Sorry kalau dah ada thread ni,
Aku baru dpt tau , Pencipta lagu tahun 60an Hanismara @Salamah Basiron
meninggal dunia pada 16/2/2008 akibat barah hati..
Sesatunya pencipta lagu wanita yang hebat dan tiada tolok bandingan .
Antara lagu ciptaan beliau adalah Oh Fatimah , Kenangan Mengusik jiwa, dan
banyak lagi .
.Alfatihah untuk beliau
innalillah....terkejutnyher aku sebab aku rasa baru je aku jumpa untie ni ...tapi bila aku ingat ingat balik dah nak 10 tahun gak aku tak jumpa....teringat masa aku buat short film pasal untie salamah ni sebab anak dia senior aku belajar .....dalam seminggu kami shooting....seminggu gak laa lagu 'Oh Fatimah' ni berkumandang .....dan serata pelusuk hostel aku dok angau nyanyi lagu ni .....masih teringat lagi sifat keibuannya yang kuat jadi bila dia datang hostel je semua org akan tegur dia dan berbual dengan dia macam berbual dengan mak sendiri ....Tahziah dari aku dan kawan kawan lain dari AFM untuk senior aku Es Asrin Diana....