut itu boleh rosak atau runtuh ke dalam terowong.
Projek itu dimulakan sejak 30 tahun lalu tetapi mengalami beberapa halangan termasuk masalah kos tinggi. Mesin itu direka untuk menghentam dua proton iaitu partikel yang terkandung dalam satu-satu atom pada kelajuan hampir menyamai pergerakan cahaya iaitu 300,000 kilometer sesaat.

BULATAN dalam gambar ini menunjukkan lokasi terowong eksperimen Letupan Besar atau Big Bang dilakukan di sempadan Perancis-Switzerland semalam.

Matlamat utamanya ialah mengulangi kejadian Big Bang.
Istilah Big Bang, dicipta oleh seorang saintis Britain, Fred Hoyle pada tahun 1949, merujuk kepada alam semesta yang pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat kira-kira 13 bilion tahun dahulu.
Hasil daripada letupan itu, angkasa lepas, galaksi dan matahari wujud. - Agensi


P/s: dunia masih belum kiamat

[ Last edited by  Risma at 11-9-2008 03:12 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.082907 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list