View: 4623|Reply: 37
|
revolusi skrin sesentuh!!
[Copy link]
|
|
Revolusi skrin sesentuh
Oleh Afiq Hanif
| PERKEMBANGAN teknologi telefon bimbit kian maju dengan inovasi penggunaan yang dipelbagai dari hanya sebuah peranti kecil. |
PERKEMBANGAN teknologi telefon bimbit kian maju dengan inovasi penggunaan yang dipelbagai dari hanya sebuah peranti kecil.
Kebanyakan pengguna menggemari cara tradisional butang bernombor pada peranti itu sebagai antaramuka utama yang digunakan setiap hari.
Selepas telefon bimbit, pembantu peribadi digital (PDA) diperkenalkan dengan keupayaan skrin peka sentuhan yang bertindak sebagai komputer kecil menyimpan ribuan data.
Tidak lama kemudian, PDA yang hanya bertindak sebagai penyimpan data diperluaskan fungsinya yang mana ia me nyepadukan ciri sebuah telefon bimbit.
Bertindak dari situ, skrin peka sentuhan dibantu dengan pen stylus amat memudahkan lagi penggunaan dan pelayaran data atau aplikasi yang terkandung di dalamnya.
Walau bagaimanapun, PDA dianggap berada dalam kategori peranti yang kebiasaannya digunakan oleh golongan pro fesional atau ahli perniagaan.
Namun begitu, ia kini tampak berbeza apabila kebanyakan pemain utama industri seperti MWg (dulunya O2), Palm, Blackberry atau HP iPaq mula mendapat saingan syarikat telefon bimbit lain seperti Nokia, Motorola, Sony Ericsson, LG dan Samsung yang merasakan evolusi dari butang ke skrin peka sentuhan sebagai aliran terkini.
Lihat saja Apple yang baru memasuki pasaran telefon bimbit menerusi pengenalan iPhone dengan skrin peka sentuhan. Sambutan amat menggalakkan hingga mereka mengalami kekurangan bekalan untuk menampung pasaran ke seluruh dunia.
Sebenarnya skrin jenis ini kurang digemari golongan yang kurang menjurus kepada perkembangan teknologi, tetapi alirannya semakin diminati terutama kepada remaja wa laupun mereka bukannya golongan profesional.
Stigma yang mengaitkan penggunaan skrin ini hanya untuk PDA kian dilupuskan apabila pemilik gajet memerlukan antaramuka pengguna (UI) sebegini untuk mewujudkan pengalaman pelayaran multimedia lebih baik dan mantap.
Peranti teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) lain pun menggunakan skrin jenis ini sebagai UI atas beberapa sebab tersendiri seperti yang anda mampu lihat di kaunter me ngambil nombor giliran di bank atau pengimbas cap jari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ia aliran yang tidak disedari secara langsung, tetapi pe nularan penggunaan UI berasaskan skrin peka sentuhan pada telefon bimbit membuka satu peluang baru dalam mencipta komputer kecil.
Adakah penggunaan skrin ini sebagai UI untuk telefon bimbit sekadar fesyen atau keperluan baru dalam dunia teknologi?
Mungkinkah pada masa akan datang tiada perbezaan antara PDA dan telefon bimbit biasa?
Sejak teknologi skrin peka sentuhan dibangunkan pada 1971 oleh Dr Samuel C Hurst, ia dipopularkan melalui penggunaan konsol permainan mudah alih atau PDA manakala produk HP 150 yang dicipta pada 1983 dikatakan alat perkomputeran pertama menggunakannya.
Pengalaman menggunakan telefon bimbit yang memiliki keupayaan skrin peka sentuhan diadaptasi daripada inovasi telefon pintar bergantung kepada kehendak pengguna itu sendiri.
Salah satu pembangun evolusi skrin ini termasuk S60 yang menyediakan perkhidmatan antaramuka kepada syarikat gergasi telefon bimbit seperti Nokia, LG Electronics dan Samsung.
Ketika ini platform S60 dibina atas sistem operasi Symbian yang fleksibel membolehkannya menyokong pelbagai rekaan perkakasan dan konfigurasi perisian
S60 beranggapan akses kepada kandungan amat penting untuk membolehkan pelanggan mengakses, melihat dan membina kandungan berdasarkan keperluan sendiri yang dibangunkan melalui kaedah interaktif dan resolusi skrin yang tinggi.
Prestasi menggunakan skrin peka sentuhan dikatakan lebih baik apatah lagi ketika ini kebanyakan telefon bimbit me nyediakan perkhidmatan sokongan generasi ketiga (3G) yang membolehkan pengguna melayari laman web dengan mudah namun ia agak sukar jika papan kekunci dijadikan sumber utama.
Ternyata fungsi skrin peka sentuhan membolehkan peng guna melakukan serta melayari telefon bimbit dengan lebih baik walau di mana juga mereka berada.
UI berasaskan skrin sesentuh membolehkan tahap pro duktiviti dipertingkatkan dan memperkayakan corak ko munikasi baru melalui telefon bimbit.
Ia dikatakan mudah digunakan dan mesra pengguna kerana direka berdasarkan pengalaman dan pergerakan pengguna melalui kaedah papan kekunci pada telefon bimbit.
Ia memiliki dua lapisan yang mengandungi bahan untuk menyebarkan cahaya bagi menghantar dan menerima isyarat membolehkan pengguna memilih menu dan pilihan dengan menyentuh pada skrin.
Terdapat pelbagai kaedah pembuatan skrin termasuk tek nologi pengesan dua lapisan, permukaan gelombang akustik (SAW) dan sinar infra merah.
Teknologi pengesanan dua lapisan membolehkan bahagian lutsinar pada bahagian bawah skrin LCD dihubungkan ke litar pengesan pergerakan elektrikal yang mengukur voltan pada koordinasi tertentu.
Penciptaan menggunakan kaedah ini dikatakan tidak me nelan kos yang mahal namun mempunyai jangka hayat pendek.
Manakala SAW mengesan gelombang ultrasonik pada pa paran permukaan yang mengesan koordinasi pergerakan elektrik apabila pen stylus atau jari menyentuh bahagian atas.
Infrared pula menggunakan lampu LED yang mengesan pergerakan melalui grid tertentu sebelum diproses untuk dihantar dalam input pemprosesan.
Di pasaran, Nokia bakal memperkenalkan telefon bimbit pertamanya yang menggunakan teknologi skrin sesentuh iaitu model 6708.
Selain itu, beberapa vendor lain seperti Sony Ericsson, LG, Motorola dan Samsung sudah pun menyediakan barisan produk yang sukar dilepaskan.
Sony Ericsson antara vendor awal memiliki telefon bimbit berskrin peka sentuhan. Antara produk paling menarik berjaya dihasilkan termasuk model W960 yang memfokuskan muzik, tetapi dalam masa sama memperkenalkan UI skrin peka sentuhan memandangkan ia menjadi aliran terkini di kalangan remaja.
Sungguhpun model ini dibekalkan papan kekunci, namun ia tetap memiliki pen stylus untuk memberi keselesaan dengan pergerakannya yang tidak menyukarkan serta mesra peng guna walaupun si pemakai bukan di kalangan penggemar PDA.
LG pula tampil dengan model terbaru KF750 yang mem bolehkan pengguna mengeksploitasi sepenuhnya skrin se sentuh untuk merakam foto, bermain video, mendengar muzik dan melayari Internet.
Bukan itu saja, ia model pertama dalam barisan produk LG yang menampilkan teknologi Sentuhan Neon apabila butang maya akan menyerlah ketika skrin disentuh.
Menurut Naib Presiden dan Ketua Perniagaan Serantau untuk Komunikasi Mudah Alih Asia Pasifik, Bo H Choi, berkata KF750 kejayaan produk Viewty yang turut memiliki keupayaan skrin sesentuh membolehkan produk ini dijangka digemari pengguna.
揤iewty mengaplikasikan skrin peka sentuhan untuk peng guna dan ia menjadi model kepada LG menghasilkan produk yang lebih hebat berasaskan teknologi itu, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 amazed's post
China Phone byk yg guna skrin ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tuan_wu's post
aku no 1 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 nik2121's post
mu no 2 la.....amazed no 1.....aku no 3.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 tuan_wu's post
first replier la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #6 nik2121's post
baiklah..... |
|
|
|
|
|
|
|
kita 2 org jer ni..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 tuan_wu's post
ha'ah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 krxzaqy's post
hehehe
teknologi hologram? x leh nak imagine |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 krxzaqy's post
mane tau ni.....
trtnggal ketapi lak aku..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 tuan_wu's post
dia ada time machine kot |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 nik2121\ catat
x bleh blah btol bdak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #14 nik2121's post
leh ganti pak lah ni....... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #17 nik2121\ cacat
hi dik
bulum lagik mahhh..,jum kuar mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 nik2121's post
bukan la.. bunyi lebey kurang cam tu.
30 tahun dulu org tak terpikir ape itu henset.. just imagine akan ade alat yg leh communicate cam jam ade telepon, topi kaledar ade talepon, cermin mate pun ade fungsi talipon etc |
|
|
|
|
|
|
| |
|