CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10838|Reply: 46

Bola Sepak SUKMA Terengganu

[Copy link]
Post time 29-5-2008 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Meh kita bincang2 ttg bola sepak di sukan Mesia yg dah bermula..



Terengganu, Kedah dipaksa kerja kerasOleh Lukman Salleh, Harris Rajahdin dan Hamid Salleh

CABAR pemain Terengganu, Ahmad Nordin Alias (kanan) cuba merampas bola daripada pemain Perak, Mohd Asrul Shafie di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Juara dan naib juara lalu diberi saingan sengit

JUARA dan naib juara Sukan Malaysia (Sukma) dua tahun lalu, Terengganu dan Kedah, masing-masing bergelut untuk melakarkan kemenangan ke atas lawan masing-masing apabila acara bola sepak memulakan aksinya, semalam.

Terengganu, tuan rumah Sukma XII terpaksa berhempas pulas menundukkan Perak 3-2 dalam perlawanan Kumpulan A di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, manakala Kedah, juga bergelut untuk mengatasi Sabah dengan jaringan yang sama di Padang A, Kompleks Sukan Gong Badak (KSGB), semalam.


Bagi Kedah, yang membariskan ramai pemain Liga Super dan Liga Perdana, tampak belum dapat mencapai keserasian, dengan gerakan yang agak tumpul serta pertahanan lemah, yang menyaksikan Sabah, hampir lagi berjaya mencuri mata.

Namun jaringan pemain muda berbakat Mohd Bunyamin Omar, yang meledakkan dua gol pada minit ke-25 dan 56 melalui sepakan penalti, serta jaringan Mohd Hazwan Zainun, cukup memastikan kemenangan Kedah.

"Memang perlawanan pertama agak sukar tetapi saya gembira dapat menyumbang dua gol untuk membantu kemenangan Kedah," kata Bunyamin, antara dua pemain yang mendapat peluang menjalani latihan singkat dua minggu di kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, bulan lalu.
"Tetapi masih ada ruang untuk kami meningkat kerana perlawanan yang kami tunjukkan hari ini tidaklah memuaskan.

"Saya percaya perlawanan berikutnya (menentang Kelantan), kami akan dapat meningkatkan permainan sebelum turun bertemu Selangor," katanya.

Sabah, yang ketinggalan 2-0 pada separuh masa bangkit merapatkan jurang melalui sepakan penalti yang disempurnakan Azrul Ejati pada minit ke-51 tetapi kemudian mendapati diri mereka ketinggalan 3-1 apabila Bunyamin pula menyempurnakan penalti lima minit kemudian.

Sabah tidak berputus asa dan pada minit ke-85 berjaya menyumbatkan gol kedua melalui Muhd Ibnu Kassim selepas menerima hantaran lintang sebelah kiri.
"Memang ada kekurangan dalam perlawanan kami hari ini terutama sekali dalam membentuk keserasian antara pemain Liga Super dan Liga Perdana dalam skuad Kedah," kata jurulatihnya, Muhamad Ramlee.

"Tetapi ia tidak membimbangkan saya kerana masih ada masa untuk kami memperbaiki segala kesilapan dan mencari keserasian."

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan Kumpulan B, Selangor dengan mudah menudukkan Kelantan, 3-0.

Selangor mendahului 1-0 pada separuh masa melalui jaringan Mohd Fitri Shazwan Riduwan pada minit ke-40, sebelum menambah dua gol lagi selepas perlawanan bersambung semula melalui Mohd Zaiza Zainal Abidin (m-51) dan Mohd Alifi Mahmud (m-65).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2008 04:31 PM | Show all posts
bila nak final............
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 04:36 PM | Show all posts

Reply #1 cak!'s post

Selangor buka langkah kananOleh DRAHMAN BAHARUN
drahman@kosmo.com.my



PERTEMUAN sulung antara Selangor dengan Kelantan dalam acara bola sepak Sukma XII semalam.

SELANGOR memulakan langkah kanan apabila mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan pada saingan Kumpulan B acara bola sepak temasya Sukan Malaysia (Sukma) XII di Padang B, Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu semalam.
Skuad bimbingan bekas pemain kebangsaan yang juga jurulatih skuad senior Selangor, Dollah Salleh itu berada pada kelas tersendiri dengan corak permainan bertenaga sepanjang 90 minit permainan itu berlangsung.
Selangor yang bertekad untuk mengulangi kejayaan meraih pingat emas pada edisi 1998 memperoleh gol menerusi Mohd. Fitri Shazwan Raduwan pada minit ke-40, Zaiza Zainal Abidin (minit ke-51) dan Alafi Mahmud (minit ke-65).
Bagi Dollah, kejayaan yang dilakar anak buahnya pada perlawanan pertama ini banyak dibantu dengan kehadiran pemain berpengalaman yang beraksi dalam saingan Liga Super dan Liga Perdana.
Menurutnya, barisan serangan berjaya melakukan beberapa serangan merbahaya sambil dibantu posisi pertahanan yang banyak menangkis serangan lawan.
"Saya dapat merasakan persembahan pertama kami agak mantap. Kami mengharapkan ia dapat dikekalkan pada perlawanan seterusnya," katanya.
Antara pemain Liga Super Selangor yang beraksi dalam skuad Sukma kali ini termasuklah penjaga gol, Nuraizat Aziz, Zaiza, Fadzirul Zakaria, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim, Fazilidin Khalid, Nasriq Baharom dan Wan Hoesne Wan Hussain.
Selain itu, beberapa pemain dari skuad Liga Perdana PKNS turut diserapkan dalam skuad ini seperti Alafi, Fairul Nizwan Nasir, Aizul Ridzwan Razali, Adib Azuddin Latif serta Sazali Suwandi dan Fazli Baharuddin.
Begitupun, Dollah masih enggan mendabik dada mengenai kemenangan yang diraih anak buahnya itu, sebaliknya mengingatkan mereka agar memberi fokus penuh dalam setiap perlawanan yang bakal diharungi selepas ini.
"Pemain diminta lebih fokus pada temasya kali ini kerana cabaran akan lebih sukar lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas di Terengganu," tambahnya.
Untuk rekod, kali terakhir Selangor meraih emas acara bola sepak adalah ketika mereka menjadi tuan rumah pada edisi Sukma 1998.
Sementara pada edisi 2006 di Kedah lalu, Selangor tersingkir pada saingan peringkat kumpulan.
Selangor yang diundi dalam Kumpulan B akan menentang Sabah Jumaat ini diikuti menentang naib juara 2006, Kedah pada hari Ahad.

[ Last edited by  eden_torai14 at 29-5-2008 04:39 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2008 04:42 PM | Show all posts
Bekas pemain Liga Super perkuat PerlisOleh Kamudin Baharom
EMPAT bekas pemain skuad Liga Super Perlis akan menguatkan pasukan negeri itu bagi acara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) kali ini.

Mereka adalah pemain pertahanan, Phul Sakh a/l Lum dan Amar Rohidan yang juga diamanahkan menjadi ketua pasukan, pemain tengah, Azmi Azmi dan penyerang, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin.

Jurulatihnya, Manja Man berkata, sebelum ini pihaknya bercadang mendapatkan sekurang-kurangnya dua pemain skuad utama Singa Utara iaitu Mohd Redzuan Othman dan Mohd Syazwan Roslan bagi memantapkan cabaran.


"Namun impian itu tidak menjadi kenyataan apabila permohonan mendapatkan khidmat kedua-dua pemain itu tidak diluluskan," katanya.

Di Sukma kali ini, Perlis diletakkan dalam Kumpulan C bersama tiga pasukan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Wilayah Persekutuan.

Manja berkata, selain empat bekas pemain skuad utama Singa Utara itu, barisannya terdiri daripada pemain skuad Piala Presiden seperti penjaga gol, Fazereen Abu Seman dan bekas pelatih skuad utama, Khairul Azwan Rosli dan dua penyerang muda, Afiq Azmi dan Faiz Azmi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 05:13 PM | Show all posts
best jugak neh..ada pemain2 main kat liga super,pemain kebangsaan pon ada..

Kedah - Bunyamin omar..lg xtahu la plak

selangor - Asrarudin putra omar, safiq rahim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-5-2008 05:14 PM | Show all posts
Originally posted by jofizo at 29-5-2008 04:31 PM
bila nak final............


biasanya hari last SUKMA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2008 10:26 AM | Show all posts
kedah menang ngan kelantan 2-1
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 10:36 AM | Show all posts
selangor mengatasi sabah 2-0
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2008 11:02 AM | Show all posts
Originally posted by cak! at 29-5-2008 17:13
best jugak neh..ada pemain2 main kat liga super,pemain kebangsaan pon ada..

Kedah - Bunyamin omar..lg xtahu la plak

selangor - Asrarudin putra omar, safiq rahim



kedah ada hadi, sabri abu, fazliata, badrol
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 11:12 AM | Show all posts
Johor 2 - Sarawak 1
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2008 02:40 PM | Show all posts
Psst...game ni soltan pahang ade mintak komisyen tak...??

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2008 10:55 AM | Show all posts
Tuan rumah mara ke suku akhir
Oleh Lukman Salleh, Harris Rajahdin dan Hamid Salleh

Juara 2004 pula, Negeri Sembilan terpaksa berputih mata dengan kehebatan Perlis

PEMENANG emas dua tahun lalu, Terengganu menempah tiket ke suku akhir kejohanan bola sepak Sukan Malaysia XII (Sukma) apabila menundukkan Pahang 2-0 untuk menjuarai Kumpulan A, sambil salah satu pasukan pilihan Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tersingkir selepas dikejutkan Perlis 3-2 dalam saingan Kumpulan C, semalam.

Terengganu memastikan kemaraan melalui jaringan Wan Mohd Alif Wan Jasmin seawal minit ke-16 separuh masa pertama sebelum Mohd Ashari Samsudin menyumbatkan gol kedua pada minit ke-69 bagi menemukan tuan rumah dengan naib juara Kumpulan D, Pulau Pinang dalam penentuan suku akhir.



Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi juara 2004, Negeri Sembilan apabila terpaksa akur dengan kehebatan Perlis sekalipun pasukan itu mendahului seawal minit kelapan melalui Muhd Arif Ismail yang merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol lawan.

Perlis bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Mohammmad Alif Aswat Baharin yang merembat masuk pada minit ke-22.

Negeri Sembilan sekali lagi mendahului apabila jaringan sendiri pertahanan lawan Hazerin Abd Hamid pada minit ke-30, meletakkan mereka di ambang kelayakan ke suku akhir tetapi Mohammad Alif menghampakan mereka apabila menjaringkan gol penyamaan buat Perlis, sembilan minit kemudian.

Gol kemenangan Perlis dijaringkan Mohd Helmi Abdul Karim, dua minit sebelum rehat untuk menjulang pasukannya ke suku akhir dan hak bertemu juara Kumpulan B, yang akan ditentukan oleh naib juara dua tahun lalu, Kedah dan Selangor.

Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan C, Kuala Lumpur bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk mengalahkan Melaka 2-1 menjuarai kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan B, bagi penentuan ke suku akhir.

Selepas ketinggalan kepada jaringan Yusri Abas pada minit ke-30, Kuala Lumpur mempamerkan aksi lebih kemas dan menyamakan kedudukan menerusi rembatan Mohd Hafzairi Azmi pada minit ke-40 dan Stanley Bernard memastikan pasukannya mara ke suku akhir dengan gol kemenangan pada minit ke-57.

Turut melangkah ke suku akhir ialah Perak, selaku naib juara Kumpulan A dan akan bertemu Johor, selaku juara Kumpulan D, yang seri tanpa jaringan dengan Pulau Pinang dalam perlawanan terakhirnya, semalam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2008 10:58 AM | Show all posts
Originally posted by lordvoldemort at 30-5-2008 11:02 AM



kedah ada hadi, sabri abu, fazliata, badrol



wow..!!bleh juara neh..

Kedah arini lwn selangor tentukan juara kumpulan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2008 09:45 AM | Show all posts
Selangor yakin benam Perlis
KUALA TERENGGANU - Selangor mahu meneruskan rentak cemerlangnya apabila berdepan Perlis pada suku akhir bola sepak Sukan Malaysia XII, hari ini.

Selangor muncul juara Kumpulan B dengan sembilan mata, memegang dua rekod pada saingan peringkat kumpulan iaitu pasukan paling banyak menjaringkan gol dengan enam jaringan dan pasukan tunggal yang belum lagi melepaskan gol.

Rekod terbaik pasukan itu kali terakhir menduduki tempat keempat di Sukma X 2004 Negeri Sembilan, namun kali ini menyasarkan aksi ke pentas final selepas muncul juara kumpulan dengan menewaskan Kedah 1-0 dalam perlawanan terakhir kumpulan, kelmarin.

Jurulatih Selangor, Dollah Salleh berkata, Selangor akan memberikan yang terbaik apabila bertemu Perlis dan menganggap naib juara Kumpulan C itu sebagai pasukan yang mempunyai kemampuan tersendiri.

Jelasnya, para pemain sudah bersedia untuk meneruskan aksi terbaik apatah lagi selepas menewaskan Kedah 1-0, malam kelmarin.

"Saya sifatkan perlawanan dengan Kedah sebagai paling sengit dan persembahan terbaik Selangor dengan corak permainan pantas dan keupayaan menyekat serangan bertali arus Kedah terutama pada babak kedua.

"Saya yakin jika pemain meneruskan permainan seperti ini (kelmarin), kita mampu melepasi peringkat suku akhir esok (hari ini)," katanya.

~ Kedah kalah dgn Selangor 1-0


..tapi still layak suku akhir..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 09:57 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 07:47 AM | Show all posts
perlawanan semalam

Selangor 0 Perlis 2
Perak 2 Penang 3
Kedah 1 Wilayah 0
Terengganu 0 Johor 0 (trg menang penalti 5-3)

perlawanan separuh akhir.. ari khamis ni

Terengganu lwn Kedah
Penang lawan Perlis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2008 09:28 AM | Show all posts

Reply #16 tuahayam's post

cayalah Kedah..:pompom:

selangoq kalah ahahhaahaha

wah geng2 utara masuk semi

lwn terengganu plak adeh..ulangan final 2 tahun  lpas
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:10 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 11:44 AM | Show all posts
Smalam aku gi stadium... Tgk Johor kene blasah ngan Ghanu
Mmg mendebarkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 12:24 PM | Show all posts

Reply #19 nik2121's post

tipo ahh..menang sepak penalti la wei..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:52 PM GMT+8 , Processed in 1.376222 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list