CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11638|Reply: 26

Anak Mengamuk - bagaimana nak handle?

[Copy link]
Post time 20-3-2008 01:17 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

Macamana nak handle anak yg kuat mengamuk ? my son baru 1 yr 7 mth kalau mengamuk dia akan baling barang n pukul2 kalau kita marah lagi dia akan buat ..rasa mcm nak cubit jer last2 buat muka marah tinggalkan dia main sorang2 bila pegi kat dia semula dia buat lagi ..erk cemana ye..dia blom masuk 2 thn pun..my mom kata anak2 dia takde yg camni ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2008 01:39 PM | Show all posts

Reply #1 Szasza's post

cube tengok kt cni......cam same jek...

http://forum3.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 02:08 PM | Show all posts
baca ler surah Toha ayat 1- hingga 5 pastu tiupkan di ubun2 anak tuh.. insya'Allah lembut ler hatinyer..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 02:20 PM | Show all posts
Peluklah anak yg sedang mengamuk itu kuat2, hingga ia tak dpt bergerak. kalau dirumah, tergolek pun tak apa.
Hinggalah anak itu tak meronta2 lagi, longgarkan sedikit pelukkan itu.
bila keadaan dah reda, bercakap lah dgn nya dan berikan sebab mengapa ia tak sepatut nya memberontak, dan mengapa kehendak nya tidak ditunaikan. (reasoning process)

bercakaplah dgn suara yg mesra tapi tegas. tak mengapa kalau dia tak memahami kata2 kita. Tapi kerana suara dan ketegasan tu akan memberitahu dia perbuatan nya tak disukai.

Selalulah memeluk anak2, mencium, etc (touch contact) supaya dia merasakan ada confident pd diri kita. (referral person)

Bersikaplah  lembut tapi tegas pd anak2. Jgn marah2 apalagi menengking2, kerana anak2 akan keliru.

wallahu'alam.

[ Last edited by  2iqa at 20-3-2008 02:22 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2008 02:30 PM | Show all posts
penampar je
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2008 12:55 PM | Show all posts
Nape dia ngamuk sebenarnya?..kita ada baca dalam buku, kalau anak2 mengamuk sebab nak something, jgn bagi. Sbb kalau bagi jugak..kita cam bg msg kat dia, bila mengamuk seme bende akan dapat...so next time dia akan ngamuk lagi bila nak something..
try be firm and pakai reasoning ngan dia la..cam kita, kalau anak start jerit2 camtu..kita cakap je, kalau x behave, mama x kasik..pastu biar jek dia jerit sorang2.jgn layan langsung...selalunya tak lama..dalam 2 3 min, dia dh okay..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2008 08:55 AM | Show all posts
Originally posted by 2iqa at 20-3-2008 02:20 PM
Peluklah anak yg sedang mengamuk itu kuat2, hingga ia tak dpt bergerak. kalau dirumah, tergolek pun tak apa.
Hinggalah anak itu tak meronta2 lagi, longgarkan sedikit pelukkan itu.
bila keadaa ...


Good one 2iqa...

selalu jugak peluk anak bila dia mengamukt api dah besar2 ni, dia kuat, tegolek dot kita bila nak datang peluk... anak saya suka sangat throw tantrums sejak ada adik.. jeles n rasa kruang diberi perhatian walau kita selalu je kasi perhatian akt dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 10:17 AM | Show all posts
kalo biarkan aje...ok tak?...selagi takde benda yg dia boleh mudaratkan diri dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2008 01:34 PM | Show all posts
ha'ah... saya pon ada problem ni. my son setahun 10 bulan.. hmm.. klau dia show dia nye tantrum tu.. mmg rasa nk cubit2 je. n kadang tu dia mcm tak dapat mesej yg kita marah. siap buat lagi... cth... kita tgh menyapu.. dia sibuk dok lanyak2 sampah kita sapu tu. sampai bila nk siap? saya marah dia... bawak dia ke area lain... sama gak... dia datang balik... lanyak2 lg sampah tu sambil senyum2 tanpa rasa bersalah. 2 3 kali camtu. end up saya tersenyum2 sorang sbb taktahan... rasa mcm tak makan saman aje.

lg 1... pernah dia mengamuk sbb ada something yg dia nk tp saya tak bg. dia nangis jerit2.. saya buat tak kisah.. siap duduk2 lg.. tp kt umah.. so no problem la.. saya biar gak.. buat tak pandang. pastu... dia bangun sket... ganjak dekat sket ngan saya.... tp still nangis. kiranye mcm mintak saya datang kt dia pujukla. saya wat tak kisah.. dia bangun dekat sket lg.. sabo je la... last2 saya datang kt dia... ckp yg dia salah.. n should say sorry... then dia say sorry.. baru saya peluk dia... hehe... kejam gak ek
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 11:49 AM | Show all posts
Originally posted by kismis at 24-3-2008 08:55 AM


Good one 2iqa...

selalu jugak peluk anak bila dia mengamukt api dah besar2 ni, dia kuat, tegolek dot kita bila nak datang peluk... anak saya suka sangat throw tantrums sejak ada adik.. jel ...



akak tak sure perhatian yg mcm mana yg yu berikan pd anak u.
kalau anak2 yg suka mengamok ni, ada dua cara: satu spt yg dah akak postkan diatas. lagi satu kalau you bolih tahan tangisannya, biarkan saja dia menagis, bila dia dah berhenti nangis barulah awak dekati nya dan do the reasonning session.

pada bila2 masa aja,  kalau mood you n your anak tengah baik, pangkulah dia dan bercakap lah dari hati kehati. walaupun dia baru berusia 2-3 thn, masih bolih  berbincang. cuma kita mestilah pandai membawa level of our thinking to his level. - menerangkan dgn perkataan yg mudah2. masa bercakap tu, tangan jgn kaku. selalulah mengusap2/ belai kepala, tangan, badan. body contact ni very important.

pangku anak ni bolih kita lakukan bila2 masa saja walaupun dah berusia belasan tahun. selagi laratlah......... kalau dah berat sangat tu cukuplah di peluk bila duduk disebelah kita. dan tak semestinya bercakap2. body contat aja dah cukup. banyak impact nya.

lagi satu buat semua, bila nak keluar rumah, suruh anak2 salam kita. (walaupun kita nak pergi kerja ke pasar ke atau kemana aja) begitu juga dgn anak. maksud akak bila salah satu nak keluar rumah tak kira lah walau anak2 nak pergi bermain di playground sekali pun. selepas anak salam dan cium tanggan kita, peluklah anak2 tu dan cium pipi ke dahi ke dah cakapkan pada nya " muga Allah melindungi (nama: eg ali). muga jadi anak yg solh/ solehah." inilah doa ibu untuk anak. Insyaallah di kabulkan.

Bila pulang kerumah juga begitu, salam, peluk dan cium, serta ucapkan "assalamualaikum, alhamdullilah, kita dpt berjumpa semula"
buatlah kedua2 (salam masa keluar dan balik rumah) ni walau mood kita tak baik masa tu. walaupun anak telah berumah tangga...

Muga kita semua berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by harunakill at 20-3-2008 02:30 PM
penampar je


harap adik jgn gunakan kekerasan ni. ada masa kita bolih gunakan kekerasan tapi mestilah kena pd tptnya.

jika kita selalu menggunakan kekerasan ini, ditakuti ia akan menjadi dua kemungkinan:

1. dia menjadi budak yg terlalu penakut

2. dia menjadi budak pendendam.

akibat kedua2nya sangat2 tidak menyenangkan. bukan untuk diri anak itu sahaja, tetapi kepada keluarga dan masyarakat apatah lagi negera. fikirkan lah.
Rasullah selalu berlembut dgn anak2 kecil. - sifat penyayang. muga kita sama2 dpt mencontohi sifat Rasullah.

maaf, posting akak disini, bukan untuk menunjukkan pandai. Tapi sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2008 04:22 PM | Show all posts
salam,

terima kasih pada yg bagi tips2 untuk anak yg mengamuk ni, cuma 1 je yg myself perasan..nak kena SABAR n SABAR n SABAR ....takat tu je yg mampu selain baca surah2 n ikut tips2 yg u all bagi ..hopefully berkesan
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2008 01:48 PM | Show all posts
anak aku pon kuat ngamuk.
kl dia terjaga time kitorg tgh projek mlm2,dia baling dgn botol susu,sakit wooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2008 11:14 AM | Show all posts
Pujuk anak mengamuk
Oleh Siti Nur Almizan Aripin

Kanak-kanak merengek, menangis, menendang jika tidak dapat kawal emosi

FAQIF genap tiga tahun Disember ini. Anak comel yang lasak dan bijak itu bakal menerima kedatangan ahli baru dalam keluarga pertengahan Oktober ini tetapi sayang, Faqif masih tidak mampu mengucap kata-kata yang boleh difahami sesiapa walaupun ibunya.

Paling memeningkan kepala ibunya apabila anak kecil itu sentiasa menggunakan tangisan sebagai senjata bagi memastikan permintaannya dipenuhi. Pantang ada yang tersilap, anak kecil itu akan bergolek ke lantai sambil meraung panjang.

Masalah yang berlarutan begitu memeningkan si ibu. Kadangkala, jika ada sebarang majlis dianjurkan saudara mara atau rakan taulan, ibunya terpaksa berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk membawa Faqif. Bukan bimbang dimalukan di khalayak jika anaknya membuat onar tapi bingung memikirkan cara untuk memujuk kalau-kalau anaknya mengamuk.

Pakar Pediatrik Hospital Pakar Perdana, Dr Mazidah Abdul Rashid, berkata mengamuk atau tantrum adalah keadaan emosi yang datang secara tiba-tiba. Apabila keadaan emosi tidak terkawal itu muncul, kanak-kanak boleh merengek, menangis, menendang atau memukul orang lain tanpa sebab.

Katanya, ada juga kanak-kanak yang menahan nafas sehingga pengsan apabila mengamuk. Lebih teruk, ia boleh menyebabkan kanak-kanak itu membenci seseorang, melukakan diri atau orang lain.

Bagaimanapun, Dr Mazidah berkata, kelakuan itu adalah agak normal di kalangan kanak-kanak berumur antara satu sehingga tiga tahun dan ia juga berlaku kepada kanak-kanak perempuan dan lelaki.

Dr Mazidah berkata, ketika berada pada peringkat usia berkenaan, kanak-kanak tidak tahu mengimbang atau mengawal kehendak.

揗ereka juga tidak mempunyai kuasa untuk menahan perasaan atau percakapan dan seperti kes dialami Faqif, dia tidak dapat menyampaikan apa yang dikehendaki atau diingini,
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2008 09:41 PM | Show all posts
ank sy baru shj berusia 2 thn...tp sejak umur 1++ lagi dh ada ciri2 mengamuk nie...

kalo x dpt...mula la dok menangis..kalo pegi shopping complex..kalo kita x lepas kn dia...mula la jugak berguling2 atas lantai or jerit2...kdg2 malu jugak bila org tgk ..tp nk wat camna kn...sabo je la :victory:

kalo di rumah pulak...mmg kdg2 sy biarkn aja dia menangis...tp nangis hampir 1jam pun ada...diam kejap..pastu nangis lagi kalo ada menda yg dia nk x dpt..

la nie suka sgt dok menconteng..abih sumer dinding kena conteng...

kalo x bg marker/pen/pensil...dia akan ngamuk ler...

yg peliknya..mmg slalu kiss,peluk dan main2 ngan dia slalu...tp suka jugak dok mengamuk...kalo pepehal, benda yg dia xdpt..dh ckp lembut2 dan terangkn sbb pun dia tetap nangis jugak...

tp kalo berjaya alihkn perhatian dia dr dok nangis td baru la dia senyap...fuh..sabo je la
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2008 03:16 PM | Show all posts
Agak-agak nya lahh... apa penyebab si anak ni mengamuk....adakah kerana si parent tidak pedulikan dia atau pun ada sesuatu yg dia inginkan atau penyebab lain? Hendak tahu jugak sbb anak sy yg bongsu niehh baru masuk 8 bulan semacam ada ciri pengamuk...anak yang sulong tak ada pulak perangai mcm nieh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2008 04:00 PM | Show all posts
Marah proses perkembangan kanak-kanak kawal diri

KANAK-KANAK tidak mampu menahan pergolakan emosi.
Oleh itu, apabila dia marah, kecewa atau putus asa,
dia akan meluahkannya dengan menangis, menjerit atau menghentak-hentak kaki.

Sebenarnya apa yang dilakukan kanak-kanak itu adalah sebahagian daripada perkembangannya
untuk mengawal diri sendiri. Malah, mereka akan bersikap marah-marah (tantrums) ketika berusia
antara setahun hingga tiga tahun, tetapi menjelang usia empat tahun, sikap mereka yang suka marah
dan meradang akan berhenti dengan sendirinya.

Menurut Akademi Pediatrik Amerika, kanak-kanak dalam usia setahun hingga tiga tahun
sebenarnya sibuk mempelajari pelbagai perkara mengenai dunianya.
Dia juga sangat bersemangat untuk mengawal semua perkara.

Dia mahu berdikari dan melakukan semua perkara sendiri.
Dia juga ingin membuat pilihan sendiri dalam apa juga perkara dan mudah meradang
apabila ibu bapa menghalangnya.
Sikapnya yang suka marah-marah itu mungkin satu daripada pelajaran yang susah untuk dipelajarinya.

Mengapa kanak-kanak mudah marah dan meradang

Dia keliru kerana tidak memahami sepenuhnya apa yang diminta atau dikatakan ibu bapa.

Dia mungkin kecewa orang lain tidak memahami apa yang dikatakannya.

Dia mungkin tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan perasaan dan keperluannya.
Selepas usianya tiga tahun, kebanyakan kanak-kanak boleh bercakap dengan betul.
Ini memudahkannya meluahkan apa yang dirasa.
Secara automatik, sikapnya yang suka marah-marah hilang begitu saja.
Bagaimanapun, kanak-kanak yang tidak berupaya bertutur dengan baik
masih suka meluahkan apa yang dirasanya.
Justeru, sikap yang suka marah akan berterusan.

Anak anda mungkin belum belajar menyelesaikan masalahnya sendiri dan mudah putus asa.

Mungkin dia mengalami kesakitan atau masalah fizikal lain yang menghalangnya meluahkan apa yang dia rasa.

Dia mungkin lapar, tetapi tidak mengetahuinya.

Dia mungkin letih dan tidak cukup tidur.

Dia mungkin rasa gelisah dan tidak selesa.

Dia mungkin berasa tertekan dengan perubahan di dalam atau persekitaran rumah.

Anak mungkin cemburu dengan adik beradik dan mahu lebih perhatian.

Dia mungkin tidak boleh melakukan apa yang dia impikan.

Bagaimana mencegah sikap marah anak?

Anda mungkin terkejut jika anak anda hanya akan bersikap marah-marah di hadapan anda saja.
Dia sebenarnya menguji peraturan dan had yang anda gariskan untuknya.
Kanak-kanak akan lebih selamat bersikap demikian di hadapan orang yang dipercayainya.

Justeru, anda mungkin sukar mencegah sikapnya yang suka marah-marah tidak menentu itu,
tetapi ada beberapa cadangan yang dapat membantu anda iaitu:

Galakkan anak menggunakan perkataan untuk memberitahu apa yang dia rasa.
Misalnya, 憁ama, abang marah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2008 11:21 AM | Show all posts
my son dah start baling barang bila mengamuk ...mmg kena sabar je ..tangan ni kekadang ada gak mencubit ..yg peliknya buat lagi tu ..nak try tips syd lak ..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2008 07:05 AM | Show all posts
my kids will not get away with baling-baling barang.  bila dah mengamuk I will usually get down to their level , maintain eye contact and tell them that they need to calm down,  that i cannot understand what they are trying to tell me if they cry and talk at the same time.   i would pick them up bawak masuk bilik, tutup pintu and let them know when they ae calm enough to stop the tantrum they can join up with the rest of the family again.  i do this no matter where we are.  kalau kat dalam kedaipun I would take them to a separate corner or bathroom or back to the car and will not budge until they have calm down.  the main thing is jangan you pun lose control, lagi menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2008 04:20 PM | Show all posts
anak i baru 17 bulan tapi dah tantrum ! i baca dlm internet, at this age dia tak faham pun kalau kita cubit or jentik dia, the best is a time-out so i am practising it now

bila-bila dia tantrum, i tell her nicely kenapa dia tak boleh buat mcm tuh and then i put her dlm playpen dia for 1 minit. dia akan nangis non-stop but i akan buat tak tau, usually after 1 minit dia akan berenti nangis so i akan ambik dia from playpen

also, kena consistent kalau nak buat mcm nih

kalau tak dia ingat disiplin nih mcm main-main

cuba try buat kalau ok

good luck !
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.075254 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list