CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: chebot81

★AKPK (AGENSI KAUNSELING & PENGURUSAN KREDIT BANK NEGARA ★

[Copy link]
Post time 7-10-2014 10:17 PM | Show all posts
AKPK sebenarnya membantu kita untuk menstruktur semula kedudukan kewangan kita dan memeudahkan kita utk buat byrn pd satu agensi sahaja namun ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan untuk kita sebelum meletakan diri dibawah AKPK....antaranya:
1.Jika anda boleh menyelesaikan sendiri masalah pembayaran anda dengan pihak bank adalah lebih baik
2. Dalam jangkamasa nama anda dilabel bawah AKPK adakah anda memang tidak berniat untuk membeli rumah/kereta dsbnya-kerana prosesnya agak rumit jika nama dibawah AKPK (namun masih ada kengkawan yang berjaya membeli rumah dan kereta walau nama dibawah AKPK)
3. Bersedia menerima caci maki dan cemuhan dari mereka yg tidak faham tentang AKPK, malahan ada kakitangan bank sendiri melabelkan individu yang berada dibawah AKPK ni sebagai MUFLIS (hahahahaha...agak cetek otak diaorg ni)
4. Apabila mempunyai lebihan wang dan ingin membuat pembayaran kepada bank berkenaan sila pastikan anda mendapat surat pelepasan dari pihak bank setelah bayaran penuh dibuat dan serah salinan kepada AKPK kerana pihak AKPK masih mengira jumlah asal selagi kita tidak menyerahkan surat pelepasan dari pihak bank.  Contoh: bayaran yang perlu dibuat rm800 setiap bulan kepada akpk, tetapi kita berjaya selesaikan awal di dua bank dimana jumlahnya adalah rm300, jadi pada perkiraan kita perlu bayar rm500 pada akpk, tetapi sebenarnya selagi pihak AKPK tidak menerima surat pelepasan selagi itulah kita perlu membayar kepada AKPK jumlah asal. Pihak AKPK tidak menerima slip pembayaran penuh walaupun jelas menunjukkan kita telah melangsaikan hutang dengan bank tersebut.  Apabila anda menyerahkan surat pelepasan bank baru jumlah baru akan digunakan dan lebihan bayaran tersebut lu pikirlah sendiri!!!!!(akpk dah bayar kat bank tersebut pepandai ler nak mintak balik duit sendiri-bukan urusan AKPK lagi: actually part ni paling pelik sekali ler)

Kesimpulannya, kalau boleh x payahlah meletakkan diri dalam program ni kalau korang boleh berbincang dengan pihak bank sendiri(interest rate pun bukan byk sgt kurang compare dengan kenkawan yg masuk program akpk dengan yg bersusah payah g bank bincang...yang pegi bank bincang sendiri dah selesai pun bayar).  Dulu aku terjebak dgn program ni bukan sebab x boleh bayar kat bank...sbb aku rasa mudah bayar semua sekali kat 1 tempat dah tu x pulak c kaunselor melaun tu TAK cakap yang bila kita bayar lebih awal kita kena buat mcm2 bende...semua pulak pakai fax...ni zaman apa ni, konpius kejap...email x berjawab, kurier x terima walau dah siap sign terima, TETAPI jika korang memang bercadang nak ikut jangkamasa yang diberikan oleh AKPK ni tanpa poning pikir nak settle awal....sesuai sgtlah Program ni untuk korang.  

Sampai satu tahap aku pernah anta surat sbb bengang pasal aku terpaksa bayar lagi kat AKPK walaupun dah bayar abis kat bank..dia still nak kita buat payment tuh kat dia.  Siap besar2 aku tulis kat surat tu *BAYAR SUSAH!!! TAK BAYAR PUN SUSAH*.  Kalau tye aku pegawai khidmat pelanggan diaorg ni amat hebat dalam tai chi...hahahaha.  1 konsep yang korang kena ingat AKPK memang terang2 tulis kat dalam surat dia kena pantau sendiri, ada kengkawan yang lalok g bayau gak walau dah setahun abis bayar ngan bank....AKPK???? buat poyo jer...kawan aku g tye dia kata perkara mcm ni kena pantau sendiri dlm erti kata lain "aku ni bukan macai jaga akaun kewangan ko, duit ko..penpadai urus, x pandai urus itu yg ko sedekah selama setahun tuh"

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2014 12:53 AM | Show all posts
scapula posted on 7-10-2014 10:17 PM
AKPK sebenarnya membantu kita untuk menstruktur semula kedudukan kewangan kita dan memeudahkan kita  ...

kalau dah masuk akpk, kenapa nak kena bayar direct kat bank lagi? bukan ke kita kena byr kat akpk je?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2014 08:34 AM | Show all posts
blueiris76 posted on 30-10-2014 12:53 AM
kalau dah masuk akpk, kenapa nak kena bayar direct kat bank lagi? bukan ke kita kena byr kat akpk  ...

Bila ada duit lebih kita bayar kat bank supaya utang cepat habis. Kalau bayar ikut jangkamasa yg diberi mmg lamalah nak habis. Mmg akpk pon nasihatkan kalau ada lebihan wang kita boleh bayar kat bank,ataupun kumpul lebihan wang kita bayar habis kat bank.


Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2015 12:26 PM | Show all posts
Mean full settlement kan... klu kita dpt rezeki yg x terduga of course Juecy akan settle dgn bank2 berkenaan directly. Pastikan dpt surat pelepasan dr setiap bank yg kita berhutang tu. Lepas tu fax semua surat pelepasan tu ke AKPK. Mgkin dia akan hubungi kita, utk info STOP PAYMENT.

Ptt la selama ni Juecy email xpenah berbalas... policy mereka eikkk x mo ada evidence kepd/dr penghutang. Play save la kunonnya.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2015 12:52 PM | Show all posts
salam..

nak tanya la..
cm i klu leh nk setle utang CC je..
utang CC i 6000 n slalu byr monthly dlm 250.00.
klu leh nak kurangkan la..huhu
n nak tye if i daftar ngn akpk ni if i nak beli rumah xleh la kan?
sampai i habis byr utang bru akpk clear nama i kan?


Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2015 11:42 AM | Show all posts

Klu nak kurang payment better ko liaise je dgn bank xperlu AKPK.
Bila dah masuk program AKPK ni, nak apply apa pun susah. Yg hutang banyak betul2 x mampu je masuk AKPK ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-6-2015 02:10 PM | Show all posts
ramai juga kawan-2 yg amik DMP ni utk penstrukturan semula bayaran bulanan yg agak tinggi.
cth hutang kredit card tu yg banyak (>5k) akan diconvert jd term loan (int lg rendah).
banyak bagusnya prog ini dari segi pendidikan dan disiplin diri
kita mmg akan di'blacklist'kan sementra prog itu berjalan. so tiada hutang-2 baru akan ujud !
kalau kita ada duit lebih, bole buat full and final settlement di bank-2 yg kita berhutang
pastu mintak release letter dan beri pada AKPK
pihak AKPK akan keluar surat penamatan program dan mengarahkan bank-2 berkenaan
mengemaskinikan rekod CCris anda
dlm masa 1 or 2 bulan, nama anda clear dlm CCRIS bank negara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.238441 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list