CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: putra_bengal

[Merged] Harimau

[Copy link]
Post time 27-1-2009 11:20 AM | Show all posts
Nasib harimau Malaya
Oleh SUBASHINI RAJANDRA


Statistik menunjukkan 80 peratus daripada sejumlah 3,000 ekor harimau Malaya di Malaysia akan pupus dalam tempoh 50 tahun lagi. Apakah Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan dapat menyekat kepupusan itu dengan tambahan 1,000 ekor harimau menjelang tahun 2020?




SEPARUH abad yang lalu, bilangan harimau Malaya khabarnya semakin berkurangan di Malaysia. Bilangan yang dicatatkan ketika itu adalah 3,000 ekor tetapi kini yang tinggal hanya 500 ekor. Anggaran yang dikeluarkan pada tahun 1990-an itu membangkitkan pelbagai persoalan.

"Kemungkinan hanya 200 ekor yang masih selamat daripada peluru pemburu, kegiatan pembangunan dan sektor pertanian serta pertembungan dengan manusia. Ia sering berakhir dengan pembunuhan tanpa catatan rekod rasmi," kata Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah.

Aktiviti perhutanan dan menggondolkan kawasan tanah tinggi secara haram memaksa haiwan yang hidup bersendirian itu keluar dari habitat mereka.




Kesempitan ruang hidup dan ketiadaan bekalan makanan seperti babi hutan, rusa sambar dan kijang turut memaksa sebilangan kecil harimau mencari makanan di kawasan perumahan dan jalan raya tanpa menyedari risiko yang menanti.

Selama empat tahun sejak tahun 1999, negeri Terengganu melaporkan sebanyak 309 kawanan lembu telah mati diserang harimau.

Antara tahun 1979 hingga 2006 pula, sebanyak 31 orang dipercayai dicederakan oleh haiwan yang sama dan 15 daripada mangsa itu meninggal dunia.

Melihat trend peningkatan kes harimau menyerang penduduk setempat sejak tahun 1991, agensi dan pegawai kerajaan telah mengambil langkah drastik bagi membendung penularan isu itu dengan menembak mati 13 ekor harimau Malaya dan 22 lagi dihantar ke Zoo Melaka serta Zoo Taiping.

Ternyata, apa yang terlepas pandang setiap kali kes sebegini dilaporkan dalam media massa ialah punca atau faktor yang mencetuskan keadaan itu berulang.



ZOO Negara pernah berjaya menghasilkan
anak harimau beberapa tahun lalu
.

"Perbuatan memasang perangkap dan memindahkan haiwan tersebut ke kandang bukanlah satu tindakan bijak kerana dalam jangka masa panjang, ia sama sekali tidak menangani konflik sebenar.

"Salah satu unsur penggalak kepada kewujudan masalah itu adalah ketidakseimbangan atau pengurusan tanah yang tidak betul serta pemburuan harimau untuk dijual di restoran yang semakin berleluasa," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF-Malaysia), Datuk Dr. Dionysius Sharma.

Pegawai Kanan Konservasi, Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Kanitha Krishnasamy pula memberi satu perspektif ringkas bagi menggambarkan kesan fragmentasi alam atau hutan secara tepat.

Menurutnya, pada kurun ke-19, hutan hujan tropika meliputi hampir 90 peratus di seluruh Semenanjung Malaysia. Menjelang tahun 1957, kawasan yang diliputi hutan berkurangan kepada 74 peratus dan kebanyakan kawasan tanah rendah telah ditukar statusnya bagi menggiatkan sektor pertanian. Semakin lama semakin kurang kawasan liputan hutan, misalnya pada tahun 1970-an, hanya tinggal 61 peratus manakala hanya terdapat 47 peratus hutan pada tahun 1980-an.

"Dalam setahun, kita kehilangan kira-kira 7,000 kilometer persegi kawasan hutan asli," jelas Kanitha yang menambah selain harimau, habitat dan kitaran makanannya juga perlu dilindungi.



GAMBAR harimau Malaya yang dipamerkan di Zoo Negara.

Populasi harimau sememangnya bergantung kepada limpahan makanan yang mudah diperoleh, di samping berkelana secara bebas tanpa gangguan. Namun malangnya spesies harimau tetap menjadi sasaran bagi memenuhi kerakusan dan sikap manusia yang tamak mengejar keuntungan besar.

Dalam satu kes yang dilaporkan pada awal bulan ini, beberapa ekor harimau yang telah dikerat diseludup ke Thailand. Dikhuatiri haiwan itu berasal dari Malaysia dan sedang dalam perjalanan ke negara China untuk dihidangkan di meja-meja restoran.

Seekor harimau hidup tidak pernah meraih harga yang tinggi di pasaran iaitu hanya dalam lingkungan RM4,000 seekor tetapi harimau yang dibunuh mampu diperdagangkan di pasaran gelap sehingga RM135,288 seekor.

Pada tahun 2006, sebuah Rangkaian Pemantauan Perdagangan Hidupan Liar (TRAFFIC) mendedahkan bahawa pemburuan dan perdagangan harimau Malaya di Malaysia melebihi 200 ekor dan dijual dalam tempoh tiga tahun (2004 hingga 2006).

Walaupun harimau Malaya telah diwartakan dan dilindungi di bawah undang-undang Malaysia sejak tahun 1970-an, namun masalah berbangkit seperti penguatkuasaan yang lemah tetap timbul.



SEEKOR daripada dua harimau Malaya yang dijumpai di sebuah
pangsapuri di Thailand sebelum dihantar ke China untuk
dijadikan ubat tradisional.


Melihat penyusutan bilangannya yang drastik, Rancangan Tindakan Harimau Kebangsaan (TAP) dilancarkan pada hujung tahun lalu setelah mengadakan perjumpaan pada bulan Oktober 2006. Pelan induk itu adalah hasil usaha sama Gabungan Perlindungan Harimau Malaysia (MYCAT) yang terdiri daripada Persatuan Pencinta Alam (MNS), Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF), TRAFFIC dan Persatuan Perlindungan Hidupan Liar (WCS).

Diluluskan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, empat langkah telah diatur untuk dilaksanakan sejak awal tahun 2008. Antara pengelasan yang dirangka adalah melindungi pusat hutan hujan tropika utama, menyediakan program perlindungan yang efektif dan berpanjangan, mempromosikan dan mempraktikkan penggunaan tanah yang mesra ekologi serta mengaplikasikan sains dalam pengawasan aktiviti perlindungan harimau Malaya.



SEBUAH perangkap harimau dipasang di Jeli, Kelantan
beberapa tahun lalu setelah penduduk mendengar
ngauman haiwan tersebut.


"Di bawah langkah pertama, lokasi-lokasi yang dikenal pasti merangkumi landskap hutan hujan tropika yang diiktiraf oleh badan antarabangsa dan melindungi kawasan itu daripada pencerobohan.

"Usaha perlindungan harus mencakupi koridor masuk dari semua arah dan bukannya dikawal selia secara individu. Kawasan-kawasan hutan itu tidak hanya dikategorikan sebagai sensitif tetapi amat penting diawasi bagi menambah bilangan harimau Malaya dalam persekitaran semula jadi," ujar Kanitha lagi.

Seorang jurucakap WWF, Sara Sukor pula berkata, sebaik sahaja langkah pertama dilaksanakan, aktiviti perlindungan yang spesifik seperti penjaga hutan dan pos kawalan akan disediakan bagi mengelakkan pemburuan haram. "Perlindungan ke atas Hutan Simpanan Tetap sangat mustahak dan kritikal kerana ia merangkumi 85 peratus daripada habitat harimau di Malaysia."

Kedua-dua organisasi MNS dan WWF juga bersetuju bahawa langkah ketiga dan keempat memerlukan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk jalinan persefahaman antara kerajaan tempatan dan persekutuan. Selain itu, ia melibatkan penyelarasan antara Jabatan Pembangunan Bandar, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Tenaga Nasional Berhad (TNB), pengurusan pertanian dan hutan dan sebagainya.

Sementara itu, pengendali zoo di negara ini juga tidak ketinggalan menyumbang kepada usaha melindungi harimau Malaya dan TAP. Bervisikan pembiakan haiwan yang berkelas dunia, zoo terbesar di negara ini telah mengambil beberapa langkah positif bagi menggalakkan pertumbuhan populasi harimau Malaya.



STRUKTUR tulang harimau yang diawet di Zoo Negara.

Di Zoo Negara di Hulu Klang, sebanyak tiga ekor harimau Malaya disimpan dan dipantau keadaannya dari semasa ke semasa. Tiga harimau yang dinamakan Cathy, Zana dan Pacing itu disediakan kawasan berkeliaran yang besar dan diubahsuai agar serupa dengan habitat liarnya di hutan.

"Kemudahan bagi haiwan itu diselenggara agar ia menepati habitatnya sambil menggalakkan pembiakan yang sihat," ujar Dr. Mohamad yang menambah harimau di zoo dilatih supaya mengadaptasi dengan kehidupan di hutan agar tidak 'terkejut' apabila dibebaskan nanti. Antaranya ialah cara mencari makanan.

Sebelum ini Zoo Negara pernah menghasilkan anak harimau yang dikongsi antara zoo tempatan, Hong Kong dan Jerman.

Bagaimanapun, beliau enggan mendapatkan harimau dari habitat liar kerana bimbang terhadap tekanan yang bakal dihadapinya apabila dimasukkan ke dalam zoo.

Dr. Mohamad berhasrat untuk menaikkan lagi ketinggian pagar di kandang harimau Malaya di Zoo Negara, terutama di sebelah pengunjung, selain menambah baik sistem takungan air di tasik dan membina tempat pemerhatian yang berhadapan dengan kandang harimau Malaya.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran terhadap konservasi harimau, Dr. Mohamad menunjukkan kepada Kosmo! koleksi haiwan yang diawet di sebuah bilik khas di hospital veterinar. Spesimen dan tulang-tulang haiwan itu tidak pernah dipamerkan kepada khalayak ramai. Rahsia itu tersimpan selama 25 tahun

Mengapa? "Semuanya kerana kesempitan kewangan dan tiada bilik khas untuk disusun rapi. Terdapat juga struktur tulang harimau yang lengkap dan boleh digunakan sebagai medium pengajaran dan pendidikan kepada orang awam," jelasnya sambil menunjukkan bahagian badan haiwan seperti monyet, burung, rusa, singa dan gajah yang telah diawet.


**********************************************************************************

kalau pergi mana2 zoo dalam dunia ini,  binatang yang wajib saya tengok mesti
harimau (dan buaya dan ular - walau pun saya takut dengan depa) -

harimau ni.. ishhh dia ni memang satu binatang yang sangat prominent -
dan cantik dan mysterious dan sangatlah unpredictable -

couple years ago masa pergi zoo melbourne, tetiba terdengar satu ngauman
yang sangatlah kuatnya.. sampai berdiri bulu bulu roma semua.. -- memang
seram.. tapi tu masa dia tengah macam lapar... - pastu pergi tempat depa
simpan rimau ni.. besar betul.. dan bersebelahan dengan hyenas dan singa -

cantik sangat muka dia.. comel2 macam tu.. tapi macam garang la juga -
harimau malaya ni.. banyak gak nickname untuk kumpulan dan gang
sebab dia ni macam jenis tak takut punya orang..   semua dia baham
dan belasah dan gigit --

sebab tu kalau kat structure food chain - highest predator would be
a tiger --

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2009 08:32 PM | Show all posts

Reply #141 dexa's post

lau pak rimau ni dex,me penah tgk kat sunway lagoon tu je..
besauuuuu ada 3 eko lau x silap.
pagar lak cam rendah jek..
buatnye pak rimau tu lapor,skali lompat kua dr kandang tu jek dah bley pi kejor org tauu
ade cam kolam air lam tu..tp kotor..busok lak tuh!
sian dorg... me sedih tgk dorg terkurung..rase sebak.seb bek x nangis
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2009 09:01 PM | Show all posts
Harimau Sumatera bunuh 6 orang di Indonesia

Endangered killer: An Indonesian park ranger pours a bucket of water into a trap in
which a wild Sumatran tiger that is believed to have killed three people is caught, at a
palm plantation in Sungai Gelam, Jambi province, Indonesia, on Feb. 11, 2009. Another
Sumatran tiger mauled two more men to death early Saturday, Feb. 21, 2009, bringing
to five the number of people killed by the critically endangered cats in less than a month,
a conservationist said Sunday. AP/Irwin Fedriansyah

JAKARTA: Beberapa serangan harimau Sumatera menyebabkan enam orang di Indonesia maut dalam tempoh kurang sebulan, termasuk tiga yang dibaham hujung minggu lalu.

Seorang bapa dan anak, dipercayai pembalak haram, dibaham ketika sedang tidur di sebuah hutan simpan pada Sabtu lalu manakala seorang lagi lelaki di kawasan sama diserang selepas subuh semalam, kata pegawai perlindungan, Didy Wurdjanto.

Mangsa lain dibunuh hujung Januari lalu, juga di Sungai Gelam, iaitu sebuah daerah terletak 600 kilometer dari Jakarta.

Semua serangan harimau berkenaan berlaku dekat kawasan perkampungan.

Harimau Sumatera adalah sub spesis harimau paling diancam kepupusan.

Hanya terdapat kira-kira 250 harimau berkenaan di belantara berbanding kira-kira 1,000 pada 1970-an. - AP
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2009 06:54 AM | Show all posts
Harimau dijerat pemburu haram

Oleh Ahmad Syakir Sazili








HARIMAU yang cedera selepas masuk perangkap pemburu haram diberi suntikan pelali sebelum dibawa keluar dari Hutan Belum, Gerik ke Zoo Melaka kelmarin.

IPOH - Perangkap yang dipasang oleh pemburu haram untuk menjerat harimau sudah pun mengena, namun tindakan pantas kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menyelamatkan haiwan spesies dilindungi itu daripada dijual di pasaran gelap.

Mereka lebih dahulu menemui harimau berusia lima tahun dan seberat 120 kilogram itu kelmarin selepas ia terperangkap dalam jerat yang dipasang dalam Hutan Belum-Temenggor dekat Gerik.

Haiwan itu juga cedera selepas kakinya ditembusi besi jerat tersebut.



KAKITANGAN Perhilitan menarik keluar besi perangkap pemburu
dari celah kaki seekor harimau di Hutan Belum, Gerik.

Usaha mengesan perangkap itu dilaku- kan bersama kakitangan Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) selepas menerima maklumat awam pada Sabtu lalu.

Pengarah Perhilitan Perak, Shabrina Mohd. Shariff berkata, penemuan itu mengejutkan kerana inilah kali pertama harimau hidup ditemui dalam perangkap sejak empat tahun lalu.


Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 03:05 PM | Show all posts
Dibelai disayang, digigit jua!

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM




RENUNGAN matanya sahaja sudah menimbulkan rasa terancam dan gerun. Itu belum lagi mendengar ngaumannya. Peluang mendekatinya, walau dihalang tabir besi, masih boleh membuatkan seseorang menghela nafas sesak dan jantung berdegup kencang.

Dikhabarkan, setiap langkah dan gerak geri diatur makhluk ini diiringi kepekaan deria yang tiada bandingan. Kalau begitu, bukankah ia mendengar rentak jantung kita yang berasa takut akan kehadirannya?

Namun, sifat itu tidak sepenuhnya diwakili spesies harimau Siberia (Panthera tigris altaica) yang berada dalam jagaan di Tiger Valley, Lost World of Tambun, Ipoh, Perak ini. Di sebalik karektor ganas lima ekor harimau itu, ia menyembunyikan sifat yang bertentangan.

"Subspesies harimau paling besar ini sebenarnya mudah tersinggung apabila tidak dibelai dengan penuh kasih sayang. Ia amat manja," kata penjaga harimau terbabit, S. Kamalanathan, 38.

Sebagai penjaga, kesemua harimau yang terdapat di Tiger Valley itu sudah Kamalanathan anggap seperti anak sendiri. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengamalkan sikap pilih kasih dalam penjagaan, sekurang-kurangnya tidak ditunjukkan di hadapan 'kucing-kucing besar' itu.

"Harimau merupakan haiwan yang amat sensitif dan mempunyai sifat cemburu serta mudah merajuk apabila tidak diberi perhatian," katanya yang mesra dengan panggilan Nathan.

Manja, sensitif, cemburu, dahagakan kasih sayang dan mudah tersinggung? Apakah benar semua yang dicakapkan itu berkenaan harimau? Memang suatu ironi.

KESIHATAN harimau adalah salah satu aspek dalam rutin penjagaan Nathan.

Nathan memberitahu, Tiger Valley memiliki tiga ekor harimau Siberia jantan manakala selebihnya adalah harimau betina. Masing-masing mempunyai nama tersendiri iaitu Sultan berusia 16 tahun seberat 320 kilogram (kg); Putera (enam tahun, 280 kg); dan Jazz (empat tahun, 300 kg).

Dua ekor lagi ialah Azian yang berusia enam tahun dan seberat 280 kg, manakala Raima, 14 tahun, 260 kg. Mamalia bereputasi ganas itu dilatih Nathan mengikut karektor masing-masing.

Sultan misalnya, merupakan harimau dominan dan bertindak sebagai 'bapa' kepada yang lain. Ia kelihatan seperti mengasari harimau lain walhal ia sebenarnya mengajar cara mempertahankan diri.

Putera pula mempunyai keegoan yang tinggi disebabkan ia merupakan anak harimau pertama yang dilahirkan di Tiger Valley sempena ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia. Ia bersikap manja dan gemar mengusik Nathan. Kalau tiba waktu tidur pula, Putera suka meragam.

"Jazz pula dianggap macam cahaya mata sendiri kerana saya yang menjaganya sejak ia dilahirkan. Memandangkan usianya, ia lebih aktif dan suka berlari berbanding yang lain," kata lelaki bujang ini.

Melihat gelagat Azian yang bersahaja dan tidak segan di hadapan lensa kamera, seseorang pengunjung akan segera melabelnya persis bintang popular.

Ya, memang hakikatnya, harimau itulah yang telah 'berlakon' sebagai harimau jelmaan dalam filem Waris Jari Hantu sedikit masa lalu.

Perhatian kepada Azian itu mungkin membuatkan si Raima berasa cemburu. Dengan badan yang besar, Raima tidak mahu kalah menonjolkan diri sebagai harimau betina yang aktif dan pintar menunjukkan pelbagai kemahiran dalam pertunjukan.
Melatih 'anak'


Nathan mula diperkenalkan dengan ilmu penjagaan harimau sejak tahun 2006 secara sambilan. Tanpa disangka, dia semakin berminat untuk memahami naluri haiwan karnivor itu lantaran sudah biasa mendekatinya setiap hari.

Walaupun pernah terpaksa melupakan 'teman-teman' sepermainannya itu buat seketika kerana mengejar tugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nathan telah dipanggil semula oleh majikan lamanya pada 2008 untuk menjadi penjaga harimau sepenuh masa.

"Secara amnya, saya perlu memastikan harimau-harimau berada dalam keadaan sihat, cergas dan selesa. Semuanya perlu dibelai kasih sayang selain dilatih agar berdisiplin," ujarnya yang banyak menimba ilmu melalui Internet dan daripada penjaga harimau Zoo Negara dan Zoo Taiping, Perak.

Bagi pelatih harimau sepertinya, tiada kepuasan dapat digambarkan apabila anak didiknya itu mempercayainya lalu patuh kepada arahan asas seperti duduk, melompat, dan tidak bercakaran antara satu sama lain.

"Harimau kalau berada di hutan, ia mengetahui cara menjaga diri sendiri tetapi apabila ia tidak tinggal di habitat asalnya, kita yang perlu menjaganya dengan baik," terangnya yang senang menyentuh, mengusap dan mencium haiwan itu.

Bercakap soal diet, setiap harimau di Tiger Valley mempunyai sukatan makanan sendiri mengikut berat badan. Sebanyak empat hingga enam kilogram daging segar pelbagai jenis perlu disediakan sehari bagi setiap harimau.



MANJA yang ditunjukkan kepada seorang 'ayah'.

" Pemberian daging lembu, ayam atau kambing perlu mengikut jadual tetapi akan berlaku perubahan jika haiwan tersebut sakit," jelas Nathan.

Bagi bekalan daging beku pula, dia perlu menunggu selama enam jam supaya ia lembut dan darah dapat mengalir sebelum dicampakkan sebagai habuan perut kelima-lima harimau tersebut.

"Darah akan membekalkan vitamin. Sama juga pentingnya dengan pemberian makanan lain seperti satu sudu vitamin tambahan, protein, telur serta minyak kod," katanya yang menerima kedatangan pihak Jabatan Haiwan Perak setiap tiga bulan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terhadap harimau jagaannya.

Pernah digigit


Memang banyak memori yang Nathan bina bersama lima sang belang kesayangannya itu. Daripada situasi memujuk waktu dimandikan, meredakan harimau yang agresif, hinggalah kepada pengalaman bermalam di sebelah kandang untuk menjaga perkembangan harimau yang sedang sakit.

Namun, ada satu peristiwa yang hampir-hampir membuatkan Nathan berfikir semula sama ada benar itu adalah skop kerjanya. Bukan kisah terkena cakar atau digigit manja, tetapi kakinya pernah disalah erti sebagai makanan lazat.

" Pengalaman itu masih segar dalam ingatan. Semasa kejadian, saya baru lepas memotong daging untuk diberikan kepada harimau-harimau itu. Atas kelalaian sendiri, saya tidak sedar terdapat secebis daging yang terlekat pada betis.

"Umum tahu betapa haiwan ini mempunyai deria hidu yang hebat. Pada masa itu, ada seekor harimau sedang sakit dan saya perlu membawanya ke bilik rawatan. Ketika mengiringinya, saya mendapati ia mengekori rapat. Tanpa diduga, ia menerkam dan membaham betis saya," imbasnya.

Selama satu setengah bulan, Nathan berehat untuk membolehkan kecederaan kakinya pulih. Gigitan harimau itu sangat kuat hinggakan giginya menembusi isi daging betisnya. Meskipun sepanjang tempoh itu dia menanggung sakit, lelaki ini tidak pernah berputus asa atau lemah semangat.

EMPAT hingga enam kilogram daging diperlukan dalam diet harimau setiap hari.

Kini, sudah empat tahun Nathan setia pada tugasnya. Dalam banyak-banyak perkara, isu paling utama baginya adalah aspek keselamatan. Bukan sahaja untuk dirinya, malah untuk setiap pengunjung yang melawat ke tempat itu.

"Satu-satunya ketakutan saya adalah kalau saya terlupa untuk mengunci kandang dengan baik. Bayangkanlah kalau itu terjadi. Saya bukan melepaskan bulldozer, tetapi haiwan liar yang mengancam nyawa!" Katanya berseloroh.

Kalau harimau-harimau itu berjaya dilatih untuk menjadi bintang di mata pengunjung, Nathan juga menerima banyak pengajaran bernilai. Daripada haiwan itu, dia telah belajar tentang keyakinan diri untuk mengendalikan perasaan takut dan was-was.

" Pengalaman menjaga harimau ini juga telah menjadikan saya seorang yang
sabar, berdisiplin dan pengasih selain membuatkan saya lebih bersedia menghadapi masalah dan mencari penyelesaiannya," jelas Nathan bangga.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2012 12:14 PM | Show all posts


Ni gambar Ved bersama harimau kat Tiger Kingdoms @ Chiang Mai
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.154058 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list