CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3595|Reply: 17

Ilmu2 keibubapaan

[Copy link]
Post time 1-2-2008 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Bila anak dah makin membesar, terasa betapa mencabarnya menjadi seorang ibu.. dan terasa betapa ceteknya ilmu tentang parenting ni.
So ape kata, kita share kat sini, buku2 yg menarik yg u all pernah baca tentang perenting atau sikit sinopsis tentangnya.. Senang2, bolah gk mulberi atau forumers yg lain gi carik kat kedai2 buku.
Selain tu, boleh gk share laman2 web yg best2 (maklumla.. bkn semua ade free time nk browse lmn web satu persatu)
Lastly, sape2 yg tau kalau ade ape2 seminar atau kursus keibubapaan, bolehla war-warkan kt sini. Ape2 yg memberi manfaat bersama, kita kongsi2lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2008 07:08 PM | Show all posts
sesapa berminatlah yee...i would recommend NURTURE BY NATURE by tieger...esp for those who has weird type of kids...the book will benefit u as parents...

buku nie akan diagnose anak kita dlm kategori mana dr personality anak2 tu....adakah dia intro vs extro...percieving vs judging...intuition vs sensing..thinking vs feeling.....akan dipecahkan dlm 16 kategori manusia...

satu yg belajar drp buku nie yg i rasa beharga sgt...bila i tahu cemana nak control my son bila dia nak pergi ke sesatu tempat...i tak perlu gaduh2 dgn dia dgn muka dia yg masam cam cuka tu....memang membantu sgt...and i know myself even better than before
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2008 10:03 PM | Show all posts
mulberi,
pi la kursus atau seminar anjuran Akrab (Dr. Hasan Ali). sangat elok untuk parenting dan membina keluarga ni. last week aku dah pi kat menara Tun Razak.
Memang best dan secara tak langsung ada perubahan pada hubby aku tau! aku pun ada perubahan skit.   banyak2 buku2 yang terjual kat pasaran
tapi aku suka tulisan Dr Hasan dan Dr Fadzilah Kamsah. kalo ko nak keterangan lanjut sila buka web Akrab www.familikusayang.com . kat sana ada info
tentang parenting course.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 10:40 AM | Show all posts

Reply #2 my-alja's post

Tq alja..  nnti mulberi nk try carik.. kdg2 tu, terpikir gk nk gi library.. tp library jauh sgt, & nanti terkejar2 lak nk amik anak balik skolah.. Lg satu, takut kang pinjam buku, tp takdek mase lk nk baca.. kang br free, tgk lak dah sampai tarikh hantar.. beli sendiri, boleh simpan sepjg hayat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2008 10:42 AM | Show all posts

Reply #3 teacher_shakira's post

Best ek? Slalu gk dgr dgr kat IKIM dulu, tp terlupa lak nk salin webpage dia.. Yg u pergi tuh, kursus ape shakira?
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:17 PM | Show all posts
best thread ni..
thanx alja n teacher..ma nak cariklah book tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 10:03 PM | Show all posts

Reply #5 mulberi's post

yang i pi tu, tak ingat le mulberi namanye pe. ibu bapa cemerlang anak gemilang rasanye. satu famili datang.
bawak anak beranak. kebanyakan yang datang tu yang anak dah besar. mcm i baru anak 2 dan kecik2 terasa kerdil diri.. . last session tu, dr hasan soh dok rapat2 anak beranak, sambil dia berselawat, ibu dan ayah
pandang anak2 dan luahkan apa yang kite nak pada anak2..mcm nak anak belaja elok2 ke jadi anak solehah
ke dan lain2. mcm i, anak i baru 3 tahun dia tak faham pe tapi kami suarakan juga suara hati. ramai gak nangis anak2 masa parents masing2 cakap. tang paling sedih masa husband and wife plak heheh..disaksikan anak2
yang mendoakan ibu bapa, suami isteri tu plak meluahkan apa yang terbuku dihati dan minta maaf atas segala kesilapan..hehehe berderai air mata..  satu yang aku nampak kan mulberi, aku dan hubby aku je yang tak
malu buat buat apa yang dr hasan suruh. dah le sambil peluk2 dan romantik2 meluahkan isi hati (ish tak
malunye kami) hehhe yang lain2 tu malu2 sebab tak dibiasakan. takkan anak dah besar2 nak peluk2 depan
anak2? janggal plak kan? tapi sebenanya tu la yang elok, hubungan harmoni kata dr hasan. kite yang baru2 ni bleh le mulakan.
nanti bulan 3 ada buat kat resort sungai lui, ulu langat. cuba buka web nye. insyaallah kalo tak de aral aku
dengan famili nak pi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 08:11 AM | Show all posts

Reply #7 teacher_shakira's post

Wahhhhhh.... Bestnyeeeee
Nk pergilah nanti.. Kt situ ade sedia accomodation skali tak? Maklumla.. kalau abis kol 10 mlm, jauh tu kami nak balik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2008 08:12 AM | Show all posts

Reply #6 luv_ma's post

Ye ma.. sama2 kita berkongsi ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 08:25 AM | Show all posts

Reply #8 mulberi's post

accomodation mcmana? aku tak pernah pi la. tapi kalo dah nama resort mesti la ada bilik. kalo nak overnight
kena tempah la kot. aku baca tentatif mcm2 ada! bengkel, main2, solat jemaah etc. cuba buka web dan
contact in charge person.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2008 08:30 AM | Show all posts

Reply #10 teacher_shakira's post

ye la.. ade sukaneka sumer.. mesti seronok!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 08:34 AM | Show all posts
Originally posted by mulberi at 3-2-2008 10:40 AM
Tq alja..  nnti mulberi nk try carik.. kdg2 tu, terpikir gk nk gi library.. tp library jauh sgt, & nanti terkejar2 lak nk amik anak balik skolah.. Lg satu, takut kang pinjam buku, tp takdek mase  ...


welcome dear...

tu antara buku yg i rasa plg best yg pernah i baca pasal karektor manusia, memang menyeluruh..drp baby sampai tua...

satu lagi buku yg i rasa worth to read...7 habits from prof. convey, buku nie bukan utk parenting tapi utk jadi MANUSIA....illutrasi dia mudah nak paham dan kalo anak2 boleh master this lesson at the early stage...senang nak ajar dia tackle masalah yg melibatkan manusia dikeliling dia esp for those who has extravert character
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2008 08:46 AM | Show all posts

Reply #12 my-alja's post

betul...betul....i dfah attend dah course prof convey nie....the verdict, worth joined!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 08:29 AM | Show all posts
Originally posted by tina^^ at 4-2-2008 08:46 AM
betul...betul....i dfah attend dah course prof convey nie....the verdict, worth joined!!!


wahhh...mahal kan course tu...ribu-ribuan

i baca buku nie dekat 6 bulan baru habisss...heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:12 AM | Show all posts

Reply #14 my-alja's post

Takpe alja.. carik ilmu berhabis sket pon takpe la selagi mampu.. bak kata Tina, worth joined!

[ Last edited by  mulberi at 5-2-2008 09:18 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 09:17 AM | Show all posts
Takdek sape lagik ke nk kongsi maklumat parenting kat sini .. Ape2 pon boleh, cd/ vcd..etc
Kalau cd, mulberi suka sgt dgr Dr. Fadhillah punya esp Menangani Masalah Anak Dgn Petua & Doa dan juga 13 Petua Berkomunikasi Dgn Anak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2008 12:59 PM | Show all posts

Reply #16 mulberi's post

beri, share lah sket aper dier 13 Petua Berkomunikasi Dgn Anak tue...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2008 07:28 AM | Show all posts

Reply #17 tina^^'s post

13 petua berkomunikasi dengan anak. Secara ringkasnya;
1. Jangan perkecilkan kebolehan anak kerana setiap anak adalah dilahirkan sebagai insan yang cemerlang
2. Jangan cakap perkataan yang negatif terhadap anak
3. Padam rekod lama yang terprogram dalam fikiran anak. Cth: Ibubapa pernah terlepas cakap mengatakan bahawa anak itu bodoh, malas, etc..Jadi ibubapa harus meminta maaf, mengaku kesilapan mereka & beri kata2 yg positif terhadap anak tersebut
4. Banyakkan belaian positif seperti memberi hadiah, puji2an, pelukan dan ciuman
5. Dengar dengan aktif & teliti setiap tindak tanduk/ emosi anak
6. Guna teknik penyampaian berkesan ketika berkomunikasi dgn anak2
   a) Cakap dgn khusus & jelas setiap arahan & keinginan kita
   b) Nyatakan serta merta & bukan memendam perasaan. Cth: Kesilapan ditegur dengan serta merta
7. Selesaikan semua masalah dalam rumahtangga secara bersama (syura)
8. Nyatakan TIDAK BOLEH/ tentangan kita terhadap anak secara hikmah. Berikan alasan yang munasabah & nyatakan alternatif lain
9. Tunjukkan penghormatan & pamerkan kasih sayang terhadap anak2
10.Disiplinkan anak secara hikmah - ganjaran atau hukuman yang setimpal
11.Tindak-tanduk ibubapa haruslah selaras dengan dengan kata2 mereka (cakap serupa bikin)
12.Layan/ berkomunikasi dengan anak secara berbeza2 mengikut peribadi/ keadaan mereka
13.Doa secara khusus supaya dapat meransang komunikasi kita dgn anak
   a) Baiki hubungan dgn ALLAH supaya dpt baiki hubungan sesama manusia
   b) Apa yang ibubapa fikir adalah DOA
   c) Apa yang ibubapa sebut adalah DOA
   D) Apa yang diulang2 selalu akan jadi realiti
Memang byk sebenarnya hal2 anak ni yang kita terlepas pandang. So, mulberi recommend sgt2 cd ni

[ Last edited by  mulberi at 8-2-2008 07:32 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.098956 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list