CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3457|Reply: 4

nama baru Pluto -->> Plutoid!!

[Copy link]
Post time 13-6-2008 08:29 AM | Show all posts |Read mode
Plutoid nama baru Pluto

WASHINGTON: Pluto yang disingkirkan daripada statusnya sebagai planet pada 2006 berikutan saiznya yang terlalu kecil, kini dikenali sebagai Plutoid.

Malah, bukan Pluto saja, tetapi bintang kerdil lain akan turut dikenali dengan panggilan Plutoid.

Keputusan itu dibuat anggota jawatankuasa eksekutif Kesatuan Astronomi Antarabangsa yang mengadakan mesyuarat di Oslo, Norway, bagi memutuskan gelaran yang sesuai terhadap planet bersaiz kecil.


Plutoid juga ditakrifkan sebagai objek dalam orbit mengelilingi matahari yang terbukti jauh daripada Neptun.

Dua Plutoid terbaru adalah Pluto dan Eris, biarpun ahli astronomi menjangkakan dapat menemui lebih banyak planet kerdil sedemikian.

Satu lagi objek kerdil, Ceres tidak menepati ciri Plutoid kerana terletak di jaluran di antara Marikh dan Musytari.

Antara objek yang mengorbit Matahari atau dikenali Sistem Solar adalah planet Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus dan Neptun serta tiga Plutoid iaitu Pluto, Ceres dan Eris. - Reuters



kecik sgt pluto ni  tu yang jadi  plutoid dah skrg ni  ek.. jadi ada 3 plutoid rupanya.. ceres tu bukan nama bulan neptune ker.. ekkk konfius dah aku.. kena baca lagi astronomy ni!!    kelakar lak aku tengok nama2 planet in dlm b melayu tu.. zuharah?? untuk  venus?? lain macam aje..  kalu buku women are from venus, men  are from mars tu.. kena buat translation: pompuan dari zuhrah; lelaki dari marikh...  cisss aku tak yakin aje akan sold out tajuk camtu.. tee hee

[ Last edited by  amazed at 6-7-2008 07:58 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2008 08:52 AM | Show all posts
info bagus... rasanya ceres tu adalah.. erm.. xtau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2008 09:12 AM | Show all posts
hmm..cute lak nama plutoid...   secute den...! ahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 04:12 PM | Show all posts
Ape aje le depa nih...dah nama tu Pluto...Pluto la...status kena tukar tu lain cite le!
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2008 06:26 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 15-6-2008 04:12 PM
Ape aje le depa nih...dah nama tu Pluto...Pluto la...status kena tukar tu lain cite le!



mentang mentang ada ... asteroid  
pluto jadi la  plutoid  eh -

macam2  ye --

btw -  ceres tu macam minor planet (kecil  tak leh dipanggil
planet)  dan terletak kat asteroid belt -

asteroid belt terletak antara orbit mars and jupiters -

asteroid belt tu lah  yang separate kan inner planets and outer planets


Ceres as seen by Hubble Space Telescope


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.248709 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list