CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: seribulan

...SPIRITUALITI...

[Copy link]
Post time 10-4-2008 02:44 PM | Show all posts

Spirituality

Perasaan dalaman, rasa hati, kerohanian,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2008 09:08 PM | Show all posts

Reply #40 petola's post

petola boleh baca A Short History of Myth by Karen Amstrong & juga Dualism in Philosophy.

dari dua ni kita pun boleh selami cara manusia percaya terhadap keajaiban alam (ie Tuhan + kuasa mistik).

kalo baca Short History of Myth tu, petola akan dapati kepercayaan manusia terhadap kuasa ghaib/alam semakin berkurang mengikut peredaran zaman. maka terbitlah rasa ingin tau dan hypothesis2 yg kita belajar selama ni (Darwinism, Atheism etc...)
mungkin sistem kepercayaan dlm agama mampu sebenarnya nak atasi perkara hilang kepercayaan terhadap kuasa ghaib (Tuhan). ada hikmah setiap agama tu wujud, sebab setiap agama yg ada dimuka bumi ni bersifat vernacular iaitu ia bersifat bersesuaian dgn tabiat masyarakat yg menganutinya.

bila petola dah boleh faham basic concept di atas, bolehlah beredar ke artikel yg seterusnya - Dualism. utk yg dah tau philosophy oklah. tapi Dualism ni sebenarnya mengklasifikasikan philosophy dlm dua perspective- perspective Timur & Barat. Western philosopher adalah golongan yg byk mengamalkan Dualism. dualism ni membenarkan zahir & bukan zahir utk mempunyai entiti yg berlainan. jadi tidak hairanlah jika byk philosopher barat yg baru menjadi feymes dlm abad 19 & 20an walhal dia dah lama mati dgn buku2nye dlm abad ke-15. dualism membenarkan hipokrasi utk menyembunyikan idea yg bernas. mcm most of traditional religions, penganutnye akan sentiasa berhati2 utk melakukan ritual yg tidak menyinggung perasaan komuniti yg kebanyakannye tak familiar dgn agama yg baru/lain tu.
tetapi berlainan pula dgn sistem keagamaan di Timur, agama adalah cara hidup. agama ada dlm kerja, makan, minum, tidur. agama di timur tidak semestinye ada sistem yg kompleks sepetimana di Barat tapi disebabkan Timur tidak mengamalkan Dualism, makanye agama adalah kehidupan. kebanyakan agama Timur percaya orang yg alim ialah org yg byk bekerja instead of org yg hanya melakukan ibadat/meditations. disebabkan system di Timur juga percaya kerja ialah ibadat, kebanyakan agamanya mampu diikuti tanpa ada perubahan drastik dlm masyarakat.

petola, harap2 bacalah kedua2 bahan tersebut, nescaya anda akan paham bagaimana landasan dunia ini.
yg buku tu kena beli/pinjamlah. tak tebal, red abiskan dlm 1/2 hari jer.
yg Dualism tu kat sini :  http://plato.stanford.edu/entries/dualism/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2008 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by petola at 6-4-2008 08:40 PM

spiritualiti itu sekular?


Apa pendapat anda?

Biasalah  kat bod ni kita cuba paham tiap perkataan yang diguna..

Sekular : berkaitan dengan duniawi dan tidak berkaitan dengan keagamaan.

Soalannya:

Mengapa harus dibuat garisan diantara agama dan duniawi ?  Mungkin ada agama yang membuat begitu.................Hami tak pasti. Mungkin kena rujuk ke bod agama?? Tetapi  falsafah  Hami sendiri, Hami melihat pertanggungan jawab dalam penghidupan seharian di dunia nyata lagi fizikal  adalah juga suatu "ibadat".

Agama ni ada macam2. Banyak yang memberi fokus kepada perkara2 kerohanian dengan berbagai cara. Itulah sebabnya kedatangan Hindu dan Islam di Nusantara bukan masaalah kepada penduduk2nya yang ramai mengikut fahaman animisme - setiap benda termasuk batu dan kayu punya semangat/roh. Awas dengan faham spiritualisme (bukan spiritualiti) yang mengamalkan pemujaan roh, memanggil roh atau berhubungan dengan roh yang juga jamai mempraktiknya.

Pada Hami, kerohanian/spirituliti sebenar adalah bahagian manusia yang mempunyai daya berfikir, berperasaan dan berkemahuan....................begitulah adanya.

[ Last edited by  hamizao at 18-4-2008 12:39 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2009 04:25 PM | Show all posts
Salam;
Sekadar ingin berkongsi. Khalayak sering mengutamakan IQ & EQ tetapi sering melupakan SQ atau kecerdasan spiritualiti. Sebenarnya spritualiti bukan keagamaan semata-mata tetapi ia lebih daripada itu. Ia bersifat universal, namun sebagai umat Islam, kita akur kepada Pencipta kita yang Maha Agung.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2009 09:56 PM | Show all posts

Balas #44 BK\ catat

terangkn ngan lebey lanjut plis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2009 09:09 AM | Show all posts
...J E R I + S...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2009 10:35 AM | Show all posts
Originally posted by petola at 8-4-2008 10:15 PM

tak yah ler nak translate... terus tulis jer dalam bahasa melayu...
saya percaya lagi banyak pembacanya kalau dlm bahasa melayu.

bahasa melayu bahasa stategik tau...
cara paling berkesan nak ubah minda masyarakat malaysia ialah dgn mengguna bahasa yg majoritinya boleh paham... BM.


balik pada topik.... spiritualiti itu sekular ker?


Ini aku setuju, tapi kan , apabila seseorang tu di expose pada BI memanjang semasa pembelajaran dia di universiti atau pada setiap buku yang dia baca yang memanjang BI aje , so apabila dia nak keluarkan balik apa yang dia dah belajar tu maka dia cuma akan merasa mudah untuk luahkan dalam BI aje la kan , sebab kang kalau dia nak BM kan explanation dia kang dia kena fikir pulak perkataan yang sesuai , ala tu bermakna kena kerja lebih la otak kan , jadi senang lagi kalau di lambak kan aje apa yang sedia ada dalam memori tu , BI pun BI la  

[ Last edited by  blastoff at 1-2-2009 10:37 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2009 12:06 PM | Show all posts
spirituality atau kerohanian adalah bahagian manusia yang tak boleh di lihat dengan mata kasar tapi keperluan rohani manusia juga sama dengan jasmani , memerlukan sustenance or food untuk sihat dan berfungsi dengan baik  . Nak dapatkan sustenance ni lah yang sesetengahnya refer to yoga or meditation . Tapi adakah yoga or meditation yang di buat atas dasar duniawi ini benar-benar mampu menyihatkan rohani manusia , atau dia cuma mampu provide kelegaan sementara aje macam pain killer la kan contohnya .  

Macam mana kita nak tahu ? Rohani yang benar-benar sihat ni macam mana sebenarnya ? Adakah dengan rasa tenang tak risau banyak makna rohani dah sihat dah sebab rasanya itu sebab utama orang amalkan yoga atau meditasi pun kan . Kerisauan adakalanya penting sebagai petunjuk atau symptom kepada underlying problem , kalau kerisauan tu di mask kan melalui meditasi atau yoga  , mungkin kah underlying problem tu akan di ignore gitu aje kelak , yang akan menyebabkan lebih parah lagi problem tu jadi akhirnya , it takes time lah kan nak show up cedera parah dalam rohani ni , tapi kalau tidak dipedulikan kang melarat jadi kritikal phasa 3 lah pulak .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by blastoff at 1-2-2009 12:06 PM
spirituality atau kerohanian adalah bahagian manusia yang tak boleh di lihat dengan mata kasar tapi keperluan rohani manusia juga sama dengan jasmani , memerlukan sustenance or food untuk sihat d ...


agama ialah makanan rohani manakala sekular ialah makanan jasad.

camna? ok dak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 10:11 AM GMT+8 , Processed in 0.059360 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list