CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57097|Reply: 105

☼ MASJID-MASJID DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM ☼

[Copy link]
Post time 20-3-2008 09:38 PM | Show all posts |Read mode
Sempena Maulidur Rasul 1429H ni hom bukak topik mengenai Masjid-Masjid yg terdapat di Negara Brunei Darussalam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 09:41 PM | Show all posts



MASJID OMAR ALI SAIFUDDIEN

Masjid Omar Ali Saifuddien telah mula dibina pada 1hb. Jamadilakhir,1373 Hijrah, bersamaan dengan 4hb. Februari,1954 Masihi. Ianya dibina di atas sebidang tanah seluas 5 ekar berdekatan dengan pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan.

Masjid ini telah mula dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Maulana Al-Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan Brunei ke-28 pada hari Jumaat 13hb. Rabiulawal,1378 Hijrah, bersamaan dengan 26hb. September,1958 Masihi. Masjid ini boleh menampung jemaah seramai 3,000 orang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 09:43 PM | Show all posts



JAME' 'ASR HASSANIL BOLKIAH




Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah merupakan wakafKebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal BolkiahMu'izzaddin Waddaulah, Sultan Bruneike-29. Jame' ini terletak di Kampong Kiarong, 4km daripada Bandar Seri Begawan. Ianya telah mula dibinapada tahun 1988 di atas tapak tanah seluas 20 ekar.


Jame' ini mula digunakan pada hari Khamismalam Jumaat bersempena Hari Keputeraan Baginda ke-48 tahun iaitu pada 14hb.Julai, 1994, di mana Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri telah berangkatmenunaikan sembahyang fardu Maghrib dan fardu Isyak berjemaah.


Kapasiti Jame' ini melebihi 5,000 orangjemaah. Jame' ini dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya perpustakaan,blok pentadbiran, dewan persidangan dan sebagainya.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 09:45 PM | Show all posts
nak nengok gamba
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 09:46 PM | Show all posts



MASJID AL-AMEERAH AL-HAJJAH MARYAM


Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam terletak di Kampong Jerudong kira-kira 24km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini adalah wakaf Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajjah Maryam binti Haji Abd. Aziz.

Masjid ini mula digunakan pada 28hb. Januari 1999 iaitu malam Jumaat dan telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan, Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 11hb. Syawal, 1419 bersamaan dengan 29hb. Januari, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 2,000 orang jemaah. Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik menyempurnakan jenazah, kereta jenazah, dewan serba guna dan tempat naik khas bagi orang-orang cacat berkerusi roda.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 09:53 PM | Show all posts


MASJID MOHAMMAD BOLKIAH


Masjid Mohammad Bolkiah terletak di Kampong Serusop Jalan Muara kira-kira 7km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 1hb. Februari, 1976 di atas tapak tanah seluas 6.28 ekar dan siap pada 31hb. Ogos, 1978 denaga perbelanjaan sebanyak $1,100,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 3hb. Muharram, 1400 bersamaan dengan 23hb. November, 1979 sempena dengan kedatangan abad ke-15 Hijrah.
Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 3,000 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-3-2008 09:55 PM | Show all posts


MASJID RPN KAMPONG LAMBAK KANAN


Masjid Perpindahan Lambak Kanan terletak kira-kira 12km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 18hb. Mac, 1994 di atas tapak tanah seluas 6.084 hektar dan siap pembinaannya pada penghujung bulan Disember, 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $11,684,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada 28hb. Syaaban, 1416 bersamaan dengan Hari Keputeraan Baginda yang ke-51 tahun. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 2,400 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah mini kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 09:57 PM | Show all posts


MASJID SULTAN SHARIF ALI


Masjid Sultan Sharif Ali, terletak di Kampong Sengkurong kira-kira 16km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina di atas tanah seluas 4 ekar dan siap pembinaannya pada bulan Januari 1986 dengan perbelanjaan sebanyak $3,770,055.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pada 18hb. Jamadilakhir, 1406 bersamaan 28hb. Februari, 1986. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 3,000 orang jemaah.

Disebabkan bilangan penduduk dan jemaah semakin bertambah maka kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan pada bulan April 1998 dan siap 6 bulan kemudiannya dengan perbelanjaan kira-kira $38,900.00. di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna , bilik menyempurnakan jenazah dan bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 10:02 PM | Show all posts


MASJID AL-MUHTADEE BILLAH


Masjid Al-Muhtadee Billah terletak di Kampong Sungai Kebun di pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 17hb. September, 1983 di atas tapak tanah seluas 0.56 ekar dan siap pembinaannya pada 27hb. Mei, 1987 dengan perbelanjaan sebanyak $3,369,653.28.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 20hb. Zulkaedah, 1407 bersamaan dengan 17hb. Julai, 1987 bersempena dengan Hari Keputeraan Baginda. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,100 orang jemaah. Salah satu kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kelengkapan menyempurnakan jenazah dan bilik kutubkhanah. Masjid ini juga boleh dikunjungi melalui jalan darat dan dari sungai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:03 PM | Show all posts


MASJID SETIA ALI


Masjid Setia Ali terletak di Pekan Muara kira-kira 25.5km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 30hb. Julai, 1960 di atas tapak tanah seluas 2,590 ekar dan siap pembinaannya pada bulan November 1961 dengan perbelanjaan sebanyak $250,000.00.

Masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien (Al-Marhum) pada 5hb.Muharram, 1382 bersamaan dengan 8hb.Jun, 1962. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 700 orang jemaah. Antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik mesyuarat dan kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:07 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BELIMBING

Masjid Kampong Belimbing terletak kira-kira 5km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 22hb. Julai, 1994 di atas tapak tanah seluas 5.25 ekar dan siap pada 17hb. September, 1995 dengan jumlah perbelanjaan sebanyak $3,464,255.37.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah, bilik menyempurnakan jenazah dan bilik mesyuarat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:09 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG LAMBAK


Masjid Kampong Lambak terletak kira-kira 15km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini pada 28hb. November, 1992 dengan perbelanjaan sebanyak $3,228,888.88. dan siap pada 14hb. Januari, 1994.

Pembukaan rasmi masjid ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah pada hari Sabtu, 1hb. Muharram, 1415 bersamaan dengan 11hb. Jun, 1994 bersempena dengan awal tahun baru Hijrah 1415. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,400 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:10 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG SALAMBIGAR


Masjid Kampong Salambigar terletak kira-kira 13km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 27hb. Ogos, 1995 di atas tapak tanah seluas 2.274 hektar dengan perbelanjaan sebanyak kira-kira $5,736,520.00 dan mula digunakan pada 23hb. Oktober, 1977.

Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira seramai 1,000 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:12 PM | Show all posts


MASJID SUFRI BOLKIAH


Masjid Sufri Bolkiah terletak di Kampong Perpindahan Berakas kira-kira 7km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1996. Di bina di atas tapak tanah seluas 3 ekar dengan perbelanjaan sebanyak $2,200,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 2,000 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:14 PM | Show all posts


MASJID PENGIRAN MUDA MAHKOTA PENGIRAN MUDA AL-MUHTADEE BILLAH (KAMPONG TAMOI)


Masjid Kampong Tamoi terletak kira-kira 2km dari Bandar Seri Begawan. Projek pembinaan masjid ini bermula pada 16hb. Ogos, 1995 dan ianya digunakan pada 16hb. Januari, 1999.
Masjid ini dibina dengan perbelanjaan sebanyak $13,000,000.00 dan boleh menampung seramai 1,500 orang jemaah.

Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah dan bilik menyempurnakan jenazah.


[ Last edited by  holmes at 11-11-2008 04:13 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:16 PM | Show all posts


MASJID UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM


Masjid Universiti Brunei Darussalam terletak di Kampong Rimba, Jalan Tungku Link kira-kira 16km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada tahun 1992 di atas tapak tanah seluas 2.032 hektar dan siap pada tahun 1994 dengan perbelanjaan sebanyak $7,600,000.00.

Masjid ini adalah kurnia Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah dan hasil dari kutipan orang ramai. Pada 19hb. Rabiulakhir, 1416 bersamaan dengan 15hb. September, 1995 masjid ini telah dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,800 orang jemaah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-3-2008 10:18 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG LIMAU MANIS


Masjid Kampong Limau manis terletak kira-kira 32km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini pada tahun 1994 di atas tapak tanah seluas 5 ekar dan siap dua tahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $2,850,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,200 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah bilik kutubkhanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:20 PM | Show all posts


MASJID KAMPONG BUNUT


Masjid Kampong Bunut terletak kira-kira 8km dari Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 19hb. Disember, 1991 di atas tapak tanah seluas 2 ekar dan siap pada 1hb. Oktober, 1992 dengan perbelanjaan lebih kurang $2,400,000.00.

Masjid ini telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Jumaat, 26hb. Muharram, 1414 bersamaan dengan 16hb. Julai, 1993. Kapasiti masjid ini boleh menampung kira-kira 1,500 orang jemaah. Di antara kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah dewan serba guna, bilik menyempurnakan jenazah, bilik kutubkhanah dan mempunyai laman web.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:23 PM | Show all posts


MASJID JUBLI PERAK SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH


Masjid Jubli Perak Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Kampong Jangsak, Gadong kira-kira 14km dari Bandar Seri Begawan. Pembinaan masjid ini bermula pada 2hb. September, 1996 dan siap setahun kemudiannya dengan perbelanjaan sebanyak $4,136,070.00. Masjid ini adalah kutipan derma daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kerajaan yang beragama Islam serta bantuan daripada Majlis Ugama Islam, Negara Brunei Darussalam.

Masjid ini mula digunakan pada hari Khamis, 29hb. April, 1999. Kapasiti masjid ini boleh menampung 1,200 orang jemaah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2008 10:25 PM | Show all posts


MASJID PERDANA WANGSA HAJI MOHAMMAD


Masjid Perdana Wangsa Haji Mohammad terletak di Kampong Tarab Bau di pinggir Sungai Brunei, Bandar Seri Begawan. Masjid ini dibina pada 13hb. April, 1994 dan siap pembinaannya pada 30hb. Mei, 1995 dengan perbelanjaan sebanyak $2,655,000.00.

Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 900 orang jemaah. Orang ramai dan para jemaah boleh mengunjungi masjid ini melalui darat dan sungai.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 06:59 AM GMT+8 , Processed in 0.480368 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list