CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9124|Reply: 21

TEKNOLOGI NIGHT VISION

[Copy link]
Post time 9-5-2008 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Teknologi Night Vision

Oleh: Kapt Arjun Gopinathan

Pengenalan kepada Night Vision
Perang dunia yang kedua dan penggunaannya semakin meluas semasa peperangan Vietnam. Jika kita menggunakan peralatan penglihatan malam atau Night Vision Device (NVD) yang sesuai, maka kita dapat melihat seseorang atau sesuatu benda pada jarak lebih kurang 180 meter di waktu malam. Tetapi, pernahkah anda terfikir bagaimana NVD ini berfungsi? Teknologi Night Vision atau dalam bahasa Melayunya Teknologi Penglihatan Malam sering dikaitkan dengan Angkatan Tentera. Teknologi ini pada asalnya diciptakan khas untuk penggunaan anggota tentera. Tujuan teknologi Night Vision dalam aktiviti ketenteraan amat jelas sekali iaitu untuk membantu anggota-anggota tentera melihat di dalam keadaan yang gelap pada waktu malam.

Teknologi Night Vision
Penglihatan malam boleh dikelaskan kepada dua kategori utama bergantung kepada jenis teknologi yang digunakan iaitu Image Enhancement atau Pengamatan Imej dan Thermal Imaging atau Pengimejan Haba. Teknologi Pengamatan Imej bekerja dengan mengumpul kuantiti cahaya yang sedikit termasuk cahaya infrared (IR) di bahagian bawah spectrum cahaya yang wujud tetapi tidak dapat diproses oleh mata kita dan membesarkan atau menguatkan imej tersebut sehingga imej tersebut dapat dilihat dengan jelas dan mudah. Pengimejan haba pula adalah proses mengumpul cahaya dari bahagian atas spektrum infrared yang dipancarkan sebagai haba oleh objek. Objek yang panas seperti badan manusia membebaskan haba yang lebih banyak berbanding dengan pokok dan bangunan.



Dengan pengunaan Night Vision kita dapat melihat seseorang atau sesuatu benda pada jarak lebih kurang 180 meter di waktu malam


[ Last edited by  jofizo at 9-5-2008 12:43 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 12:20 PM | Show all posts
CAHAYA
Untuk memahami teknologi night vision adalah amat penting untuk mengenali sifat-sifat cahaya di dalam spektrum elektromagnetik. Jumlah tenaga dalam gelombang cahaya adalah berkait rapat dengan panjang gelombangnya. Semakin kecil panjang gelombang cahaya menunjukkan bahawa semakin tinggi jumlah tenaga cahaya tersebut.


Cahaya Nampak
Kita dapat melihat perbezaan di antara gelombang infrared dan gelombang cahaya Nampak melalui rajah spektrum elektromagnetik di bawah. Julat gelombang cahaya nampak (Visible Light) ialah dari 400nm hingga 700nm seperti yang ditunjukkan oleh rajah ilustrasi spectrum elektromagnetik yang dapat dilihat oleh manusia. Matahari dan bintang mengeluarkan radiasi dalam lingkungan panjang gelombang ini. Mata manusia adalah sangat sensitif kepada gelombang yang disebabkan oleh matahari justeru membolehkan kita melihat cahaya tersebut. Pelangi adalah contoh terbaik yang cahaya nampak dari spektrum elektromagnetik ini.


Cahaya Infrared
Radiasi Infrared adalah radiasi elektromagnetik yang mempunyai panjang gelombang yang lebih tinggi dari gelombang cahaya nampak tetapi lebih rendah dari panjang gelombang mikro. Cahaya infrared pada spectrum elektromagnetik adalah dari julat 300 GHz (1 mm) kepada 400 THz (750 nm). Cahaya Infrared adalah sejenis cahaya yang dikeluarkan oleh suatu objek disebabkan oleh tindakbalas yang berlaku di tahap atomnya. Cahaya Infrared boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

* Near-infrared: Paling dekat dengan cahaya nampak, near-IR mempunyai panjang gelombang yang julat daripada 0.7 hingga 1.3 microns.
* Mid-infrared : Mid-IR mempunyai panjang gelombang dari 1.3 ke tiga microns.
* Thermal-infrared: Meliputi bahagian terbesar spectrum inframerah dan mempunyai panjang gelombang dari 3 microns hingga melebihi 30 microns. Thermal-IR adalah dihasilkan oleh sesuatu objek dan bukan disebabkan oleh pantulan cahaya pada objek tersebut di mana ciri ini merupakan perbezaan utama antara thermal-infrared dan dua infrared yang lain.


Anggota tentera dilihat menggunakan teropong dengan kemampuan penglihatan malam

[ Last edited by  jofizo at 9-5-2008 12:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 12:24 PM | Show all posts
Pengamatan Imej (Image Enhancement)
Teknologi Pengamatan Imej pasti akan terlintas dalam minda apabila membincangkan topik night vision. Sebenarnya, system pengamatan imej adalah pada kebiasaannya dipanggil perantiperanti penglihatan malam atau Night Vision Devices (NVDs). NVD bergantung kepada satu tiub khas, yang dikenali sebagai tiub pengamat imej, untuk mengumpul dan mengamplifikasikan cahaya infrared dan cahaya nampak

Pengamatan Imej berfungsi dengan cara berikut:
*Kanta konvensional yang dinamakan kanta objektif, menangkap cahaya persekitaran dan sedikit cahaya near-infrared.
*Cahaya yang dikumpul ini dihantar ke tiub pengamat imej.

Dalam kebanyakan NVD, bekalan kuasa untuk pengamat imej tiub diterima daripada dua N-Cell atau dua bateri jenis 揂A
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 12:27 PM | Show all posts
*Pada hujung tiub pengamat imej, elektron-elektron menghentam sebuah skrin yang disalutkan dengan fosforus. Elektronelektron ini mengekalkan kedudukan mereka sepertimana saluran yang dilalui, maka menghasilkan imej yang sempurna kerana penjajaran elektron-elektron ini adalah serupa seperti kedudukan foton asal. Tenaga yang dihasilkan oleh elektron-elektron ini menyebabkan fosforus mencapai satu keadaan teruja di mana berlakunya pembebasan foton. Fosforus inilah yang mewujudkan imej hijau di layar yang kini sinonim sebagai imej penglihatan malam (night vision).
*Imej fosforus hijau ini kemudiannya boleh diperhatikan menerusi kanta mata (binocular lense), yang membenarkan pembesaran dan pemfokusan imej. NVD juga boleh disambungkan ke alat paparan elektronik seperti monitor jika tidak ingin diperhatikan melalui kanta mata.



Imej anjing yang diambil menggunakan thermal infrared
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 12:29 PM | Show all posts
Peralatan Night Vision dan penggunaan

Peralatan night vision terdiri daripada tiga kategori iaitu:

* Skop - Biasanya dipegang tangan atau dipasang di atas senjata dan merupakan monocular (dilihat melalui satu ruang mata sahaja). Memandangkan skop adalah dipegang dengan tangan, dan tidak dipakai seperti gogal, ia adalah sesuai digunakan apabila anda ingin melihat sesuatu objek secara khusus dan kemudiannya kembali kepada keadaan menonton biasa.
* Gogal - Walaupun gogal boleh dipegang tangan, ia selalunya dipakai di kepala. Gogal adalah binokular (dilihat melalui dua ruang mata) dan mungkin mempunyai satu kanta tunggal atau stereo kanta, bergantung kepada model. Gogal adalah amat sesuai untuk untuk mendapatkan gambaran yang terus, misalnya semasa bergerak dalam bangunan yang gelap pada waktu malam.
* Kamera - Kamera-kamera yang dilengkapi dengan teknologi night vision boleh menghantar imej kepada satu monitor untuk ditayangkan atau ke satu VCR untuk perakaman. Apabila penglihatan di waktu malam diperlukan secara berterusan di suatu lokasi yang tetap, contohnya di atas bangunan atau sebagai peralatan tetap sebuah helikopter, kamera night vision digunakan. Sekarang ini, ada juga kamkorder yang telah dilengkapi dengan



OPERASI menyelamat di kawasan gurun yang dilihat menggunakan teknologi Night Vision

[ Last edited by  jofizo at 9-5-2008 12:39 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2008 12:33 PM | Show all posts

Penggunaan night-vision

Teknologi night vision ini sudah lama digunakan dalam pelbagai sektor seperti:

* Ketenteraan.
* Penguatkuasaan undangundang.
* Pemerhatian hidupan liar.
* Pelayaran.
* Hiburan.

Tujuan asal penglihatan malam adalah untuk menentukan lokasi musuh pada waktu malam. Teknologi ini masih digunakan secara meluas oleh pihak tentera untuk tujuan tersebut, dan juga untuk pelayaran, pengawasan dan pensasaran (targeting). Polis dan pihak keselamatan juga sering menggunakan kedua-dua teknologi pengimejan haba dan pengamatan imej, terutamanya untuk tujuan pengawasan. Pemburu-pemburu dan pencinta alam selalu juga menggunakan teknologi night vision semasa mereka berada di hutan pada waktu malam.

Detektif-detektif dan penyiasat-penyiasat sering kali menggunakan teknologi ini untuk memerhati orang yang dijejaki oleh mereka. Malah, ada juga ahli perniagaan yang telah secara tetap memasang kamera yang dilengkapi dengan teknologi night vision untuk memantau kawasan persekitaran tempat perniagaan mereka.






Kamera Night Vision

[ Last edited by  jofizo at 9-5-2008 12:36 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-5-2008 12:35 PM | Show all posts
Satu kemampuan teknologi night vision yang benar-benar mengagumkan ialah dengan menggunakan pengimejan haba, dapat ditentukan sama ada sesuatu kawasan itu telah diusik dengan cara penggalian atau penimbusan walaupun tiada kesan yang dapat dilihat dengan mata kasar. Penguatkuasa undang-undang juga menggunakan ciri ini untuk menemui barang-barang yang telah disorokkan oleh penjenayah-penjenayah, termasuk wang, ubat dan mayat. Selain itu sebarang perubahan baru pada dinding-dinding yang boleh dikesan menggunakan pengimejan haba telah menyediakan petunjuk penting dalam beberapa kes-kes jenayah.

Teknologi Night Vision membolehkan kita mengenali dunia unik yang wujud dalam kegelapan malam. Teknologi ini adalah sangat penting kepada Tentera Darat di dalam usaha kita yang berterusan untuk mempertahankan kedaulatan negara kita. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna teknologi ini dan warga Tentera Darat Malaysia untuk mengetahui dan memahami teknologi ini.



Night Vision Scope


Night Vision Goggles
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:13 PM | Show all posts
Methinks night vision google dengan baju kalis peluru adalah dua perkara penting yg ATM kurang dilengkapi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 02:15 PM | Show all posts
Aku dengar sekarang NVG ni yg paling baru adalah generasi 4. Generasi 3 guna galium arsenide buat lenses.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 09:15 PM | Show all posts
tp kalo ops jangka masa pjg akan mendatangkan efek ..

sebab malas laaaaaaa nak bawa barang byk byk ...

Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 05:33 AM | Show all posts
Di KL ada kedai jual NV bino ke? Brand komersiol selalunya datang dari Rusia.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 09:53 AM | Show all posts
Aku pun teringin nak cuba NV bino ni...cuma, brapa rega yer?..aku tak perlu la yg latest gen
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 09:58 AM | Show all posts

Reply #12 IceMallet's post

untuk skondeng kaaa?
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 05:17 PM | Show all posts

Reply #12 IceMallet's post

Yukon NVMT4 = RM900 / jarak penglihatan dlm 150m

Yukon Ranger = RM1800/ jarak penglihatan 250m+

Ranger ni generasi baru. Digital bino. Takda tube, mcm digital camera tapi night vision.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2008 05:19 PM | Show all posts

Reply #13 razhar's post

Aku rasa kalau minat night jungle trekking atau bird viewing pada waktu malam berguna. Tak ganggu binatang. Tambahan, ko boleh guna utk keselamatan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 09:20 AM | Show all posts
Pergh kita sudah beli nak tinjau2 amoi sg dan sumandak pinoy mandi laut malam ala2 jaws da...

[quote]Malaysia selects THV2000s

FLIR Systems (Stand C115) has announced an order from the Malaysian MoD for 12 ThermoVision 2000 (THV2000) long-range thermal imaging sensor systems for a new coastal surveillance network. Selected because of its reliability and excellent range performance, even in smoke and dust environments, the THV2000s are due for delivery shortly. A 憄lug and play
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 09:44 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 09:46 AM | Show all posts

Reply #15 RainbowSix's post

kalo pakai night vision biasa dalam hutan, tak boleh rasanya.

kena pakai thermal imagers. image intensifiers tak leh guna kat hutan tropika.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 09:48 AM | Show all posts

Reply #16 mmc's post

my thought precisely...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 10:52 AM | Show all posts

Reply #18 tin's post

Macam predator pakai tu ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.066142 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list