View: 6972|Reply: 61
|
camana nak kawal anak2 yang selera mewah..
[Copy link]
|
|
Selera mewah si kecil
Kanak-kanak perlu didedahkan antara 10 hingga 15 kali makanan baru sebelum mereka mula menerima makanan tersebut.

PERCAYALAH bahawa kanak-kanak sekarang sangat memilih apabila menyentuh tentang bab makanan.
Apa yang memeranjatkan, kanak-kanak bukan sahaja suka makan di luar seperti makanan segera tetapi mereka juga mempunyai selera mewah. Namakan sahaja, makanan-makanan yang mahal seperti sushi, dim sum, tofu dan stik ada ketikanya menjadi pilihan anak-anak kita.
Bagaimana untuk menampung selera mewah dan sikap anak-anak terhadap aspek pemakanan ini?
Namun, seorang profesor dari Jabatan Pendidikan Nutrisi di Kolej Perguruan Universiti Columbia di New York, Isobel Contento berpendapat, pendedahan anak kepada makanan baru secara berterusan adalah amat penting.
Kajian menunjukkan adakalanya kanak-kanak perlu didedahkan kepada 10 hingga 15 kali makanan baru sebelum mereka mula menerima makanan tersebut.
Kajian oleh Contento dan rakan sepasukannya menyokong menyatakan kanak-kanak boleh menerima satu-satu pilihan makanan jika mereka diberi peluang.
Malangnya, ramai ibu bapa yang bertindak memaksa anak-anak dalam bab pemakanan. Usah memaksa anak jika anak tidak menggemarinya, sebaliknya anda boleh pelbagaikan makanan itu kepada bentuk lain.
Contohnya, daripada memaksa anak menikmati sayuran lobak merah, anda boleh menyediakan jus segar.

| pelbagaikan makanan kepada bentuk lain supaya anak-anak menggemarinya.
|
Tetapi salah satu tabiat di kalangan ibu bapa hari ini ialah kecenderungan membeli makanan luar atau makan di luar.
Tetapi, ingatlah apa jua pilihan makanan anda, pastika ia sihat dan baik untuk anak-anak. Sekiranya anda berhasrat mencuba sesuatu yang baru dan memperkenalkannya kepada anak anda, ini tipnya:
Tip cuba makanan baruPengalaman merasai pelbagai hidangan bermula dengan satu langkah mudah. Berikut adalah beberapa tip untuk membantu anak menikmati hidangannya :
*Elakkan daripada membangkitkan soalan tentang makanan baru di hadapan anak. 'Bagaimana rasanya? Ini kali pertama mencubakan?' Elakkan perbincangan seperti itu. Langkah pertama yang mudah adalah biarkan mereka nikmati hidangan tersebut terlebih dahulu.
*Jika anda tidak ingin berbohong, gunakan taktik lain seperti bercakap dalam nada kasual: "Nak cuba rasa?" atau "Cuba rasa sedikit dan tengok sama ada anda boleh teka apakah itu."
*Jangan sesekali menawarkan ganjaran terlebih dahulu. Misalnya elakkan daripada berkata: "Sesiapa yang mencuba dan boleh memberitahu apakah hidangan ini akan diberi RM1."
*Sekiranya anak sememangnya membencinya, jangan sesekali memaksa mereka mengambilnya. Jika anak tidak berapa pasti sama ada untuk mencubanya, anda mungkin boleh berikan pilihan kedua dengan menambahkan perisa seperti lada putih, kicap soya atau lemon bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Peraturan sewaktu berada di restoranBerikut beberapa garis panduan yang mungkin boleh membuatkan pengalaman tersebut lebih menyeronokkan :
*Bawakan peralatan seperti kertas, krayon atau pen bersama anda setiap hari. Ini untuk membolehkan anak-anak melukis atau sekadar menconteng sewaktu anda membuat pesanan makanan di restoran.
*Kebanyakan restoran hari ini tidak kisah jika pelanggannya berpakaian kasual. Tapi, sesuaikan pemakaian anak anda dengan keadaan atau persekitaran.
*Elakkan daripada memberi anak minuman bersoda atau terlalu manis sebelum hidangan tiba.
*Jangan membiarkan pelayan menghidangkan makanan kepada anak terlebih dahulu. Ini kerana sebelum anda menghabiskan hidangan anda, si anak mungkin membuatkan anda hilang kesabaran ekoran kerenah mereka sewaktu menjamah makanan.
*Jika perlu, buat 'lawatan' ke bilik air atau lobi dan tunjukkan kepada anak apa itu tingkah laku yang betul dan boleh diterima.
*Jangan biarkan anak memesan hidangan yang mahal sebelum memujuknya mencuba hidangan pembuka selera atau makanan yang anda terlebih dahulu.
aku rasa penting utk mak pak jgn dok nak bagi aje apa yg anak2 tu nak balun... dan jgn lak nak cheapskate balik2 kraft dinner macaroni and cheese... tu boley tapi letak ler peas and tuna ke.. a bit mushroom ke.. bagi varies sikit... ni jenis mak pak pun sama balun benda2 yg mahal... atau fastfood from hell mcm mcD... yg tak berkhasiat utk anak tu... sesekali aku rasa boley ler... lagi satu aku nak nasihat walaupun aku bujang tapi experience dgn anak menakan aku...... elakkan bagi anak2 tu minum pop... mcm coke, pepsi... air tujuh atas (7 up) dan bukan2 lagi.. ajar ler anak dari kecil dgn makanan yg bagus.. kalu boleh selit kan selalu sayur... jgn paksa dan buat sayur tu mcm satu yang MESTI anak makan... sbb kena guna psychology gak... kalu buat cam biasa aje.. anak pun tak tension... ni ada mak pak yg PAKSA seolah2 kalau tak makan sayur tu anak2 akan coma, tu yang anak ko lagi tak nak makan apa saje sayur ko letak... nampak hijau aje terus uweeek.... so ko kena pandai takel... dan jgn fikir nak kasi sawi hari2 tukar2 la sayuq tu sikit.. biar kalerful gak... kalu anak tak nak makan carrot tu... ko cuba kasi minum carrot susu... pak mak musti ramai yg cerdik yg tahu camne nak maneuver cara anak2 makan... kena praktik benda2 ni wokey...  |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
geli aku tengok pic budak tuh makan |
|
|
|
|
|
|
|
my kids memula susah bebeno nak makan
sumbatla apa vitaminpun....tak buka juga selera..
takat nasi+ikan+sayur tak dipandangnya...walaupun dah ejas bg attractive..
tapi kalau nampak kfc ke apa2 fast food...
melompat2 dorang nak...makan sampai licin..
wisau nih  |
|
|
|
|
|
|
|
tidak dinafikan.
Anak anak dari kecil biasa makan makanan dalam tin like tuna, baked beans, mushroom soup pastu keaadaan kehidupan yg hectic lah kita lebih senang bawa anak keluar makan fast food atau makan kat restoran.
I think byk perasa dan perawet dalam makanan tu yg menyebabkan anak kita cravings kot. |
|
|
|
|
|
|
|
ya..agak susah nak kawal, anak shidah kuat 2-3 hari ni gila makan airskrim cornetto yg Dafi dan Gita tu promote. bukan abiss pun. Semalam juga beli KFC habis rm25 utk dia 2 beradik saja. Nampak tak mahal sangat tapi kalau seminggu 3-4 kali , weekend dia ker Kenny Rogers.
Cuba control dgn tak keluar jenjalan. 
bukan sayang duit tapi kesihatan anak nak kena jaga. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 shidahameera's post
try to make your own kenny rogers at home la...then kita sendiri le control ltk veggie seme...anak akunyer selera tak dasat..mcD kfc bukan dia pandang makanan tuh actually...dia pandang mainan tuh seme...erghhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by honeybee1802 at 16-5-2008 10:48 AM 
try to make your own kenny rogers at home la...then kita sendiri le control ltk veggie seme...anak akunyer selera tak dasat..mcD kfc bukan dia pandang makanan tuh actually...dia pandang mainan tu ...
masak sendiri tak mau makan, tak sedap agaknya mak dia masak. McD pun gemar jugak...how to control ni |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidahameera at 16-5-2008 11:00 AM 
masak sendiri tak mau makan, tak sedap agaknya mak dia masak. McD pun gemar jugak...how to control ni
susah nak break the rule kalo dr kecik dah terbiasa....
lagi satu yg i perasan, budaya keluarga disini....weekend aje, mesti bawak anak2 jamu selera kat luar esp fast foods, dah jadi cam MUST thing to do....
anak i makan McD, KFC...adalah dlm 2 kali sebulan, satu sebab MAHAL dan sebab lain, taknak nak dia ketagih....i kalo balik jauh, long journey to penang...i tak berhenti makan tepi jalan, i pack semua foods dlm bekas...dr sandwich, biskut, buah2....
shida, memang keluar rumah tiap2 weekend ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 my-alja's post
anak aku x suka fast food pon. dia suka mainan je.
yang dia suka + akan mkn bnyk2... nasik + sup + ikan goreng yg aku masak.
then aku jugak suap..semangkuk bleh abis.
tp sejak aku pegnant..aku mmg x lalu nak memasak dan tgk ikan..
huhu...sian anak aku dah lama x dpt mkn mknn. fav. dia
daddy did try buat..tapi x jalan la... |
|
|
|
|
|
|
|
kwn aku lak dia tak beri anak dia minum air berkarbonat...dari kecil dah diajar air cola atau aper tu ubat...so dia tak nak... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn biasakan makan yg mewah2. anak2 i kalau fastfood spt mcd/kfc adalah 2 bulan sekali..sbb mahal tak mampu gue..so anak2 aku ni aku biasakan makan yg murah2 , kat rest siam contohnya.
tapi since skang pon rest siam dah mahal aku kene masak la selalu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 my-alja's post
2 kali sebulan tuk fastfood tu kira kerap lah bg ku.
We all treat fast food kdg2 jer. Not more than once a mth, kdg2 berbulan2...
Bkn sayang duit tp sayang badan....
Kitaorg mkn kat rmh slalunya, control minyak, byk vege...
Klu mkn kat luar pun makanan melayu jek, kdg2 western / jepun...
Tp susah control food taken kat sekolah.
Anak sometimes beli burger, nugget, sausage, aiskrim...
Tiap2 hari bawa bekal, duit bg sikit jer takut kesian tgk kwn2 mkn.
Tu pun pesan seminggu sekali boleh la beli fast food camtu
Hubby & aku mmg tekankan psl fast food & junk food... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by shidahameera at 16-5-2008 11:00 AM 
masak sendiri tak mau makan, tak sedap agaknya mak dia masak. McD pun gemar jugak...how to control ni
shidah...
meh aku cadangkan ko buat sendirik burger... dan healthier and tastier dari kat luar sana..
seriously aku mmg jarang amat makan burger jual kat luar... aku buat sendirik.. bila anak2 menakan aku datang rumah.. aku buat burger kat depa... yang healthy punya.. tapi yang attractive.. depa lagi suka homemade burger dari mcD.. kalu ko pandai... cara2 nak menangkan burger ko... dan cara ko approach...
lagi satu buat spaghetti homemade sauce dia lebih baguih lagi dari yang kat kedai...
lasagna pun wokey... ko kena lah varies kan sikit anak2 ko makan.. jgn balik2 benda yg sama... lagi satu dari beli kat KFC punya ayam.. ko buat sendiri kat rumah.. jamu anak2 dgn makanan yg much better dari fastfood kat luar...
aku cadangkan pastas tu sbb pastas ko boleh letak veggies no sweat and the kids didnt know better.. depa mesti belasah aje.. tapi kena pandai la ko masak tu... aku caya ko expert memasak.. org pompuan dah ada anak.. pandai masak itu ini... aku tau sikit2 pun sbb aku dok sorang dan ajak kawan2 datang rumah... main games pastu makan ler apa2 yg aku buat.. biasanya pasta dan burger tu mmg no problem... mudah dan juga puas hati makan... buat green salad sikit... atau caesar salad ke... buat baked potato added cheese sikit... letak sour cream ha! kenyang ler...
mashed potatoes dan gravy tu easy mcm ABC aje nak buat.. lagi sedap buat sendiri... kalu ko nak make sure anak ko makan healthy food... ko sendiri kena start juga... ni kalu ko give in tak kisah .. ko balun sama mcD and KFC or any proverbial fastfood tu... anak2 ikut cara mak pak depa juga... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 amazed's post
huh! Baik punya resepi. Bg resepi utk buat gravy mash potato boleh!
Sebenarnye me pun heranlah anak2 yg selera besar ni. Bukan ke mak pak yg dok ajar gitu? Bukan ek? Anak2 tu pi beli sendiri ek?  |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yaszz at 16-5-2008 11:20 PM 
Tp susah control food taken kat sekolah.
Anak sometimes beli burger, nugget, sausage, aiskrim...
Tiap2 hari bawa bekal, duit bg sikit jer takut kesian tgk kwn2 mkn.
Tu pun pesan seminggu sekali boleh la beli fast food camtu
Hubby & aku mmg tekankan psl fast food & junk food...
...
nugget pun 1 kali seminggu, sosej 1 minggu sekali bawak dr rumah....
yg lain semuanya cheese, aneka jenis roti n feeling, buah2
anak nie memang tak pernah beli kantin food...sebab dia tak suka berebut kot |
|
|
|
|
|
|
|
actually wen it comes 2 food ni, ssh nk ckp la... these days mane la nk cari sume yg fresh ni? we cant help but use the processed foods. mane ade ms terkial2 nk process beef buat beef patty, buat meatballs? nk buat fish balls sdiri? kalu ade maid tolong buat tuh, lain la cite...
& ckp psl selera besar ni, xkan la ank2 pndai2 nk pilih sdiri? o coz la it all stat wit the parents kan... my nephew, kalu nk kuar ngan die, sile make sure u've got at least a hundred wit u - just unt food. sbb die suke request mkn tgif, chilli's, secret recipe - mmg berpeluh la... again, i dun really blame him, parents die yg ajar pon...
as 4 us sdiri, bwk ank g mkn fast food tu mmg once in a while as a treat. u know how much kids love 2 eat fried chicken, pizza - ye... ank saya jns suke mkn, the free toys arent the main attraction, it's the food tp soft drink is a big no no.
mmg budaya kite kt sini bile w'ends bwk ank2 outing. that's the time kite nk entertain ank2 kite, nk get closer 2 them & one o the ways ialah dgn mkn sama2, x rasa camtu ke? cuma pndai2 la cari tpt / food yg sesuai kan... & kalu kite fill up the w'ends wit home-made fud pon, surely kite nk jugak take them out. kalu g picnic / park tu, bagus la bwk bekal fr home. tp kalu bwk g mall, bwk bekal jugak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tu la dia...
Mmg process food tu fast food lah. Menda2 ni kat rmh pun kena control.
Itu yg bw nasi goreng, spagheti, macoroni goreng, pau, roti2 & apa feeling lah.
Selera kampung sket lah...
Pau2 tu hubby buat sendiri letak dlm freezer, ms nak bw bekal, steam jer...
Biasala laki ku bab2 mknan control ayu sket...  |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi satu, klu nak buat spagheti, sanggup chop sendiri fresh meat dari guna ramly mince meat.
Laki ku ckp tak sedap yg ramly...
Tp budak2, sosej ni mcm favorite lak, letih nak ckp menda tak elok.
Klu nak bw dari rmh, rebus jer... anak aku cukup tak suka, nak goreng gak,
Tp slagi tak pandai nak buat sendiri ni, nasiblah hek...  |
|
|
|
|
|
|
| |
|