CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10224|Reply: 16

Maklumat Pemakanan,Codebar dan Tarikh Pelupusan (saya tak tahu)

[Copy link]
Post time 24-2-2008 03:08 PM | Show all posts |Read mode
A'kum
Aku ada 3 soalan mengenai  (Maklumat pemakanan, codebar dan tarikh pelupusan)

1.nak tanya di mana boleh kita dapatkan service  utk dapatkan Maklumat Pemakanan (Nutrition Facts) produk makanan kita?Contoh aku ada buat gula-gula pastu nak tahu maklumat pemakanannya

seperti dibawah (contoh je ni)


Nutrition Pack
Total Fat 3g
Sodium 3
Sugar  4g
Protein 12g


2.Codebar sesuatu produk..aku tgk produk2 yg ada dipasaran wajib ada codebar sendiri pada packagingnya..kat mana kita boleh dapatkan codebar tu??bayarannya berapa??


3.Expired date...Tarikh pelupusan sesuatu produk..macam mana kita nak tahu dia akan expired pada tarikh sekian dan sekian...kat Mardi boleh buat ke semua ni???Charge dia berapa???

ok 3 soalan ni jelah yg aku nak tanya...harap ada sesiapa yg sudi membantu

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2008 02:12 PM | Show all posts
takde ke geng usahawan dalam forum cari ni tahu mengenai ni??
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2008 11:04 AM | Show all posts
samada SIRIM (Shah Alam) atau MECD(Putrajaya). mungkin jugak kat FAMA. tak pun ko call aje usahawan makanan yg dah ada benda2 ni especially yg buat frozen food. they all very the friendly and mahu membantu. try jugak persatuan2 usahawan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2011 06:53 PM | Show all posts
salam forumers.

thread ni dah agak lama tapi sy tgh mencari jawapan bg soklan2 yg sama. kot2 la la ni dah ade forumers yg arif yg bleh offer penjelasan. so up sket!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2011 10:40 AM | Show all posts
aku cuma tau pasal barcode je... barcode tu ada dalam sistem POS... sbb dulu aku handle POS system kat company aku.. keje aku hari2 kena print barcode tu... dan cipta barcode tu utk setiap merchandise item berdasarkan category masing2
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2011 12:05 AM | Show all posts
ok, aku tau ade printer yg boleh print barcode dan barcode ni mmg disimpan dalam POS untuk dibaca masa check-out. tapi, yg aku tak faham sesiapa aje boleh create barcode sendiri ke? atau kene daftar dgn badan2 tertentu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2011 12:51 AM | Show all posts
pandai2 sendirik je..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2011 11:25 AM | Show all posts
barcode ni tak perlu nak daftar
sebab terlalu banyak unique barcode dalam dunia ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2011 07:33 PM | Show all posts
satu lagi soklan berkaitan... mane nk cari mesin pencetak tarikh luput yg bole cetak pada sticker kecik yg ditampal pada kotak2 makanan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 10:27 AM | Show all posts
Saya cuba tolong jawab yea....

Hantar sample beserta resepi ke Mardi mereka boleh membantu.

Tentang expiry date pulak selepas kita buat makanan tu letak diluar maksudnya jangan simpan dalam peti ais biarkan di room temperature.  Tengoklah berapa lama dia boleh bertahan sebelum mula rosak.  Itu lah jangkamasa sebenar tapi tengok cuaca jugak yea kalau musim hujan cuaca lembat kemungkinan jangkahayatnya pendek sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 08:58 PM | Show all posts
yg pasal printer tarikh luput tu ade sesaper tau?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2011 11:12 PM | Show all posts
Reply 11# rarahim

rahim...

cer try google Sticker Printer, rasanya ko boleh jumpa...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2011 07:18 AM | Show all posts
Post Last Edit by alyaimra at 17-11-2011 07:21

saya boleh tolong jawab pasal barcode...
barcode kena daftar... cuba call FMM.. mmg ada satu department yg incharge

utk malaysia kita guna EAN 13.. iaitu 13 digit barcode.. the first 3 digit adalah utk country code.. contohnya malaysia 685.. 4 digit seterusnya company code eg 6089.. 5 digit seterusnya adalah utk produk tu sendiri..the last digit kita panggil check digit.. ada formula utk kira,,, kalau last digit salah.. barcode scanner xleh baca

nak print barcode pon kena belajar gak... silap2 barcode xleh baca oleh scanner..
insyaallah saya sambung lagi...
nak masuk kilang nak cek barcode jap,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 03:18 PM | Show all posts
salam,

insya allah saya cuba tolong jawab k. soalan 1 tentang nutrition facts atau maklumat pemakanan. Kita boleh hantar sample produk ke mana2 makmal yang boleh buat test ni. Contoh kata produk mcm oat. Nutrition Facts ada 3 yg utama iaitu test untuk lemak / fat, protein, karbohidrat termasuk gula, then jumlah tenaga. yang lain cthnya  fiber, vitamin2 adalah bergantung kepada produk apa dan apa yg kita nak declare. tak semestinya sirim kalau kita nak antar. Manakala, untuk produk makanan bagi mengelakkan tindakan undang2 refer akta makanan 1983, boleh je dapat surat kelulusan pengkelasan makanan dan perlabelan daripada bahagian Kualiti Makanan. Untuk makanan senang je labelnya. Kalau x nak pun x pa as long label xde apa2 claim kesihatan ok.

soalan 2 pulak tentang barcode. yeap betulla penerangan di atas tentang barcode n mesin barcode. Walau bagaimana pun setiap barcode ada pemilik or syarikat pemunyanya. Untuk mengelakkan kekeliruan, di malaysia setiap syarikat yang ingin produknya berbarcode kena mendaftar dengan GS1 malaysia. Terdapat 2 pembahagian barcode iaitu untuk industri besar dengan 1 company dibenarkan memiliki 1000 barcode untuk produknya kalau x silap dan kedua untuk IKS dengan 10 barcode kalau x silap. Yuran tahunan IKS dalam 3 4 ratus untuk kali pertama n renew setiap tahun lak 200 lebih kot kalau x silap. Mesin boleh beli kat supplier yang dilantik or boleh je tempah kat company yang dh dilantik GS1 Malaysia untuk provide service ni.

Soalan ketiga, tarikh pelupusan or expired date ni x de lab yang boleh tentukan. Sendiri je yang kena self define. Mean kita sendiri test produk n tentukan tarikh luputnya. Contohnya jus. Mulakan kaedah dengan antar sample ke lab untuk ujian mikrob. Simpan results. Sampel sama jugak simpan untuk sebulan or 3 bulan then lakukan semula ujian yang sama. If still ok, keep lagi sampel yang x bukak let saya buat range antar untuk lab test 3, 6, 9 12 mth. Katakan selepas setahun bila antar ke lab n dapat result dia dh lari dr yang first means out of spec, ini bermaksud limit produk tu setahun la. So, u boleh claim yang produk tersebut boleh taan setahun dengan keadaan or condition tertentu. Mcm sejuk n kering ke, kena dibekukan ke. mcm tu je.

Ini based on my experience and knowledge sepanjang kerja membabitkan bidang ni la. Kalau tersilap tu minta maaf la. Harap yang lain boleh kongsikan bersama yer. Apa yg saya tahu saya kongsikan je moga2 sama2 dapat manfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 03:47 PM | Show all posts
Kita boleh hantar sample produk ke mana2 makmal yang boleh buat test ni.
TintaMerah Post at 18-11-2011 15:18


makmal mana...?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2011 04:11 PM | Show all posts
ALS boleh Consolab boleh...tak semua la lab boleh buat test untuk makanan. Mcm Pathlab memang x buat la...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2011 07:53 PM | Show all posts
TintaMerah, satu penerangan yg agak komprehensif. Terima kasih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 02:25 AM GMT+8 , Processed in 0.073791 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list