CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Hijrah Sang Haiwan

[Copy link]
 Author| Post time 17-6-2009 03:22 PM | Show all posts
PENGHIJRAHAN ARMADA IKAN PARI



Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.
Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.
Dengan meluncur di bawah ombak,
ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.


Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.
Katanya, 揝eperti lukisan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-7-2009 11:05 AM | Show all posts
'Menghendap' burung
Teks dan gambar Ainal Marhaton Abd Ghani
rencana@hmetro.com.my

PERTANDINGAN Mengenal Burung Antarabangsa di Bukit Fraser 2009 baru-baru ini menghimpunkan ratusan pengunjung di rantau ini yang meminati hidupan itu.

Memasuki siri ke-22, acara tahunan itu menyaksikan 129 peserta mewakili 43 pasukan bergerak secara berkumpulan, meredah denai untuk merekod spesies burung.

Peserta dilarang mengganggu habitat burung atau menggunakan peralatan elektronik seperti pita rakaman dan pembesar suara.

Antara spesies ditemui termasuk sambar biru (verditter flycatcher), takor api (fire-tufted barbet) dan kelicap jantung gunung (streaked spidercatcher).

Turut kelihatan di stesen tanah tinggi ini adalah rimba murai bukit (mountain sulvetta) dan matahari gunung (grey-chinned minret).

Mengikut rekod, antara November dan Disember setiap tahun, hutan di sekitar Bukit Fraser menjadi persinggahan burung migrasi dari Siberia, Russia dan kepulauan Jepun.

Burung ini akan meneruskan perjalanan ke bahagian selatan Australia dan New Zealand dan hanya kembali ke negara asal apabila musim sejuk berakhir.

Menariknya, kebanyakan spesies burung yang dikategorikan sebagai diancam kepupusan turut dilihat seperti spesies enggang 'wreathed hornbills' dan 'rhinoceros hornbills'.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif, berkata penghijrahan burung itu menjadi tarikan pelancong terutama peminat burung di rantau ini.

"Rata-rata pengunjung terpikat dengan keindahan alam semula jadi pusat peranginan ini yang masih terpelihara. Ini mungkin antara faktor banyak burung yang singgah di kawasan ini," katanya.



>Info

>Pada ketinggian 1,524 meter (m) dari aras laut, Bukit Fraser menjadi tumpuan pencinta alam sekitar untuk melihat pelbagai tanaman botani dan tarikan bangunan dengan seni bina kolonial.

>Menerima jolokan Little England, pengunjung boleh memerhati lebih 260 spesies burung sambil merentas beberapa denai, berkhemah dalam hutan dan mandi di Air Terjun Jeriau.

>Bukir Fraser merekodkan 270 spesies burung, jumlah terbanyak di negara.

>Pada ketinggian 1,524 meter dari aras laut, Bukit Fraser memiliki iklim nyaman dengan suhu antara 21 dan 23 darjah celsius.

>Faktor ini ditambah dengan landskap semula jadi yang masih terpelihara menjadikannya lokasi terbaik untuk melihat pelbagai spesies burung.

> Pertandingan Mengenal Burung Antarabangsa anjuran PKBF dan Tourism Malaysia diadakan pada Jun setiap tahun. Maklumat lanjut hubungi talian pelancongan 1-300-88-5050.

> Tempoh terbaik melihat burung di Bukit Fraser antara April dan Jun apabila pelbagai spesies burung penghijrah membuat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan ke hemisfera selatan.



RUJUKAN PERCUTIAN

Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser

Tel: 09-517 1624

Faks: 09-517 1626

http://www.pkbf.org.my/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2010 12:06 PM | Show all posts
'Pemangsa' Terbang Tinggi Di Tanjung Tuan

Oleh Soraya Jamal

TANJUNG TUAN, 24 Mac (Bernama) -- Tidak ramai dalam kalangan kita tahu burung 'raptor' atau burung pemangsa berasal dari dinosur velociraptor (dinosur berkaki dua dan berpinggul seperti yang digambarkan dalam filem 'Jurassic Park').

Di Tanjung Tuan yang dulunya dikenali sebagai Cape Rachado, Melaka, beribu-ribu burung jenis ini dapat dilihat terbang pulang ke destinasi mereka di hemisfera utara.

Burung raptor singgah di Tanjung Tuan dalam perjalanan mereka merentasi Selat Melaka sejak beribu tahun lalu dan hijrah burung-burung ini merupakan satu kejadian alam yang menakjubkan setiap tahun.

Pada setiap bulan Mac bila terjadinya 'migrasi' ini, ia memberikan satu pemandangan yang amat mempesonakan di Tanjung Tuan.

Burung pemangsa bukanlah satu-satunya spesies burung yang dapat dilihat di Tanjung Tuan ketika ini, bahkan terdapat pelbagai spesies lain seperti layang-layang (swifts), Kirik-kirik Laut (bee-eaters)dan juga pipit (wagtail) yang kelihatan terbang menuju ke utara.

MELIHAT RAPTOR

Bagi menimbulkan kesedaran tentang perlunya memelihara burung raptor dan habitat mereka, Persatuan Pencinta Alam Malaysia menganjurkan program 'Raptor Watch' setiap tahun sejak tahun 2000.

Program dua hari ini merupakan acara umum utama bagi MNS dan berjaya menarik perhatian serta penyertaan dari seluruh dunia.

Pengerusi Majlis Pemuliharaan MNS Mohd Rafi Kudus berkata raptor ialah burung pemangsa seperti helang (eagle), Alap-Alap Kawah (falcon), hering (vulture) dan burung hantu (owl) yang juga merupakan pemangsa atau predator darat yang mampu terbang jauh serta sensitif pada kawasan.

Raptor ialah burung jenis maging dan mereka mempunyai beberapa ciri pemburu dan pemangsa seperti sayap yang ringan, mata yang tajam, paruh yang bercangkuk dan kuku yang besar serta tajam.

Kebanyakan raptor berasal dari kawasan sejuk hemisfera utara dan boleh didapati di hutan Siberia, utara China, Mongolia, Jepun dan Korea.

HIJRAH

Migrasi burung-burung ini disebabkan beberapa faktor, antaranya cuaca serta punca makanan. Pada musim sejuk di utara, ketika sumber makanan dalam kawasan pembiakan menurun, burung raptor akan berhijrah ke destinasi di mana makanan lebih mudah didapati.

Satu fakta yang agak menarik ialah raptor bersifat mempunyai kawasan sendiri dalam habitatnya. Ia memerlukan beberapa kilometer persegi sebagai 'kawasan memburu peribadi' tetapi pada musim migrasi, burung-burung ini akan berkumpul dan terbang bersama mencari tempat perlindungan yang lebih panas.

Burung pemangsa boleh terbang jarak jauh. Untuk melakukan sebegini, raptor akan melayang di udara dan menggunakan 'thermal' (haba) udara panas yang naik ke atmosfera untuk mencapai ketinggian sebelum beraksi secara 'luncur'. Dengan itu mereka tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak.

Raptor akan bergerak pada waktu siang ketika wujudnya 'thermal' yang boleh membuatkan mereka terbang dengan baik. Haba panas yang naik ke udara di kawasan Tanjung Tuan membantu mereka terbang untuk mencapai altitud dengan cara berpusing.

Tanjung Tuan juga merupakan 'stesen' terdekat bagi kelompok raptor menyeberangi selat Melaka untuk ke Sumatera dan sebaliknya.

KELETIHAN, MATI

Bila tiba di daratan Malaysia, ada raptor yang keletihan dan ada juga yang begitu kepenatan sehingga jatuh ke dalam laut dan terus lemas. Ada yang mati kerana kelaparan dan terlampau letih. Malangnya, ada juga yang mati akibat kena tembakan.

Ketika sudah dekat dengan pantai Malaysia, raptor akan kehilangan altitud dan terpaksa mengembangkan dan menggerakkan sayap untuk sampai ke darat. Ketika mereka terbang rendah inilah, para pemerhati burung akan dapat melihat mereka terbang secara perlahan dari jarak yang agak dekat.

Olek kerana tiadanya thermal panas pada waktu hari mendung atau hujan, raptor akan mengambil kesempatan untuk berehat.

Menurut Ketua Komunikasi MNS Anthony Sebastian pelawat berpeluang melihat lima spesies raptor di Tanjung Tuan ketika burung-burung ini merentasi Selat Melaka.

Raptor yang dapat dilihat ialah Lang Lebah (Oriental Honey-Buzzard), Lang Baza Berjambul (Black Baza), Lang Sewah (Japanese Sparrowhawk), Alap-Alap Cina (Chinese Goshawk) serta Lang Baza Hitam (Grey-faced Buzzard).

Masa yang terbaik bagi melihat raptor ini ialah antara 11 pagi hingga 3 petang. Tetapi antara faktor yang menghalang ialah hujan, kabus serta juga arah angin.

Bagi hari-hari tertentu terdapat lebih 3,000 burung pemangsa dilihat terbang di udara selama enam hingga tujuh jam di Tanjung Tuan.

Tahun ini sukarelawan MNS di Rumah Api Tanjung Tuan mencatat 33,806 raptor selama 21 hari dari 21 Feb hinnga 14 Mac berbanding 37,176 dalam masa 65 hari pada tahun lepas.

Data burung pemangsa yang dapat dilihat di Tanjung Tuan dikemas kini di dalam www.worldbirds.org/malaysia dan disahkan oleh pakar burung. Laman web itu juga merupakan landasan bagi peminat serta pakar burung Malaysia berkongsi maklumat.

MNS merupakan badan yang pertama di Asia Tenggara yang melancarkan pangkalan data seumpama ini.

PETUNJUK KESIHATAN ALAM SEKITAR

Menurut presiden MNS Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor, adalah penting bagi pemuliharaan raptor kerana burung jenis ini berada di tingkat paling atas dalam banyak piramid makanan dan populasi mereka sensitif terhadap sebarang perubahan ekosistem atau aliran tenaga.

Oleh kerana faktor ini, kehadiran raptor ialah petunjuk yang baik bagi kesihatan alam sekitar serta rangkaian makanan.

Contohnya Helang Bondol atau Brahminy Kite (raptor yang berasal dari Malaysia), populasinya berkurangan dengan semakin kurangnya habitat paya bakau di negara ini.

Raptor kini menerima ancaman daripada manusia di mana terdapat kebinasaan pada habitat mereka selain kurangnya sumber makanan. Mereka juga terancam kerana penggunaan racun makhluk perosak, perniagaan hidupan liar serta juga menjadi mangsa tembakan.

Menurut Dr Salleh, aktiviti melihat burung merupakan aktiviti atau hobi mengenai burung yang paling popular di dunia dan beribu-ribu peminat burung sanggup berbelanja besar kerana aktiviti ini.

"Eko-pelancongan merupakan industri US$60 juta setahun. Melihat raptor ialah satu acara unik dan satu daripada eko-pelancongan paling menarik di Malaysia. Ekonomi tempatan serta hotel sudah tentu akan mendapat faedah daripada aktiviti ini", kata beliau.

TANJUNG TUAN

Tanjung Tuan disenaraikan sebagai antara lokasi melihat raptor oleh pelbagai pertubuhan burung dan juga National Geographic Society.

Di sini, selain daripada melihat raptor, pengunjung boleh merentasi hutan dan paya bakau secara 'nature walk' dan menikmati keindahan saki-baki hutan hujan khatulistiwa yang masih wujud di Pantai Barat di Semenanjung.

Tanjung Tuan juga merupakan tempat tinggal bagi spesies monyet kelabu (silver-leafed monkey) manakala penyu lipas (Olive Ridley turtle) serta penyu karah (Hawksbill turtle) sering dilihat di kawasan pantai.

Selain daripada 54 lokasi lagi di Semenanjung dan juga Sabah serta Sarawak, Tanjung Tuan disenaraikan di dalam 'Directory of Important Bird Areas in Malaysia' yang juga merupakan lokasi penting bagi pemuliharaan biodiversiti.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2010 03:40 PM | Show all posts
Laluan penghijrahan burung
Oleh Suliati Asri



KENYALANG...banyak didapati di Sarawak dan menjadi lambang negeri itu.

MALAYSIA bumi bertuah kerana memiliki hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan flora dan fauna.

Dengan lebih 600 spesies burung di Semenanjung dan 580 spesies di Sabah dan Sarawak, pasti banyak yang belum anda lihat.


Di hutan bakau yang berselut dan bercampur antara air masin serta air tawar, ia menjadi kediaman burung raja udang. Hutan tanah rendah termasuk paya air tawar serta hutan dipterokarp tanah gambut dan bukit menjadi habitat tumpuan lebih 200 spesies burung, antaranya bangau storm (Ciconia stormi) dan merpati abu abu.



CANTIK...bangau storm yang mempunyai bulu berwarna kemerahan di bahagian dadanya.


Manakala, hutan pergunungan dari tahap ketinggian 900 meter pula dihuni oleh spesies seperti kuang cermin dan burung mata hitam gunung.


Kepelbagaian spesies hidupan yang terdapat di negara ini menjadikan Malaysia destinasi memerhati burung yang terkemuka di dunia.


Selain itu, kedudukan di tengah-tengah laluan penghijrahan burung Australia, negara ini menjadi tuan rumah kepada lebih 120 spesies burung migratori.

Justeru, acara memerhati burung sentiasa ditunggu setiap tahun. Genting Highlands, Cameron Highland, Bukit Fraser, Taman Burung Labuan, Hutan Simpan Belum, Taman Negara Pahang dan Taman Negara Endau Rompin, antara destinasi popular untuk memerhati burung.

Di Sabah, tempat tumpuan melihat burung ialah di Lembah Danum yang mempunyai lebih 270 spesies burung.


Aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini ialah mandi sungai, menjejaki laluan trek dalam hutan dan meninjau hutan pada waktu malam.

Destinasi lain yang menarik ialah Gua Madai, berhampiran Lebuh raya Lahad Datu-Tawau.

Selain memerhati pelbagai burung eksotik, ia kawasan utama mengutip sarang burung.


Perkampungan di pintu gua ini berubah menjadi meriah setiap dua kali setahun apabila suku kaum Idahan mengutip sarang burung di gua yang berbeza-beza. Destinasi melihat burung di Sarawak ialah Taman Negara Niah.

Ia merangkumi kawasan seluas 3,140 hektar, Gua Niah terdiri daripada sebuah gua yang besar (dipanggil Gua Besar) dan beberapa gua kecil.


Taman Negara Similajau yang jaraknya 45 minit dari pekan Bintulu ialah sebuah destinasi hujung minggu di Sarawak.

Hutan dara pinggir pantai bermula dari Sungai Likau di Selatan hingga Sungai Similajau di utara direkodkan mempunyai 230 spesies burung termasuk kenyalang dan bangau storm.

Antara haiwan reptilia di sini buaya air masin. Jika bertuah, anda boleh melihat ikan lumba-lumba bermain ombak di laut atau penyu naik ke darat untuk bertelur.


Taman Negara Bukit Lambir pula terkenal di kalangan ahli ekologi dan penyelidik. Jaraknya, 30 minit dari Miri dan mempunyai 157 spesies burung dan serangga yang belum dikenal pasti.

Hutan ini turut dihuni haiwan, antaranya ungka, kera hantu, babi hutan, tupai terbang, rusa, dan harimau dahan.


Tempat lain yang boleh melihat burung ialah Taman Negara Batang Ai, Taman Negara Gunung Mulu, Pulau Langkawi, Sungai Kuala Krai-Dabong, Tree Top Walk Sungai Sedim, Gunung Ledang, Hutan Rekreasi Bukit Kubu, Pusat Hidupan Liar Matang, Taman Perlindungan Burung Kuala Gula, Taman Kinabalu, Hutan Simpan Belum dan Taman Tasik Perdana.




>INFO
> Malaysia memiliki hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan flora dan fauna
> Lebih 600 spesies burung boleh dilihat di Semenanjung dan 580 spesies di Sabah dan Sarawak
> Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih kurang 120 spesies burung migratori kerana terletak di tengah-tengah laluan penghijrahan burung Australia
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.764267 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list