CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamnie

Khas utk muslimat...

[Copy link]
 Author| Post time 24-7-2007 04:23 PM | Show all posts
CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seorang wanita untuk menerima gelar solehah, dan seterusnyamenerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t. .
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat saja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagaiberikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya. Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
i) Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
ii) Wajib menutup aurat
iii) Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
iv) Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya
mahramnya.
v) Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
vi) Berbuat baik kepada dua ibubapa
vii) Senantiasa bersedekah baik itu dalam keadaan susah ataupun senang
viii) Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabiix) Bersikap baik terhadap tetangga
x) Tidak memakai wangi-wangian yang terlalu kuat baunya hingga menarik
perhatian lelaki yg berhampirannya
xi) tidak memakai pakaian yang nipis atau kecil(kain nipis atau ketat samada baju atau
tudung) sehingga menampakkan bhg badan yang ditutup.

2. Taat kepada suami
i) Memelihara kewajipan terhadap suam
ii) Senantiasa menyenangkan suam
iii) Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
iv) Tidak cemberut di hadapan suami.
v) Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
vi) Tidak keluar tanpa izin suami.
vii) Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
viii)Tidak membantah suaminya dalam kebenarani
x) Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
xi) Senantiasa memelihara diri, kebersihan fisikal dan kecantikannya serta
kebersihan rumahtangga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 24-7-2007 02:57 PM

Salam
Baru terbaca artikel ni. Teringat juga nak bertanya di sini. Since Zamnie dah letak kat sini, cantik. Ada few things yg me nak tanya. Sesiapa yg sudi, terima kasih didahulukan.
Based on the article:
Rasullullah SAW bersabda. "wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.
Soalan 1. (yg ni dulu buat masa ni)
Di syurga nanti, ada berapa org isteri? Setahu saya, khadam/bidadari ada ramai kan? Adakah bidadari juga merangkap isteri juga?

  ...


Salam,

Dalam pengentahuan aku, bidadari2 itu adalah suatu ciptaan Allah SWT yang lain, yang hanya wujudnya disyurga. Dan ianya ramai sehingga tak terhitung. Boleh juga kalau hendak dikatakan bidadari2 itu adalah isteri2 kepada lelaki2 yang disyurga.

Wanita2 didunia pula adalah berperanan sebagai ketua bidadari2 disyurga dan dia adalah isteri yang khas buat seorang lelaki disyurga. Penciptaan wanita dunia ini telah dirubah menjadi jauh lebih baik dari bidadari2 yang dikatakan begitu menawan hati itu. Kita sebenarnya tidak dapat mengambarkan dengan tepat suasana disyurga yang sebenarnya. Cukuplah sekadar apa yang telah kita pelajari dari Rasulullah saaw. Mari kita perhatikan hadis rasulullah saaw dibawah ini.


Ath-Thabarany menuturkan, kami diberi tahu Bakr bin Sahl Ad-Dimyaty, kami diberitahu Amru bin Hisyam Al-Biruny, kami diberitahu Sulaiman bin Abu Karimah, dari Hisyam bin Hassan, dari Al-Hassan, dari ibunya, dari Ummu Salamah Radhiallahuanha, dia berkata, 揝aya berkata,扺ahai Rasulullah, jelaskanlah kepadaku firman Allah tentang bidadari-bidadari yang bermata jeli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 09:21 PM | Show all posts
nice..byk aku belajar dr sini..

keep up a good work.

kamu dapat pahala..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 10:42 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 24-7-2007 06:57 PM


Salam,

Dalam pengentahuan aku, bidadari2 itu adalah suatu ciptaan Allah SWT yang lain, yang hanya wujudnya disyurga. Dan ianya ramai sehingga tak terhitung. Boleh juga kalau hendak dikatak ...


ishkkkk......logiknya pompuan yg masuk syurga tu nanti rupanya lebih cantik dr bidadari ler yer sebb jadi ketua bidadari...
klau masuk syurga ler...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 11:22 PM | Show all posts

Reply #24 rainbows's post

pernah terbaca dlm buku pasal syurga, katanya bidadari2 syurga cemburu kat perempuan dari dunia sebab depa lg cantik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 09:12 AM | Show all posts

Reply #22 saifulms's post

wahhhhh........ beshnyeeee kalau dpt masuk syurga dpt jadik ketua bidadari!!!!!!!!!!!!!!!

[ Last edited by  zamnie at 25-7-2007 09:21 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2007 09:14 AM | Show all posts
Originally posted by ronnishi4369 at 24-7-2007 21:21
nice..byk aku belajar dr sini..
keep up a good work.
kamu dapat pahala..


Alhamdulillah.... sama2 lah kita belajar ekkk!!! tenkiu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2007 09:37 AM | Show all posts
ILMU...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita bolehsaksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana
dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli
saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2007 09:44 AM | Show all posts
Assalamualaikum ...



Hanya Ingin Mengingatkan ...




Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak
Lima (5) Kali ...


1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
"Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

  
Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya .....


1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir
itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.
  

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:



Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :


Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 08:34 AM | Show all posts
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas baran
Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah
Surah Toha ayat 1-5
Supaya Suami tak kawin lain
Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil
Ayat pendinding
Ayat akhir surah At Taubah
Bg anak2 yg suka keluar malam
Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x
Untuk jadi pendinding rumah
Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:11 AM | Show all posts

Reply #30 zamnie's post

trimakaseh kepada Tuan rumah...

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 26-7-2007 08:34 AM
Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan
Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh
Surah Al Baqarah - Ayat 102
Anak2 pandai belajar
Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79
Anak2 lembut hati/ elak panas  ...


bagusnya info niii.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 09:59 AM | Show all posts

Reply #31 ussopp's post

sama-sama........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2007 10:01 AM | Show all posts

Reply #32 indah1285's post

In... kat sebelah ade tips utk jodoh dari fatma alzehra lakkk!!! trylahhhh...   jgn mareeeeeee.........
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #22 saifulms's post

Salam
Soalan yg seterusnya..
Berapa org ketua bidadari? Kalau kita kata ketua, satu ketua je lah kan? So, kalau seorg lelaki tu mempunyai ramai isteri di dunia, siapa yg akan menjadi isterinya di akhirat?
Mcm Rasulullah saw, siapa yg menjadi isteri baginda di akhirat? Semuanya ke? Mcm pernah terbaca hadis ke apa ntah dah lupa. Lebih kurang cam ni
Khadijah rha akan menjadi jiran ke sahabat nabi tp Aisyah rha akan menjadi isteri baginda di syurga.
Kalau ada yg tahu riwayat yg lebih tepat, silalah betulkan. Me pun dah ingat2 lupa.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 02:08 PM | Show all posts
Good info for women.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2007 03:11 PM | Show all posts
PESANAN BUAT WANITA

Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:
"Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya,anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s.w.t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)


Allah s.w.t.berfirman yang bermaksud:

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik.
(surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka. Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s.a.w. makin kita jauh dari amalan agama.
Dalam ayat yang sama juga Allah s.w.t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini. Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan". Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s.w.t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi?

Lihat lagi ayat di atas Allah s.w.t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s.w.t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s.w.t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s.w.t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat.
Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu". Gembirakanlah Allah s.w.t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malangAllah s.w.t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.


BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by HOTlips at 26-7-2007 04:18 PM

Salam
Soalan yg seterusnya..
Berapa org ketua bidadari? Kalau kita kata ketua, satu ketua je lah kan? So, kalau seorg lelaki tu mempunyai ramai isteri di dunia, siapa yg akan menjadi isterinya di akhirat?
Mcm Rasulullah saw, siapa yg menjadi isteri baginda di akhirat? Semuanya ke? Mcm pernah terbaca hadis ke apa ntah dah lupa. Lebih kurang cam ni
Khadijah rha akan menjadi jiran ke sahabat nabi tp Aisyah rha akan menjadi isteri baginda di syurga.
Kalau ada yg tahu riwayat yg lebih tepat, silalah betulkan. Me pun dah ingat2 lupa.


Salam saudari,

Terlebih dahulu aku mohon ampun maaf kerana tidak semua soalan yang engkau berikan itu dapat kujawab.. Harap2 ada diantara kita yang lebih mengetahui dapat memberikan sumbangan di sini...

Aku hanya dapat menunjukkan hadis yang ini saja, moga2 dapat membantu..


Rasulullah saaw bersabda, "Wanita itu adalah untuk pasangannya yg terakhir"

["Silsilah al-Ahadith as-Sahiha", Nasiruddin Al-Albani]

Berkata Huzaifah ra. kepada isterinya, "Jika kamu mahu menjadi isteriku di syurga, jangan berkahwin selepasku, sesunguhnya wanita dalam syurga itu adalah bagi suaminya yang terakhir. Kerana itu Allah melarang isteri-isteri Rasulullah saaw untuk berkahwin selepas dengan baginda, supaya mereka menjadi pasangan baginda di syurga."



Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 10:05 PM | Show all posts
Originally posted by zamnie at 26-7-2007 10:01 AM
In... kat sebelah ade tips utk jodoh dari fatma alzehra lakkk!!! trylahhhh...   jgn mareeeeeee.........


hehee.... perli In ek.....

xde marahnyer......
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:24 PM | Show all posts

Wanita dan Rama-rama.

Seorang pendakwah bebas yang bernama  Amran Ahmad, mungkin tidak terkenal tetapi bacalah apa yang telah dikatakannya berkenaan wanita da rama-rama.......



Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena. Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin.


Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan. Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci. Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka.



Tetapi zaman sekarang ni kita dapat lihat ramainya wanita menghilangkan nilai diri nya mudah.
Semoga ALLAH menunjukkannya jalan yg lurus dan benar.



p/s; teringat lak aku kat lagu 'rama-rama' nyanyian Ella huhuuu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.060782 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list