|
nak tanya sikit la.ada ke sapa2 yg tau any information regarding to Ir?cthnya mcm mn nak dpt title nih,sapa yg keluarkan,apa kelebihan n everything about Ir.
cth org yg ada Ir ni ialah menteri besar Perak yg baru punya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 otai_g's post
Ir tu sama pangkat ngan Dr
Ir - engineer
Dr - doctor |
|
|
|
|
|
|
|
blh dpt Ir ni base kan pengalaman die keje gak...
klu org yg ade title Ir, signature die je bernilai ribuan ringgit utk satu projek yg die recommendkan name kontraktor tuh... |
|
|
|
|
|
|
|
tp klu xsilap Ir dah tukar ke P.Eng (professional engineer)
nak apply kena pg UEM n de tes..(klu xsilap, saper2 tlg bg info yg tepat n tul skit) |
|
|
|
|
|
|
|
nanti aku tanye Ir nizar..... |
|
|
|
|
|
|
|
Ir tu kalau tak silap diberikan oleh board of engineers malaysia..ko kena jadik engineer yg berdaftar dgn board nie..antar application..kalau lulus,dah lebih daripada 3 tahun berkhidmat sbg engineer,maka layaklah dpt title 'Ir.' tue... |
|
|
|
|
|
|
|
Dan title Ir. tu bukannya boleh dapat melalui pengajian tau..tak semestinya orang tu ada pHD baru bleh dapat title nie... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 azwandyazizan's post
ha...BOE..bukan UEM..sori!!!!
thanx azwandyazizan.... |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..uem tu co. la...boss aku pun ade ir. tp asik nk mkn gj jer kojenye!
dia ckp dia dpt title tu dh lama..lewat thn 70-an kot. dia designkan slim river interchange - projek plus highway |
|
|
|
|
|
|
|
kene keje at least 3 thn baru leh apply utk IR kan?? aku rase kene amik exam gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak senang dapat Ir ni masuk je goverment .keje bahagian design .insyallah lebih senang berbanding keje swasta. kalau tak silap aku ada 2 badan yang boleh anugerah kan tittle ni kepada engineer .satu private dan satu berkanun/kerajaan .
tolong betulkan kalau silap |
|
|
|
|
|
|
|
kalo nk ir tu kena register ngn bem tuk jd profesional engineer.. rasanye kene ade 3 tahun pengalaman sbg engineer.. then ade exam ngn interview kalo x silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ir. singkatan daripada Ing閚ieur, bahasa inggeris engineer
Ar. singkatan daripada Architect
Dr. singkatan daripada Doctor
Ir. cuma digunakan di malaysia, indonesia dan hong kong
EurIng digunakan di eropah bermaksud European Engineer
Ing.P.Eur jurutera profesional di eropah hanya utk mereka yg praktis dan lulus ujian ikhtisas jurutera profesional
Eng. singkatan jurutera profesional di portugal
P.E.Jp digunakan di Jepun utk jurutera profesional
maksudnya :
jika baru tamat pengajian ijazah , tidak boleh sama sekali menggunakan panggilan dr. untuk doktor, Ir. untuk jurutera, Ar. untuk arkitek
Sr. untuk juruukur tetapi dipanggil graduan doktor, graduan arkitek dan sebagainya
kata nama khas Dr. Ir. Ar. Sr. hanya untuk mereka yg
. TELAH LULUS ujian amalan ikhtisas,
. cukup pengalaman tahun, dan
. diperakui oleh badan profesional berkenaan |
|
|
|
|
|
|
|
P.Eng jurutera profesional berdaftar dan mengamalkan ilmu kejuruteraannya di dalam firma kejuruteraan
sama dengan P.Arch. arkitek profesional yg berdaftar
berdaftar bermaksud :
. telah tamat pengajian yg diiktiraf oleh badan profesional spt BOE,LAM,ILAM,IJM dan sebagainya
. lulus peperiksaan amalan ikhtisas, lisan dan bertulis
. cukup beberapa tahun pengalaman
. diperakui oleh badan profesional tersebut bahawa ia boleh membawa tanggungjawab utk masyarakat.
mereka yg membawa nama singkatan ini tertakluk dengan undang undang. bertanggungjawab dengan setiap apa yg diluluskan, yg ditandatangani selama mana hasil kerja tersebut digunakan atau tidak |
|
|
|
|
|
|
|
Dipl.-Ing. (Diplomingenieur) dan Ing. (Ingenieur)
. dgunakan di german
jangan fikir mereka ini ada diploma dan tak ada ijazah
silap ... mereka ini adalah sama tarf dengan Ir. di malaysia, indonesia dan hong kong
pengajian senibina di UK pun ada sekolah yg memberi Diploma
tetapi tahun pengajian adalah sama iaitu 6 TAHUN ... mereka yg lulus ini dan lulus amalan ikhtisas sama taraf dgn Ar. yg digunakan di Malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
memang tandatangan mereka ini mahal
. ianya datang dengan tanggungjawab seumur hidup
. akan dipersoalkan setiap kali berlaku masalah pd masa akan datang |
|
|
|
|
|
|
|
di Belanda pula
Ir. jika ada master degree dari universiti yg diiktiraf
Ing. jika ada ijazah sarjana muda dari sekolah profesional |
|
|
|
|
|
|
|
gelaran dilindungi
. gelaran jurutera, doktor, arkitek, juruukur ini dilindungi oleh akta yg. membolehkan mereka ini menggunakan kependekan Ir. Dr. Ar. Sr. dan sebagainya
. pengguna gelaran Ir. ini dibenarkan memberikan khidmat perundingan kejuruteraan jika dia bekerja di sesebuah firma kejuruteraan DAN DI BAWAH SELIAAN JURUTERA PROFESIONAL iaitu P.Eng. |
|
|
|
|
|
|
|
secara ringkas penggunaan gelaran ini di malaysia
. Ir. jurutera yg layak dan tidak praktis sebagai BOS
. P.Eng. jurutera yg layak dan praktis SEBAGAI BOS di firma kejuruteraan yg menawarkan perkhidmatan perundingan kejuruteraan
sama juga dgn Ar. dan P.Arch.
Ar. yg lulus sebagai arkitek profesional, layak dipanggil ARKITEK
dan hanya BEKERJA (tidak boleh menurunkan tandatangan, walaupun layak kerana masih bekerja dengan P.Arch.) di bawah seliaan arkitek profesional P.Arch.
P.Arch BOS yg buka firma senibina dan bertanggungjawab terhadap kerjayanya , maksudnya yg boleh menurunkan tandatangan
di bawahnya boleh ada Ar. dan juga Ir. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|