CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5769|Reply: 141

Kakitangan Awam yang Tidak Mesra Alam

[Copy link]
Post time 12-1-2008 12:03 PM | Show all posts |Read mode
Ibu sedih layanan petugas kaunter JPN
BARU-BARU ini saya telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)daerah Jelebu bagi urusan penukaran nama anak. Untuk pengetahuan umumanak saya telah diberi nama yang maknanya kurang baik di sisi agamaIslam.Setibanya di pejabat JPN tersebut saya dapati terdapat ramaipelanggan sedang berurusan di kuanter. Seperti biasa saya terus pergimendapatkan nombor giliran untuk urusan penukaran nama.
Dari pemerhatian saya cuma terdapat dua kakitangan yang sedangbertugas pada hari tersebut, seorang lelaki dan seorang lagi perempuan.
Kakitangan lelaki dilihat tekun melayani pelanggan yang berurusandengannya. Sesekali terlihat kakitangan tersebut tersenyum kepadapelanggan dengan penuh mesra. Kakitangan perempuan itu pula sedangbercakap telefon dengan nada yang agak kuat. Sesekali dia ketawa dandari pendengaran saya, perbualan terbabit adalah bersifat peribadi.
Setelah lebih kurang 20 minit berbual, kakitangan perempuan terbabitdatang ke kaunter dan memulakan tugas beliau kembali. Lebih kurang 10minit selepas itu nombor saya dipanggil oleh kakitangan tersebut.
Alangkah sedihnya saya tanpa senyuman dan pelawaan untuk dudukseperti yang diamalkan oleh rakan sekerjanya di sebelah, saya disergaholeh kakitangan perempuan terbabit tentang apa tujuan saya datang kepejabat JPN. Perbuatan ini pada saya sungguh biadap, namun sayapendamkan sahaja.
Setelah menerangkan tujuan saya datang untuk menukar nama anaksaya, tiba-tiba air muka dan nada suara kakitangan wanita terbabitberubah. Dalam nada suara seperti memperli saya, kakitangan tersebutmempertikaikan tujuan saya ini.
Yang paling tidak dapat diterima oleh saya, kakitangan tersebutmenyatakan bahawa 揅ik ni menyusahkan saya sajalah...saya dah lahbanyak kerja. Dulu nak sangat nama tu.拻
Saya menjadi terkedu dan saya memandang kepada kakitangan lelaki disebelah yang seolah-olah terpinga-pinga dengan jawapan rakannya itu.
Saya mengambil keputusan untuk terus keluar dari pejabat tersebutkerana malu. Saya mengambil keputusan untuk membuat permohonanpertukaran nama anak di Seremban. Kakitangan lelaki JPN Jelebu tersebutcuba meminta maaf kepada suami saya tetapi kami tidak salahkan beliau.
Saya menghantar e-mel ini dengan harapan pihak Utusan Malaysiadapat menyiarkan bagaimana biadapnya sesetengah kakitangan awam kepadaorang ramai dan dengan harapan kakitangan wanita tersebut berubah sikap.
Akhir sekali kepada Ketua Pengarah dan pegawai atasan JPN, tolongpantau anak-anak buah anda dan tempatkan pegawai dan kakitangan mudayang berbudi bahasa di kuanter JPN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 12:13 PM | Show all posts
standard la tu....
esp kerani2...
eksyen lebih drpd pegawai....
dressing dan perhiasan diri pun kalah pegawai (kalau yg tak beruniform la)...hehehe....
nasihat utk sapa2 yg terkena...isi borang aduan kat tpt tu...semua ofis kerajaan wajib ada borang aduan awam..bagitau nama staff tu, tarikh, masa etc..nanti pihak atasan akan siasat dan buat tindakan....
Dan jgn lupa sound skit minah/mamat yg eksyen tu.....ke buat kecoh ke kat kaunter tu...ajar diorg skit..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:12 PM | Show all posts

Reply #1 me_shhiza's post

Kebanyakan kerani2 perempuan ni ada angin pasang ...pernah kena kat lhdn satu masa dulu, tapi kerani pompuan tu tersilap orang lah nak kasar2 dengan anis sebab anis sergah dia balik.. ...last2 officer dia mai minta maaf kat anis..kuikuikuikuikui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 12:16 PM | Show all posts
Originally posted by AnisSuraya at 12-1-2008 12:12 PM
Kebanyakan kerani2 perempuan ni ada angin pasang ...pernah kena kat lhdn satu masa dulu, tapi kerani pompuan tu tersilap orang lah nak kasar2 dengan anis sebab anis sergah dia balik.. ; ...


pengalaman aku kat KWSP Jalan Raja Laut Ok.. very friendly and kita tanya banyak soalan pun dorang jawab.. sabar jer..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:21 PM | Show all posts
Ni pengalaman aku...

Aku nak gi amik IC kat JPN sri kembangan...
Sampai tepat kul 5.00pm..
Pintu tak kunci lagi.. so aku masuk la...
terus la gi kat satu kaunter nih...

aku tanya.. dah tutup ker?
dia jawab.. dah..

aku tanya lagi... leh tak kalau saya nak amik ic..
dan dia menjawab dengan selamba..
Boleh... mintak surat tuh..


Aku pun bagi la surat ambik ic..
dia sanggup bukak balik peti ic and cari ic aku..

Kira aku amat bernasib baik la hari tu dapat staf yang baik..

Itulah pengalaman manis aku kat JPN sri kembangan...
heheheheheheh....


Tapi .. pengalaman masa aku buat mykad first generation paling aku tensen.. mungkin sebab org ramai time tuh.. kerani dia tak bagi info dengan tepat dan cakap macam mau tak mau je...
last-last... ic aku alamat KL.. alamat rumah sewa aku...
Jadi.. kalau aku buat jahat ke pape ke.. memang polis tak leh cari aku kat umah.. heheheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by me_shhiza at 12-1-2008 12:03 PM
Ibu sedih layanan petugas kaunter JPN
BARU-BARU ini saya telah pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)daerah Jelebu bagi urusan penukaran nama anak. Untuk pengetahuan umumanak saya telah diber ...



EI..GERAMNYE DENGAR CITER KO NI.

kalau memang maki minah tuh..
seb x jumpe kerani yg tuh..
kalau lah jumpe mau kene sedas haku..

[ Last edited by  tatin_pink at 12-1-2008 12:30 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 12-1-2008 12:29 PM | Show all posts
Originally posted by i212 at 12-1-2008 12:21 PM
Ni pengalaman aku...

Aku nak gi amik IC kat JPN sri kembangan...
Sampai tepat kul 5.00pm..
Pintu tak kunci lagi.. so aku masuk la...
terus la gi kat satu kaunter nih...

aku tanya.. dah t ...


tapi kalau ada apa2 hal berlaku susah gak polis nak cari kau especially kalau melibatkan kemalangan.. bukan aku mendoakan tapi maksud aku kalau benda tak elok terjadi.. so skrang kau dah tukar alamat tetap ke belum?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 12:31 PM | Show all posts
Originally posted by tatin_pink at 12-1-2008 12:29 PM



EI..GERAMNYE DENGAR CITER KO NI.

kalau memang maki minah tuh..pedulik kite cara lebih2 plak..
seb x jumpe kerani yg tuh..
kalau lah mau kene sedas haku..


iza rasa benda nie akan berterusan selagi kita duduk diam dan tak berani sound.. kena sound sekali baru dia tersedar kut..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 12:33 PM | Show all posts
Ada juga kakitangan awam yang baik dan mesra alam..ada jugak ramai yang tak mesra alamnya..anis masa berurusan kat jpn seri kembangan n putrajaya pun, deme layan bagus jerr..kat lhdn tu mungkin kerani tu tengah gaduh dengan suami dia kottttt...kuikuikuikuikui...

Anis kalau org tu kasar dengan anis, memang anis akan lawan balik..kat kaunter jpj padang jawa pun anis pernah sound direct kat kerani tuuuuuuu.....sekali anis smash..terdiam dia..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 12:38 PM | Show all posts
Nie lagi satu story pasal pak guard pulak...

Terkilan sikap kasar pengawal Masjid Putra

SAYA ingin meluahkan rasa terkilan kerana apa yang saya lihat pada Hari Raya Aidiladha tempoh hari atas sikap kasar pengawal keselamatan di Masjid Putra, Putrajaya terhadap pengunjung yang datang.

Ia adalah disebabkan terdapat segelintir pengunjung yang mungkin teruja dengan keindahan landskap dan hiasan di sekitar masjid tersebut maka mereka ingin mengambil gambar untuk dijadikan kenang-kenangan.

Oleh kerana asyik berposing dan mencari lokasi sesuai untuk bergambar, mereka telah tersalah memanjat tempat larangan iaitu tempat air pancut yang tidak dibuka pada waktu itu.

Apa yang memeranjatkan saya ialah sikap pengawal keselamatan yang tidak mesra pengunjung dengan lantang meniup wisel dan menghalau pengunjung tersebut.

Jeritan pengawal itu mengejutkan pengunjung sekitar termasuklah saya yang pada ketika itu melalui kawasan tersebut.

Saya pada mulanya terfikir berlakunya penculikan, rompakan, ragut atau apa-apa perkara jenayah, tetapi rupa-rupanya pengawal itu menghalau pengunjung. Dek kerana malu dan terkejut, maka dengan tersipu-sipu pengunjung berkenaan beredar.

Tiadakah cara lebih bersopan untuk menangani kes-kes sedemikian? Mengapa pengawal itu tidak menghampiri pengunjung terbabit seterusnya memaklumkan bahawa di kawasan tersebut tidak dibenarkan memanjat kerana dibimbangi akan merosakkan peralatan air pancut tanpa perlu memekik atau menjerit?

Bukankah itu cara yang lebih praktikal dan secara tidak langsung akan membuahkan rasa segan dan hormat kepada pengawal itu selain tidak menjatuhkan air muka pengunjung terbabit.

Apa yang dikesalkan ialah sikap pengawal keselamatan tersebut tidak mencerminkan slogan Budi Bahasa Budaya Kita yang ditegaskan berkali-kali oleh Perdana Menteri.

Ini disebabkan oleh pihak keselamatan seperti polis dan tentera pun tidak dilatih untuk bersikap kasar dan kurang sopan kecuali terhadap penjenayah dan musuh negara.

Seterusnya saya ingin menyeru kepada pihak yang bertanggungjawab agar memberikan latihan dan kemahiran yang secukupnya kepada anggota keselamatan yang berurusan dengan masyarakat awam.

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:39 PM | Show all posts
ni bukan tak mesra alam.. tp tak mesra rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:49 PM | Show all posts

Reply #1 me_shhiza's post

kalau aku.. sound depan2 tu juga... siap jerit.. lagi...
pengalaman aku, dgn bangla stesen minyak.. dah boleh cakap melayu.. eksen plak dia..
aku bg duit rm 7..
pakai moto LC Ymaha.. aku isi pelan2.. takut tumpah.. pasal dah nak penuh.. kira.. aku goyang2kan body motor tu.. dia aku turun balik minyak tu.. lama juga. .. pump ade banyak yg lain kosong.. ade mamat tu boleh plak berhenti belakang aku.. aku biar la.. dia bayar.. dia tunggu.. aku peduli ape.. last2. bangla tu suruh aku letak.. kira aku nie sopan sikit.. aku letak aje la.. ake pg dkt dia, aku tanya, kenapa?
dia bagi aku duit belen.. sambil cakap, dah penuh kan?
alamak.. angin aje aku.. aku jerit depan dia..
AKU BAYAR LA...!!!!!!!
berubah muka dia.. aku jerit kuat la juga pasal geram.. lepas tu suara mcm dah tak leh kuar dah.. tapi, skrg aju datang.. dia diam aje...
moral of the story.. kalau buat macam tu.. pastu, mesti dia malu.. dan cepat sedar kesalahan dia.. dia akan pakai otak, dan pikir.. tak leh nak buat macam tu...
so.. lepas nie shhiza, kau kena buat sesuatu utk nampakkan kau ade hak utk bersuara..

p/s; kalau salah, tolong tegur... aku manusia, tak lepas dr melakukan kesalahan.. aku akan cuba belajar dr kesilapan..

[ Last edited by  j03zul at 12-1-2008 12:50 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:36 PM | Show all posts
most gov sector x mesra alam tu belum lg ckp bab service.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:38 PM | Show all posts
Aku teringat cerita kawan aku kat JPN Penang. Dia nak buat IC baru, tapi perempuan ni (mengandung) tak inform pun yang kena ambil gambar dulu. So dia pun dok lepak la dulu.

Bila sampai giliran dia, perempuan tu pun bising-bising la kata tak faham bahasa la, tak sekolah la. Kira memang kalau kena pada kita, kita rasa biadap le.

Kawan aku pun sergah la balik. Dia tanya nama perempuan tu dan nombor IC dia. Dia nak report. Perempuan tu terkebil-kebil la. Tak sangka ada orang berani nak lawan. Terus dia cakap pergi ambil gambar dulu. Member aku yang marah ni pun menyumpah la, dia cakap : "Ko jangan nak tunjuk kurang ajar. Ko melantak hari-hari pun pakai duit rakyat. Silap-silap nanti anak dalam perut ko keluar rupa biawak."

Time tu orang tengah ramai. Perempuan tu terus keluar nangis-nangis. Lepas tu guard cakap kat kawan aku yang perempuan tu memang perangai macam tu. Even dengan makcik pakcik tua pun dia biadap.

Pada semua kakitangan kerajaan yang kerek nak mampus tu, jangan lupa diri. Makan pun rakyat kasi duit, nak berlagak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:38 PM | Show all posts
nasib aku tak pernah kene.. kalau kene mau aku balas balik.. tak pun pangeyl macam ni "mane pegawai ko"
haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 01:47 PM | Show all posts

Reply #15 juwaini's post

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2008 01:47 PM | Show all posts

Reply #15 juwaini's post

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 02:08 PM | Show all posts
Originally posted by juwaini at 12-1-2008 01:38 PM
Aku teringat cerita kawan aku kat JPN Penang. Dia nak buat IC baru, tapi perempuan ni (mengandung) tak inform pun yang kena ambil gambar dulu. So dia pun dok lepak la dulu.

Bila sampai giliran ...



bravo la kwn ko tu..
kalau aku jd pompuan tu maunye aku mc sebulan menanggung malu..hehehe

tp tu satu cara yg paling bagus untuk menyedarkan org yg xde budi bahasa
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by tatin_pink at 12-1-2008 02:08 PM



bravo la kwn ko tu..
kalau aku jd pompuan tu maunye aku mc sebulan menanggung malu..hehehe

tp tu satu cara yg paling bagus untuk menyedarkan org yg xde budi bahasa

Sebenarnya aku nak tulis kawan aku tu sebagai aku. Tapi takut nanti kena fire sebagai Umat Isele yang tak berakhlak mulia pulak.
Silap besar la dia buat gitu sebab bapak kawan aku Pengarah JPN Penang..

[ Last edited by  juwaini at 12-1-2008 02:21 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 03:09 PM | Show all posts
buang ja pekerja tu. lenkali publicise nama terus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:02 AM GMT+8 , Processed in 0.425961 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list