CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2282|Reply: 12

Peringatan untuk kaum wanita....

[Copy link]
Post time 2-4-2008 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Untuk Renungan Bersama

Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan
khusus untuk kaum wanita.

Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana, dan memberi salam dan mberi tazkirah
seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas. Masa ni
jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang

kurang faham
suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".[Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi, 'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini,
saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam
api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.

Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya".

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair
Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

" SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT -Sabda Rasulullah SAW"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-4-2008 03:30 PM | Show all posts
makaci atas peringatan tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2008 03:38 PM | Show all posts
Originally posted by ct_nazirah at 2-4-2008 03:30 PM
makaci atas peringatan tuh


sama2.... untuk saya dan semua kaum wanita di luar sana.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 04:17 PM | Show all posts
Thnx..

Sgt berfaedah utk semua wanita!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 06:54 PM | Show all posts
trima kasih...

cuma satu ja sy tak setuju iaitu lisan wanita cepat menyumpah....

tak kira lelaki atau perempuan sama saja sbb mmg ramai dari kedua2 golongan ni gemar mengutuk dan menyumpah....

yg penting jaga lidah, jaga hati, jgn menyumpah jgn mengutuk sbb itu akhlak terkutuk....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 04:47 PM | Show all posts
Kite kena selalu ingat mengingati....

Selalunya kalau hati tengah marah yg terlanjur kata-kata yg tak elok.  Dah lepas tu, mesti menyesal kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2008 05:59 PM | Show all posts
kutuk mengutuk dan menyumpah nih ader pada lakik dan wanita.....perangai sebegini lahir dari sifat2 lahiriah yg sering tak puas hati, naik darah ( hot tempered ) dsb.....jika seseorang itu redha dan selalu mengingati Allah, nescaya tidak akan timbul perkataan2 nih......
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 06:32 PM | Show all posts
Manusia bukan pilih jadi lelaki atau perempuan masa dilahirkan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2008 05:04 AM | Show all posts

Reply #3 contessa's post

Alhamdulillah mudahan akan sentiasa mendapat keberkatan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 12:23 AM | Show all posts
thanks for the reminder...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 01:29 AM | Show all posts
ermm make sure amik hadith sahih sebelum posting .... byk hadith palse atau hadith yg diubah circulating around islamic community ... walaupon baik ... tp klau hadith bukan hadith yg sah ...maka dh dikire menyebar dusta dh tuh ....

sbb tulah aku tk penah ... nk forward hadis dr ym or email ...sbb takut sgt .. menyebar dusta ... aku tk nak bersekongkol ngan penyebar hadith hadis palsu ....dan mendustakan kata2 nabi ....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 09:10 PM | Show all posts

tq

arigato.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2008 11:33 PM | Show all posts
Bukan Allah tak tahu manusia tak pilih untuk jadi perempuan atau lelaki , jadi raja atau hamba , atau jadi orang islam atau bukan islam masa dilahirkan di dunia ini
Apa maksudnya tu:re:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068572 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list