CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noiemo

[Penerbit] ** FAJAR PAKEER (FP) **

[Copy link]
Post time 10-6-2011 03:18 PM | Show all posts
novel: JIRANKU KEKASIHKU
PENULIS : LYSA ALYYSA

novel ni best jgk- SINOPSIS

Pada mulanya, kehadiran Dr. Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu sering mencuri perhatiannya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Dr. Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina yang terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Dr. Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Sering kali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau-bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan Dr. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2011 09:26 PM | Show all posts
tp bulat nk tegur sikit le kat penulis2 baru...

boleh tak kalau part nama watak tu jgn le letak p ...
si bulat Post at 10-6-2011 07:32


hai bulat
setuju dengan awak

paling tak suka kalau nama watak panjang berjela dan hampir sama dalam satu cerita ..

agak mengelirukan dan adakalanya menyampah lak rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2011 09:39 PM | Show all posts
tp bulat nk tegur sikit le kat penulis2 baru...

boleh tak kalau part nama watak tu jgn le letak p ...
si bulat Post at 10-6-2011 07:32



    betul2...setuju sgt la.....ada yg suka letak nama watak tu mak aihh...panjang dan susah bebenar nk sebut...
    citer dah best tetiba jd spoil dgn nama watak yang sgt panjang dan moden....rasa mcm baca kisah kanak2 pulak
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2011 06:14 PM | Show all posts
dah baca cinta dari istana by adah hamidah

tapi x abis2 sampai sekarang

bahasa klasik sangat.xkena dgn jiwa,kena bayangkan zaman dahulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 03:46 PM | Show all posts


Kalau dia tu bukan suami awak, habis siapa lelaki tu? Saya tak nak berkahwin dengan perempuan yang dah bersuami. Atau awak ni dah bercerai dan sekarang memakai status janda, macam tu?”

Hati siapa yang tidak terluka apabila diri difitnah dan dihina oleh bakal suami sendiri. Begitulah situasi yang sukar diterima oleh Nurin Syakirah. Bolehkah dia hidup sebagai sepasang suami isteri bersama lelaki yang bernama Faizal Faiz?

Walaupun, cintanya terhadap Norsiah tidak pernah pudar, Faizal tidak mampu untuk menolak jodoh yang sudah ditetapkan oleh ibunya. Demi menjaga hati Hajah Sepiah, dia terpaksa menerima Nurin Syakirah sebagai isterinya dengan rasa berat hati walaupun tahu Nurin bukan gadis baik. Nurin punya hubungan dengan Shamsul sebelum mengahwininya. Lalu dia bersikap dingin dan tak peduli. Hanya di depan keluarga mereka berpura-pura baik.

Pergolakan rumah tangga Nurin dan Faizal semakin berkocak apabila Shamsul tidak berhenti mengejar Nurin untuk mendapatkan cinta gadis itu kembali. Isterinya, Jasmin, langsung tidak dihiraukan. Dan kemunculan Norsiah secara tiba-tiba membuatkan Faizal cuba mendekati wanita yang sudah menjanda itu. Tetapi semakin dia cuba untuk mencintai Norsiah seperti dahulu, wajah Nurin mula terbayang dalam fikirannya. Dia mula cemburu dengan isteri sendiri.

Apakah dia sudah jatuh cinta kepada isterinya kini?

ulasan ana:

bagi 2.5 bintang.tema kisah cinta lepas kawen.bolehlah dibaca

hero +heroin kawen atas pilihan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2011 04:36 PM | Show all posts
Reply 105# chit_ana


    tajuk apa cite ni, ana?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2011 04:41 PM | Show all posts
Reply  chit_ana


    tajuk apa cite ni, ana?
AzzaleaKhaliq Post at 21/11/2011 16:36


dah tepek pic kat atas

tajuk tiada dua by nurfaza alisya
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2011 08:20 AM | Show all posts
Reply 107# chit_ana


    oopss...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2011 02:36 PM | Show all posts
tuan rumah pembantu rumah - Orkid Adyliyne

2 bintang...ok la...tp buku ni antara top selling gak kan...saya rate ikut tekak saya..maaf pada yg rate tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2011 04:29 PM | Show all posts
Baca novel Gelak Tergolek, baru separuh, ada unsur-unsur sensored sikit, mungkin 18SX kot?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 11:33 AM | Show all posts


Fajar Pakeer
MAT PIN NAPKIN
ISBN 978-967-365-097-2
Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Fallah si menantu terpilih itu baru tersedar yang dia sebenarnya lebih senang memilih daripada terpilih. Tetapi memilih Hayfa yang ala-ala calon ustazah pilihan itu bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia terpaksa rela menjadi yang terpilih dan membiarkan Hayfa memilih kerana mereka berdepan dengan pilihan yang tidak memihak kepada diri masing-masing. Pilihan, pilihan…

“Biarlah! Begini barulah adil, kan? Bakal isteri Fallah sedang bercengkerama dengan bakal suami Hayfa kat sebelah dinding sana. Bakal suami Lily dengan bakal isteri Hazardi sedang berperang di sebelah dinding sini.”

Menjadi yang terpilih bukan sesuatu yang Hayfa harapkan. Menerima hati si Mat Pin Napkin bakal membuat hati yang lain terluka. Untuk itu dia lebih rela memilih dan membiarkan Fallah terpilih. Walau hakikatnya hati Hayfa yang sejuk beku itu sebenarnya sudah lama dicuri dan dibawa lari. Lalu sebatang pin napkin menjadi ganti, menjadi bukti bahawa Hayfa dan Mat Pin Napkin saling berhutang hati.
Mat Pin Napkin,
Masa yang terus berlalu membawa kenangan itu semakin jauh daripada kita. Dan… hatiku yang telah kau curi itu, bila masanya nak kau kembalikan? Atau mungkin kalau kau kembalikan kepadaku, ia sudah tidak menjadi hatiku lagi? Kerana aku kini tak punya hati kepada insan lain setelah kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 11:33 AM | Show all posts


Fajar Pakeer
KAU ANTARA BINTANG
ISBN 978-967-365-098-9
Sem. Malaysia RM21
Sabah/Sarawak RM24

Iskandar, macam nama yang dah biasa dengar. Tak ada apa-apa yang istimewa pun. Nothing special! Apa yang spesialnya, nama Iskandar itu maksudnya nama seorang raja kalau merujuk dalam Islam. Dan Iskandar muncul dalam hidup Anum Danisha sebagai raja di hati Anum Danisha. Tak perlu Iskandar susah-susah pasang umpan, mudah saja Anum Danisha terpikat.

Tapi masalahnya sekarang, Iskandar yang Anum Danisha gila-gilakan ini suka main nyorok-nyorok. Sekejap ada, sekejap hilang. Sekejap muncul, sekejap ghaib. Misteri sangat orangnya. Bila dicari, langsung tak jumpa. Bila tak dipanggil, tahu-tahu dah ada depan mata. Iskandar ni manusia ke hantu? Orang ke bunian? Human or vampire?

“Kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha.”

Iskandar yang pelik. Bintang pun dia sanggup namakan dengan nama Anum Danisha. Tapi, itulah kenyataannya.

Persoalannya sekarang, apa yang berlaku antara Iskandar dan Anum Danisha, realiti atau fantasi? Siapakah sebenarnya Iskandar di mata Anum Danisha? Wujudkah Iskandar yang dimaksudkan? Bersambutkah cinta yang dirasai oleh Anum Danisha? Akan adakah bintang yang bakal menyinar antara mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 11:34 AM | Show all posts


Fajar Pakeer
JODOH KAU & AKU
ISBN 978-967-365-096-5
Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21

Natasya, gadis yang mahu berdiri di atas kaki sendiri, akhirnya menurut kehendak papanya untuk bekerja di syarikat keluarga demi menjaga hati seroang ayah. Namun, baru beberapa ketika dia bekerja di situ, dia sudah terlibat dalam satu masalah yang melibatkan kakaknya, Hana.

“Saya nak cakap yang saya nak berkahwin dengan Hana punya adik, Natasya.”

Sebaris ayat itu telah menyebabkan Natasya menenjadi suri kepada seorang lelaki yang langsung tiada kaitan dengan dirinya. Namun, itulah yang dikatakan jodoh. Antara mahu dengan tidk, Natasya sedia menerima apa pun takdirnya.

Ashraf, lelaki biasa yang punyai rahsia tersendiri. Hanya mahu dikenali sebagai seorang peguam yang makan gaji. Tidak lebih daripada itu. Namun pekerjaannya dipandang rendah oleh bapa kekasih hati. Dan disebabkan itu, dia nekad mengahwini Natasya atas alasan tersendiri.

Natasya dan Ashraf, dua insan yang tidak mengenali sebelum ini terpaksa duduk serumah, menjalankan rutin rumah tangga seperti pasangan lain. Namun akan adakah rasa sayang yang bakal terbit dalam diri mereka? Mampukah Natasya meletakkan Ashraf di hatinya? Permasalahan apa yang Hana lakukan sehingga melibatkan Natasya? Siapa Ashraf yang sebenarnya? Masih adakah jodoh antara Ashraf dan Natasya?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2011 12:45 PM | Show all posts
Reply 113# chit_ana

pernah nmpk nama ni kat blog & fb
penulis enovel...
Pakeer, KN & KS memberi peluang pada penulis2 enovel untuk
merealisasikan impian mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2011 01:32 AM | Show all posts
wahhh..macam best2 jep tengok cover n sinopsis novel2 FP nih... kopaklah akak bulan nih nak kena memborong banyak novel nih...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 06:12 PM | Show all posts
novel terbaru wannie nordin -kau antara bintang- pasti akan mendapatkannya!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2011 08:03 PM | Show all posts
Reply 116# gurlgals

novel dia mmg best ke?disember cinta kita besy x?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 08:21 PM | Show all posts
Reply 112# chit_ana


    mcm familiar cerita ni
wanie nordin pernah letak kat WR kan
mesti beli ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2011 10:18 PM | Show all posts
Post Last Edit by life_love at 9-12-2011 22:21
novel: JIRANKU KEKASIHKU
PENULIS : LYSA ALYYSA

novel ni best jgk- SINOPSIS

Pada mulanya, keha ...
ungu_merah Post at 10-6-2011 15:18



  saya da baca da novel ni...
utk novel sulung, penulis ni bolehla dipuji..
tahniahla utk penulisnye..

tp macam ade yg xlogik sbnanyer..
jd sebagai penulis, semue org kene buat research dulu..
bukan ape..kbanyakan novel ni budak2 skola yg bace..
diorg fikir ape yg tertulis kat buku tu sume btul..

kat sini sy turunkn sikit ape yg sy rase x betul...
contoh..si faiza tu belajar farmasi (lepasan STPM)..tp apesal amek pendidikan seni pulak..
bukansepatutnye die kene amek airan sains ke? P.am, Fizik, Kimia, MT..

part ni agak kelakar...si Tina tu pulak..dahlah puteri raje...amek DIPLOMA KEJURURAWATAN KEMENTERIAN KESIHATAN  hanye nk kejar si Tgku sharizal sebab Tgku tu pilih nak jadi doktor..kan warganegare indera Cenderawasih...skim jururawat import ke ape..tp xpe kot..kan bole palsukan identiti.

sebenarnye saye x perasan pun kesalahan ni..tp adik sy yg perasan..die pun budak skola lg br fom 3..
gigih pulak die bace word by word...sy pulak jenis suke bace  page by page je..laju sikit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2011 06:07 PM | Show all posts
Reply  gurlgals

novel dia mmg best ke?disember cinta kita besy x?
faizafariza Post at 9-12-2011 20:03



   Penah baca buku dia Aku yang terluka&Disember cinta kita - dua2 best! hopefully y latest ni pun dpt memikat hati gak la...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.372244 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list