CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anakencana

3 Calon Ternama (Elite): by A Kadir Jasin

  [Copy link]
Post time 7-3-2008 02:35 AM | Show all posts
Aku pilih Mukhriz...

Sebab dalam ketiga2 ni, dia satu2nya yang takde sangat kepentingan peribadi. Perjuangan adalah untuk parti, bukan untuk kepentingan sendiri or bapak or anak beranak. Mukhriz pun nampak very humble, matang dan tak bercita2 tinggi macam KJ.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2008 08:00 AM | Show all posts
Unfortunately I am not in the country to vote this time. Anyway , lets hope the best candidate will win to serve the people. That is most important.

As for these three young hopeful , I believe Mukhriz have much more sincerity and simplicity in his approach. And he is in good track for Malaysia future leader.

As for KJ , I think he has talent , but his approach via Pak Lah make people feel resentful and suspicious of him. He will not last long. If he could not survive this coming election , it will be the end for him. (which I doubt)
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 09:22 AM | Show all posts
jika dilihat dari perjalanan politik malaysia, banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku, siapa sangka Tun Dr Ismail meninggal awal? hingga memaksa Tun Razak yang diasak hebat kiri dan kanan, penyokong dan mpenentang Tunku terpaksa memilih iparnya Tun Hussein menjadi TPM, walau tampak benar Tun Hussein masih baru dalam politik.
dan didalam perpecahan politik umno dan kesihatan dirinya yang makin parah, Tun Razak membawa masuk Dr Mahathir serta Tun Musa yang telah lebih awal diambil dlm kerajaan (walau jelas kedua-duanya bukan pro Tunku).
kemudian muncul pula Razaleigh Hamzah dengan karisma tersendiri sebagai kerabat raja yang berkebolehan..namun takdir menentukan Tun Razak meninggal tanpa sempat mengumumkan rombakan kabinet - yang sudah pasti akan merubah politik Malaysia hari ini jika terlaksana.
Tun Hussien melantik Mahathir menjadi TPM, menyebabkan beberapa menteri kanan merajuk? dan ada yang tidak mahu lagi berkhidmat.

gandingan 2M-Mahathir Musa dijangka gandingan mantap - tapi sejarah membuktikan Musa akhirnya menentang Mahathir hingga umno sendiri diharamkan. dan siapa sangka Ghaffar Babab yang telah berehat dari politik muncul semula sebagai TPM dengan gayanya tersendiri hingga ditewaskan dalam diam dan gerakan pantas oleh Anwar

Anwar pula, personally picked and groomed oleh Mahathir, naik dengan penuh gaya, dan Malaysia tersentak dengan kejatuhannya yang tidak disangka

Abdullah , yang dipinggirkan dari era politik akhir 1980 diambil semula berkhidmat, dan tanpa disangka dengan kejatuhan Anwar, terpilih sebagai TPM dan mendaki tangga sebagai PM selepas Mahathir.

bagaimana dengan Najib? pernah disebut sebagai pengganti PM selepas Anwar namun terpaksa memberi laluan kepada Abdullah yang lebih senior

setiap politikus ada perancangan sendiri sesuai dengan kata-kata plato 'human is political animal' - namun dalam politik perkara yang tidak disangka mudah berlaku 'seminggu dalam politik adalah terlalu lama'

lihat lah apa yang akan berlaku selepas ini....
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 09:37 AM | Show all posts
sorry kadir jasin, pilihan aku, none of the above.

wud love to see guan eng there.

aku pun mcm few others. terharu aku kalau tingat guan eng sanggup dipenjara sbb nak tegakkan kebenaran. ini lah baru betul perjuangan, tanpa mengharapkan balasan.

even guan eng punya pendirian pun, tak apa DAP tak perintah msia (ok la, maybe also mmg no hope for that to hepen anyways), asalkan kurang kan je majority kat parlimen, so that our country won't be ruled by a bunch of crooks who only think of ways to fatten up their wallets.

sapa2 yg atas pagar tu... takyah la pikir2 pjg. don't let BN win BIG. we all know they will win, mende ni mmg takleh avoid lah, but just don't let them win BIG. tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:07 AM | Show all posts
me vote for Mukhriz....
doakan dia menang...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:32 AM | Show all posts
mukhriz.... yes.... aku pun hope mukhriz menang, guan eng menang, dr shafie - calon pas kat tempat aku menang.... camne tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2008 10:37 AM | Show all posts
wa pilih anak TUN, Abg RIZ....


ooooo TUN....I miz uuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 10:54 AM | Show all posts
my vote mukhriz...

semoga Dr.M dipanjangkan umur..amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2008 11:27 AM | Show all posts
Aku undi diri aku sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2008 12:55 PM | Show all posts
AKU TAK PASTI NAK VOTE SIAPA-IN FUTURE MUNGKIN IZZAH AKAN JADI PILIHAN AKU KOT(SBB SKRANG SHE'S TOO YOUNG TP POTENSI MMG DAH NAMPAK DAH)-KLU MUKHTIZ NIE MUNGKIN JUGA OK KOT SBB X PERNAH DENGAR BURUK PASAL DIE...TP KJ-NO KOMEN LAH.................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2008 12:57 PM | Show all posts


Generasi Baru, Politik Baru?
Bahaya bila maruah negara diperjudikan...


interbiu tahun 2005 (ketika Nurul Izzah ketika sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Johns Hopkins, Amerika Syarikat)

..beliau pernah yang diaugerahkan pelajar Siswazah Muslim Cemerlang ini menyatakan bahawa pemergiannya ke Amerika Syarikat bukan kerana 'pengaruh' bapanya tetapi mencuba untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Apakah kursus yang anda sedang ikuti sekarang?

Kursus yang sedang saya ikuti ialah sarjana dalam hubungan antarabangsa. Saya tumpukan kepada kajian Asia Tenggara.

Saya mengikuti kajian tersebut di Universiti Johns Hopkins, di Advanced School for International Studies (SAIS) yang terletak di Washington DC, Amerika Syarikat.


Adakah anda mengikuti perkembangan politik Malaysia?

Tentu sekali. Saya seringkali melayari laman web keadilanrakyat.org, Malaysiakini dan Malaysia-Today disamping berhubung dengan teman-teman di Malaysia.

Kalau dilihat dari sudut pentadbiran di Malaysia, maka bolehlah dikatakan tidak banyak berubah. Rakyat masih dihalang daripada mendapat maklumat terkini parti-parti bukan pemerintah.

Program ayah di Melaka telah mendapat halangan dari pihak berkuasa dan bendera parti serta sepanduk telah dicabut dan dibuang.

Malah tapak program juga terpaksa diubah beberapa kali kerana gangguan.

Begitu juga dengan program Pas di Terengganu baru-baru ini. Pihak berkuasa sampai sanggup menggunakan gas pemedih mata dan pancutan air ke arah orang awam.

Saya benar-benar terkejut hal ini masih berleluasa di dalam pemerintahan Perdana Menteri baru walaupun telah memperolehi majoriti lebih 90 peratus di dalam Parlimen.

Apakah pandangan anda mengenai situasi sekarang, terutama sekali pasca pembebasan Anwar?

Menurut laporan media, keadaan ekonomi Malaysia tidak begitu memuaskan dan rakyat tampak sedikit kecewa dengan prestasi kerajaan.

Penurunan cukai yang diberikan ke atas kenderaan juga dialu-alukan, dengan harapan ianya akan meringankan beban rakyat, tetapi lebih penting adalah perlaksanaan jangka masa panjang yang meningkatkan kualiti kehidupan rakyat.

Di sini saya maksudkan peningkatkan tahap kualiti dan jaringan pengangkutan awam.

Kami juga mengikuti keputusan kes sivil Anwar dan berasa amat bersyukur dengan keputusan yang diumumkan.

Namun, bagi saya secara peribadi, lebih usaha perlu diketengahkan dalam memastikan media arus perdana lebih terbuka.

Adakah anda akan menyertai politik selepas selesai pengajian?

Saya telah pun menyertai politik sebelum saya ke sini. Malah perjuangan yang kita mulakan pada 1998 tidak mungkin dapat saya tinggalkan begitu sahaja. Saya bercadang untuk terus pulang ke tanah air selepas tamat pengajian. Dan dari situlah akan saya mulakan langkah yang ditinggalkan semasa saya bertolak ke sini.

Pada saya, perjuangan pasca pembebasan Anwar Ibrahim adalah perjuangan sebenar dan ianya baru sahaja bermula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2008 02:37 PM | Show all posts


Jika kita mahu ke depan dalam politik mengikut sistem yang ada, kita perlu kenal dan dikenali sebagai "somebody" yang ada "connection" kerana kita sudah berada di dunia tanpa sempadan. Hubungan antara bangsa dan pemimpin luar negara penting, perlu jadi Melayu 'glokal'. Dan KJ adalah satu-satunya anak Melayu yang 'glokal' lahir di luar negara. Besar dibeberapa buah negara tapi masih tetap Melayu. Berapa orang Melayu 'glokal'?

KJ merupakan tokoh pemimpin pelapis yang bukan sahaja pandai kerana ada kelulusan dari Oxford. Sekadar kelulusan sahaja tak cukup. Tapi dia memang telah mempamerkan 'karisma' dan kebijaksanaannya dalam politik dan dunia penulisan, memiliki 'political will'. Sejak dia menuntut di London lagi mulutnya sudah celupar, dia berani berdepan dengan Tun M ketika itu Perdana Menteri.

Salahkah kalau dia bercita-cita mahu jadi Perdana Menteri diumur yang muda? Najib ketika umur 29 tahun jadi Menteri Besar Pahang. Rahim Tamby Chik 29 tahun jadi Ketua Menteri Melaka. Isa Samad umur 31 Menteri Besar Negeri Sembilan dan Ghadafi umur 29 tahun jadi Presiden Libya sampai hari ini.

Di Amerika satu perkara biasa bila anak muda bercita-cita mahu jadi Presiden USA. Apa salahnya jika mereka mempunyai kemampuan untuk memimpin dan memperjuangkan nasib bangsanya?

KJ tak perlu takut sebab dalam politik, ujian adalah perkara biasa. Lagi tinggi dan lagi besar jawatan yang dicita-citakan, lagi besar ujian yang terpaksa di hadapi dan nampaknya terus steady. Malah KJ terus kukuh walaupun sudah empat tahun dihentam oleh berpuluh-puluh bloggers akhbar tabloid dan buku penulis politik secara berterusan. Kalau kita boleh ibaratkan dia sebagai satu transformer," satu skru pun tak tercabut dan satu wayar pun tak putus". Mesti ada sebab kenapa Tuhan lahirkan pemimpin muda yang sekuat ini dalam politik Malaysia.

Satu perkara mengenai anak muda yang berasal dari Rembau ini ada budi bahasanya, menghormati orang tua dan pandai menegur sapa. Biarpun KJ lahir di luar negara, dibesarkan di luar negara dan mendapat pendidikan di luar negara tetapi dia tahu macam mana hendak bergaul dengan orang bawah. Dia tahu bagaimana nak dekatkan diri dengan orang kampung.

KJ bukan jenis yang syok sendiri, buat program hanya untuk orang bandar dan kaum elitis sahaja. Ramai pemimpin muda yang lain yang syok sendiri, perasan diri hebat. Bercakap hanya sesama sendiri tapi tidak pergi kepada rakyat. Macam mana hendak dekat?

Langkah memusnahkan Khairy Jamaluddin, tertubuhkah anti Khairy dalam laman ini?
Sumber maklumat mengenai Khairy Jamaluddin tidak datang dari perpustakaan untuk di selongkar oleh www.malaysia-today.net. Sumber - sumber ini datang dari UMNO dan yakin adalah usaha kolektif untuk terus menjatuhkan Khairy Jamaluddin.

Mereka menggunakan laman - laman web yang mampu menyediakan berita - berita sensasi yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Mereka tidak berani berdepan mengkritik Khairy Jamaluddin malah www.umno-reform.com pernah berdepan dengan kritikan mereka di belakang Khairy mengenai keburukan anak muda tersebut.

Dari apa yang dihidangkan oleh www.malaysia-today.net , pihak kami yakin usaha - usaha itu akan berterusan untuk memastikan Khairy Jamaluddin tersingkir dan keberuntungan dari situ adalah untuk memastikan Pak Lah turut tergelincir dari terus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

[ Last edited by  anakencana at 7-3-2008 02:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 12:31 AM | Show all posts
aku sentiasa rasa kalau diberi peluang, kj bleh cemerlang. Tak ramai ygberkaliber dan berNASIB baik spt dia. Tp nasib tak letak dia kat persada politik, dia berwawasan. Byk membantu org2 yg memerlukan. Tak mudah utk dpt pemimpin semuda dan berkaliber mcm dia. Dgn cita2 utk jadi PM dlm usia 40th adalah sesuatu yg tidak mustahil. Harapan saya, kj seize every opportunity yg ada baik dlm parti maupun kabinet. Jgn tgu lama2. Otai yg ada tak der yg berkelayakan.<br />
<br />
Semoga kj menang besaq di Rembau.. Insyaallah

P/s aku xngundi pun kali ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 11:20 AM | Show all posts
Originally posted by chicanos_oralee at 6-3-2008 06:35 PM
well bukan aku x kisah benda2 kronisme n so on tu.... of course benda ni semua leh menjahanamkan bangsa kita.... negara kita...agama kita...

aku cuma pertikaikan yg ko tulis ttg ko x suka TDM  ...


yang inilah yang menyebabkan aku tidak 'taksub' 100% pada mana2 parti!!aku akan vote pada calon yang aku jangka 'boleh berkerja' dan AMANAH!!Kalau lepas ni dia buat onar aku ubah utk next election!
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 01:14 PM | Show all posts
lingkup malaysia tercintaku kalau kj mencapai cita-citanya....
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 01:19 PM | Show all posts
aku vote izzah!!!!!!
puteri reformasi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2008 01:24 PM | Show all posts

Reply #52 anakencana's post

KJ tu monyet..perangai xserupa org..berlagak nk mampus.. nk tunjuk samseng..melayu glokal konon...:@ :@ :@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 03:35 PM | Show all posts
Originally posted by porek at 8-3-2008 12:31 AM
aku sentiasa rasa kalau diberi peluang, kj bleh cemerlang. Tak ramai ygberkaliber dan berNASIB baik spt dia. Tp nasib tak letak dia kat persada politik, dia berwawasan. Byk membantu org2 yg memer ...


haku pun takde masalah dgn KJ...
dlm kabinet BN..berapa kerat jer yg berkaliber...
haku lagi rela bagi peluang kat anak2 muda drp bagi peluang kat org2 kertu pemikiran old fashion
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2008 09:13 PM | Show all posts
My vote is for Mukhriz

KJ = power crazy

Izzah = 'mangsa keadaan'
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2008 03:08 AM | Show all posts
Huyoooo...
ketiga-tiga calon dah pun menang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.086850 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list