|
dah baca TMKH...
penulisnya Sofi memang ada
banyak idea...
blog dia penuh dgn. cerita yang cukup ramuan
sedih, geram, benci, gembira etc..
tahniah sofi,,,
tunggu novel ke 2 dia..
tentu makin umph... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 60# bougainvillaea
Boleh bagitahu nama penuh. nama saya check dgn mereka. tak akan saya nak tanya bougainvillae. hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 56# tudung_bawal
Awak boleh baca secara online dulu bab 1 hingga 13 dan 1 bab pilihan iaitu bab 23 di blog promosi http://princecharming2u.blogspot.com/
Sinopsis tak berapa menarik prince charming. tapi bila baca bab 1 hingga 13, dan satu bab pilihan, baru leh tgk tarikan. di web Cari.com.my pun ada saya paste bab by bab di thread
Bakat & Ruangan Penulis |
|
|
|
|
|
|
|
Star pun perasan yg kebanyakan buku2 FP mmg berkualiti... |
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa buku terbitan FP yang saya suka..
Dalam kategori tak boleh letak..
Tak Mungkin KuHindari - Ana Sofia
Bila Cinta Berbisik - Rehal Nuharis
Buku Marwati A Wahab (Tajuk Tak Berapa Ingat...) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by gurlgals at 28-7-2010 22:56
x penah bli bku FP b4 this... baru ari 2 try bli 'Disember Cinta Kita' dr Wannie Nordin.
sgt2 berbaloi! wlpun tebal tp dpt dihabiskan dlm masa 2 hari sahaja... ending dia sooo touching! Bila kasi pinjam dekat kwn2 y lain mostly puji cerita ni, ada happy+sedey+sakit hati+semua sekali... digalakkan pada y lain utk membelinya... ;-D |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 66# cmf_azure
Buku Marwati A Wahab (Tajuk Tak Berapa Ingat...) tajuk nya bertakhta di hati ke |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 68# chit_ana
betul... dah baca ke?
suka cerita tu...
tp ada juga yg. part x best masa heroin ini terima saja
apa yang suaminya buat, ditinggalkan bertahun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 69# cmf_azure
dah baca..best juga
cuma ana perasan marwati ni ada juga novel dengan alaf guna nick aleeya aneesa kalu xsilap lah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 70# chit_ana
Banyak juga novel dia dengan Alaf21 dgn. menggunakan nama Aleya Aneesa
Dgn. FP dia gunak nama betul..
Novel2 dia boleh diletakkan dalam kategori, sedap utk. dibaca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 71# cmf_azure
haah kalu x silap dah 5 buah novel dengan alaf kan..dengan fajar dah bape novel eh?
nak beli lagi kalu ada yang lain |
|
|
|
|
|
|
|
siapa ada baca novel Datang Dgn. Indah
- Sarnia Yahaya?
boleh tolong beri komen,
terfikir nak beli...
tq |
|
|
|
|
|
|
|
sape pernah baca prince charming by ratu bulan?
igat nak beli kalu best..plz komen ya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by chit_ana at 12-2-2011 17:27
novel baru februari
sinopsis:
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
“Eh, kau ni gila ke apa? Dahlah kau langgar aku tadi. Lepas itu, kau hempuk pula aku dengan beg Bangla kau tu. Hah, sekarang kau panggil aku perogol pula.”
Pertemuan pertama mencipta pengalaman memalukan apabila pemuda yang cuba membantunya diserang dengan beg Bangla miliknya. Saat itu ingin sahaja dia berlari 1000 meter tanpa henti dan tak tahu mana nak sorokkan mukanya. Pertemuan demi pertemuan tercipta dengan sendirinya seolah-olah takdir sengaja mempertemukan dua insan tanpa perasaan cinta.
Tanpa disangka, takdir telah menyatukan mereka apabila Adam Syafiq dan Cazlin Amalina disatukan atas rencana tersembunyi. Mungkinkah ikatan yang dibina tanpa perasaan cinta mampu menggapai istilah happy ever after? Mampukah kedua-dua mereka menghindari bius-bius cinta yang mula menghampiri? Akan adakah badai yang melanda untuk menguji kesetiaan mereka?
sinopsis:
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
“Pandai abang berlakon jadi raja, ya? Saya pun pandai juga berlakon. Di sekolah, kalau ada pementasan drama yang berkaitan cerita raja-raja, saya mesti ambil bahagian. Kata cikgu dan teman-teman, saya sesuai jadi puteri raja. Apa komen abang pulak?”
Cinta Farhana kepada seorang. Cinta Farhan juga kepada seorang. Mereka bertemu tanpa diduga. Mereka bercinta di usia muda. Mereka terpisah begitu lama. Saat indah menemukan mereka. Cinta yang lara mengorak semula. Puteri di hati puteri sejati, dipertemukan dalam sepotong kek black forest penambat restu Raja Permaisuri Farah Diba Biba.
Tengku Muzaffar indahnya nama. Turut memburu cinta Farhana. Juliana dijadikan orang perantara. Untuk merebut si gadis jelita. Buat menghias mahligai dibina. Buat merawat luka nan lara. Namun, ditepis Farhana yang setia.
Puteri hati puteri sejati bertemu putera hati putera sejati dalam nikmat sepotong kek black forest. Tersemaikah kebahagiaan dalam diri mereka? Adakah Farhan dan Farhana tetap setia setelah diduga?
sinopsis:
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
Dia tidak mengejar cinta. Dia juga tidak mengharapkan cinta lagi setelah bahagia yang terasa terpaksa dilepas pergi. Itulah Puteri Nur Zaharaq. Hidupnya hanya dikelilingi kawan-kawan jururawat dan pesakit-pesakit di wad.
Peristiwa terlanggar seseorang membuatkan hatinya tersentuh lagi. Hati gadisnya dimamah rindu dan dunianya yang kosong menjadi begitu indah sekali. Sayang, dia hanya bermimpi. Jejaka yang disangka akan menjadi seseorang yang istimewa di dalam hidupnya meninggal dunia akibat kemalangan di jalan raya. Kenangan yang ditinggalkan oleh anak muda itu hanyalah satu nama, Maria. Nama itu tertera pada badan motosikal yang ditunggangi oleh jejaka malang itu.
“Itu kedai saya. Saya suka kalau awak boleh jadi kawan saya. Secara langsung. Tak nak melalui Facebook. Tak best.”
Hidupnya menjadi kucar-kacir setelah lelaki itu meninggal dunia. Dia terserempak Maria yang ditunggangi seorang lelaki lain yang perwatakannya seiras jejaka yang sudah memesrai hatinya. Adakah dia bermimpi? Atau mungkin lelaki itu hidup kembali dan menjadi hantu? Dia keliru sehingga terpaksa berjumpa dengan pakar sakit jiwa!
“Dialah cinta hati saya. Cuma saya tak pasti sama ada diakah yang saya cari atau orang lain.”
***kawan2 yang sudah beli leh kasi review tak |
|
|
|
|
|
|
|
nak komplen ckit pasal online fajar paker ni.ana order dan siap email lagi tapi xde balasan pon :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by belibukuonline at 4-3-2011 15:43
Kalau berminat untuk order online boleh hubungi saya di alamat berikut : www.belibukuonline.com.my Setakat ini pembeli sedia ada dah lebih dari 500 orang termasuk Brunei & Singapura. Boleh jenguk2 dulu. tak beli tak apa....just for sharing kepada yg memerlukan perkhidmatan sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
buku Disember Cinta kita& Hingga ke Disember - wannie nordin x tersenarai ke? last time baca buku dia best jek.... |
|
|
|
|
|
|
|
Just bought novel Fajar Paker from my peveret novelis..MUNGKIN NANTI-ANITA ARUSZI..
2 thumbs up! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|