CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3135|Reply: 2

taufan 'fung wong' landa taiwan

[Copy link]
Post time 28-7-2008 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Taufan 'Fung Wong' landa Taiwan


TAIPEI: Taufan kuat melanda Taiwan, awal pagi tadi menyebabkan sekolah, premis perniagaan dan trafik udara terpaksa ditutup.

Taufan 'Fung Wong' itu melanda bahagian timur pesisir pantai dengan kekutan angin 167 kilometer sejam.

Angin kuat itu dijangka meningkatkan jumlah hujan kepada 91 sentimeter (sm) di bahagian pulau dan separuh daripada itu di barat dan utara Taiwan, termasuk ibu negara Taipei.

Fung Wong melanda Taiwan seminggu selepas ribut tropika, Kalmaegi menyerang yang mengakibatkan 19 orang maut dan enam yang lain masih dilaporkan hilang.

Pihak berkuasa mula menghantar beg pasir kepada penduduk yang tinggal di tanah rendah yang mudah dinaiki air.

Pegawai kerajaan melaporkan, puluhan penduduk kampung terpaksa dipindahkan terutama di pinggir gunung apabila beberapa kejadian tanah runtuh mula dikesan di Selatan Kaohsiung.

Taufan sering melanda Taiwan antara Julai dan September, sehingga meragut nyawa terutama di kawasan pergunungan akibat tanah runtuh, hakisan dan banjir kilat. - AP




tofan lagi.... aku naik kesian pada penduduk kat taiwan hk china ni... tak abis abis kena ancam bala!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2008 05:36 PM | Show all posts
Taufan Fung-Wong badai Taiwan
28/07/2008 4:32pm


TAIPEI 28 Julai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-7-2008 01:54 PM | Show all posts
Lebih 600,000 diselamatkan akibat taufan di China

SHANGHAI: Lebih 600,000 penduduk terpaksa diselamatkan selepas ribut tropika, Fung-Wong melanda barat daya China, awal pagi tadi.

Taufan itu melanda pinggir bandar Fuqing di Wilayah Fujian selepas membadai Taiwan, menyebabkan angin kuat dan hujan lebat dengan dua orang terkorban.

Pihak berkuasa Fujian mengesahkan setakat ini 274,300 sudah dipindahkan ke tempat selamat dan mengarahkan 52,300 nelayan untuk berpatah balik ke pangkalan.


Berpuluh penerbangan juga dibatalkan di Lapangan Terbang Fuzhou.

Jirannya, Wilayah Zhejiang pula, seramai 338,000 penduduk sudah diselamatkan dan mengarahkan 27,600 bot nelayan supaya berlabuh semula, lapor agensi berita Xinhua. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.422802 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list