Konspirasi DiG-ay Pee Dan PUS Yang Menjatuhkan AnuWa 1998
Contributed by taminsari on Friday, July 04 @ 19:39:17 MYT
Topic: KOMENTAR
Di dalam kes liwat terbaru AnuWa, beliau menuduh kerajaan BN melakukan konspirasi untuk menjatuhkannya. Setelah keluar dari Kedutaan Turki, AnuWa telah menceritakan dengan panjang lebar kepada CNN.com melalui (tele-interview) mengenai dakwaan beliau terdapat kewujudan konspirasi politik, ugutan membunuh dan sebagainya. Isu terbaru AnuWa ini telah mendapat liputan yang sangat meluas di kalangan para media antarabangsa.
Di tengah-tengah kekecohan ini, Amerika Syarikat tanpa segan silu mengecam tindakan Malaysia dan tidak mahu AnuWa disiasat. Amerika Syarikat (AS) menyatakan yang ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas AnuWa yang bermotifkan politik. Penulis tertanya-tanya, siapakah AnuWa sebenarnya dan mengapa AS mahu melindunginya? Adakah AnuWa seorang rakyat Amerika ataupun ejen Amerika dan yahudi?
Kalau tidak takkan Amerika beria-ria mahu melindunginya. Adakah Amerika berhak untuk masuk campur dalam urusan negara ini. Penulis tidak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kepada negara jika AnuWa menjadi Perdana Menteri.
Berbalik kita kepada cerita lama mengenai AnuWa. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Kapal Seng dan MuttSabew, Naib Presiden PUS sekarang adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks AnuWa pada 1998 semasa DiG-ay Pee mengadakan Konvensyen mereka di Kuala Lumpur. Kapal Seng telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DiG-ay Pee di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas AnuWa kerana salahlaku seksnya dan membicarakan AnuWa. Pendedahan salahlaku AnuWa oleh Kapal Seng berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks AnuWa didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.
Pelik tetapi benar, apabila dua orang pemimpin Puckutton Ruckyacht adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap AnuWa dan hari ini mereka amat menyanjungi AnuWa. Tentu sukar untuk mempercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku AnuWa ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela AnuWa dalam kes tersebut. Tetapi kenapa Kapal Seng yang pernah menuduh AnuWa dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama? Tidakkah ini kelihatan seperti 揳da udang di sebalik batu
|