CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11481|Reply: 43

Tolong: Masalah Beli Rumah 2nd Hand

[Copy link]
Post time 29-10-2007 03:08 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum dan salam sejahtera tuan tuan,

Ini pengalaman pertama saya dalam rumah beli rumah.

Detail mcm ni;
Jenis rumah : 2nd Hand rumah flat
Tarikh S&P : December 2006
Lawyer Saya dan Lawyer tuan Rumah ialah lawyer yg sama Saya namakan : Lawyer A
Lawyer Bank : Lawyer B
Bank : CIMB
Pemaju : Melombong dan Perumahan (TALAM)
Harga Rumah 65k

Ringkasan cerita;
Saya sign S&P dgn owner asal pada December 2006 dgn menggunakan lawyer sama. Owner asal suruh saya sewa rumah tu sampai rumah tu jadi milik saya sepenuhnya.

March 2007 berjaya dapat loan 90% dari CIMB. Sign loan agreement dan bulan March 2007 dan tuan rumah asal masih ada hutang dgn Maybank dan Maybank lepaskan hutang tersebut pada Julai 2007. Jadi owner tersebut kata saya tak payah bayar sewa sbb dia dah takder hutang dgn bank. Saya sangat gembira. Saya kemudian membayar baki 10% cash pada owner asal.

Tapi dalam masa yg sama saya dikenakan progressive payment interest (PPI) lebih kurang RM200 sebulan dari CIMB yang mengatakan saya akan dikenakan PPI selagi owner lama tidak terima full payment dari CIMB.

Sampai sekarang Lawyer A terlalu lah lembab dan sampai ke hari ini (Oktober 2007) belum selesai. Owner asal rumah telah berubah fikiran dan kata rumah tu dianggap rumah dia walaupun dia tak berhutang lagi dgn Maybank. Jadi saya disuruh bayar sewa kepada dia spt biasa. Jadi saya terpaksa membayar sewa dan interest PPI setiap bulan.

Soalan saya;
-Benarkah rumah tu masih milik owner lama?
-Benarkan dia masih boleh tuntut duit sewa?
-Mcm mana nak pindah laywer sedangkan Offer letter loan agreement dari bank sudah di sign.
-Boleh kah saya cancel membeli rumah ini jika banyak sangat masalah yg tak sepatutnya saya hadapi datang bertalu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2007 03:21 PM | Show all posts

Reply #1 IndraPutra76's post

Mmm.CIMB buat payment kepada Maybank ataupun tuan rumah asal ?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 03:38 PM | Show all posts

Reply #2 arifjoe_arifjoe's post

Biasa kalau tuan rumah ada hutang dengan bank tempat dia buat loan (dalam kes ini maybank)..bank yang pembeli buat loan tu (dalam kes ini CIMB) akan clearkan dulu berapa baki hutang tu kat maybank, bakinya baru bayar kepada owner asal.

dalam kes atas, sepatutnya owner asal dah tak ada hak atas rumah tu sebaik sign S&P...dia hanya tunggu baki duit dari bank CIMB dan tak boleh dah nak ambik duit sewa kat pembeli.Lawyer buat kerja lembab, cadangan anis, ari2 call lawyer tu..pehtu maki hamum sikit....sorry...kalau ini idea bodoh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2007 03:49 PM | Show all posts
arifjoe_arifjoe
Saya tak pasti..sbb ni 1st time dan saya takder pengalaman.


AnisSuraya
Betul ke owner tu takder hak sebaik jer bila dah sign S&P? Kalau mcm tu dia dah kutip duit sewa kat saya dari December 2006 lagi. Lawyer A ni pulak rapat dgn owner asal tu.

Saya dah la gaji rendah, mampu beli flat jer. Wife tak kerja. Anak baru lahir. Tergamak dia tindas saya.

[ Last edited by  IndraPutra76 at 29-10-2007 03:52 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 04:06 PM | Show all posts

Reply #4 IndraPutra76's post

Indra,
Ini pengalaman anis lah kan...dulu anis beli rumah pun second hand..dan kes dia lebih kurang mcm kes indra..iaitu owner asal ada lagi baki loan kat bank...lepas tengok rumah dan anis bersetuju nak beli, anis bayar d/p kat owner tu, kemudian set hari dan tarikh utk jumpa lawyer dan sign S&P (lawyer yang sama jugak dan owner asal yang rekomenkan, anis ikut jer), kos sign S&P ni anis yang tanggung kedua2nya iaitu kos utk anis dan juga kos untuk penjual...

Bila dah sign S&P, anis uruskan pulak utk buat loan...loan lulus cuma 90%, baki 10% ni anis kena bayor ke owner asal..so anis bayor ler kat owner tu...lawyer bank tu, anis guna lawyer yang sama gak dengan lawyer masa sign S&P tu (mmg lawyer tu salah sorang lawyer panel bank tu)..Bila Loan dah lulus, kemudian bank tersebut settelkan banyak mana yang owner asal tu sangkut kat bank...dan owner asal itu dah tak kacau rumah yang anis beli tu sebab dah sign agreement jual beli tu (S&P), kalau ikut logik pun, owner tu dah tak ada hak sebab dia dah sign S&P....owner tu hanya tunggu duit jerr dari bank  dan juga baki 10% tu dari pembeli...kalau dah bayor, tunggu jer dari bank..jadi dia dah tak ada hak sebenarnya nak kutip sewa ke apa ke kat rumah yang dia dah jual tu..lagipun maybank tu dah lepaskan semua tanggungan owner tu maksudnya bank cimb dah bayor ler kat maybank tu..jadi..dia sebenarnya dah tak boleh nak kutip sewa sebab rumah itu bukan milik dia lagi..tapi mungkin sebab indra tak tahu prosedur..jadi dia sengaja mainkan indra...cuba tanya kat lawyer lain...tanya bagaimana yang sepatutnya sebab dulu lawyer anis bagitau...sign jer S&P, loan lulus...owner asal dah tak ada kena mengena dengan rumah tu lagi...lagipun indra bagitau, maybank dah lepaskan hutang owner asal tu..makna CIMB dah bayor separuh kat maybank loan tu, bakinya tergantung mungkin sebab lawyer tu buat kerja main2..mungkin urusan pertukaran nama ke, apa ke..tak siap lagi..gertak jer lawyer tu.....Indra kena tahu prosedur2 dia..kalau dak..memang kena main/kapur.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2007 07:13 PM | Show all posts
cuba check balik dalam S&P tu, tengok bila tarikh penyempurnaan (completion date) perjanjian tu. tak semestinya bila kita sign S&P, tuan rumah tu dah jadi milik kita. byright, kalau rumah tu dah bertukar kepada nama kita, then baru kita boleh claim rumah tu dah jadi hak kita yg sah dan tuan rumah asal dah takde hak lagi ke atas rumah tu. so, dia dah takde hak utk mintak kita bayar lagi sewa.

biasalah, kalau beli rumah ni memang makan masa sikit sebab ni melibatkan byk pihak i.e bank, pejabat tanah, PBT, developer dll. kadang2 proses ni ambik masa lebih pada 6 bulan.

so, kenalah rajin buat follow up dgn lawyer tu, tanya apa masalah dan tanya progress mcmana.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2007 09:25 PM | Show all posts
Rumah tu dah menjadi milik Indra sepenuhnya pad Julai 2007. Proses mendapa hak milik memang lama, paling cepat pun 6-8 bulan. Biasa nya kelewatan ni disebabkan oleh pejabat tanah bukan sebab lawyer. Tetapi apabila bank telah mengeluarkan wang pinjaman yg 90% dan Indra telahpun bayar yg baki 10% tu, maka rumah tu dah jadi milik Indra sepenuhnya. Biasanya lawyer akan mengeluarkan surat pelepasan dari tuan punya asal apabila loan tu dah keluar. Selepas Julai 2007 tuan punya asal tidak boleh menuntut hak keatas rumah tu lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 06:17 AM | Show all posts
haaa apa lagi Indra.........claim balik duit sewa dari aug - okt punyer. kalo owner tu tak pulangkan biar dia makan duit haram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2007 08:35 AM | Show all posts

Reply #7 zerozone's post

Itu arrrr, sebenarnya owner itu dah tak ada hak ke atas rumah itu sejak Julai 2007 lagi..dia tak boleh nak kutip sewa ke atau kata itu masih rumah dia..Lagipun baki 10% dari harga rumah itupun dah dijelaskan (pastikan masa pembayaran cash itu dibuat, ada black n white).Pertukaran nama memang mengambil masa yang lama, lawyer kena mainkan peranan untuk mempercepatkan urusan tu...kalau lepas serah ke pejabat tanah dok senyap jer, memang ler lambat..kena selalu contact tanya perkembangan semasa ke semasa.

Pada anislah, sebaik sign S&P, loan lulus then bank  owner asal dah lepaskan tanggungan loan ke atas owner asal, jadi secara mutlaknya rumah itu adalah milik indra, jadi owner asal tak boleh nak tuntut sewa dan sebagainya..pertukaran nama memang ambil masa, tapi itu tak bermakna tuan rumah asal masih boleh mengaku itu rumah dia..Indra kena bayar every month interest lebih kurang 200 tu adalah sebab CIMB dah keluarkan sebahagian dari loan yang dibuat oleh Indra untuk dibayar kepada maybank (ini sebab untuk pindahan geran rumah tu dari maybank ke CIMB, jadi CIMB kena bayar berapa baki loan owner tu untuk dapatkan geran tersebut untuk dijadikan cagaran di CIMB pula dan proses selanjutnya)...sebab itu indra dah start kena bayar sebab CIMB dah bayar sebahagian dari loan tu.Proses yang indra lalui sekarang sama jer macam anis lalui dulu..tapi alhamdulillah sebab owner rumah tu dah tak kacau rumah tersebut selepas sign S&P, selepas 10% baki d/p dibayar dan selepas bank deme lepaskan tanggungan loan mereka...tapi owner rumah Indra beli nih memang jenis lorat dan tak bertimbangrasa dan mungkin jenis suka makan duit yang bukan hak milik mereka...

Indra gertak jer tuan rumah asal tu...tak pun cuba tanya kat tribunal pengguna ke atau pihak2 yang lebih arif tentang hal2 ini..anis jawab berpandukan pengalaman anis jerr..Go..go...go...Indra!
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 11:32 AM | Show all posts
kesian indra..

pasal kena baya sewa ni..ada dgr member kena mintak byr sewa
umah tu umah lelong..pihak bank yg usulkan pada owner lama supaya minta owner baru bayar sewa..agaknye pasal nama tak tukar lagi ek?

byk belajar dari forum cari ni..dari tak tau bole jadi tau..tengkiu
ada gak perancangan nak beli umah 2nd hand..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 04:34 PM | Show all posts
Thanks for good info
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 04:40 PM | Show all posts
actually, selagi indra tak bayar habis baki pembelian rumah, indra tak ada hak lagi untuk tinggal disitu.mmg tuan rumah berhak kutip duit sewA dari indra.dlam kes ini saya rasa peguam indra menngambil masa terlalu lama untuk settlekan transaction ni.kesian indra.actually nak ikut snP hanya ambik masa paling lama 4 bulan.kalau tak settle, indra kena bayar interest dekat tuan rumah...dah bersyukur dia tak minta..cuba indra cek nalik snp tu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2007 04:51 PM | Show all posts
actually, indra blum ader hak untuk tinggal kat umah tu selagi baki pembelian umah tak habis dibayar lagi..(minta maaf kalau saya silap, sebab tak sempat nak baca semua)...kalau dah bayar semua oklah...tapi kalau blum, maksudnya CIMB bank blum bayar habis..indra takder hak.Tuan rumah berhak untuk kutip sewa dari indra sepanjang waktu tersebut.Buat pengetahuan semua, pada pandangan saya, pihak peguam mengambil masa yang terlalu lama sebenarnya disini untuk settlekan transaction.patutnya paling lamapun 4bulan.lebih daripada itu patutnya tuan tanah boleh claim interest dekat indra, tak salah 8%, cuba cek agreement sekiranya snp tu dah mati kena ada extention dari tuan tanah. kalau tuan tanah tak claim itupun dah patut bersyukur. Indra boleh PM saya kalau nak tahu lanjut.Insya saya leh tolong bagi advise. TQ.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2007 12:04 PM | Show all posts
Anis rasa bergantung gak pada owner asal tu..nak bertimbang rasa ke dak...macam anis...alhamdulillah..dua2 owner asal tak berkira..lepas sign S&P, bayar 10% d/p tu then bank tempat deme buat loan tu dah lepaskan tanggungan hutang deme...deme serah semua kat anis...deme dah tak masuk campur pasal rumah tu..pokoknya di sini...owner asal tu lah....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-11-2007 11:01 AM | Show all posts
mukmin101, zerozone, suziey, bottombikini, yuslinsha78, AnisSuraya dan kawan
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2007 12:47 PM | Show all posts

Reply #15 IndraPutra76's post

Anis simpati dengan masalah Indra..bersabarlah yer, ada ganjaran untuk orang2 yang sabar dan dianiaya..Pada pendapat anis, tak salah guna satu lawyer dengan owner asal untuk buat S&P sebab rumah2 yang anis beli second hand tu semua share lawyer tapi mungkin sebab owner asal jenis tak berkira dan bertimbangrasa, tak wujud pula sebarang masalah macam yang dihadapi oleh indra.

Bersabarlah yerr...dan selalulah berdoa minta kepada Allah supaya dipermudahkan semua urusan Indra..supaya dibukakan pintu hati owner asal itu untuk bersikap timbang rasa sesama hamba Allah.Kalau lawyer tu sengaja buat kerja lambat2 dan Indra ada bukti kukuh, Indra boleh majukan kepada Tribunal pengguna...Sabar yer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2007 02:34 PM | Show all posts
rasanya..benda tak berhati2 ni banyak org dah terkena...tak cek betul2.benda dah terlanjur...sepatutnyer indra tak pakai lawyer yang sama,especially yg baik dengan owner,mcmnilah timbul masalah selalu.banyakkan bersabar...mcm saya ckp..owner ada hak untuk kutip sewa selagi baki pembelian rumah dia tak dapat..sekarang indra kena cek betul2 kesalahan datang dari pihak mana?apa sebab transaction lambat bebenor nak disettlekan?cuba cek..lawyer sepatutnya professional, kalau ada negligence atau kesalahan dari pihak dia patut tak boleh dibiarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 05:08 PM | Show all posts
indra.. sy pun dlm proses beli rumah 2nd hand jugak.

sy dh sign s&p dgn owner since mid sept. loan semua dh approve.. 10/10 baru ni sy sign pulak s&p dgn pihak bank.. semuanya in control la wlupun ade sikit delay sebab tunggu kelulusan dr lembaga perumahan.
then last week bank kol sy ckp loan takleh release sebab valuation report takde lagi.
sy pun terkejut jugak sbb sy totally terlupa hal yg satu tu. dan tak sangka sy pulak yg kene follow up sendiri walhal valuer tu panel bank sendiri.
utk pengetahuan, valuer dh dtg inspection rumah tu end August 07. last week on monday receive call from bank yg bank still tak dpt lg valuation report... so, dh jadi keje pulak kene kol valuer hari2 tanya psl report utk umah tu. first (selasa - 30/10) person in charge tu ckp dah siap, juz tunggu signature bos. then kol lagi the next day.. next day smpi la ke hari jumaat still bg same reason. semalam sy kol lagi, pun reason yg sama... sy sabar lagi. then pagi tadi sy kol dia bg reason yg sama... then terus sy tanya kene ade 30 signature ke atas report tu smpi susah sgt nk dptkan sign.. pastu budak tu ckp takleh sign lagi unless sy tak bayo balance service fee diorg. ok.. sy ckp mana invoice. sdg kan dulu masa inspection sy dh bayo 60% pada dia, dan dia janji nk bg resit smpi hari ni sy tak dpt resit payment tu. klu invoice tak bagi.. mcmana sy nk buat payment? sy nk black n white... so, diorg dah fax invoice.. wlupun sy tau dia caj agak tinggi, tp sy tak bising. reimbursement saja smpi 200. walhal bukan wat apa keje pun kan. lawyer pun tak caj banyak mcm tu. tp ok.. esok dispatch dia akan dtg collect balance duit tu from sy.

esok jugak sy akan jadi caller setia valuer tu nk follow up pasal report umah sy.

dah bayo mahal2 tp keje lembap.. hangin jugak ni.

utk indra, sabar la.... tp bila owner tu still mintak sewa selepas bank u release payment ke bank owner, sy rasa ada yg tak kena tu. sy punya part tak tau lagi. sbb sy beli rumah yg sy tinggal sekarang. skarang still bayo sewa tp bulan ni lom bayo lagi sebab expect bank sy akan buat settlement dgn bank owner. so, akan bayar based on day la...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2007 09:33 PM | Show all posts
saya pun bermasalah dgn lawyer... lawyer cabut lari.. my hubby call hari2 tak pernah putus termasuk la hari sabtu... proses pelepasan hartanah dari pemaju tak sampai 4 bulan... itu adalah proses terakhir yg buat kami lambat... sbb lawyer kena jumpa pemaju asal (pemilik asal kitorang nyer rumah tu masih lagi pemaju) pastu dapatkan segala nika surat pelepasan watsoever...  hubby pun siap pegi kat pemaju mintak surat... dia call kedua orang ni hari2...

tuna dapat pengajaran gak dari topik ni sbb tgh plan nak beli kedai seken hen... InsyaAllah jika ingat, tak akan guna lawyer yg sama... biarlah lawyer owner, lawyer s&p, lawyer bank orang yg berlainan... so takde bias
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2007 08:44 AM | Show all posts
saya pun nak mintak tolong....saya takde pengalaman dalam halo ni..

saya bercadang nak beli 2nd hand house, RM 185,000 k dan ambil loan kerajaan...

skg ni baru bincang ngan  penjual....

dia nak : 10% daripada harga rumah selpas sign snp dan cadangkan saya amik/guna lawyer dia ( kawan dia).....lepas tu dia kata baru bincang bila bila saya berhak kutip duit sewa (memandangkan rumah tu skg disewa)..

soalan saya..

1) Berapa kos anggaran s&p kalau harga rumah Rm 185,000?
2) sapa yang perlu tanggung kos s&p penjual?
3) Lepas sign s&p baru saya layak apply loan keraaan (kalau ada yang tau la..)
4) Penjual berhak collect duit sewa sampai bila?

saya sgt2 berharap ada yang sudi explain.....sbb ni kali pertama saya nak beli rumah.. tkt kena tipu...


t. kasihhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.431226 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list