CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tuahayam

Guru Data

[Copy link]
Post time 12-1-2008 02:44 PM | Show all posts

Reply #14 lizawpl's post

guru yang akan memegang jawatan ini adalah guru DG41. elaun? hehe guru kaunseling pun guru luar norm juga tiada dapat elaun. rasanya dah dapat kurang waktu mengajar tu pun dah kira elaun la. kalau nak kira elaun, patut guru yang dok bertungkus lumus menjayakan program tersebut sebelum ini pun dah kena dapat elaun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2008 02:59 PM | Show all posts

Reply #20 CharlieDale's post

aku dh bagitau gpk 1 aku.. kalu aku jadi guru data pun.. kelas subjek teras aku tak nak buang.. kelas tahun 6 matematik..

aku buang subjek elektif.. sayang kalu tak ngajar subjek teras..

tp aku kekadang terfikir.. dptkah seseorang guru data tu handle begitu banyak data dlm satu masa..walaupun masa mengajar 12 waktu...

sbb kalu sebelum ni leh gak mintak bantuan guru2 lain.. tp kalu masa ngajar kurang dr 12 waktu.. takut guru lain langsung tak nak bantu dgn alasan masa ngajar kita skit..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 03:24 PM | Show all posts

Reply #22 tuahayam's post

memang sesuatu perkara itu ada pro dan kontra nya. cuma saya fikir elok saudara tuah fikirkan yang mana bagus utk anak murid. kadang-kala kita buat kerja utk kepuasan diri. tapi pada hemat saya, memengang guru data dengan segala data atas tanggungjawab kita merupakan satu tugas yang agak berat sebagai contoh utk data murid sahaja, awal tahun kena kemas kini dan kemasukan murid tahun 1, kemudian mesti GPK minta utk senarai RMT, layak KWAMP dan segalanya, dan mungkin akan kerap keluar. kalau pegang subjek teras, memang ia akan mengganggu tapi kalau subjek elektif ni bolehlah nak dikira lagi. kalau tertinggal pun kata orang boleh kejar. kalau masih nak kepuasan diri utk mengajar matematik thun 6, mungkin saudara boleh luangkan mas amengajar tuisyen ke kelas tambahan ke, sebagai membantu.

bab cikgu len tak nak bantu tu, adat manusia biasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-1-2008 04:47 PM | Show all posts

Reply #23 CharlieDale's post

Insyallah rasanya mampu memang guru data + mengajar tahun 6 subje teras.. kelas elit lak tu ..

tp dah bagitau gpk1.. kalu aku rasa cam berat dan tak mampu aku akan suruh sekolah calonkan guru data yang baru.. aku akan tarik diri dari jadi guru data ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 08:28 PM | Show all posts
kalo dalam pekeliling tu dia ada bagi syarat DG29/41 kan..
tapi
bole ke guru data nie DG32 coz kat sekolah aku cikgu ni yang pegang data..
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 08:37 PM | Show all posts
ko orang dah dapat ke surat perlantikan? aku baru aje terima surat pencalonan. yang tercalon tu confirm dapat ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2008 10:26 PM | Show all posts

Reply #25 miss_qistina's post

Setakat ni hanya cikgu DG41 sahaja, kalau dah tak da DG 41 barulah yang DG 34 akan dicalonkan.

[ Last edited by  CharlieDale at 12-1-2008 10:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2008 12:36 AM | Show all posts
tapi setau aku DG 32 n DG44 takleh dicalonkan sedagai guru data sebab consider tu tangga naik  pangkat yang memang dah pegang banyak jawatan..

betoi ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2008 07:21 PM | Show all posts

Reply #28 miss_qistina's post

alaaa....kan nanti ramai cikgu KPLI DG41 masuk, kalau dah tak dasangat kat sekolah tu baru yang DG 32/34 ni masuk. dan DG 29 pun kan dah semakin ramai sambung study.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 06:27 PM | Show all posts
tak seme owang nak jadi guru data exp bagi yang takutkan komputer...
susah laa sket nak cari calon..

aku nak tunggu jawatan guru penyelaras ict bestari coz aku pegang makmal komputer, sayang laa plok nak lepaskan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 07:14 PM | Show all posts

Reply #30 miss_qistina's post

aku pun pegang gak jawatan penyeleras.. tp sebab dah takde org.. terpaksa la terima..
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2008 07:50 PM | Show all posts

Reply #31 tuahayam's post

teruk laa sket keje ko erk..
make sure masa ko mengajar dikurangkan laa ikut syarat yang ditetapkan...


aku ada gak dioffer tapi cikgu DG32 tu calon pertama..
kalo dia takleh cam aku jek yang kena..

kalo dia boleh lagi baik..
boleh aku pokes pada makmal komputer je..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2008 09:47 PM | Show all posts

Reply #32 miss_qistina's post

hehe.. aku juga s/u jadual waktu sekolah..

walaupun dia suruh guru data tak lebih dari 12..

aku ambik 16 waktu..

14 waktu.. math
2 waktu - pjk

insyallah sempat.. pasal kalu nak masuk data tu aku lebih suka buat kat rumah.. kalu kat sekolah serabut skit..

tp makmal komp aku.. dah 2 minggu takleh beroperasi lagi.. pasal aku bz tak sempat nak handle lagi.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2008 02:25 PM | Show all posts

Reply #33 tuahayam's post

hehehe, buat kerja data ni memang bukan boleh ramai ramai...sakit kepala. aku lebih suka buat time tak da orang. petang macam ni ke, pagi 2 3 pagi ke. buat sementara ni aku pun tak buat apa lagi, menanti keputusan pihak atasan. lagipun tgh bz dengan jawatan baru, SU Koku merangkap GPK koku sebab GPK koku aku macam blur..tapi aku pun blur namun alhamdulillah cikgu SU Koku lama banyak emembantu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2008 09:02 PM | Show all posts
tadi gpk 1 aku jumpa dan mintak aku lepaskan jawatan sebagai penyelaras makmal komputer sbb tak nak bebankan aku..

mmg niat sekolah bagus.. tp rasa gak sedikit sedih kerana sejak tahun lepas aku dah bertungkus lumus menceriakan makmal dan membaiki aspek pengurusan makmal sehingga makmal komputer terpilih mewakili daerah dan tahun ni ada beberapa perancangan dah untuk memaksimumkan penggunaan makmal sebagai tempat P& P . dan thn ni ada beberapa org murid aku dah lantik jadi pengawas khas makmal bagi membantu tugas.

Baru pagi tadi aku jumpa dengan pengawas2 ini dan membahagikan tugas-tugas seperti mengemaskini papan kenyataan makmal setiap hari ahad.. menulis berita aktiviti sekolah dlm laman web sekolah, membersihkan makmal, ..

dan tahun ni aku baru nak concentrate pada memperkenalkan web sekolah yg baru aku buat kepada murid2..

dan waktu tengahari GPK 1 jumpa dan mintak aku lepaskan jawatan penyelaras sbb pentadbir hendak kurangkan beban kerja aku.. satu niat yg bagus...

apa aku takutkan.. jika jawatan penyelaras makmal komputer ini diberikan kepada org lain.. makmal komptuter sekolah aku akan kembali seperti sebelum aku pegang 2 tahun lepas.. suram sesuramnya.. dengan pintu yang sentiasa berkunci... dengan keadaan makmal yang kurang terurus... dgn fail yg kurang dikemaskini.. dgn tiada perancangan..

namun apa daya kerana beban tugas guru data nanti yg begitu berat aku rasa maybe terpaksa juga lepaskan jawatan penyelaras makmal..

entahlah.. hati aku cam berbelah bagi lak bile mengenangkan mende ni sama ada tindakan aku menerima jawatan guru data adalah perkara yg betul atau tidak... menerima sbb terpaksa dan tiada org lain..

namun kerana surat pencalonan telah pun dihantar.. nak tak nak aku terpaksa tempuhi juga... Kerana kata-kata "Saya Yang Menurut Perintah" akan terus tersemat dalam diri aku..

[ Last edited by  tuahayam at 17-1-2008 09:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 05:56 AM | Show all posts

Reply #35 tuahayam's post

wah sedihnye dengo....
memang guru data akan dibebankan dengan pelbagai data lepas nih..
n maybe akan tak ada masa untuk fokus pada makmal

aku pon sayang gak ngan makmal aku
walopun aku pompuan tapi sentiasa berharap takde cikgu lelaki yang lagi terer komputer dari aku datang kat sekolah aku...
sayang ooo...
kita dah buat macam2 pastu terpaksa lepaskan plak..

sabo je laa encik tuahayam..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2008 11:37 AM | Show all posts
Jumaat tadi baru jer buat in house training utk cikgu yang DG41 yang bakal mengambil alih tugas yang sepatutnya aku pegang kembali tahun ini. tempat saya punya cara, even dah ada yang pegang jawatan guru data tapi masih ada lagi wujud sistem pembantu. mean walaupun dia pegang semua data tapi pecahannya masih seperti dulu dengan akan ada 5 orang guru pembantu utk 5 sistem data yang berbeza.tapi tak tau la tempat korang camner.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 11:43 AM | Show all posts

Reply #35 tuahayam's post

cikgu tuah..
can you list down the summary of what exactly the function
of guru data -

it is much appreciated -

* banyak lak post yang saya nak go thru so i would be
so grateful with your help -

thanks cikgu tuah -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-1-2008 07:27 PM | Show all posts

Reply #38 dexa's post

Guru data bertanggungjawab membantu pihak pengurusan dalam urusan data-data sekolah. Antara sistem yang perlu dihandle

1.Emis.. data maklumat guru dan infrastruktur sekolah
2.SSDM .. data maklumat displin... data mengenai kesalahan salah laku murid
3.Sisteks.. data buku-buku teks di sekolah
4.SSDM. data maklumat murid secara terperinci.. yg ni antara paling letih... sbb kena key in begitu byk mende...
5.sistem peperiksaan(di trg pakai sistem E-Pantau).. data-data maklumat peperiksaan..

tu antara sistem aplikasi yang dipakai disekolah yg akan dihandle oleh guru data...

lepas tu ada data-data lain juga perlu dihandle.. seperti data-data kokurikulum.. data-data yg diperlukan oleh pihak jabatan..

mmg byk data yg nak kena handle.. semua data-data di sekolah.. kira kalu pihak jabatan hendak apa-apa maklumat.  guru data akan bertanggungjawab memberikan data tersebut...


Reply  #37 CharlieDale  post


kalu camtu best la gak.. sbb ada pembantu.. tak pening kepala.. arap2 sekolah aku camtu kan best.. haha

Reply  #37 miss_qistina   post


mmg sedih.. tp setakat ni aku masih pegang lagi.. tp nanti bile byk data nak kena handle dan ada surat pengesahan rasmi dari jabatan sebagai guru data aku akan melepaskan gak jawatan guru penyelaras makmal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2008 08:08 PM | Show all posts

Reply #39 tuahayam's post

thanks cikgu tuah -

saya appreciate that -- interesting task eh!!! -

nanti cikgu mesti sebok sokmo -
tapi walau sibuk mana pun
jangan lupa berforum and give more info kat sini tau!! -
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.374140 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list