CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29802|Reply: 154

Superstar Bertukar Islamik

[Copy link]
Post time 11-5-2008 02:22 PM | Show all posts |Read mode
first time wa bukak benang kat bod nih... teruja gak dengan transformasi artis2 ni..wa harap faizal tahir akan terasa sesuatu kalo dia baca artikel nih




Siapa: Akhil Hayy @ Ustaz Akhil, 39.
Transisi: Bekas vokalis D
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2008 02:23 PM | Show all posts


iapa: Inneke Koesherawati @ Inneke, 33.
Transisi: Mula bertudung pada tahun 2001.
Kini: Pelakon & Duta Astro Oasis Indonesia

PADA zaman kegemilangannya, pelakon kelahiran Jakarta ini pernah dilabelkan sebagai simbol seks kerana keberaniannya beraksi 憄anas
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:34 PM | Show all posts

Reply #1 Nikotina's post

:victory: artikel yg sgt bagus :victory:
tapi kalau boleh tajuk nye tukarlah,
bukannya superstar bertukar islamik, tp superstar insaf
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:35 PM | Show all posts
alhamdulillah.. untungnya mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:36 PM | Show all posts
tak lama lagi fasha sendat lak..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:39 PM | Show all posts

Reply #5 cactusxs's post

mehla kita sesame doakan, bukan setakat fasah, malah semua artis bertaubat
kita-kita yg baca ni pon kena bertaubat jgk, jgn baca artikel ni sekadar mcm baca cerita gossip
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-5-2008 02:43 PM | Show all posts

Reply #1 Nikotina's post

SAKTI!!!

Aku ni kire bekas SheilaGank (peminat2 SO7) la...zmn2 dulu aku suka sgt SO7..shehe skang nk kurang sket meminati artis indonesia ni..

Wpon tym tu aku lebih suka kt Duta..tp aku impress gak ngan Sakti ni sbb tym tu dgr2 kata org yg rapat ngan SO7 ni kata Sakti ni antara personil SO7 yg rajin solat n berbau harum..hehe! Sedih gak bile dgr die nk bla SO7 tp bile kesudahannye die jumpa jalan yang lebih baik skang ni, Alhamdulillah, besar dan tak ternilai hadiah Allah kasik kat die..

Terkejut gak baca bile Sakti kata dlm artikel tu die start minum since skolah, smyg pon lompang2, solat jumaat yg seminggu sekali pon die jarang buat (seminggu sekali je tuh.. ).. Kagum aku..nama wife pun Islamik sungguh.

Moga berkekalan hendaknye..Amin
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:48 PM | Show all posts
mudah-mudahan ada yg terbuka hati lepas baca citer derang nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 02:50 PM | Show all posts
baguslah topik ni.......

so kreatif.....

nah 5 bintang
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:51 PM | Show all posts

Reply #1 Nikotina's post

superstar bertukar islamik? superstar insaf? dulu2 akhil hayy tu superstar ke? lagu2 dia aku x pernah plak dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:54 PM | Show all posts

Reply #7 fa_stellar's post

Sakti ni slh sowg yg bule thn glmer kn dlm SO7 slain Duta..

tp alhamdulillah ek die b'rubah.... hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 02:55 PM | Show all posts

Reply #1 Nikotina's post

len nye muke Ustaz Akhil Hayy tuh ms dlo2...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 03:15 PM | Show all posts


sori tk dpt cari gmbr waktu dia memuda dulu..

azmil mustafa yang dulu jadi 'ali setan'.

alhamdulillah.. skang dia dah berubah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 03:43 PM | Show all posts
Originally posted by sicomel at 11-5-2008 02:51 PM
superstar bertukar islamik? superstar insaf? dulu2 akhil hayy tu superstar ke? lagu2 dia aku x pernah plak dengar.


kalo di zaman dia..kira dia dikira superstar la kot. masa 80an umo ko bape
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 03:49 PM | Show all posts
syukur pada allah...........mereka sempat sedar.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 03:49 PM | Show all posts

Reply #13 my_v's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2008 03:56 PM | Show all posts
hrp2 rmi yg akan berubah......
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2008 04:07 PM | Show all posts
amy seach pong sama kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 04:13 PM | Show all posts
tp blom pernah terbaca cerita psl penghijrahan amy search nih kat mana2 paper.blom penah dgr cerita2 dr mulut dia,tp perubahan tu dah bleh nampak la.kalo ada bleh tempek sini.mungkin dia lom sedia utk berkongsi kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2008 04:19 PM | Show all posts


Siapa: Noorkumalasari Mohammad Taib, 52.
Transisi: Bekas pelakon dan penyanyi popular ini mula menjalani transformasi penuh pada tahun 1997.
Kini: Suri rumah sepenuh masa kepada suami, Wan Mohd Yusuf, 57, dan tiga puteranya, Wan Amin Nurrasyid (16), Wan Amni (14) Wan Irfan Nurul Atiq (12).

SATU ketika dulu, dialah primadona dunia seni tanahair yang memang cukup hebat.

Malah sehingga ke hari ini pesona selebriti bernama Noor Kumalasari ini masih lagi menyinar meskipun sudah 12 tahun meletakkan titik noktah terhadap bidang yang penuh glamor ini.

Ternyata dalam usia menginjak 52 tahun, bekas pelakon, penyanyi dan model yang selesa disapa Noor ini tidak pernah merasakan karier seni yang diceburinya selama lebih 20 tahun itu satu perkara yang sia-sia buat dirinya.

Malah, ketika dia mengambil keputusan untuk membuat 'perubahan' di dalam kehidupannya dan lebih mendekatkan diri dengan Tuhan, perasaan menyesal bergelar anak seni satu masa dulu tidak langsung tersemat di dalam hatinya.

Bersyukur kerana masih diberi peluang memperbaiki diri untuk menjadi umat Islam yang lebih taat dan tidak alpa dengan hal duniawi, Noor melihat apa yang diraihnya sebelum ini adalah ketentuan dari Yang Maha Esa.

"Saya tidak pernah menyesal dengan kehidupan saya bergelar artis sebelum ini. Itu adalah pengalaman yang cukup berharga buat saya.

"Cuma Alhamdulillah, Allah tidak cabut nyawa saya ketika itu dan masih memberi ruang untuk saya bertaubat.

"Saya sendiri tidak pernah buang album-album saya dulu. Kadang kala saya pasang semula lagu-lagu saya untuk imbas saat-saat dulu. Tapi cukuplah saya simpankan memori itu sebagai kenangan manis dalam diri saya.

"Apa yang penting ketika ini, biarlah saya fokus dengan kehidupan sekarang.

"Saya akui semakin gembira hidup seperti ini dan rasa lebih relaks. Dulu sewaktu masih di dalam dunia seni, saya tidak setenteram ini.

"Walaupun peminat suka dan hargai kita, tetapi selalunya saya akan tetap rasa 'lonely' dan 'lost'. Kini saya lebih gembira dengan hidup sebagai surirumah sepenuh masa bersama suami dan anak-anak," ujar Noor yang ditemui baru-baru ini.

Menceritakan 'perubahan' dirinya itu, kata Noor, semuanya bukan atas paksaan suami tercinta, malah keputusan untuk bertudung dan meninggalkan dunia seni datang dari dirinya sendiri.

"Saya masih ingat, ketika saya menjanda selama tujuh tahun dulu, saya sentiasa doa kepada Allah seandainya saya berkahwin lagi, saya akan tinggalkan bidang seni dan banyakkan ibadah. Nampaknya Allah kabulkan permintaan saya.

"Selepas berkahwin, saya masih lagi belum memakai tudung walaupun ketika itu suami pernah suruh saya berbuat demikian.

Ketika itu saya belum bersedia. Alhamdulillah, pintu hati terbuka sendiri untuk memakai tudung selepas itu," luah Noor.

Meskipun telah mengucapkan selamat tinggal kepada bidang seni, akui anak kepada seniman dan seniwati Allahyarham Datuk S.Roomai Noor dan Datin Umi Kalthum ini, dia masih lagi mendapat tawaran berlakon daripada beberapa produser.

Namun, Noor menolak secara baik kerana merasakan minat terhadap bidang tersebut juga sudah tiada di dalam dirinya lagi.

Walaubagaimanapun, tambah penyanyi yang pernah popular dengan lagu-lagu seperti Lagu Dari Kamar dan Selamat Pagi Sayang ini, dia tidak mempunyai masalah untuk mempertimbangkan sebarang tawaran yang mahu dirinya mengendalikan program-program berbentuk dakwah.

"Mungkin menarik jika program dakwah itu melibatkan golongan remaja yang mana saya boleh bercakap kepada mereka tentang agama tetapi bukan menerusi cara yang begitu 'berat'.

"Saya bukan ustazah, tetapi melalui sedikit pengetahuan tentang Al-Quran, saya rasa ada cara yang boleh kita relate untuk mendidik golongan remaja ini," tutur ibu kepada empat orang cahaya mata iaitu Abdul Qayyum Roslan, 25, Wan Amin Nurrashid, 16, Wan Amni Nuruddin, 14 dan Wan Irfan Nurul Atiq, 12.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.671590 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list