CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4951|Reply: 6

Telefilem: Mama [Astro Ria 104, 9 Mei 10pm]

[Copy link]
Post time 9-5-2008 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Syarat Azean kembali berlakon
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
metra.mohamed@utusan.com.my


AZEAN (dua dari kanan) bersama Rashid Sibir (kanan) serta pelakon-pelakon telefilem Mama yang lain (dari kiri), Zed Zaidi, Zizie Ezette dan Ellie Suryati.

HAMPIR setahun primadona Azean Irdawaty menyepi daripada sebarang karier seni selepas selamat menjalani pembedahan kanser payu dara di Hospital Putrajaya, Jun lalu.

Berehat panjang di samping menjalani rawatan susulan, Azean, 58, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yan kini semakin pulih.

Dia tidak perlu lagi berkerusi roda untuk bergerak ke sana sini kerana sudah mampu berjalan dengan sendiri.

Rambutnya yang sebelum ini berkurangan sehingga menampakkan kulit kesan daripada rawatan kemoterapi juga mulai tumbuh.

Namun begitu, seperkara yang menarik mengenai primadona ini ialah dia sudah kembali berlakon. Lakonan pertamanya selepas pulih daripada kanser ialah telefilem berjudul Mama arahan Rashid Sibir.

Menerusi telefilem sempena Hari Ibu itu, Azean akan bergandingan dengan anaknya, Benjy serta Zed Zaidi, Elly Suriati dan Zizie Ezette.

Mengambil latar cerita seorang ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara, ia sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan apa yang dilaluinya.

揝ebenarnya, Kak Yan tidak bersedia untuk berlakon semula tetapi demi insan bernama Rashid Sibir, Kak Yan terima.

揗emang Kak Yan belum lagi sihat sepenuhnya. Kak Yan masih menjalani rawatan susulan.

揢ntuk kembali berlakon, Kak Yan terpaksa tetapkan syarat kepada Rashid terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan Kak Yan,拻 katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Syarat yang dikenakan aktres popular ini ialah, sebolehnya dia enggan sesiapa pun yang merokok ketika di lokasi pengambaran.

揔ak Yan juga tidak boleh kena panas. Masa hari kedua pengambaran telefilem Mama, badan Kak Yan sudah lembik kerana letih dan panas.

揝eperkara lagi, jika dahulu boleh teruskan pengambaran sampai awal pagi, kini Kak Yan sudah tidak dapat berbuat demikian,拻 ujarnya yang perlu menunggu sehingga tahun 2013 untuk melihat sama ada dirinya bebas kanser atau sebaliknya.

Kak Yan tubuh akademi

Sementara itu, sebaik diberi semula kekuatan oleh Yang Maha Esa, beliau juga menubuhkan sebuah akademi dinamakan Azean Irdawaty Acting Academy and Consultancy.

Menurutnya, akademi yang baru ditubuhkan beberapa minggu lalu akan menggunakan segala pengalaman seninya dalam mencurahkan ilmu untuk melahirkan pelapis baru dunia lakonan.

Menzahirkan akademi seni itu kata Azean juga, bertitik tolak daripada hasratnya untuk melahirkan pelakon yang ada nilai-nilai tanggungjawab terhadap dunia seni yang mereka ceburi.

揝epanjang pengalaman hidup sebagai insan seni, apa yang menyakitkan hati Kak Yan adalah apabila berhadapan dengan segelintir pelakon-pelakon baru.

揝udahlah tidak hafal dialog, mereka seperti tidak ada komitmen. Itu belum ada yang datang lambat ke lokasi pengambaran.
揃enda-benda ini akan Kak Yan terapkan dalam pembelajaran supaya insan seni yang lahir nanti tahu akan tanggungjawab mereka,拻 katanya.

Alasan Rashid memilih Azean

Senada dengan Azean, pengarah telefilem Mama, Rashid Sibir turut menyuarakan rasa geramnya terhadap pelakon-pelakon baru yang tidak menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap karier seni.

揚elakon muda sekarang ini banyak menerima tawaran berlakon sehingga kadang-kadang mereka membebankan pengarah.

揟awaran yang banyak itu membuatkan ada kalangan mereka terlewat ke lokasi pengambaran dan terkejar-kejar untuk lokasi lain pula.

揙leh yang demikian, lebih baik saya mencari pelakon yang dapat fokus sepenuhnya kepada sesebuah lakonan seperti Azean, Elly, Zizie dan yang lain,拻 jelasnya.

Rashid berkata, pemilihan Azean adalah kerana pelakon popular itu sudah melalui pelbagai proses dalam rawatan kanser payu dara.

揅erita Mama ini pun ada kaitan dengan dirinya. Oleh itu, kita memperoleh satu drama yang seperti berlatarkan kisah benar.
揚emilihan Azean juga adalah sebagai menunjukkan yang industri tidak lupakannya. Saya amat menghormati akan semangat yang ditunjukkan oleh Azean,拻 tambahnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-5-2008 11:26 AM | Show all posts
*  (Saluran 104 Astro Ria)
      Telefilem: Mama
      9 Mei, Jumaat, 10.00 malam
      Siaran Ulangan : 11 Mei, Ahad, 3.00 petang

Diarahkan oleh Rashid Sibir, telefilem yang mengharukan mengenai Adilah, seorang ahli perniagaan berjaya. Kehidupannya menjadi tidak stabil apabila dia disahkan menghidapi barah payudara. Lebih menyedihkan lagi apabila anaknya mula menjauhkan diri mereka apabila keadaannya bertukar menjadi semakin tenat kerana masing-masing tidak mahu menjaga ibu mereka.

Lakonan Azean Irdawaty, Benjy, Zed Zaidi, Ellie Suriati, Zizie Ezette
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:52 PM | Show all posts
errr.. sapa tgk td.. asal anak dia mati? tak dpt tangkap apa yg ditulis
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 08:31 AM | Show all posts
hmm.. not bad la kali nih arahan rashid sibir.. x lah asyik meleleh air mata jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by cikemi83 at 9-5-2008 11:52 PM
errr.. sapa tgk td.. asal anak dia mati? tak dpt tangkap apa yg ditulis


anak dia mati sbb kena langgar ngan moto n masa jatuh tu kepala dia kena batu.. entah.. x perasan sgt apa yg dia tulis kat atas keta tu.. darah kaler pink n cair arr.. kena improve lagi nih..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2008 12:28 PM | Show all posts

Reply #5 stroberikiut's post

Dia tulis JAGA MAMA..... mcm yg Ina Naim cakap tu... JAGA  MAK JAGA MAK
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2018 05:39 AM From the mobile phone | Show all posts
mna nk cari cerita ni balik yee .. dh cri kt youtube pun tk jmpe ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.400728 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list