CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6553|Reply: 41

Ferrari F430 Scuderia

[Copy link]
Post time 13-8-2008 10:42 PM | Show all posts |Read mode
Keunggulan Ferrari
Oleh Mohd Razlan Salleh


JENTERA berkuasa tinggi terkenal Itali, Ferrari F430 Scuderia sekali lagi menerima satu lagi koleksi anugerah apabila dinobatkan Kereta Sport Dua Tempat Duduk Terbaik oleh Majalah Fortune, baru-baru ini.

JENTERA berkuasa tinggi terkenal Itali, Ferrari F430 Scuderia sekali lagi menerima satu lagi koleksi anugerah apabila dinobatkan Kereta Sport Dua Tempat Duduk Terbaik oleh Majalah Fortune, baru-baru ini.

Lambang kuda gagah yang menjadi identiti pengeluar kenderaan mewah itu berjaya menewaskan 10 pesaingnya seperti Porsche, Chevrolet, Nissan, BMW, Jaguar dan Mercedes-Benz.

Menurut wartawan Fortune, Sue Zesiger Callaway, yang juga juri anugerah terbabit mengakui Ferrari F430 Scuderia jelas sebuah jentera yang lengkap dari segi pecutan, kuasa, kemewahan dan prestij.

揓entera ini terlalu laju sehingga mampu mencatat masa hanya 3.5 saat untuk bergerak daripada pegun ke kelajuan 60 batu sejam (mph).

揟ambahan pula, bunyi ngauman enjinnya yang seksi, berbeza daripada jentera lain,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2008 11:12 PM | Show all posts
mana gambar f430 nye dol..nak copy paste pun cek2 la dulu
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2008 11:49 PM | Show all posts
nih gambar F30 Scuderia yg betul.. aku tangkap masa autoshow
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 12:50 AM | Show all posts

Dah sampai Malaysia dah pun..



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 01:52 AM | Show all posts
pergh...rege kete ni mesti mau berjute2 sen kalo kat mesia nih...leh wt berdarah idung kalo dpt tgk live nih......

err.....toss....nurse ko free tak??aku tak sihat nih..kasi mintak die tlg cek sket...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 07:29 AM | Show all posts

Reply #5 takde_name's post

kalau harga kat oversea mungkin tak dapat 1 juta...masuk malaysia terus jadi juta-juta....biasalah...kerajaan bangang ambik tax 300%
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2008 07:32 AM | Show all posts
memang tak sampai satu juta RM pun...harga kat sana...baru US 220k darab 3 = RM660k ...sampai2 malaysia harus 3 atau 4 juta gak nih...nak tahu try pegi naza

2008 Ferrari F430 Scuderia       
        By Jim McCraw       
        On Sale: Spring 2008       
        Expected Pricing: About $220,000
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 08:52 AM | Show all posts
kalu nak pakai hari2 gi pasar, yg mana sesuai...tolong lah aku tengah confuse ni sama ada nak beli F30 ke atau Kancil660 manual
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2008 09:03 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 14-8-2008 08:52 AM
kalu nak pakai hari2 gi pasar, yg mana sesuai...tolong lah aku tengah confuse ni sama ada nak beli F30 ke atau Kancil660 manual

err..
kalo ikutkan penggunaan nak ke pasar,
ada baiknye ko bli je honda C70 mugen type R 350hp...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2008 10:06 AM | Show all posts
Originally posted by takde_name at 14-8-2008 01:52 AM
err.....toss....nurse ko free tak??aku tak sihat nih..kasi mintak die tlg cek sket...


errr...nurse aku nih bukan keje kat bahagian rawatan...dia keje kat bahagian rumah mayat....
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 07:47 PM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 14-8-2008 08:52 AM
kalu nak pakai hari2 gi pasar, yg mana sesuai...tolong lah aku tengah confuse ni sama ada nak beli F30 ke atau Kancil660 manual


kancil660 lebih laju dari f30

pasal nombor 660 lebih besar dari nombor 30

Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 09:21 PM | Show all posts
Scuderia is my favorite Ferrari
Reply

Use magic Report

Post time 15-8-2008 10:04 PM | Show all posts

Balas #10 tossee\ catat

tak dapat aku nak bayangkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 12:40 AM | Show all posts
peh.. klau dapat mmg tdo dlm kete ni  je ari2... hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2008 02:19 AM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

ko nak jolok eksos ker nanti???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 01:56 PM | Show all posts
Kehebatan Ferrari F430



Hanya 300 orang daripada lebih 26 juta penduduk Malaysia yang memiliki kereta sports berjenama Ferrari dari Maranello, Itali justeru tidak salah bagi penulis untuk merasa teruja ketika diberi peluang untuk memandu Ferrari F430 walaupun untuk setengah hari dalam perjalanan sekitar 200 kilometer di sekitar Lembah Klang.

Peluang yang diberikan oleh Naza Italia Sdn. Bhd. selaku pengedar tunggal Ferrari di Malaysia itu tidak disia-siakan oleh penulis yang benar-benar kagum dan puas hati memandu model tersebut di bawah seliaan Penolong Pengurus Selepas Jualan Naza Italia, Koh Shu Boh yang telah memandu pelbagai model Ferrari selama 10 tahun.

Dari aspek bentuk luaran model Ferrari F430 yang diasaskan dari model 360 sebelumnya, ia direka lebih berbentuk tirus lagi aerodinamik dengan cermin tepi kiri dan kanan dikecilkan agar menjadi lebih sporty manakala bahagian belakang yang menjadi pusat enjin kereta itu dimantapkan agar lebih ringan dan menarik.

Bahagian dalaman model Ferrari dua tempat duduk berharga RM1.8 juta dan mampu memecut dari 0 hingga 100 kilometer sejam dalam masa kurang empat saat itu pula boleh dikatakan agak ringkas tetapi cukup menarik dengan ciri-ciri klasik elegan, sejajar dengan cita rasa orang Itali moden.

Pengalaman bersama Ferrari F430 itu bermula sebaik sahaja apabila penulis menekan butang khas untuk menghidupkan enjin reka bentuk Ferrari bersama Maserati yang diiringi dengan ngauman enjin jenis 4.3L petrol V8 yang berupaya memecut sehingga 315 kilometer sejam dengan sokongan kuasa maksima 360.3 kW (490 CV) pada 8500 rpm dan 465 NM (343 lbft) pada torque maksima 5250 rpm.

Pengendalian

Dari aspek pengendalian kenderaan, penulis yang menggunakan Lebuhraya Putrajaya pada sesi tersebut memecut sehingga 220 kilometer sejam tanpa disedari kerana kelancaran pemanduan yang menjadikan mana-mana pemandu berasa yakin untuk menekan pedal minyak agar kelajuan meningkat ke paras maksima.

Walaupun menekan butang untuk menggunakan gear automatik kerana tidak ada pengalaman pengendalian mana-mana kereta Ferrari, penulis masih berkesempatan untuk menggunakan gear tinggi atau rendah pada gear Formula Satu (F1) Ferrari serta boleh memilih pemanduan lasak, sederhana atau biasa.

Seperti sesi uji pandu lain, penulis berkesempatan untuk bermain dengan gear rendah atau tinggi pemanduan sambil menikmati ngauman enjin dan kelajuan bertenaga pemanduan model Ferrari serendah 47.8 inci itu sambil melakukan aksi selit-menyelit antara kereta lain di jalan raya yang cukup untuk membuktikan kehebatan Ferrari sebagai kereta lumba nombor satu.

Selepas selesai sesi pemanduan itu, barulah penulis faham bahawa walaupun sangat mahal dan sama harga yang sebuah kediaman mewah di Putrajaya, masih ada yang sanggup berbelanja untuk memiliki kereta Ferrari kerana nikmat memandu kereta ini bukan setakat untuk bergaya dan status sosiol, lebih kepada kepuasan untuk pemanduan lasak dan ‘keras’ sambil dibekalkan sistem keselamatan bertaraf dunia.

Selain model F430, Naza Italia yang terletak di Naza Auto Mall, Petaling Jaya juga memasarkan beberapa model kereta Ferrari lain antaranya 599 GTB Fiorano serta model kebanggaan Ferrari iaitu 612 Scaglietti.

Ferrari yang dinamakan sebagai antara 100 majikan terbaik di benua Eropah tahun 2006 oleh majalah Financial Times diasaskan oleh Enzo Ferrari pada tahun 1928, bermula sebagai penaja pelumba dan pengilang kereta lumba sebelum beralih kepada pengeluaran kereta penumpang pada tahun 1947 dan mula dikenali sebagai Ferrari S.p.A..

Hari ini, Ferrari terus unggul di mata masyarakat dunia terutama peminat dunia permotoran menerusi penglibatannya dalam sukan F1 sehingga berjaya melahirkan nama-nama besar seperti Tazio Nuvolari, Juan Manuel Fangio, Luigi Chinetti, Alberto Ascari, Wolfgang von Trips, Phil Hill, Olivier Gendebien, Mike Hawthorn, Peter Collins, John Surtees, Lorenzo Bandini, Ludovico Scarfiotti dan Jacky Ickx.

Nama-nama besar lain yang memandu Ferrari ialah Mario Andretti, Clay Regazzoni, Niki Lauda, Carlos Reutemann, Jody Scheckter, Gilles Villeneuve, Didier Pironi, Gerhard Berger, Nigel Mansell, Alain Prost, Jean Alesi, Eddie Irvine, Rubens Barrichello, Michael Schumacher, Kimi Räikkönen dan Felipe Massa.




nanti ler bila aku dah menang lotto 6/49 aku jadik yang ke 301 pulak...    
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 05:58 PM | Show all posts

Reply #1 amazed's post

deposit berapa yer....nak satup
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 06:15 PM | Show all posts
Aku kalau dpt kereta nie, aku jual ajer. Terus aku dpt cash juta-juta. Boleh buat business, boleh beli rumah 3-4 bijik dan boleh kawin 4 dgn awek cun-cun serentak, boleh melancung merata dunia.....  Kereta cantik nak buat apa...akhirnya jadi besi buruk jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 07:31 PM | Show all posts
jom sesape nak tumpang tgk2 kete yg aku yg baru sampai pagi tadi...

aku bagi korang tgk setiap inci dlm kete aku nih....

CLICK DEKAT SINI
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 08:16 PM | Show all posts
Originally posted by Limdann at 14-8-2008 07:29 AM
kalau harga kat oversea mungkin tak dapat 1 juta...masuk malaysia terus jadi juta-juta....biasalah...kerajaan bangang ambik tax 300%

ala kat mesia baru juta2...kat hendon lagik la berjuta2 liyon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.069775 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list