CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3522|Reply: 9

Wasiat / Pusaka

[Copy link]
Post time 27-6-2007 01:12 PM | Show all posts |Read mode
Peguam Syarie menulis: Wasiat sah jika semua waris setujuOleh Mohd Noor Aizan Md Idrus

Cara bahagi harta pusaka perlu dibuat selepas perbincangan bersama
MINGGU sebelum ini kita menyentuh kesilapan di kalangan orang Islam yang beranggapan wajib membuat wasiat kepada ibu bapa, isteri dan anak sebelum kita mati dan wasiat itu mesti dipatuhi.

Menurut pandangan Islam, hukum membuat wasiat dari segi sejarahnya mempunyai dua peringkat iaitu pada zaman awal Rasulullah SAW menyebarkan agama Islam, orang Islam yang mempunyai banyak harta diwajibkan berwasiat kepada ibu bapa dan kerabatnya.

Ia berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 揇iwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu bapa dan karib kerabatnya secara makruf. Ini adalah kewajipan atas orang yang bertakwa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 08:52 AM | Show all posts
beberapa perbincangan tentang wasiat & harta pusaka di link berikut:

http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=pusaka
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 10:18 AM | Show all posts
siapa2 ada anak angkat yg dibela sbg anak sendirik, baik buat wasiat sbb kalau kita mati proses nak agih harta sukar kerana anak angkat tiada pertalian darah,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 09:40 AM | Show all posts
Konvensyen Perwarisan Harta Islam di PWTC esok

SESEORANG Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur selama dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perancangan dan pengurusan kewangan lazimnya dipandang remeh oleh masyarakat. Ramai beranggapan pewarisan harta hanya untuk yang berpendapatan tinggi, berharta dan lanjut usia. Persepsi ini menimbulkan pelbagai masalah membawa kepada kesulitan berpanjangan tanpa kesudahan.

Sebaliknya, perancangan dan pengurusan pewarisan merangkumi harta sebelum dan selepas kematian. Ini bagi memastikan harta kekayaan dikumpulkan dapat diwarisi dan dimanfaatkan oleh waris-waris yang ditinggalkan.

Proses perancangan harta bukan hanya sekadar mengumpul, mengurus dan melindungi harta semata-mata. Sebaliknya harta dan kekayaan dimiliki harus dipastikan dapat diwarisi tanpa menimbulkan kesulitan kepada waris yang layak menerimanya.

Menyedari hal ini, Amanah Raya Berhad (ARB) dan Persatuan Perwarisan Harta Malaysia (Perwaris) akan menganjurkan Konvensyen Pewarisan Harta Islam dan Pelancaran Daftar Wasiat Malaysia mulai esok.

Pada majlis itu, ARB dan Perwaris akan melancarkan sistem pengurusan Daftar Wasiat Malaysia yang akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan ARB, Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, konvensyen ini adalah inisiatif pihaknya dan Perwaris untuk membawa dimensi baru dalam dunia pewarisan harta Islam.

Katanya, ia merupakan satu anjakan untuk perancang industri-industri kewangan pengurusan harta berdiskusi mengenai tatacara perlaksanaan pentadbiran harta pusaka khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

揚ada masa ini, pelbagai masalah dan kesulitan dihadapi dalam menyelesaikan sesuatu isu yang meliputi kepentingan waris-waris dalam menuntut amanah, wasiat dan pusaka.

揂dalah harapan kita konvensyen ini membawa kepada satu pelaksanaan menguruskan pentadbiran harta yang lebih berkesan di negara ini,
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 02:13 PM | Show all posts
10-12  julai 2 hari + setengah hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-8-2007 10:39 AM | Show all posts
Hak Muslim: Anak zina berhak terima pusaka ibu


JIKA seorang lelaki dan wanita berzina, kemudian wanita itu mengandung dan mereka berkahwin, adakah sah nikah mereka ketika wanita itu mengandung anak zina? Adakah bayi itu menjadi anak susuan jika ibu menyusukannya dengan cukup syarat? Kemudian pasangan itu mendapat beberapa orang anak lagi, apakah mereka anak sah? Bagaimana hukum penamaan anak, pewarisan harta kepada semua anak itu.

Insan Prihatin


Sebelum menjawab persoalan, wajar jika dijelaskan terlebih dulu maksud anak tak sah taraf. Menurut Islam, anak tak sah taraf adalah anak yang lahir daripada hasil persetubuhan sebelum pernikahan dan bukan anak daripada persetubuhan salah sangka (wati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2007 09:02 AM | Show all posts
aku ada baca buku kertas kerja yg dibentangkan dlm konvensyen pewarisan harta islam terbitan ARB, cukup menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-8-2007 09:56 AM | Show all posts

Reply #7 ninja boy's post

jika lah boleh, share dgn kami infor2 yang menarik tuh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-8-2007 10:48 AM | Show all posts
as-Salihin tawar tulis wasiat ikut syariah
Oleh Habsah Dinin


WASIAT adalah satu deklarasi oleh seseorang semasa hayatnya ke atas harta dan manfaat untuk kebajikan atau untuk tujuan lain yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya.

Pentingnya menyediakan wasiat adalah seperti pentingnya mengadakan perancangan kewangan semasa hidup untuk ditinggalkan kepada orang yang disayangi di dunia ini, selepas kita meninggal.

Ketua Pegawai Eksekutif As-Salihin Trustee Berhad (as-Salihin), Abdul Aziz Peru Mohamad, berkata menyediakan wasiat mengikut syariat Islam menjadi tanggungjawab kepada setiap umat Islam.

As-Salihin, katanya, adalah sebuah syarikat amanah yang ditubuhkan khusus memenuhi keperluan umat Islam untuk memelihara, melindungi dan mengagihkan harta hasil titik peluh mereka untuk manfaat orang tersayang apabila mereka meninggal dunia kelak.


揔ita banyak mendengar nasib balu dan isteri kedua yang terabai berikutan kegagalan suami menyediakan wasiat untuk menjaga kepentingan hak mereka dari segi pembahagian harta.

揂pabila seorang suami itu meninggal dan meninggalkan harta yang tidak diwasiatkan, harta peninggalannya akan difaraidkan mengikut hukum syarak.

揇alam kes seperti ini, mengikut hukum Islam, balu hanya mendapat 1/8 harta peninggalan berbanding ibu bapa si mati yang mendapat 1/3 daripada jumlah keseluruhannya. Hak isteri boleh ditambah jika suami menulis wasiat dengan menyatakan sejumlah harta ditinggalkan khusus kepada isteri yang disayangi, ini juga dibenarkan Islam,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2007 03:46 PM | Show all posts
Pentingnya Penulisan Wasiat


Oleh Nabilah Saleh

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) -- Setiap yang bermula pasti akan berakhir. Begitu juga dengan sebuah perjalanan kehidupan yang akan diakhiri dengan satu episod sedih iaitu kematian.

Namun, pernahkah anda terfikir seandainya ia berlaku ke atas diri anda, bagaimana dengan keluarga yang anda tinggalkan? Lebih merumitkan jika kematian berlaku secara mengejut melibatkan kedua-dua ibu bapa.

Bercakap pasal wasiat, sebahagian besar masyarakat kita khususnya umat Islam memberikan seribu satu alasan untuk tidak menyediakan wasiat.

Pertamanya, ramai yang merasa fobia dan takut serta-merta, seolah-olah penyediaan wasiat itu mengharapkan kematian dalam waktu terdekat. Alasan yang kerap didengar pula adalah seperti `saya masih muda' atau 'belum masanya lagi nak buat wasiat'.

Dalam fikiran masyarakat hari ini, wasiat hanya boleh dilakukan oleh mereka yang kaya dan berharta. Bagi golongan miskin dan tidak berkemampuan, mereka merasakan tidak layak untuk membuat sebarang wasiat sebelum menghembuskan nafas terakhir.

PROSES PERUNDANGAN

Di kalangan orang Melayu pula, ada yang beranggapan dengan adanya hukum faraid, maka pewarisan harta sudah tidak perlu dirancang.

Namun begitu, pembahagian harta mengikut hukum faraid bukanlah semudah seperti yang disangka kerana pelbagai proses perundangan perlu dipatuhi seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Sivil atau Pejabat Pusaka Kecil, yang kesemuanya memakan masa.

Tidak cukup dengan mentaliti sedemikian rupa, masalah pembahagian harta pusaka juga wujud dalam institusi keluarga. Selepas berlaku kematian, harta pusaka sering menjadi bahan pertelingkahan.

AMANAH RAYA BERHAD

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Raya Berhad (ARB) Datuk Ahmad Rodzi Pawanteh, memang terdapat banyak punca yang menimbulkan masalah dalam pembahagian harta pusaka.

Justeru, katanya, penulisan wasiat adalah penting untuk mengelak daripada masalah di kemudian hari

"Jika seseorang itu meninggal dunia, pihak Amanah Raya Berhad akan mengenal pasti sama ada si mati mempunyai wasiat atau tidak. Ini kerana cara dan pengolahan adalah berbeza bagi yang mempunyai wasiat dan sebaliknya," kata beliau.

ARB adalah sebuah syarikat pemegang amanah terbesar dan yang paling lama berkhidmat di Malaysia. Ditubuhkan pada 1921, dahulunya ia dikenali sebagai Jabatan Pemegang Amanah dan Pegawai Pentadbir Pusaka. Ia diperbadankan pada 29 Mei 1995.

Ia menawarkan kombinasi kepakaran, dengan kadar yuran perkhidmatan yang berdaya saing serta perkhidmatan yang bersifat peribadi dan memenuhi matlamat pelanggan.

Tidak ketinggalan, ARB turut menjadi pendahulu pasaran yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran harta pusaka dan penulisan wasiat, bukan sahaja untuk yang beragama Islam, malah untuk yang bukan beragama Islam.

MASALAH TIMBUL TANPA WASIAT

Ahmad Rodzi berkata ini jelas menunjukkan penulisan wasiat adalah satu kaedah perancangan pengagihan kekayaan yang amat penting tanpa mengira agama atau bangsa.

Wasiat merupakan dokumen undang-undang yang penting untuk menentukan pengagihan harta pusaka selepas seseorang meninggal dunia, jelas beliau.

Menurutnya, hari ini, masih ramai di kalangan masyarakat umum tidak tahu bahawa setelah meninggal dunia keseluruhan harta yang tidak mempunyai penama akan dibekukan.

Memetik kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohd Khaled Nordin baru-baru ini, kes harta pusaka dengan nilai mencecah RM38 bilion masih lagi tertunggak.

Nilai aset itu dibekukan dan tidak dapat dituntut kerana tiada sebarang wasiat dibuat sebelum kematian.

Statistik Jabatan Tanah dan Galian pula mendedahkan lebih sejuta kes tuntutan tanah pusaka sukar diselesaikan.

PENTINGNYA PENULISAN WASIAT

Ahmad Rodzi berkata dengan adanya perkhidmatan penulisan wasiat yang meluas hari ini, masyarakat tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mendapatkan perkhidmatan ini.

Tanpa disedari, menyediakan wasiat menjanjikan banyak kelebihan tersendiri dan ia disifatkan sebagai langkah persediaan awal mengurus dan mentadbir aset secara cekap di kemudian hari.

Beliau menambah, dengan adanya wasiat, proses pengurusan harta pusaka menjadi mudah jika melantik ARB sebagai wasi atau pentadbir kerana ia akan memastikan pengagihan harta dilakukan segera.

"Wasiat membolehkan ARB memohon Geran Probet atau Surat Mentadbir daripada Mahkamah Tinggi dan Pejabat Tanah. Sebaik sahaja geran itu diperoleh, pihak ARB akan menjalankan tugas-tugas pengurusan aset itu tanpa menyusahkan waris si mati," terang Ahmad Rodzi.

Jelas beliau lagi, urusan pengagihan harta hanya akan memakan masa enam hingga lapan bulan sahaja berbanding urusan tanpa wasiat yang boleh berlanjutan sehingga tiga hingga lima tahun.

PUPUK KESEDARAN

Beliau mengakui penulisan wasiat masih lagi baru di kalangan rakyat Malaysia dan kesedaran ke arah itu masih berada di tahap rendah.

Soal perancangan kewangan, khususnya perancangan pengagihan harta pusaka masih lagi baru dan belum dijadikan salah satu keutamaan dalam kehidupan, katanya.

Namun begitu, jelas beliau, sejak lima tahun kebelakangan ini, banyak syarikat yang terlibat dalam menyediakan khidmat penulisan wasiat dan pengagihan harta secara Islam. Ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan harta dewasa ini, tegasnya.

Ahmad Rodzi berkata sebagai sebuah institusi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab sosial terhadap rakyat, ARB menawarkan produk atau instrumen wasiat yang paling murah di pasaran.

ARB berpendapat agenda mempromosi idea perancangan dan pentadbiran harta pusaka adalah lebih penting berbanding yuran perkhidmatan atau nilai aset itu sendiri.

Berbekalkan kepakaran dan pengalaman lebih 80 tahun, Ahmad Rodzi percaya para pelanggannya yakin dengan keupayaan produk atau perkhidmatan yang disediakan.

"Pengurusan harta pusaka adalah perkara yang kritikal. Justeru menjadi tanggungjawab kami untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap."

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.069551 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list