CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4789|Reply: 8

Akta perlindungan saksi

[Copy link]
Post time 10-8-2007 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 17-10-2009 23:49

Akta perlindungan saksi perlu
Oleh Syed M. Ridzuwan Syed Ismail


KUALA LUMPUR 9 Ogos
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2007 09:04 AM | Show all posts
PKR: Tiada perlindungan saksi, Nazri
08-10-2007 09:41:45 PM
Oleh SALHAN K. AHMAD  

PETALING JAYA: Tidak ada peruntukan undang-undang yang boleh melindungi pemberi maklumat berkaitan video dakwaan skandal kehakiman, kata Parti Keadilan Rakyat hari ini.

"Kami sudah periksa dalam dokumen Parlimen, rang undang-undang berkenaan tidak wujud," kata naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz yang mendakwa perlindungan sedemikian wujud.

"Bagi seorang menteri yang bertanggungjawab dalam hal-ehwal perundangan, beliau (Nazri) keliru tentang undang-undang yang sedia ada di negara ini," kata Sivarasa.

Peguam hak asasi itu berkata PKR bagaimanapun sedia menyokong rang berkenaan jika dibentangkan.

Nazri hari ini dilaporkan berkata pemberi maklumat tentang rakaman video itu -- didakwa membabitkan perbualan seorang peguam untuk mengatur pelantikan hakim-hakim kanan -- akan dilindungi menurut peruntukan undang-undang sedemikian.

"Kerajaan akan beri identiti baru kepada saksi berkenaan. Jadi, apa yang hendak ditakutkan? Ada pepatah Melayu menyebut 'takut kerana salah'. Saya rasa dia takut kerana dia sebenarnya bersalah," Nazri dipetik sebagai berkata. [Reaksi terbaru: Nazri akui tiada akta perlindungan saksi ]

Beliau mengulas keengganan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan sumber asal klip video itu dalam satu sidang media selepas diambil keterangan oleh dua pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) minggu lalu.

Anwar, yang mendedahkan klip video selama lapan minit itu bulan lepas, berkata saksi berkenaan sedia tampil ke hadapan jika diberi kekebalan dan perlindungan melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat perkara tersebut.

Sebelum itu, Sivarasa dan seorang pembantu Anwar turut enggan mendedahkan identiti pemberi maklumat kepada BPR sehingga mendorong badan itu memberi kata dua kepada mereka -- dedahkan atau didakwa menghalang siasatan.

Selain BPR, kerajaan juga menubuhkan panel siasatan khas yang diketuai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohd Noor pada 25 Sept lepas bagi menentukan kesahihan rakaman video itu.

Nazri juga dilaporkan berkata: "...kalau mereka (PKR) tidak beri kerjasama, kesahihan itu tidak dapat dipastikan dan ini akan menghalang panel daripada menjalankan tanggungjawab mereka. Jadi adalah penting untuk mereka dedahkan sumber mereka, jika tidak, (ia) boleh dijadikan kesimpulan bahawa mereka menipu."

Sivarasa, dalam kenyataan yang sama hari ini, berkata mereka sangsi dengan jaminan BPR kerana badan itu didakwa pernah cuba memaksa saksi menukar kenyataan dalam keterangan berhubung siasatan terhadap seorang pegawai tinggi polis.

Dakwaan kegagalan BPR menjamin perlindungan itu pernah disiarkan di sebuah blog, kata Sivarasa lagi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2007 09:05 AM | Show all posts
Nazri akui tiada akta perlindungan saksi
08-10-2007 09:31:10 PM
Oleh SHAHANAAZ HABIB  

KUALA LUMPUR:  Datuk Seri Nazri Aziz akan menyegerakan pembentangan Rang Undang-undang Perlindungan Saksi di Dewan Rakyat dan memastikan ia mengandungi peruntukan retrospektif.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata beliau berhasrat mengemukakan perkara tersebut di mesyuarat mingguan Kabinet esok.

Katanya, beliau menyokong langkah kerajaan memberi jaminan bahawa polis akan melindungi keselamatan peribadi pemberi maklumat berhubung siasatan video dakwaan skandal kehakiman.

"Kita mahu kerjasama sumber-sumber dan kita mesti menyediakan perlindungan (agar mereka tampil). Kita tidak boleh mengelak daripada tanggungjawab ini.  

"Kalau tidak, sesiapa sahaja boleh memberi alasan bahawa mereka enggan mendedahkan sumber-sumber kerana tidak wujud perlindungan (saksi) dan kita akan gagal menyelesaikan sebarang kes," katanya ketika dihubungi The Star.

Mengulas kenyataannya semalam bahawa pemberi maklumat telah sedia dilindungi Akta Perlindungan Saksi, Nazri berkata fakta sebenarnya adalah rang undang-undang itu masih lagi di peringkat penggubalan. [Lihat: PKR: Tiada perlindungan saksi, Nazri ]

"Apa yang saya maksudkan, memang sedia wujud mekanisme perlindungan polis (kepada saksi). Misalnya, menurut Akta Dadah Berbahaya atau Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, seseorang saksi atau sumber boleh menerima perlindungan polis," katanya.

Mekanisme seumpama itu, tambahnya, boleh juga diguna pakai dalam siasatan video perbualan, didakwa melibatkan seorang peguam yang sedang mengatur pelantikan hakim-hakim kanan.

Parti Keadilan Rakyat hari ini mempertikaikan kewujudan akta sedemikian seperti kenyataan Nazri.

Parti itu bagaimanapun bersetuju jika kerajaan berhasrat mewujudkan Akta Perlindungan Saksi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2008 03:37 PM | Show all posts
Akta Perlindungan Saksi dibentang di Parlimen sesi ini

KUALA LUMPUR: Akta Perlindungan Saksi, yang bertujuan melindungi orang awam yang memberi maklumat kepada pihak berkuasa termasuklah kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), akan dibentang pada persidangan Dewan Rakyat sesi ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata akta itu akan membantu melindungi pemberi maklumat yang ketika ini dilindungi mengikut akta tertentu seperti Seksyen 53 Akta Pencegahan Rasuah.

Mohamed Nazri berkata akta baru itu perlu kerana akta sedia ada hanya sekadar tidak menzahirkan kepada awam siapakah sebenarnya pemberi maklumat itu dan melindungi identiti mereka sehingga sampai waktu diperlukan untuk pendakwaan di mahkamah.

“Kerajaan akan menggubal Akta Perlindungan Saksi untuk melindungi pemberi maklumat yang akan menjadi saksi di mahkamah dan jika tiada sebarang masalah, draf ini akan dibentang pada sesi ini dan berharap ia akan diluluskan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau).

Chua ingin tahu sejauh mana BPR melindungi orang awam yang memberi maklumat kepada agensi itu bagi menggalakkan lebih ramai orang tampil memberikan maklumat dan apakah dasar atau strategi baru yang akan diamalkan kerajaan untuk mencegah amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam sektor awam, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan.

Mohamed Nazri berkata selain menambah 5,000 lagi kakitangan kepada BPR, kerajaan akan menjadikan agensi kerajaan itu sebagai Suruhanjaya untuk memastikan agensi berkenaan mempunyai segala kuasa dan kebebasan dalam menjalankan tangunggjawab mereka.

“Ini akan memberikan segala kuasa kepada BPR untuk mengambil pekerja tanpa perlu meminta kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meluluskan jawatan yang dipohon.

“Perkara ini akan dapat dilakukan apabila Rang Undang-Undang Suruhanjaya Anti Rasuah dibentangkan pada sesi ini,” kata Mohamed Nazri, menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang.

Menjawab soalan tambahan Ismail Kasim (BN-Arau) mengenai usaha BPR untuk memastikan kualiti penyiasatan dalam meningkatkan kualiti pendakwaan, beliau berkata kerajaan akan berusaha menjadikan pendakwaan kes rasuah sebagai satu kepakaran bagi sebilangan kakitangan dengan tumpuan tugas menjurus kepada kes pendakwaan sahaja.

“Walaupun BPR tidak terbabit secara langsung dalam proses pendakwaan, namun agensi ini boleh membantu pendakwaan dengan menjalankan siasatan yang berkualiti sekali gus membantu lebih ramai pesalah rasuah didakwa di mahkamah,” katanya. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2008 04:51 PM | Show all posts
bagus la kalau ditambah...cuma haku konfius dengan bilangan jumlah pengambilan tu.hari tu kat website SPA dengan BPR cuma mintak 500 je pegawai siasatan KR41.awat jadi 5,000 pulak..tak mungkin la pulak 5,000 tu termasuk kakitangan am BPR.melampau la kalau banyaknye sampai 4,500...heee...moskel nih.. :-?

[ Last edited by  san_chai at 5-11-2008 04:53 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 02:57 PM | Show all posts
Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi dibentang
16/12/2008 2:39pm

KUALA LUMPUR 16 Dis. – Kerajaan hari ini membentang Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bertujuan mewujudkan satu program bagi perlindungan saksi dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz akan mewujudkan Program Perlindungan Saksi yang disenggarakan oleh Ketua Pengarah Perlindungan Saksi dan dibantu timbalannya daripada kalangan anggota perkhidmatan awam.

Menerusi Program Perlindungan Saksi, mana-mana saksi boleh memohon kepada Ketua Pengarah untuk dimasukkan ke dalam program dan ia juga boleh dikemukakan oleh sesebuah agensi penguatkuasaan.

Jika saksi di bawah usia 18 tahun, ibu atau bapa atau penjaga boleh memohon bagi pihaknya untuk dimasukkan ke dalam program dan apabila diterima suatu permohonan, Ketua Pengarah boleh memberikan perlindungan interim serta bantuan kepada saksi.

Saksi membawa maksud seseorang yang telah memberikan atau yang telah bersetuju untuk memberikan keterangan bagi pihak kerajaan dalam sesuatu prosiding jenayah.

Saksi tersebut juga perlu bersedia memberikan apa-apa maklumat, pernyataan atau bantuan kepada seseorang pegawai awam atau pegawai pihak berkuasa awam berhubung sesuatu kesalahan dan dia mungkin mengkehendaki perlindungan atau bantuan di bawah Program.

Dalam sesuatu permohonan di bawah Seksyen 7, seseorang saksi hendaklah mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi di sisi undang-undang saksi itu yang belum selesai.

Saksi tersebut juga perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai hutang dan cukai tertunggak, sejarah jenayah saksi termasuk prosiding sivil yang telah dimulakan oleh atau terhadap saksi.

Saksi turut diminta mendedahkan butir-butir mengenai prosiding kebankrapan, status imigresen, perintah reparasi yang sedang berkuatkuasa terhadap saksi, liabiliti kewangan, aset, status perubatan, penjagaan kanak-kanak dan urusan perniagaan.

Bagi saksi yang didapati memberikan maklumat palsu pula boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah juga boleh memutuskan sama ada seseorang saksi itu layak dimasukkan ke dalam program dengan menimbangkan rekod jenayah, keputusan pemeriksaan perubatan, psikologi, keseriusan kesalahan yang dilaporkan dan kepentingan keterangan yang bakal diberi.

Ketua Pengarah juga boleh memutuskan sama ada terdapat kaedah alternatif untuk melindungi saksi, jenis bahaya yang diandaikan saksi dan hubungan saksi dengan saksi lain.

Ketua Pengarah juga boleh membuat siasatan bagi menilai sama ada saksi itu hendak disyorkan bagi dimasukkan ke dalam program.

Tiap-tiap syor oleh Ketua Pengarah supaya seorang saksi dimasukkan ke dalam program hendaklah dibuat kepada Peguam Negara.

Peguam Negara apabila menerima syor tersebut perlu memutuskan sama ada hendak memasukkan seseorang saksi itu ke dalam program dan saksi juga boleh mengemukakan rayuan jika tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat.

Pendaftar Perlindungan Saksi pula akan diwujudkan bagi mengendalikan urusan identiti saksi, identiti baru saksi, alamat, sabitan terdahulu, tarikh kemasukan dan tarikh diberhentikan ke dalam program.

Pendaftar juga perlu menyimpan dokumen termasuk sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil perkahwinan dan lain-lain dokumen berhubung identiti asal saksi berkenaan.

Tidak ada seorang pun yang boleh mengakses dokumen tersebut kecuali menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Ketua Pengarah.

Saksi yang diletakkan di bawah di program, akan disediakan tempat tinggal, identiti baru, pengangkutan bagi urusan pemindahan, pendapatan dibayar mengikut saraan yang diterima oleh saksi, jika saksi tidak bekerja bayaran sara hidup diberi, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan. - Utusan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-12-2008 11:21 AM | Show all posts
Saksi jenayah boleh tukar identiti baru

Intipati Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008.
- Program Perlindungan Saksi akan disenggarakan oleh Ketua Pengarah serta dibantu timbalannya yang terdiri daripada anggota perkhidmatan awam.

- Saksi yang mahu menyertai program boleh memohon kepada Ketua Pengarah atau mengemukakannya melalui sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.

- Pemohon perlu mendedahkan kepada Ketua Pengarah butir-butir mengenai semua obligasi undang-undang yang belum selesai termasuk rekod jenayah, tunggakan cukai dan hutang serta prosiding sivil terhadapnya.

- Saksi kes jenayah berat dilindungi daripada diancam dan diugut termasuk dengan mewujudkan identiti baru.

- Identiti asal saksi yang diberikan identiti baru tidak akan didedahkan dalam apa cara sekalipun.

- Saksi akan disediakan tempat tinggal, pengangkutan bagi urusan pemindahan, bayaran yang setara dengan pendapatan dan jika tidak bekerja, diberi bayaran sara hidup, bantuan mendapatkan pekerjaan dan pendidikan.

- Tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

- Hanya Peguam Negara mempunyai kuasa muktamad untuk memutuskan sama ada seseorang saksi itu hendak dimasukkan ke dalam program atau sebaliknya, berdasarkan syor Ketua Pengarah.

- Jika didapati memberikan maklumat palsu semasa memohon, seseorang itu boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2009 12:18 AM | Show all posts
Tukar Identiti Saksi Untuk Elak Diancam

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat Isnin meluluskan Rang Undang-Undang Perlindungan Saksi 2008, yang antara lain, membolehkan saksi diberi identiti baru untuk mengelak daripada sebarang ancaman terhadap diri.

Rang undang-undang itu yang dibentang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diluluskan tanpa sebarang pindaan.

"MyKad saksi akan ditukar. Ia bertujuan untuk merahsiakan identitinya termasuk nama keluarga untuk mengelakkan dia diancam. Selagi dia diancam, selagi itu dia akan berada di bawah program (perlindungan) itu," katanya ketika menggulung perbahasan mengenai rang undang-undang itu Isnin.

Bagaimanapun, beliau berkata pertukaran identiti pada MyKad tersebut akan diberikan kepada saksi yang kesnya agak berat.

Menerusi rang undang-undang itu, tiada seorang pun boleh mempunyai akses kepada daftar dan dokumen yang disimpan oleh Pendaftar kecuali Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah dan mana-mana orang lain yang dibenarkan secara bertulis oleh Peguam Negara.

Mohamed Nazri berkata sekiranya identiti saksi terpaksa didedahkan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah, tribunal, suruhanjaya atau siasatan, prosiding yang berkaitan identiti saksi perlu dijalankan secara tertutup, atau suatu perintah berhubung penyekatan penerbitan keterangan perlu dikeluarkan untuk memastikan identiti peserta tidak didedahkan.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, kata beliau.



-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2009 06:18 PM | Show all posts
siapa yang layak dapat lindungan dalam Akta Perlindungan Saksi?.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.067525 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list