|
ESPN minta maaf dengan FAMKUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.
Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama 'Persatuan Kenasepak Malaysia' dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.
Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.
Penggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.
Dalam hal ini, bukan hanya ESPN sahaja perlu dipersalahkan malah FAM turut sama perlu bertanggung jawab ekoran laman sesawang badan induk bola sepak negara itu sendiri juga tidak berfungsi dengan baik sejak sekian lama.
Kemungkinan akibat laman sesawang FAM yang sedang dalam penstrukturan semula itu menyebabkan ESPN mencari alternatif lain untuk mencari logo berkenaan.
Menerusi carian Internet Google dengan menaip 'fam logo', satu laman sesawang dapat dicapai yang memaparkan logo yang digunakan ESPN itu.
Laman sesawang itu turut memberitahu logo berkenaan adalah 'logo baru FAM'.
Seorang pembaca turut menghantar sekeping gambar menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia kelmarin yang dirakamkan di peti televisyennya ketika siaran itu berlangsung dan menyifatkan ia amat memalukan.
Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi berkata, pejabat ESPN Singapura telah memohon di atas kesilapan menyiarkan logo berkenaan.
"ESPN telah memohon maaf berulang kali secara langsung di televisyen pada malam itu kerana tersilap menyiarkan logo FAM.
"Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai logo FAM yang dipersendakan selagi belum melihatnya,'' katanya.
Sementara itu, beliau turut memberitahu, laman sesawang baru FAM akan dilancarkan semula pada 1 Mac ini.
Ditanya mengapa FAM mengambil masa untuk menyiapkan laman sesawang baru, Azzudin berkata: "FAM mengambil masa untuk menyiap dan mengemas kini maklumat terkini kerana tidak mahu kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang,'' jelasnya
ni yg aku sempat snap time sportcenter kul 7.30pm tu..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
... kesiannyer...
... tp lawak gakkk.. PERSATUAN ENE SEPAK MALAYSIA... |
|
|
|
|
|
|
|
Logo dipersenda melenting bagai nak rak..
Tapi bila maruah bolasepak dipersenda berdekad dekad..buat bodoh saje...
Jgn lupa lepas ni letak muka KJ dkt logo FAM.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nak marah gak.. tp ahhhhh biar la... |
|
|
|
|
|
|
|
sarcastic...
pehal la amik masa lama sangat nak repair website...
nak letak secret code tak bagi orang hack ke...nak letak code bg website nampak dynamic ke
aku search pon memang susah nak dapat logo fam..
dengan keyword 'fam logo'...yang kuar pon file *.gif yang kecik je..
kalo download dan besarkan resolution pon, mau nampak pecah2 pixels nye
bagi aku dua-dua pihak salah...
first time dengar dalam sukan ada cite camni :kant: |
|
|
|
|
|
|
|
Haahaha,...memeang class sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
sapa la makhluk yg rajin giler bersusah payah edit logo fam tuh...??kalu dia forumer sini, mod kena bg dia tacang lebih2 skit... |
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Kenasepak Malaysia
ESPN minta maaf dengan FAM
KUALA LUMPUR - Gara-gara prestasi merudum skuad bola sepak negara, kewibawaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus dipersendakan.
Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama 'Persatuan Kenasepak Malaysia' dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.
Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu.
Penggunaan logo yang tidak tepat itu bukan sahaja memalukan FAM malah ESPN juga yang ternyata tidak peka kerana menggunakan logo yang diambil melalui internet secara membabi-buta tanpa memeriksanya dengan teliti.
Dalam hal ini, bukan hanya ESPN sahaja perlu dipersalahkan malah FAM turut sama perlu bertanggung jawab ekoran laman sesawang badan induk bola sepak negara itu sendiri juga tidak berfungsi dengan baik sejak sekian lama.
Kemungkinan akibat laman sesawang FAM yang sedang dalam penstrukturan semula itu menyebabkan ESPN mencari alternatif lain untuk mencari logo berkenaan.
Menerusi carian Internet Google dengan menaip 'fam logo', satu laman sesawang dapat dicapai yang memaparkan logo yang digunakan ESPN itu.
Laman sesawang itu turut memberitahu logo berkenaan adalah 'logo baru FAM'.
Seorang pembaca turut menghantar sekeping gambar menerusi e-mel kepada Utusan Malaysia kelmarin yang dirakamkan di peti televisyennya ketika siaran itu berlangsung dan menyifatkan ia amat memalukan.
Sementara itu, Azzuddin ketika dihubungi berkata, pejabat ESPN Singapura telah memohon di atas kesilapan menyiarkan logo berkenaan.
"ESPN telah memohon maaf berulang kali secara langsung di televisyen pada malam itu kerana tersilap menyiarkan logo FAM.
"Namun, saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai logo FAM yang dipersendakan selagi belum melihatnya,'' katanya.
Sementara itu, beliau turut memberitahu, laman sesawang baru FAM akan dilancarkan semula pada 1 Mac ini.
Ditanya mengapa FAM mengambil masa untuk menyiapkan laman sesawang baru, Azzudin berkata: "FAM mengambil masa untuk menyiap dan mengemas kini maklumat terkini kerana tidak mahu kesilapan dan kelemahan yang berlaku dahulu terus berulang,'' jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah ada rupanya.....merged la |
|
|
|
|
|
|
|
hehhee............ aku pun tak terpikir pasal mende nih......... memang class la org yg reka logo tuh........ |
|
|
|
|
|
|
|
FAM xsedar jugak tak tau la |
|
|
|
|
|
|
|
fam tak sedar lagi.kalau sedar tak la mereka melenting. |
|
|
|
|
|
|
|
baik bubarkan aje bolasepak malaysia...
xyah nak susah-susah perabih duit...
tak penah nak berubah...kat takuk lama jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|