CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 8389|Reply: 46

Kongsi Bersama :' Cerpen,Sajak ..atau apa yang menarik'

[Copy link]
Post time 27-4-2008 04:30 PM | Show all posts |Read mode
Hai ..Sabahan...mari kongsi segala Cerpen ,Sajak atau Artikel yang menarik..untuk di kongsi bersama...............




~~psst ..mod tak mo thread ni delete je ....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 04:34 PM | Show all posts
aku rasa tuan rumah patut letak dulu.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 04:39 PM | Show all posts

"first .... cerpen"

Sia Start dulu................


Sebuah kisah untuk renungan kita bersama.

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya
terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. "Horey! Papa balik!"
Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.

"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut
terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

" papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas
minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.

Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian
terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup
paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-
anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa
awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya
terpacul di belakang pintu.

"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye.
Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.

"Fail saya kat depan tu mana?"

"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."

"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu
patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati
kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali. Dia
menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh
suara anak-anak dan wajah isterinya.

"Laila-" Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa.

"Saya nak ke out station minggu depan."

"Lama?" Soal Laila.

"Dalam seminggu."

"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"

"Budak-budak? "
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 04:41 PM | Show all posts
"Ikut jugalah."

"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok
masa kat Legacy dulu tu-"

"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha
memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang
dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu
berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa
sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti
rugi. "Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat
Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti
kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak
merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak
terlompat riang sebaik kereta berhenti di pengkarangan rumah nenek mereka.
Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa
mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar
abah ambik bagi kamu!"

"Manalah saya ada masa.." "Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan
balik!" Dia tersentak dari khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!"
Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa
mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka
malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat
Laila adalah isterinya. Cuma.. "Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang
menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu
sudahlah." " papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-
sengih mendapatkan dirinya. "Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa
ni pekak ke?"

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba
saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.

"Awak masak apa?"

"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum
sempat mamanya membuka mulut.

"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang
selera!"

" papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan.

"Keluar!"

"Mama dah masak Pa!"

"Awak saja makan!"

"Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil
hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya
keluar dari ruang makan. "Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?"
Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. " papa banyak
kerja agaknya. Dah! Makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. ."
"Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?"

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain.. Laila
menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga
menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.

"Laila.." serunya

"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita
tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau
nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

"Sunyi pulak rumah ni mak,"

"Lama-lama kau biasalah."

Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum.
Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka.
Kehilangan yang amat sangat.

" papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari
outstationnya.

"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu."

"Tak ada lah?"

"Ingat papa ni cop duit?"

Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian
rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu
mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum
petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi
ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke?"

Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.

" papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara
perbualan kedua ibu bapanya.

Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi
kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.

"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak
tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju
mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas
saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba
menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi.. Aiman di pukul
lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 04:42 PM | Show all posts
" perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya.
Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya
terhadap anak-anak.

"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-
bukan." Ujar Laila perlahan

"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok
anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat
sana, kecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.

Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu
tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada
saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri.. Tak cukup dengan
perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan
terhadap mereka.

"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas
betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman
belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.
Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka
betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!"

"Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan!
Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya
petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi
semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul
di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan
sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit
pengajaran pada anak-anak.

" pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk. "Kak Long
balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.." Alangkah
mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila
tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah
merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka
Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat
gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari
A. "Laila-" " papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil
menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. "Wangi-wangi
lagi. Dating ye?"

"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk
staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

"Ikut boleh?"

"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya
terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan
turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak
kami."

"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat
itu ini. "

" papa pesanlah.."

"Nantilah besar sikit." Dalihnya.

"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut
pergi mana pun."

"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"

Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."

"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia
mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"

Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa
keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan
hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan
untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas
kainnya.

"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar
Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal
tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila
bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-
anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan
dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan
dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan
kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah
jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada
rakan-rakan.

"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi
itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin
dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air
cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala
kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan
perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada.
Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke
sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa
sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi
dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya.
Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu
masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak
dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak
pernah lupa.. "Kalau tak suka pulangkan,"

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang
selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak.
Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di
halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan
berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di
bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada
kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila-

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.

Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi
membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta
lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya.
Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan
dua bulan lagi..

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan
isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.
Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan
harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 04:42 PM | Show all posts

Reply #2 captain_scubby's post

ok ..sudah di invest satu ...huhu ...
kejap ..mo keluar ....dgn anak2 buah ..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 12:13 PM | Show all posts
the moment you are in TENSION

you will lose your
ATTENTION

then you are in total
CONFUSION

and you will feel IRRITATION

this may spoil your personal RELATION

ultimately, you wan't get CO-OPERATION

and get things into COMPLICATION

then your BP may raise CAUTION

and you may have to take
MEDICATION

why not try understanding the
SITUATION

and try to thing about the SOLUTION

many problems will solved by DISCUSSION

don't think it's my free SUGGESTION

it's only for your PREVENTION

if you understand my INTENTION

you'll never come again into TENSION!!!

psssst.....ini boleh kah pren.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:15 PM | Show all posts

Reply #7 captain_scubby's post

boleh ..boleh ...apa apa jak bleh ..di letak ..bah .....
kira nukilan kunu .. haha. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-4-2008 02:21 PM | Show all posts

[CERPEN] KASIH SEORANG IBU

Lagi kisah novel pendek
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 02:24 PM | Show all posts
EPISODE TERAKHIR DARI KEMURUNGAN

Keajaiban senyuman menciptakan puluhan matahari bersinar lembut dalam hatiku
Lengan lengan cahaya menyibakkan tabir segala musim dan rahsia dunia yg lain
Bagi duniaku,kau lebih dr sekadar anak kecil yg berjam2 bermain sbg seorang ibu
Merawat boneka2 cedera dan serdadu2 plastik korban kekejaman pertempuran abadi d bumi yg sakit jiwa ini.

Di sinilah kamar tidurmu sayangku, di dadaku yg penuh kasih dan duka
Dengarkan beragam ceritaku mengalir tak henti2
Matamu yg t抪ejam dlm tidur yg tenang melahirkan keajaiban yg asing
Sesungguhnya tak ada tingkap yg benar2 kuat menutupi dunia mimpi dari dunia yg terluka ini

Manusia adalah kumpulan kenangan dan keinginan
Makhluk yg terbuat dr separuh dongeng dan separuh kenyataan

Berbaringlah sepanjang malam di pangkuanku sayangku
Peluk erat2 buku ceritamu
Suatu saat kelak kau akan bangun dalam peranan yg baru
Barangkali puteri salju,bidadari dgn ratusan sayap, atau seorang ibu yg kekal mencintai kanak-kanak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 02:26 PM | Show all posts

[CERPEN LAWAK] Mencari Calon Isteri

Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur , ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dirasakan sesuai untuk menjadi bakal menantunya, dia pun menjemput kesemuanya kedalam rumahnya. Lalu memanggil anak sulong lelakinya untuk memilih kut yang mana-mana dia berkenan
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 03:42 PM | Show all posts
Originally posted by lemontea at 29-4-2008 02:24 PM
EPISODE TERAKHIR DARI KEMURUNGAN

Keajaiban senyuman menciptakan puluhan matahari bersinar lembut dalam hatiku
Lengan lengan cahaya menyibakkan tabir segala musim dan rahsia dunia yg lain
Bag ........
..........

Berbaringlah sepanjang malam di pangkuanku sayangku
Peluk erat2 buku ceritamu
Suatu saat kelak kau akan bangun dalam peranan yg baru
Barangkali puteri salju,bidadari dgn ratusan sayap, atau seorang ibu yg kekal mencintai kanak-kanak
.



nice one............
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 03:49 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by cruz_gurl at 29-4-2008 02:21 PM
Lagi kisah novel pendek
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by cruz_gurl at 29-4-2008 02:26 PM
Ceritanya begini, suatu hari di Kampung Pandan, Kuala Lumpur , ada seorang ibu yang gusar kerana anak sulung lelakinya tak kawin-kawin lagi, so satu hari, si ibu pon bawakla calon-calon yang dira ...




pernah baca tp dlm versi english............
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 11:21 PM | Show all posts

Reply #1 cruz_gurl's post

waaa best2, aku pun mo post la jgk ...tapi bukan karya aku la ...
aku suka ngn puisi ni, dari khalil gibran...

Cinta (II)

Kelmarin aku berdiri berdekatan pintu gerbang sebuah rumah ibadat dan bertanya kepada manusia yang lalu-lalang di situ tentang misteri dan kesucian cinta.
Seorang lelaki setengah baya menghampiri, tubuhnya rapuh wajahnya gelap. Sambil mengeluh dia berkata, 揅inta telah membuat suatu kekuatan menjadi lemah, aku mewarisinya dari Manusia Pertama.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 12:16 AM | Show all posts

SURAT UTK IBU

amik dr email...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... . ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital....
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh
sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan
nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2008 01:01 PM | Show all posts

Reply #16 suka2's post

sedih nya...membaca ...
pernah baca jgk ni ..tp .... tak tau bila..
...sedih ..sebak pun ada ... huuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2008 01:04 PM | Show all posts
Cinta adalah ketika kita menitikkan air mata, tetapi masih peduli terhadapnya
Cinta adalah ketika dia tidak mempedulikan kita, tetapi kita masih menunggunya dgn setia
Cinta adalah ketika dia mulai mencintai org lain dan kita masih bisa tersenyum sambil berkata 攁ku turut berbahagia utkmu
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 01:13 PM | Show all posts
Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita,
kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta.
Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepaskan.
Seseorang yang tidak ingin kita tinggalkan.
Tapi ingatlah, melepaskan bukan akhir dari dunia, melainkan awal suatu kehidupan baru.
Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis, mereka yang disakiti, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba.
Kerana merekalah yang dapat menghargai betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 06:35 PM | Show all posts
Originally posted by captain_scubby at 1-5-2008 01:13 PM
Suatu masa kita akan bertemu seseorang yang keunikannya sehaluan dengan kita, kita bersama dengannya dan jatuh ke dalam suatu keanehan yang dinamakan cinta. Ada sesuatu yang tidak ingin kita lepa ...



hu hu hu betul tu frennnn...org yang betul2 menyayangi kita akan datang sekali saja....jadi jan lepaskannyaaa.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.066520 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list