CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5086|Reply: 14

KL Bird Park

[Copy link]
Post time 19-8-2008 07:25 PM | Show all posts |Read mode
Ini gambar2 yg saya ambek dari KL Bird Park.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-8-2008 07:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 07:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 07:27 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-8-2008 07:28 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2008 12:07 AM | Show all posts
banyak nya.

nice shot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-10-2008 07:44 PM | Show all posts
d last time i went to KL birds park @ 2004.....

masa tu - horror giler tempat tu.... kotor, no maintenance, kata ada birds show - tapi sbnrnyer xde..... not only that, burung pun bole kira ngan jari baper ekor je!! yg banyaknyer merak....

sakitnyer hati time tu.....

now - dah elok ke tmpat ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 01:12 PM | Show all posts
harga tiket mahal sgt ..mcm tak berbaloi sj
lbh baik p zoo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2008 08:42 PM | Show all posts
tiket mahal..?? bape..??

tp mmg nice shot lar tuan umah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:40 PM | Show all posts
cunzzz..I like birdssss
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2008 07:39 PM | Show all posts
tiket die, dewasa rm15, kanak2 7thn -12 thn ke ats rm 8..agak mahal la..tp besa btol tmn burong ni...capek diwatnye,...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2009 04:29 PM | Show all posts
Burung Kuala Lumpur

Kira-kira 5,000 ekor burung daripada 50 spesies, sesetengahnya mudah dirapati, menjadi tarikan di sini.



PELANCONG dari Arab Saudi, Suliman Al-Ajlan, 32, tidak melepaskan peluang merasai pengalaman memberi burung makan.

TAMAN Burung Kuala Lumpur bukan lagi destinasi baru untuk diperkenalkan. Menjadi tarikan yang kuat di ibu kota, kedudukannya di dalam Taman Tasik Perdana menjadikannya lebih seronok didekati dan dinikmati, sama ada kerana pemandangannya yang berwarna-warni ataupun udaranya yang segar.

Taman yang meliputi kawasan seluas sehingga lapan hektar ini dihuni tidak kurang daripada 50 spesies burung yang berjumlah kira-kira 5,000 ekor dan ditempatkan di dalam empat zon.

Daripada jumlah itu, 90 peratus adalah burung tempatan manakala selebihnya burung yang diimport dari negara-negara jiran.

Di taman ini, aktiviti yang paling lazim ialah mencerap burung. Landskap flora yang kaya menjanjikan aktiviti ini lebih menarik untuk dilakukan. Namun pastikan diri anda dilengkapi dengan teropong binokular bagi memastikan aktiviti ini berjalan lebih lancar.

Lokasi yang menempatkan habitat semula jadi burung ini amat sesuai untuk pencinta burung terutamanya yang mengkaji corak tingkah laku unggas itu.

Sekali-sekala menyaksikan dengan mata sendiri burung enggang yang terbang dan hinggap dari satu pokok ke satu pokok yang lain, jangan lepaskan pula peluang melihat keunikan taman mini, kolam atau tasik buatan, serta air bertingkat.

Selain itu wujud juga sebuah amfiteater, taman permainan kanak-kanak dan sebuah bilik seminar.

Tarikan utama lain ialah Tanah Brahminy, Kolam Flamingo, Taman Enggang, Dunia Burung Kakak Tua dan banyak lagi.

Bagaimanapun perjalanan akan terhenti sekali-sekala kerana anda perlu melepasi beberapa pagar yang membataskan satu bahagian daripada bahagian yang lain yang bertujuan mengawal pergerakan burung yang dibenarkan bebas terbang di dalam wilayah masing-masing.

Buat mereka yang mahu merapati burung-burung yang ada, anda boleh memilih untuk mengikuti lori yang akan membenarkan anda memberi makan kepada burung-burung bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang di Zon 4 atau bahagian Dunia Burung Kakak Tua.

Buat perut yang mula berkeroncong pada waktu tengah hari, singgah sebentar di Hornbill Restaurant & Cafe yang menawarkan pengalaman makan yang kasual. Ia menghidangkan kuisin tempatan dan antarabangsa.

Anda boleh memilih untuk ke sini sama ada dengan menaiki bas persiaran KL Hop-On Hop-Off atau memandu kenderaan sendiri dan meletakkannya di beberapa kawasan parkir yang terdapat di sekitar Taman Tasik Perdana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2009 09:33 PM | Show all posts
family aku sumer dh g...aku je x g lg....waaaa...dgr depa cte mcm besh jer....huhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2009 04:38 AM | Show all posts
tiket mmg mahal..
tapi luas gak laa taman nih
lotih aku berjalan nak kasik abes..

seronok tul nengok burung2 tu semua
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2009 11:39 AM | Show all posts
tiket mahal tapi kalau ada mbf kad atau aeon kad leh dapat discount rm 5..tapi best lah jugak sebab banyak burung yang bebas bukan dalam sangkar macam kat zoo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.070351 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list