|
KUALA LUMPUR: Tindakan seorang pelakon lelaki terkenal yang memandu kereta mewah tanpa memasang lampu hadapan menyebabkan dia ditahan dan membongkar kegagalannya memperbaharui lesen memandunya yang tamat tempoh sejak hampir tujuh bulan lalu.
Lebih mengecewakan apabila artis terbabit yang pernah berlakon dalam drama bersiri terkemuka menjadikan alasan jadual padatnya dengan aktiviti seni menyebabkan dia tiada masa memperbaharui lesen memandunya itu.
Sumber polis berkata, artis lelaki berusia 20-an terbabit ditahan dalam operasi cegah jenayah dan sekatan jalan raya oleh sepasukan anggota polis Daerah Sentul berhampiran Jalan Genting Klang di sini.
Dalam operasi bersepadu jam 2.30 pagi semalam, anggota polis dibantu oleh anggota Ikatan Relawan Rakyat (Rela) melakukan pemeriksaan terhadap pengguna jalan raya termasuk penunggang motosikal yang disyaki melakukan kesalahan lalu lintas selain terbabit jenayah.
Menurutnya, dalam operasi yang bermula jam 12 tengah malam itu, polis mengesyaki sesuatu tidak kena selepas mendapati sebuah kereta mewah dipandu dalam keadaan lampu hadapannya ditutup.
揃erikutan itu, polis mengarahkan pemandu kereta terbabit berhenti di tepi jalan sebelum menjalankan pemeriksaan.
揃agaimanapun, didapati pemandu terbabit adalah seorang pelakon lelaki terkenal yang memandu bersendirian, |
|