CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2824|Reply: 3

gedung NOKIA terbesar kat sarawak!!

[Copy link]
Post time 2-5-2008 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Gedung produk Nokia terbesar

NOKIA (M) Sdn. Bhd., memperluaskan lagi segmen pasarannya dengan melancarkan gedung Nokia pertama di Kuching, Sarawak, selain merupakan yang terbesar miliknya di negara ini.

Gedung yang mempunyai keluasan 1,200 kaki persegi itu terletak di tingkat satu pusat membeli belah, The Spring yang dijangka mampu memenuhi permintaan pelanggan di Sabah dan Sarawak.

Menurut Pengarah Urusan Nokia Malaysia, Andrew Chong, langkah ini merupakan komitmen syarikat terhadap pasaran serta pelanggan di Sabah dan Sarawak bagi memenuhi gaya hidup dan cita rasa terhadap teknologi terkini industri mudah alih di bawah satu bumbung.

憫Kini pelanggan berpeluang untuk berinteraksi serta mencuba sendiri keseluruhan rangkaian produk Nokia yang ditawarkan di pusat ini,拻 katanya ketika merasmikan gedung tersebut baru-baru ini.

Gedung atau pusat Nokia itu menawarkan rangkaian produk secara menyeluruh khusus untuk para pelanggannya.

Pengguna juga turut boleh mendapatkan aplikasi perisian Nokia yang terkini dalam usaha menyelaraskan penggunaan perkakas mudah alih Nokia dengan perkakas komputer seperti pembesar suara muzik, papan kekunci wayarles, pencetak dan banyak lagi.

Dalam pada itu, pusat tersebut juga menawarkan aplikasi perisian aslinya seperti muzik, pencetakan, permainan dan e-mel.

Sebagai tambahan, gedung tersebut turut menyediakan pusat khidmat Nokia CARE menjadikan ia sebagai tempat persinggahan pelanggan untuk mendapatkan aksesori keperluan Nokia mereka.



sesapa yang tinggal kat sabah sarawak leh ler pergi gedung NOKIA ni .... sumer ader!!  org semenanjung nak gi sarawak kalu dulu bawak balik terubuk masin... sekarang boley bawa balik NOKIA the latest .. tee hee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 07:58 AM | Show all posts


bangga kerana tanah kelahiranku semakin membangun

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 04:20 PM | Show all posts
baguslah
xsusah2 nk cari nokia yg ori
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 04:23 PM | Show all posts
baguslah
xsusah2 nk cari nokia yg ori
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:38 AM GMT+8 , Processed in 0.291592 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list