View: 3402|Reply: 7
|
Kes culik kanak-kanak Malaysia didalangi sindiket antarabangsa
[Copy link]
|
|
Kes culik kanak-kanak Malaysia didalangi sindiket antarabangsa14/05/2008 12:47pm
oleh Umavathi Ramayah
KUALA LUMPUR 14 Mei |
|
|
|
|
|
|
|
adakah adik sharlini terlibat sama?... |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nak bawa anak jenjalan pun takut..
anak kat sekolah ke...main luar umah ke...pun risau..
camne nak bendung ni  |
|
|
|
|
|
|
|
erkkkk....risau tul zaman skrg..  |
|
|
|
|
|
|
|
tuler..aku pun risau dah le aku ni keje...selamatkan la anak2 kita sumekan |
|
|
|
|
|
|
|
Seludup kanak-kanak
Oleh Rohaniza Idris
[email protected]

NEGARA dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak.
Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global.
Bayi perempuan lebih mahal
PENYELUDUPAN manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM224 juta hingga RM320 juta (AS$7 hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan RM48 bilion (AS$15 bilion) setahun diperoleh daripada pendapatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.
Kedua-dua angka berkenaan jelas menunjukkan perniagaan orang menguntungkan walaupun risiko untuk menjalankan kegiatan itu tidak setinggi penyeludupan senjata api dan dadah.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
Di negara maju, permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak ini meningkat kerana permasalahan reproduktif seperti sukar mendapat anak kerana masalah kesihatan, kahwin lewat dan keengganan mengandung.
Selain itu, langkah mengambil anak angkat adalah usaha kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak atau jaminan kehidupan lebih baik kepada bayi yang lahir di negara dunia ketiga.
Ini termasuk apa yang dilakukan artis Hollywood seperti Madonna dan Angelina Jolie yang mengambil anak angkat dari rumah kebajikan di benua Afrika. Mereka mahu memberikan kehidupan lebih bermakna kepada bayi berkenaan yang datang dari keluarga miskin.
Mengikut laporan akhbar The Telegraph UK, kebanyakan pasangan Nigeria menjual bayi dan kanak-kanak masing-masing kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik diperoleh anak berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan.
Seorang bapa Kola Woniye, 32, mengakui beliau sekeluarga hidup selesa selepas menjual dua bayinya kepada seorang ejen dengan harga RM30,000 ( |
|
|
|
|
|
|
|
ya Allah lindungilah anak2 kami sume dr sebarang keburukan dan kejahatan..aminn |
|
|
|
|
|
|
| |
|