CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3612|Reply: 9

hong kong dilanda banjir, tanah runtuh!!

[Copy link]
Post time 8-6-2008 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Hong Kong dilanda banjir, tanah runtuh

HONG KONG 7 Jun - Hujan lebat telah menyebabkan berlakunya banjir dan tanah runtuh yang memaksa semua jalan raya dan lapangan terbang di wilayah ini ditutup awal pagi ini.

Komander bomba, Tam Yiu-Kei berkata, usaha menyelamat dua orang yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan tebing jalan akibat hujan lebat di pinggir wilayah ini giat dijalankan.

"Hujan lebat menyebabkan banjir dan mengakibatkan berlakunya tanah runtuh sehingga menyulitkan operasi menyelamat.

"Banjir juga menyebabkan perkhidmatan penerbangan, sistem pengangkutan darat dan siaran televisyen tergendala," jelasnya.

Beliau menambah, lebih 150 kapal terbang mengalami kelewatan dan satu penerbangan dibatalkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong, selain kenderaan terperangkap di dalam air lumpur.

Sementara itu jurucakap kerajaan, Suzanne Lee berkata, ribut bertekanan rendah yang merentasi Laut China Selatan menyebabkan hampir 40 orang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh dan 125 orang lagi dalam banjir.

Berdasarkan bacaan di balai cerapan Hong Kong, hujan sebanyak 300 milimeter dicatatkan sepanjang malam tadi bersama-sama angin kencang selaju 70 kilometer sejam.

- AP


kalu nak gi holiday, scratch hongkong, baratdaya china, myanmar... utk sementara ni wokey...  bercuti kat m'sia dah ler... mcm2 bencana kat asia pasifik ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2008 07:30 AM | Show all posts
saya kena pi hong kong selasa pagi. ada meeting .. stay dekat one of the hotel in wan chai area. huhuhuhu ... hopefully dah surut by then.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2008 07:30 AM | Show all posts
kalo tak salah...airport HK sebelah laut je kan...

adeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 04:54 PM | Show all posts
Originally posted by orang_letrik at 8-6-2008 07:30 AM
kalo tak salah...airport HK sebelah laut je kan...

adeh



yup... sebelah aje.. aku dah pegi HK dah...    dulu barang kat sana wokey...  now mmg tak berbaloi  mahai  sgt!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2008 04:54 PM | Show all posts
2 dikhuatiri hilang banjir di Hong Kong

HONG KONG: Hujan lebat menyebabkan banjir dan tanah runtuh di Hong Kong, awal pagi semalam sehingga jalan raya terpaksa ditutup dan penerbangan dibatalkan di seluruh wilayah berkenaan, kata pihak berkuasa.

Pasukan penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari dua mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam kedai di tepi jalan yang runtuh akibat hujan lebat di pinggir New Territories.

揌ujan lebat menyebabkan tanah menjadi lembut dan ada kemungkinan tanah runtuh akan berlaku, ia menjadikan operasi lebih sukar,
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 07:56 PM | Show all posts
well im not surprised, tengok je la Hong Kong punya development, insanely outrageous, apartment towers tumbuh tiap tiap hari, bukan kecik cam kat Singapore, HK nyer residential towers tinggi melangit sak, 60-70 storeys high, x silapnyer skang development merebak across victoria harbour into Kowloon and the New Territory, gila sak Hong Kong, worse than Manhattan, new accounts shows the density soars up to 6500 people per kilometer, perghhhh, bukak tingkap nampak jiran block sebelah, bukak pintu, nampak lift lobby, LOL! stressed out siots, tp kalau banjir besar pun takde le risau sangat sbb everybody could climb upstairs, ahaks, until the great tsunami of 500meters high swept away the metropolis, everybody would be okay, banjir dorang pun tadek la sampai 10 storeys high kan

i mean like, JUST LOOK AT IT, 7 million people compressed together and we'll have, Hong Kong. ahaks..

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2008 07:30 PM | Show all posts

Reply #6 firebird909's post

I mean like, JUST LOOK AT IT,...



okay  okay  okay  i'm looking  at it dood... i'm looking...  
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:44 PM | Show all posts
ey dude, your avatar is super cool! LOL!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2008 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by firebird909 at 17-6-2008 07:56 PM
well im not surprised, tengok je la Hong Kong punya development, insanely outrageous, apartment towers tumbuh tiap tiap hari, bukan kecik cam kat Singapore, HK nyer residential towers tinggi mela ...



weeii sesaknye.rimas aku tggl kat area sesak2 mcm HK ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2008 05:11 PM | Show all posts
pi hong kong aritu..
jalan2...langsung tak nampak ruang langit celah2 bangunan
kiri kanan...bangunan...
itu blum lagi..masuk penduduk..
nak shopping pun bersesak2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:19 AM GMT+8 , Processed in 0.228465 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list