CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

PERODUA NAUTICA 4WD

[Copy link]
Post time 2-5-2008 07:15 AM | Show all posts
Gara2 NaughtyCar, takut P2 jatuh merundum cam P'ton............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2008 07:36 AM | Show all posts
Originally posted by batu_bergolek at 2-5-2008 06:39 AM
Guys Gals, semelam kakak saya pergi perodua desa pandan, walaupun naghty car   belum sampai, tapi jumpe sales person kat situ, dia kata harga around RM90k.

kalo betul, mahalnyer. ra ...


dia tak tanya ker dah baper ribu urang booking
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:26 AM | Show all posts

Reply #62 rambutan's post

tak tenyer lak. tapi yg mamat tu cakap yg diorang tak bawak naughty car masuk malaysia dlm kuantity yg banyak. aku rasa mungkin diorang tak expect sambutan hangat seperti myvi kot.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:27 AM | Show all posts
hari tu ade tgk berita kat tv...
mmg dorang cakap the price range is around RM90K - RM95K...
mahal gak eh keta perodua skarang..
dah same harge ngan suzuki SX4 CBU from Japan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by albob at 2-5-2008 07:15
Gara2 NaughtyCar, takut P2 jatuh merundum cam P'ton............


aku rasa takde la merudum sangat, mungkin next time diorang belajar utk stick to their market target. lagi pun sales ,myvi 爏till kuat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 10:33 AM | Show all posts

Reply #63 batu_bergolek's post

aku rasa memang bukan dorang nak jual sangat pon... cuma dorang nak imbang dgn proton yg tengah agresive skang nih... nak rebadge baru tak termampu aptah lagik nak design baru.... last2 amik CBU tukau logo..... jadilah new model perodua tahun nieh.... dah terdesak nak kuar model baru kekdahnyer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2008 11:25 AM | Show all posts

Reply #66 rambutan's post

maybe sbb lately org asyik cerita pasal proton aje..
tambah pulak cerita proton mpv makin hangat.. produa tak nak org lupa nama dia..
so.. diorg perlu taruk something new kat market.. kasi org impress sket.

agaknya iklan dia nanti.. selain dr 'pintu bleh bukak 90darjah' 'super-dvvt'.. ada tak tulis '100% diimport sepenuhnya' nak justify rege rm90k dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 01:31 PM | Show all posts
mahal ler..dah ler interest keta nasional tinggi..sgt tak berbaloi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2008 12:18 PM | Show all posts

JENG....JENGGGG~!!!!! AKHIRNYE~!!!

Nah leaked photo Nautica.....malam nih lancar...



























Macam Toyota Rush laa...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 12:41 PM | Show all posts
mahalnyer..kapasiti tmpt duduk besar x? kalu kembara yg dulu kecik je
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 12:51 PM | Show all posts

Reply #69 tossee's post

cantik...tp terlalu mahal...utk golongan atasan bule la....tp diorang baik amik kete import....kete nasional xbule wat mahal2 skrng nih....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 02:25 PM | Show all posts
Kalo aku baik beli Toyota Rush...dah alang2 harga dah lebih kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:03 PM | Show all posts
for a 1.5 liter, 90K ++ is a bit steep.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 09:05 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 11:02 PM | Show all posts
Originally posted by sharx at 25-4-2008 06:06 PM
ye baik ambik inova, unser, avanza, merc, bmw, skyline,
prrrffffttttthhhhhhh.................
setuju sesangat la....ngan harga RM90k tu mcm2 jenis keta aku bleh beli...ahaks!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 04:28 AM | Show all posts
Originally posted by tossee at 9-5-2008 14:25
Kalo aku baik beli Toyota Rush...dah alang2 harga dah lebih kurang...

Ko beli nautica dengan rush apa beza? logo jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2008 06:56 AM | Show all posts
揔ami tidak boleh tampil dengan model sebegitu setiap tahun kerana ia akan menjadi satu tekanan buat kami, vendor dan unit pembangunan dan penyelidikan (R&D),
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 07:23 AM | Show all posts
Elegan pengganti Kembara

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN

Didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU), tawaran terbaru daripada Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) ini akan menggantikan model 4x4 kompak sebelumnya, Perodua Kembara.




MEMPUNYAI status selaku pembuat kereta nasional kedua negara, Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (Perodua) cukup dikenali dengan produk automotifnya yang memenuhi kehendak pasaran kereta kompak.

Kuasa pasarannya juga cukup kuat, sehinggakan ia mampu merampas kedudukan selesa Proton sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ya, kita sering membuat perbandingan antara dua entiti automotif ini. Tetapi tahukah anda bahawa ia satu perbandingan yang tidak adil?


RUANG kargo boleh ditingkatkan dengan cara menurunkan tempat duduk belakang.

Berbeza dengan Proton yang menghasilkan kenderaan-kenderaannya daripada satu lakaran kasar, Perodua hanya mengambil model daripada Daihatsu, syarikat pengeluar kenderaan kompak yang berada di bawah payung Toyota.

Dalam erti kata lain, Perodua tidak pernah menghasilkan komponen-komponen utama seperti enjin, kerangka, kotak gear serta reka bentuknya, sekali gus menjadi faktor kenapa jarang sekali produk Perodua berdepan dengan masalah.

Situasi ini memberi gambaran jelas bahawa segmen ini mempunyai pengikut cukup besar, biarpun dalam iklim automotif negara yang terkekang dengan pelbagai perkara.
Setelah menerima beberapa peringkat perubahan secara facelift (Kembara DVVT, Kembara CT) model ini akhirnya ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2006.

Mahu memeriahkan pusat pamerannya dengan model baru selain Myvi dan Viva, Perodua akhirnya membawa masuk model pengganti Kembara. Apa yang memeranjatkan, model yang menggantikan Kembara ini dibawa secara import sepenuhnya (CBU) dari Jepun.

Sememangnya satu amalan luar biasa buat Perodua dan menjadi jawapan secara langsung kenapa model berkonsepkan SUV urban kompak, Nautica 4WD ini ditawarkan pada harga RM89,900 seunit, harga paling tinggi untuk model Perodua setakat ini.

ENJIN DOHC dengan sistem CVVT menjana kuasa sehingga 80kw.

Menurut Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, keputusan itu diambil berikutan Perodua hanya mensasarkan jualan sebanyak 100 hingga 200 unit sebulan, maka adalah tidak ekonomi jika Nautica dihasilkan dalam bentuk CKD.

"erodua tidak mahu membebankan vendor dengan pelaburan yang tinggi sedangkan sasaran jualan Nautica dalam jumlah yang kecil. Dengan jualan 200 unit sebulan, menjadikan Nautica sebagai model CKD adalah mustahil," kata Syed Abdull Hafiz, sambil memberitahu bahawa Perodua Kembara pernah menguasai 64 peratus segmen SUV pada tahun 1999.

Bagi mengimbangi harga Nautica yang tinggi, Perodua juga telah berbincang dengan syarikat kewangan untuk menawarkan faedah lebih rendah iaitu antara 3.0 hingga 3.3 peratus, berbanding 4.3 peratus yang dikenakan sekarang.

Bagaimana rupanya Nautica ini? Bagi mereka yang masih belum berkesempatan untuk pergi ke pusat pameran Perodua, anda hanya perlu bayangkan Toyota Rush dalam versi kompak dengan kapasiti lima tempat duduk dan emblem 'P' di bahagian hadapannya.

Secara fizikalnya, Nautica memang mempunyai penampilan yang sofistikated. Seakan membawa imej model SUV Toyota lebih mewah iaitu RAV4, Nautica memiliki segala ciri sebuah SUV kompak.




Bahagian hadapannya nampak kemas dengan bumper lebar yang dipadankan bersama sepasang lampu projektor utama. Di bawah gril radiatornya, sepasang lampu kabus melengkapkan lagi praktikaliti Nautica untuk meredah kegelapan malam dengan lebih yakin.

Nautica turut didatangkan dengan roof rail yang membolehkan kotak penyimpanan barang dipasang. Sementara rekaan bahagian belakang Nautica nampak kemas dengan lampu berbentuk 3D bagi memudahkan ia dilihat oleh pengguna lain dari pelbagai sudut. Turut menarik perhatian ialah tempat letak tayar bertutup yang boleh dikunci sebagai langkah keselamatan tambahan.

Sebenarnya, lebih kurang seminggu sebelum Nautica dilancarkan secara rasmi semalam, Perodua telah pun membawa sekumpulan wartawan ke Awana Genting Highland untuk memandu uji Nautica.

Dalam keadaan hujan, penulis berpeluang memandu Nautica selama kira-kira 20 minit melalui jalan berbukit sekitar Genting Highlands dan Gohtong Jaya. Nautica yang dijana menerusi enjin bersesaran 1.5 liter DOHC, lengkap dengan sistem DVVT ini memerlukan sedikit masa untuk mendapatkan momentum dalam usahanya mendaki bukit.

Dipadankan dengan kotak gear automatik empat kelajuan, ia mampu membuatkan perjalanan terasa begitu lancar biarpun ada ketikanya terpaksa melihat jarum rpm melepasi angka 5,000 untuk mendapatkan kuasa yang dikehendaki.
Posisi tempat duduk yang tinggi membuatkan pemandu dapat melihat jalan raya dengan lebih jelas. Walaupun nampak kompak, kabin Nautica menyediakan ruang secukupnya untuk penumpang duduk dalam keadaan selesa.




Tempat duduk, papan pemuka dan panel sisi model ini dimonopoli oleh warna hitam dengan sedikit calitan warna perak pada konsol tengah, stereng serta platform tuil gearnya.

Bahagian tengah papan pemuka Nautica dilengkapi dengan paparan amaran yang memaparkan ikon-ikon tertentu. Sistem audio dengan ciri pemain cakera padat yang ringkas terpasang kemas di bahagian atas corong pendingin hawa.

Menggunakan tiga meter analog, ruang ini turut dilengkapi dengan paparan digital pelbagai informasi yang memberikan maklumat seperti jam, purata penggunaan petrol dan suhu di luar kabin.

Dengan sistem pacuan empat roda sepanjang masa, penggunaan bahan api Nautica ialah 14.2 kilometer bagi setiap liter petrolnya.

Memang betul, Perodua mahu mengekal kesinambungan model Kembara yang menggunakan sistem pacuan empat roda, tetapi secara peribadinya, penulis berpendapat adalah lebih baik sekiranya Perodua membawa masuk model berpacuan roda hadapan (FWD) dan mungkin dengan hanya spesifikasi asas.


PENAMPILAN generasi kedua Kembara ini jauh lebih maskulin dan bergaya.

Bukan sahaja Nautica boleh dijual pada harga sedikit murah, malah secara relatifnya penggunaan petrol juga jimat, selain praktikaliti majoriti pengguna SUV yang hanya memandu kenderaan mereka di bandar kebanyakan masanya.
Bagi mereka yang berminat, tempahan Nautica diterima mulai hari ini di semua pusat pameran Perodua



dulu aku kata apa2 pun aku mmg nak beli CRV gantikan jazz aku.. tapi bila tengok nautica... yg jauh lebih murah.. pastu lawa lak SUV ni.. aku dah set nak beli nautica ni by end of the year...  aku suka spec dia..  interior pun selesa.. karang aku gi tengok kat perodua  kalu kat sini dah ada model.....   lawa nautica ni!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2008 07:27 AM | Show all posts
Perodua tampil SUV Nautica 4WD

KAKITANGAN Perodua bergaya di samping model baru
SUV Nautica yang dilancarkan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini tampil dengan model terbaru berupa kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Perodua Nautica pacuan empat roda (4WD).

Nautica tampil dengan reka bentuk kompak yang menarik serta termurah dalam kelasnya dan lebih menarik, model itu sangat istimewa dalam kelas SUV kerana ia mampu untuk membuat pusingan lingkungan minimum 4.9 meter.

SUV kompak itu dibekalkan dengan enjin 1.5 liter automatik serta dimantapkan dengan kuasa Dynamic Variable Valve Timing (DVVT), Double Overhead Camshaft (DOHC) dan suntikan bahan api elektronik (EFI).

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar berkata, Nautica adalah generasi Perodua terbaru yang disasarkan kepada penduduk bandar dan dijangka mampu untuk menawan hati mereka yang menyukai segmen SUV.

"Selain itu, Nautica juga dilengkapi dengan aspek keselamatan seperti sistem brek antikekunci (ABS) dan beg udara berkembar (SRS Airbags)," katanya pada sidang media semalam selepas model itu dilancarkan oleh Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin semalam.

Menurut Syed Abdul Hafiz, Perodua Nautica dijangka dapat dijual antara 100 hingga 200 sebulan dalam segmen pasaran SUV di negara ini.

Harga di atas jalan bermula pada RM89,900 dan ia didatangkan dengan dua warna menarik iaitu Medallion Grey dan Majestic Black.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2008 08:39 AM | Show all posts
RM89,000?
Mahalnya.
Harga lebih kurang Toyota Rush jer.
At least Rush ada 7 tempat duduk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-3-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 0.541834 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list