|
Salam buat kak liza,
Ten nak tanya skit la kat akak
Ten musykil bila dapat panggilan dari syarikat tah aper2 nih dia ckp "TAHNIAH ANDA TELAH MEMENANGI PAKEJ PENGINAPAN DARI SYARIKAT KAMI....BLA...BLA...BLA
Yang menjadi persoalannya apakah betul, syarikat2 mcm ni membeli no kita atau data pribadi kita dari syarikat2 telikumnikasi dengan harga yg agak lumayan kalau tak silap satu no RM7.....itu saya dapat sendiri maklumat dari member yang berkerja di syarikat telekomunikasi tersebut....apa ada tak rang undang2 yg menyatakan salah dalam membuat urusan jual beli untuk data peribadi seseorang itu....
Sakit hati bila dapat panggilan mcm tu nak sebut nama kita betul2 pun salah, bila tanya mana dapat no, siap ckp lagi anda adalah pemanggil bertuah kami.....aduh....
hari tu hampir ten tertipu bila ada yg mengaku org tu buat panggilan dari Crdt Card Centre.....just nak update database, dia minta no CC detail, tanpa ada rasa wasangka so ten kasi ler.....last2 end conversation tu dia ckp kita akan tolak tiap2 bulan dari CC anda ya....terus rasa mcm ada something goes wrong somerwhere
Cepat2 Ten call CC Centere tuk make sure, mmg bank tgh kemas kini data, sekali pihak bank kata tak da, dan pihak bank tak kan minta no CC hanya diaorg minta ic no dan pengesahan diri jer......dari situ Ten dah rasa tertipu.... dan pihak bank terus blocked CC ten, sib baik moral of the story, Ten tersedar awal, kalu tak bahagia la company hampeh tu.......
Persoalannya skrg, kalau ada mana2 pengguna Celular yg dah tertipu apa tindakan yg sewajar nya boleh kami lakukan.....dan pada saper kami mengadu.....
Memacih ya kakak liza cayang...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 tension080808's post
Salam kembali, Ten
Hmm.. cayang..? Beruntungnya kak Liza..
Nasib baik Ten terus block CC Ten..! Baguslah Ten pandai berjaga-jaga.
Kakak cuba jawab soalan-soalan Ten ya.. terpulanglah kepada Ten untuk menilainya.
Yang menjadi persoalannya apakah betul, syarikat2 mcm ni membeli no kita atau data pribadi kita dari syarikat2 telikumnikasi dengan harga yg agak lumayan kalau tak silap satu no RM7.....itu saya dapat sendiri maklumat dari member yang berkerja di syarikat telekomunikasi tersebut....
Sorilah dik.. kakak tak ada maklumat mengenai perkara ni.. tak taulah nak confirm
betul kah tak.. Tapi.. bagi kakak, jika Ten dapat info tu dari member yang kerja di
syarikat tu.. besar kemungkinan betul lah tu.
apa ada tak rang undang2 yg menyatakan salah dalam membuat urusan jual beli untuk data peribadi seseorang itu....
Kalau ikut berita dari BERNAMA bertarikh 19 Disember 2007, Rang Undang-undang
Perlindungan Data Peribadi dijangka dibentang di parlimen pada tahun ini.
Tapi kakak rasa belum dibentang lagi lah dik.. tak dengar pun..
Ten boleh download Rang Undang-undang yang telah dibentangkan di Parlimen di sini:
http://www.parlimen.gov.my/bills.php
Persoalannya skrg, kalau ada mana2 pengguna Celular yg dah tertipu apa tindakan yg sewajar nya boleh kami lakukan.....dan pada saper kami mengadu.....
Buat masa ni.. belum ada undang-undang khusus untuk mengawal penggunaan dan
penyimpanan informasi supaya data peribadi tidak disalahgunakan. Kalau ada sesiapa
telah tertipu, dicadangkan supaya membuat laporan polis.
Selain daripada itu, mereka boleh juga buat e-Aduan di laman web Kementerian
Tenaga, Air dan Komunikasi:
http://aduan.ktak.gov.my/index.cfm
OK Ten.. itu saja yang kak Liza dapat share.. take care..! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kalau tanya pasal undang2 yg berkait dengan isu2 semasa boleh tak?
saya nak tahu undang2 yg berkait dengan liwat misalnya...
purely pasal undang2nya saja...
boleh tak mod?
kalau boleh let this be my first question..
[ Last edited by petola at 13-8-2008 07:45 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Liza at 13-8-2008 06:49 PM
Apa soalannya petola?
saya ada baca dan paham sikit2 pasal seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D kanun keseksaan.
soalan saya ialah bawah seksyen 377C tu yg diliwat bolehlah kita panggil victim sebab ada unsur paksaan, tapi bawah 377A yg diliwat itu apa status dia?
itu saja dulu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 13-8-2008 11:37 PM
saya ada baca dan paham sikit2 pasal seksyen 377A, 377B, 377C dan 377D kanun keseksaan.
soalan saya ialah bawah seksyen 377C tu yg diliwat bolehlah kitapanggil victim sebab ada unsur paksaan, tapi bawah 377A yg diliwat ituapa status dia?
petola.. Below is an extract of Section 377A of the Penal Code:
This section doesn't talk about the victim.. it only tells us about the offence of
carnal intercourse against the order of nature.
Per ARIFIN JAKA J in Public Prosecutor v Dato |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Liza at 14-8-2008 12:34 AM
petola.. Below is an extract of Section 377A of the Penal Code:
http://www.imlm.info/cari/377A.png
This section doesn't talk about the victim.. it only tells us about the offence of
carn ...
tkasih...
maknanya ia hanya concern tentang pelaku saja... sedang pasangannya (yg menyediakan prasarana) tak diambil kisah(?)
ada tak kaitan antara 377A dgn 377D Liza? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by petola at 14-8-2008 12:59 AM
ada tak kaitan antara 377A dgn 377D Liza?
Sorry, I don't have the BM version of the Penal Code with me.
For an offence under Section 377A, the punishment is laid down in Section 377B.
As for Section 377D, it's a totally different offence with the punishment
stated in the same section.
Sebagai contoh, mari kita lihat pertuduhan terhadap Sukma Darmawan
Sasmitaat Madja di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada tahun 1998:
"Bahawa kamu, pada bulan April 1998, pada sebelah malam di Kediaman
Rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara, dalam
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah melakukan perbuatan kelucahan
melampau dengan Dato |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Liza at 14-8-2008 02:08 AM
Sorry, I don't have the BM version of the Penal Code with me.
For an offence under Section 377A, the punishment is laid down in Section 377B.
http://www.imlm.info/cari/377B.png
As fo ...
terima kasih liza.
its ok... dlm BI pun boleh.
jadi nampaknya 377D boleh digunakan pada pihak yg rela diliwat dlm 377A...
cumanya perbuatan itu dipanggil kelucahan melampau... hukuman nampaknya takat 2 tahun.
Liza, siapa yg menentukan sama ada pihak yg rela diliwat itu perlu didakwa atau tidak bawah 377D?
apa pertimbagan pihak itu dalam membuat keputusan nak dakwa atau tidak?
boleh tak keputusan pihak yg menentukan itu dicabar?
thanks in advance... |
|
|
|
|
|
|
|
Puan Liza,
Anis nak tanya...maaf kalau tersasar dari topik.
Adakah tidak menjadi satu kesalahan jika mana2 pihak berkuasa seperti pihak polis, pegawai penyiasat LHDN, BPR dan sebagainya memasuki sesuatu premis perniagaan yang didaftarkan tanpa menunjukkan atau membawa sebarang surat kuasa dan terus mengeledah apa2 sahaja barang di pejabat, rumah dan sebagainya.Adakah ianya dibenarkan walau tanpa surat kebenaran, waran tangkap, surat kuasa untuk berbuat demikian.Ada akta tak berkaitan perkara ini.Dan jika menjadi satu kesalahan kerana memasuki premis perniagaan tanpa kebenaran, apakah tindakan yang kita boleh ambil.
Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 petola's post
petola,
Thanks for your questions.. Below are my views on the matter..
Liza, siapa yg menentukan sama ada pihak yg rela diliwat itu perlu didakwa atau tidak bawah 377D?
Saya tak taulah nak komen pasal kes liwat ni.. tapi setahu saya.. pada amnya,
keputusan sama ada untuk menjalankan pendakwaan atau tidak biasanya dibuat
oleh Timbalan Pendakwa Raya (Deputy Public Prosecutor).
apa pertimbagan pihak itu dalam membuat keputusan nak dakwa atau tidak?
Keputusan nak dakwa atau tidak dibuat oleh DPP setelah meneliti kertas siasatan
yang disediakan oleh pihak penyiasat (biasanya pihak Polis) dan DPP benar-benar
berpuashati pertuduhan telah dirangka dengan teliti dan bukti-bukti yang cukup &
kukuh wujud untuk mempertahankan pertuduhan tersebut.
boleh tak keputusan pihak yg menentukan itu dicabar?
Biasanya jika OKT (orang kena tuduh) tidak bersalah, OKT plead not guilty je lah bila
pertuduhan dibaca kepadanya.. Mahkamah akan tentukan tarikh perbicaraan. Lepas tu,
pada hari perbicaraan.. OKT boleh cabar keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi,
cabar kebolehpercayaan saksi, cabar kesahan keterangan saksi, dsb. Tak pernah saya
come across anyone cabar keputusan DPP untuk menjalankan pendakwaan.
Lagipun, pertuduhan serta saman perlu diluluskan oleh Majistret/Hakim sebelum
mana-mana kes difailkan di mahkamah.
Maybe moderator kita yang kerja kat AG Chambers boleh tolong elaborate dengan
lebih lanjut...? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #95 AnisSuraya's post
Anis,
Kuasa untuk menyiasat aduan dan maklumat, memasuki premis, memeriksa orang,
menyita harta alih, dsb harus terkandung dalam Akta yang dikuatkuasakan oleh
badan atau pihak berkuasa berkenaan.
Biasanya, pihak berkuasa itu perlu memberi atau meletak kuasa kepada pegawainya
secara bertulis dengan mengeluarkan Kad Kuasa. Kad Kuasa ini perlu ditunjukkan
kepada pemilik atau penghuni premis jika diminta berbuat demikian.
Walau bagaimanapun, ada akta yang mengandungi peruntukan bahawa jika pegawai
penyiasat itu berpakaian seragam, dia tidak perlu menunjukkan surat kuasa.
Kalau penyiasatan, pemeriksaan, penggeledahan, penyitaan dan penangkapan dijalankan
bertentangan dengan peruntukan dalam Akta atau peraturan-peraturan atau kaedah-
kaedah yang dibuat di bawahnya, adalah menjadi kesalahan di bawah Akta berkenaan.
Jika ini berlaku, laporan polis boleh dibuat supaya penyiasatan boleh dijalankan dan
seterusnya pendakwaan di mahkamah jika penyiasatan itu menghasilkan bukti-bukti
yang kukuh.
Tindakan sivil juga boleh dibuat.. for trespassing on private property.
I do not know the real situation here.. sebab Anis sebut pihak polis, pegawai penyiasat
LHDN, BPR dan sebagainya. Ni kena buka Akta Polis 1967, Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri
Malaysia 1995, Akta Pencegahan Rasuah 1997.. nantilah kalau saya ada masa terluang
saya akan semak kandungan akta-akta tersebut.
Take care..!
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
This thread has been added to digest..
Thank you, medangmru.. for regarding this thread
useful and informative enough to be digested..
And thanks to all of you.. for making this thread
a learning ground for everyone including myself..
Without your questions, this thread will not mean anything..
From the bottom of heart..
[ Last edited by Liza at 14-8-2008 09:15 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|