CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skgerl

CERITA SERAM YANG PERNAH KORANG ALAMI ver 2.0

[Copy link]
Post time 22-2-2008 09:41 AM | Show all posts

Reply #460 skgerl's post

selekeh mcm tu sk....mana la puntianak jantan selera nak tengok....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2008 11:28 AM | Show all posts

Reply #461 fatz2's post


siot je
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2008 06:14 PM | Show all posts

Empat bujang berdepan pocong (sambungan...)

Terkejut lihat pocong duduk sebelah rakan.

  Ketibaan kami di rumah Pak Sukades disambut dengan penuh mesra. Kemudian kami dibawa untuk melapor diri ke pejabat kepala desa (penghulu).

  Setiap orang luar yang datang ke sesebuah kampung dimestikan melaporkan diri lke pejabat penghulu. Di sana, kami diperkenalkan kepada seluruh 'orang besar' kampung dan pak kiyai setempat.

  Malam kian larut dan kami semua bermalam di berandah rumah Pak Sukades.
  
  Lepas Azhar, Zulkarnain beranjak tidur. Saya dan Mohsin berborak di berandah yang menghadap ke arah surau tua dan pejabat penghulu. Di belakangnya adalah tanah perkuburan. Jam saat itu menunjukkan 1 malam.
  
  Tiba-tiba, Mohsin melihat ada satu bayangan putih seperti mayat yang dibungkus kain kafan, atau apa yang dipanggil pocong.

  "Eh... engkau nampak apa benda tu?" tanya Mohsin sambil memegang bahu saya dengan begitu keras.

  "Nampak apa?" saya bertanya kerana saya memang tidak nampak apa-apa yang ganjil.

  "Itu... tu... pocong!!" tambah Mohhsin lagi. Mata saya pantas melihat ke arah yang ditunjukkan itu.

  Dan ... saya terlihat sesosok tubuh yang dibungkus kain kafan sedang melintas di antara pohon mangga dekat surau menuju ke arah belakang pejabat penghulu. Kami terus berteriak: "poconggggg...!!!"

  Zulkarnain terkejut, lantas bangun dari tidur. Begitu juga Azhar. Kami berempat secepat kilat membuka langkah seribu... berlari masuk ke dalam rumah.

  Seisi rumah bangun dan terpinga-pinga bertanya. Saya dan Mohsin menceritakan apa yang baru kami lihat. Seisi rumah jadi ketakutan.

  Akhirnya kami empat bujang terang tang tang berpakat untuk tidak tidur malam itu. Tapi setelah jam 3 dinihari, ternyata rasa mengantuk mengalahkan kami.

  Kami akhirnya terlelap di lantai ruang tamu di dalam rumah itu. Mohsin sahaja yang tidur di sofa tunggal yang ada di situ.

  Sekitar 4 pagi, kami dibanguntkan oleh pekikan Mohsin yang begitu kuat.

  Ketika membuka mata, saya terkejut melihat sesosok pocong sedang duduk di sebelah sahabat kami yang kelihatan menggeletar di atas sofa itu. Beberapa detik kemudian Mohsin pengsan.

  Kami lihat tatapan mata pocong itu sayu, kulitnya melepuh dan bernanah.

  Kami semua serentak membaca ayat Kursi dan memohon perlindungan Yang Maha Esa.

  Tiba-tiba sosok itu mulai mengeluarkan asap dan akhirnya menghilang.
Beberapa saat berikutnya, kami semua menjadi seakan-akan kaku. Tergamam. Terdiam. Setelah sedar kami berasa seolah-olah baru sedar daripada suatu mimpi ngeri. Lalu kami meluru ke Mohsin dan berusaha memulihkannya..

  Sekitar 5.50 pagi, setelah menunaikan solat subuh, pintu rumah diketuk oleh Pak Bambang, seorang penduduk tua yang diperkenalkan kepada kami ketika berkunjung ke pejabat penghulu kelmarin.

  Pak Sukades menyambutnya dan Pak Bambang memberitahu bahawa salah seorang penduduk kampung itu meninggal dunia malam tadi.

  Siangnya, kami dibawa Pak Sukades menziarah rumah si mati, sekadar mengucapkan rasa duka cita kepada waris-warisnya.

  Setelah dipersilakan masuk, kami membacakan surah al-fatihah di samping jenazah.

Tetapi alangkah terkejutnya kami apabila melihat wajah orang yang meninggal itu serupa dengan pocong yang kami lihat malam itu !.


Oleh HELMI ABU BAKAR
Bukit Batok East.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 01:31 PM | Show all posts
Last week my younger brother told us abt his friends. He & a group of S'pore teacher study kat UM in KL. So every weekends either Thurs or Fri dorang carpool and balik S'pore. Nak jadikan cerita...baru2 ni dah dua kereta jumpa cek kak on the way home. Usually around machap area. The 1st car, cek kak tu duduk kat bonet depan kereta. Maklumlah...kereta kat dlm semua penuh takde tempat dia nak duduk.   The passenger inside terlopong tengok lepas tu dia terbang.

The 2nd car pulak nampak dia betul2 in front of the car. They got no choice but to go through her cause they are in the middle of the road. Cek kak tu terus terbang kat atas. Bila dorang tengok belakang cek kak tu dah takde....Hmmmm kat atas bumbung kereta ke? Wallahualam.....

My mum kata kan dah cakap JANGAN PANDANG BELAKANG I told my brother....dah dua kereta jumpa next wk kereta dia pulaklah cek kak tu tumpang....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 11:14 PM | Show all posts


This ghost video hoax costs $100,000

THE "ghost video" - actually a publicity stunt - that was widely circulated via e-mail here last month cost recruitment and HR consultancy group GMP just $100,000.

What it got in return was more than 250,000 views on YouTube and wide media coverage, after it was first posted on citizen media website Stomp. Created by McCann Worldgroup Singapore, the video first appeared online on April 21.

It showed what appeared to be CCTV footage of two men being followed out of an office lift by the ghost of an old woman.

Mr Farrokh Madon, executive creative director for Mc- Cann, said in an article in Marketing Magazine that the "Raffles Place Ghost" is a "fantastic example of how a big idea can magnify a small advertising budget".

"Besides great awareness, there was a lot of traffic to the GMP microsite and the number of CVs uploaded increased exponentially," he added.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2008 01:15 PM | Show all posts

Reply #464 Izzana's post

Izzana.. baca ur posting seram seyyy
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2008 01:10 PM | Show all posts

Reply #464 Izzana's post

kat Dearah Machap dah banyak cerita kisah cik pon ini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 10:04 AM | Show all posts
Putri nak share citer seram ni ngan teman2 disini.
Kisah ni teman putri yang beritaww kat putri.

Kisah berlaku disebuah asrama diseberang tambak, diasrama pelajar wanita.
Selalunyer, para pelajar akan menghadhiri kuliah2 mereka pada siang hari, menyelesaikan kerja2 assignments yang diberi, keperpustakaan untuk ulang kaji etc
Jadi setelah selesai semua urusan2 ini, para pelajar ini akan kembali keasrama mereka.
Hari dah sampai kepetang dan waktu senja dah hampir menjelma...
Setelah penat seharian diluar, Mila (bukan nama sebenar) duduk disofa tuk berehat seketika. Setelah hilang penat, dia pun bergegas tuk membersihkan diri, mandi, mencuci pakaian dan bersolat. Baju yang telah dicuci itu diletakkan diluar kamar mandi kerana ia ingin bersolat isyak dahulu.
Satelah menyelesaikan solat isyak, Mila duduk seketika membaca akhbar.
Hari semakin malam...
Selesai membaca, Mila pun bangun untuk masuk tidur...
Teman sebilik Mila mencelah, "Mila, Awak belum lagi menyidai pakaian2 cucian awak tu..."
O' ooooo baju yang dicucinyer tadi belum lagi disidai diampaian luar sana...
Dengan cepat Mila menyapai baldi yang berisi pakaian cucian itu terus ke laman ditepi asrama...
Mila terus menyidai pakaian2 nye....
Takde angin takde riibut, tiba2 beberapa cucian yang telah dijemur tadi terjatuh ketanah...
Tatkala Mila hendak membongkok untuk mengangkatnye kembali, Mila ternampak ada seorang wanita berdiri tak jauh dari situ memerhatikannya...
Didalam hatinye Mila berbisik, "Alamammmakkk, sape tu..."
Hatinye mula berdebar2 seram...
Dengan cepat lagi Mila menyidai dan menyepit baju2 cuciannya itu...
Didalam hatinye ia berbisik lagi, "Dah selesaipun...
Tiba2 suara itu menjawab, "Dah selesai ke atau takuuuuuut ...."
Apa lagi, tanpa lengah2, Mila cepat2 meninggalkan tempat itu sambil membaca apa2 ayat pendinding yang dier tahu agar 'bende' itu tidak mengekorinya...
Sejak kejadian itu, Mila tidak lagi menjemur cuciannye diwaktu malam...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.258190 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list