CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1240|Reply: 10

TKM Pulau Pinang akui hadapi masalah dengan YDP Maipp

[Copy link]
Post time 24-3-2008 03:53 PM | Show all posts |Read mode
TKM Pulau Pinang akui hadapi masalah dengan YDP Maipp
Posted on Monday, March 24 @ 13:58:13 MYT by easynet

Berita

Oleh:Mohd Sabri Said


BAYAN BARU, (Hrkh) - Timbalan Ketua Menteri (TKM) Pulau Pinang, Mohd Fairuz Khairudin mengakui, perancangan dakwah di negeri ini terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu kerana keenganan Yang diPertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Shabudin Yahya melepaskan jawatan yang disandangnya.

Tetapi, beliau optimis semua perancangan telah disusun dengan teliti untuk beliau (Ust Shabudin) lepaskan jawatan dengan cara berhemah.

"Setakat sekarang ini beliau masih YDP Maipp. Timbul masalah tentang perancangan untuk menyusun program terhadap intitusi masjid atau rancangan dakwah atau mengendalikan urusan zakat," katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditanya selepas memberikan ucapan dalam majlis Himpunan Rakyat di Masjid Jamek Omar Al-Khattab, Bayan Baru baru-baru ini.

Oleh itu, beliau berharap rakyat Islam teruskan munajat dan berdoa agar masalah yang membelenggu Kerajaan Negeri dapat diatasi.

Tujuan utama berbuat demikian ialah untuk melincinkan pentadbiran agar dapat dimanfaat oleh semua pihak.

"Kita tidak akan bertindak kasar untuk memastikan YDP Maipp berundur sebaliknya sebagai seorang yang profesional beliau patut lepaskan jawatan kerana kerajaan kini sudah berubah tangan.

Memandangkan jawatan tersebut berkaitan dengan Yang DiPertuan Agong maka rancangan mendesaknya terpaksa dikurangkan bimbang dikatakan menderhaka pula," ujarnya.

Berhubung perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh Pulau Pinang beliau mengatakan, ia dalam proses pelantikan dan tidak semua lantikan baru dibuat sebaliknya berdasarkan khidmat JKKK sebelum ini.

"Jika ada JKKK yang baik, telus dan adil pada semua masyarakat tanpa mengira latar belakang politik kita akan kekalkan tetapi jika JKKK mengkhianati amanah yang diberikan awal-awal lagi kita gantikan yang baru," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti./wann

copy :http://202.71.109.248/~utara/mod ... order=0&thold=0
Utara Online :http://202.71.109.248/~utara/index.php
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 03:58 PM | Show all posts
ADUN Permatang Berangan...BN mali...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 04:17 PM | Show all posts
sume nk tunjuk kuase...manusia manusia
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:44 PM | Show all posts
sekejap.. brita ni aku masih konfius.. wpun shabudin tu adun BN.. tapi kenapa die kene letak jwtn MAIPP...
slain alasan salah guna kuasa....?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:46 PM | Show all posts

Reply #1 cabai_melaka's post

mmg patut dia letak jwtn.....

kalo dia ada maruah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 09:48 PM | Show all posts

Reply #5 tuan_wu's post

yola. alasan die. kalo org tanye aku pn aku leh jwb dgn fakta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2008 10:00 PM | Show all posts

Reply #4 kazaraf's post

oh.. kan tkm kata beliau udah menyusun strategi dakwah dan pengurusan zakat untuk penang tapi terdapat halangan dari ydp maipp tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 10:06 PM | Show all posts

Reply #7 bulutu's post

woh ayat yg ni ke
""Setakat sekarang ini beliau masih YDP Maipp. Timbul masalah tentang perancangan untuk menyusun program terhadap intitusi masjid atau rancangan dakwah atau mengendalikan urusan zakat," katanya."

sbb die leh jd 2 mksud :
1st - TKM penang ada problem nk wat plan psl YDP Maipp masih lama. so die nk tuka baru la nk wat plan die
2nd - yg ko ckpp tu, beliau udah menyusun strategi dakwah dan pengurusan zakat untuk penang tapi terdapat halangan dari ydp

kefhmn aku y 1st tuh. hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2008 11:05 PM | Show all posts
maipp under kerajaan negeri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 03:14 AM | Show all posts

Reply #9 szerone9's post

Yup. Bidang kuasa agama ialah bawah kerajaan negeri. Jadi, TKM berhak utk lucutkan jawatan seseorg dalam jabatan agama kalau dia ada sebab munasabah utk buat demikian.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2008 03:36 AM | Show all posts
Originally posted by kazaraf at 29-3-2008 10:06 PM
woh ayat yg ni ke
""Setakat sekarang ini beliau masih YDP Maipp. Timbul masalah tentang perancangan untuk menyusun program terhadap intitusi masjid atau rancangan dakwah atau mengendalikan urus ...


setiap program ada peruntukan $$$$. so mungkin takut nak bagi peruntukan $$$ utk YDP Maipp uruskan sebab dia orang UMNO?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.061626 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list