|
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Hrkh) - Ulama terkemuka di Malaysia seperti Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Hashim Yahaya dan beberapa yang lain menegaskan, Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah.
Dato' Seri Harussani membuat penegasan itu berkata, Anwar yang dihadapkan pertuduhan melakukan liwat, tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana ianya tidak menepati undang-undang Islam.
Ini kerana katanya, tuduhan yang dikenakan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah dakwaan jenayah yang termasuk dalam hukum kazaf.
"Kaedahnya dalam kes ini, ialah 'orang yang menuduh mestilah mengemukakan bukti' dalam mahkamah, jika dia gagal mengemukakan bukti,dia boleh dikenakan hukuman hudud," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Mengulas mengenai cadangan beberapa pihak termasuk Mufti Perlis yang menggesa Ketua Umum KeADILan itu bersumpah untuk membuktikan beliau benar atau pun tidak, Harussani secara sinis mengatakan, "itu cadangan dari orang yang terlebih pandai."
Katanya, masalahnya dalam kes membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Mufti Perak itu turut memberi peringatan kepada umat Islam, khususnya orang-orang Melayu supaya tidak terikut-ikut dengan budaya agama lain yang bersumpah dengan kitab dan sebagainya.
"Tiada kaedah langsung kena sumpah dengan al-Quran, itu meniru budaya agama lain, sumpah yang ada dalam Islam cuma 'Wallahi, Wabillahi,Watallahi'," tegasnya.
Menyuarakan pandangan yang sama, bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato'Hashim Yahaya berkata, kes yang dituduh kes atas Anwar adalah yang membabitkan hukum kazaf, bukannya li'an.
"Sumpah hanya diterima dalam kes suami isteri atau li'an. Menyuruh tertuduh bersumpah dalam kes membabitkan kazaf menyalahi hukum syarak,"tegasnya ketika dihubungi.
Menurut beliau, masyarakat Islam tidak harus dikelirukan dengan gesaan bersumpah, kerana sumpah bukannya sesuai dalam semua perkara.
"Isunya tidak ada sumpah dalam bab kazaf, orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan," tegas beliau._
[ Last edited by tumpanglalu74 at 6-7-2008 11:49 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis nie orang Umno kan...selalu juga dia kemukakan isu/cadangan yang tak berapa bijak (sama macam parti yang dia sokong)... |
|
|
|
|
|
|
|
maaf...double posting
[ Last edited by nhuser at 6-7-2008 05:38 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
maaf...triple posting
[ Last edited by nhuser at 6-7-2008 05:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
maaf...quadruplet posting....server :@:@:@:@
[ Last edited by nhuser at 6-7-2008 05:40 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa aku skrg jawatan mufti , pegawai agama atau ustad ni orang dah tak hirau dah |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis cuma pakar dalam bidang hadis sahaja..menurut ustaz aku..mufti perlis blum layak lag nk jadi mufti.. dia tak cukup ilmu,sebab terbatas dalam bidang hadis..fatwa pun dia belum boleh keluarkan lagi..ni satu teguran dari Dato' Seri Harussani utk mufti perlis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis cuma pakar dalam bidang hadis sahaja..menurut ustaz aku..mufti perlis blum layak lag nk jadi mufti.. dia tak cukup ilmu,sebab terbatas dalam bidang hadis..fatwa pun dia belum boleh keluarkan lagi..ni satu teguran dari Dato' Seri Harussani utk mufti perlis.. |
|
|
|
|
|
|
|
I LIKE MUFTI PERAK-PENDAPAT & KETEGASANNYA MEMIKAT HATI KU INI...ALLAHUAKHBAR |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 lambaian's post
ade la ckit2... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cactusxs at 8-7-2008 02:43 PM
ade la ckit2... kan? hehehhee |
|
|
|
|
|
|
|
sapo ni????????????????/ |
|
|
|
|
|
|
|
ape cer
nak sumpah ke taknak ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nhuser at 7-7-2008 12:07 AM
maaf...quadruplet posting....server :@:@:@:@
takpe posting jer byk2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mufti Perlis ni macam suka nak glamerkan diri lah... selalu buat statement yg berani...mintak maaf lah kalau terkasar..
Cuma aku harap apa yg keluar drp mulut dia benda yg sohih dan tidak mengelirukan, maklumlah kalau dah mufti cakap kita mesti ambil berat. |
|
|
|
|
|
|
| |
|