CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hambaAllah

identiti komik malaysia

[Copy link]
Post time 6-6-2007 10:55 AM | Show all posts
Originally posted by hambaAllah at 5-6-2007 03:41 PM
ambe ada surg web gila2, pahtu dorang ada buat poll untuk mengadakan majalah Fantasi balik kot....



Bagus lah macam tuh dah lama tak ada majalah illustrasi kat malaysia..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2007 03:46 AM | Show all posts
tapi komik gempak starz tuh mmg hampeh la dok tiru stail manga
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 01:45 PM | Show all posts
Originally posted by kambingrider at 7-6-2007 03:46 AM
tapi komik gempak starz tuh mmg hampeh la dok tiru stail manga



memang diorang ada beritahu diorang memang bikin Manga Malaysia dengar citer dalam rancangan nak animekan manga diorang
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 02:02 PM | Show all posts
Bukan setakat Malaysia jer yang kena camtu... Amerika pun sama gak, cam citer Totally Spies tu laa, ada selit unsur anime dalam dier...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 02:11 PM | Show all posts
hi
Sape ada majalah Bujal masa dia nakal. Masa dia nakal memang beh tapi lepas dia jadi bermoral dan poyo watak tu dah tak beh dah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2007 02:16 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 18-5-2007 10:13 PM
Ujang Kembali Ke CESB

http://jibam.cesb.net.my/

Yups... nampaknya dalam kes ni bro Ibrahim Anon aka Ujang perlukan Gila-Gila untuk terus berkarya dan Gila-Gila lak perlukan Ujang untuk naikkan balik majalah tu. Ujang sendiri adalak produk yang dihasilkan Gila-Gila time zaman kegemilangan dier dulu. Gitu gak dengan Cabai. Tapi malangnya bila dua2 kartunis tu takder, Gila-Gila macam hilang arah (especially time lepas Pak Jab meninggal), asyik sambung citer yang sama macam takder kesinambungan... so feel dier dah jadik lain, tak best.

Ujang kuar dari Gila-Gila dulu sebab nak impikan untuk buat majalah komik sendiri dan dia sendiri training kartunis majalah tu. Majalah Ujang tu memang berjaya, tapi malangnya time tahun2 1998 tu ada selisih paham dengan Kharisma Publications (sekarang dikenali sebagai MOY) pasal hak nama Ujang tu. Dia kalah dan tinggalkan Kharisma untuk buat majalah Varia Lawak, yang kemudiannya dikenali sebagai majalah Lanun. Tapi tu pun tak lama, sekitar tahun 2000-2001 majalah tu pun mati sebab tak dapat compete dengan majalah Ujang.

Tahun 2002 lak Ujang bangkit semula buat majalah baru (aku tak ingat apa dia) tapi salah sorang anak didik dier termasuklah Jakall (walaupun sebelum tu Jakall pernah lukis kat majalah Gempak). Tapi tak lama jer dah gagal dah. Yang peritnya, Ujang terpaksa berdepan dengan cemuhan kartunis bawahan dier bila majalah tu gagal lagi, pasal tak dapat gaji la tuu. Dulu aku pernah berforum sekejap kat Pergh dan kat situ Jakall sendiri pernah mencemuh Ujang pasal tak bayar gaji dier untuk beberapa bulan. Tak tahan nyer pasal, Jakall amik keputusan kuar dan pindah jadik kartunis kat majalah Blues Selamanya terbitan MOY.

So sekarang ni dengan kembalinya Ujang ke pangkuan Gila-Gila, boleh la dikatakan cam sirih pulang ke gagang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2007 03:01 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2007 10:28 PM | Show all posts
Perkembangan Terbaru Komik Malaysia


Persatuan Komik Malaysia (PEKOMIK)


http://pekomik.com/


Komik di Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komik_di_Malaysia

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2007 11:00 PM | Show all posts
Tewasnya Budak Besar Komik Melayu

Topik hangat yang dibincangkan dalam bengkel komik Sdr Zunar pada 19hb Februari lalu adalah kejatuhan majalah komik Gila-Gila daripada tahtanya sebagai majalah humor paling popular pada suatu masa dahulu.

Faktor paling utama yang berjaya menjatuhkan Gila-Gila adalah banyaknya majalah-majalah komik yang kecil-kecil, yang diterbitkan oleh penerbit-penerbit independent, yang menawarkan genre humor yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh Gila-Gila.

Pelukis-pelukis komik yang diketengahkan oleh Gila-Gila telah keluar satu demi satu, meninggalkan majalah humor itu, dan menjadi penerbit independent. Begitu banyaknya komik humor independent masuk ke dalam pasaran, sehingga akhirnya semua pihak gagal dan menanggung kerugian.

Walaupun waktu itu Gila-Gila sudah besar, namun ia tidak berupaya melawan komik-komik kecil yang begitu banyak. Komik-komik kecil itupun akhirnya mati disebabkan mereka bukan hanya perlu berlawan dengan Gila-Gila, malah mereka perlu berlawan sama sendiri. (Baca blog Kalamtimur untuk sejarah ringkas kebangkitan dan kejatuhan komik Melayu.)

Trend yang sedang berlaku sekarang dalam pasaran novel cinta ada persamaannya dengan apa yang pernah berlaku kepada Gila-Gila.

Fenomena penulis-penulis novel cinta, yang menjadi popular kerana diketengahkan oleh Creative dan Alaf21, keluar dan menjadi penerbit independent sedang menyebabkan berulangnya pengalaman Gila-Gila ke atas Creative dan Alaf. Maklumat pasaran menunjukkan kehadiran mereka sudah pun dapat menyebabkan turunnya jumlah cetakan pertama novel-novel Creative, Alaf21, Utusan, Rythm dan Times.

Dalam dunia penerbitan lokal, gosip sedang tersebar bahawa seorang lagi nama besar dalam novel cinta akan menjadi penerbit independent. Dikatakan sekumpulan penulis lain daripada sebuah penerbit besar sudah menyerahkan novel-novel baru mereka kepada nama besar itu.

Dalam menghadapi senario seperti ini, apakah yang sebaiknya dilakukan oleh NB Kara, Media Intens, KakiNovel dan KarnaDya? Mereka berempat bukan hanya perlu berlawan dengan Creative dan Alaf21, mereka perlu berlawan dengan Utusan, Rythm, Times dan lain-lain penerbit kecil.

Kejatuhan Gila-Gila menyebabkan tidak ada lagi Budak Besar yang mampu memimpin industri komik Melayu. Akibatnya, pintu industri komik Malaysia terbuka luas kepada kemasukan komik-komik impot. Kini komik-komik Melayu bukan hanya berlawan sesama sendiri, mereka harus berlawan dengan komik-komik impot.

Walaupun kita masih dapat membaca komik-komik tempatan, namun gaya persembahan komik-komik itu meniru bulat-bulat komik impot, suatu fenomena yang tidak menawarkan keuntungan kepada nilai-nilai kebudayaan Melayu. Kita menanggung dua kekalahan sekarang, kalah bisnes dan kalah budaya.

Demi kepentingan ekonomi dan budaya nasional, industri buku Melayu memerlukan kewujudan Budak-budak Besar bagi tiap-tiap kategori produk. Tanpa kehadiran Budak Besar, tidak ada pihak yang mempunyai kekuatan menentang dan menepis serangan budak-budak lari luar negara.

Kebangkitan Creative dan Alaf21 dalam pasaran sastera popular dan novel cinta remaja telah berjaya menyekat serangan novel-novel cinta terjemahan dari Barat, yang mengandungi unsur-unsur budaya Barat yang dapat mempengaruhi secara negatif akhlak pembaca.

Para penerbit Melayu yang sudah besar perlu berfikir dengan menggunakan Jiwa Besar, jika tidak kita akan dibunuh oleh budak-budak kita sendiri. Mereka pun belum tentu dapat menjadi Budak Besar yang mampu memimpin industri penerbitan Melayu.

Apakah faktor yang mendorong pelukis-pelukis komik Melayu dan penulis-penulis novel cinta lari daripada Creative dan Alaf21, lalu menubuhkan syarikat sendiri? Trend ini mesti dibendung, kerana trend beginilah yang telah membunuh Gila-Gila.

Sources: http://www.universitipts.com/?m=200602

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2007 06:12 PM | Show all posts
akhirnya ada gak org yg membincangkan isu nih..aku kekadang rasa cam tak best gak biler kita asyik sukakan sgt kartun2 dr Jpn, HK, n sumer tuh..sampai komik dlm negara (Gempak Starz tuh) nampak mcm lukisan dr negara timur tuh pulak..aku walaupun suka komik sana..sbb aku pun manga otaku gak..tapi aku tetap layan ujang..gila2 masa aku derajah satu...hehehe...
Reply

Use magic Report

ninjamerah This user has been deleted
Post time 20-6-2007 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 16-6-2007 11:00 PM
Apakah faktor yang mendorong pelukis-pelukis komik Melayu danpenulis-penulis novel cinta lari daripada Creative dan Alaf21, lalumenubuhkan syarikat sendiri? Trend ini mesti dibendung, kerana trendbeginilah yang telah membunuh Gila-Gila..


duit?
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2007 04:25 PM | Show all posts

Reply #51 ninjamerah's post

setuju!!!

kekadang tuh keuntungan lebih oenting..tengok jerlah filem Malaysia!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2007 08:42 PM | Show all posts
Originally posted by ninjamerah at 20-6-2007 12:43 AM


duit?



Keuntungan
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by Tenko at 7-5-2007 09:22 PM
Yup! Seme pendpt di atas termasuk bab Kapten Mesia tuh aku sokong!
Semenya kira cam kenangan indah zaman dulukala.
Ingat lagi tak citer Che Awang Bolan yg makan kenduri tak basuh tangan and jad ...

setuju...aku rindu koleksi UJANG/APO? yang version bumper raya tuh....tak pernah aku misss......

aku rasa,ada banyak pelukis ug malaysia nih berbakat...(macam aku laa...)...satu lagik....aku paling suka art OREN dengan NIZAMBACHOK dengan ada lagik satu mamat nama dia aku lupa....dia lukis torchlight zone tuh......dalam majalah APO?...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by JUSTcircle at 20-6-2007 04:25 PM
setuju!!!

kekadang tuh keuntungan lebih oenting..tengok jerlah filem Malaysia!!

Memang pun... diorang sepatutnya kena pikir nak adakan pembaharuan ikut taste pembaca dan jangan ingat cara lama tu bleh datangkan duit buat selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

VIOS1.6 This user has been deleted
Post time 24-6-2007 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by hambaAllah at 6-5-2007 10:57 AM
aku memang ingat komik kapten malaysia... itu dalam akbar kanak2,  kalo xsilap aku akbar tu
nama bintang kecil, dulu bintang kecil akbar, bukan majalah.... lepas tu aku ingat lagi laaa kalo komik ...



aku penah dgr je komik kapten malaysia










Gara2 terlalu Kurang Ajar di forum, Darsita terus di pukul di kepala bertalu talu oleh forumers.
Now Darsita seperti ibu biawak> Bersembunyi dlm lubang. Hulur kepala je, terus di pukul.
Ibu Biawak Darsita akan mampus jua satu hari nanti!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2007 06:11 PM | Show all posts

Reply #55 Squall-Leonhart's post

cara lama camner maksud ko?
pembaharuan plak camne? cam kartunis2 gempak starz ker? yg lukisan ada ala2 manga..mcm x menyerupai ciri2 malaysia..tapi x sumerlah kartunis gempak starz tuh lukisan ala manga..mcm lawak kampus yg kartun chomel2 hiler tuh..ala aku luper plak yg kepala bulat2..mcm character ada dlm kelas dia...ha..lowkey n the geng..kalo kartun camtuh mcm style tersendirilah..tapi aku rasa kartun yg nampak ciri2 ke"Malaysia'an rasanya komik Ujang, Gila2, Apo n sebaris dengannya..aku sebenarnya dr kecik baca komik nih..tapi skrg dah kureng bkn sbb art x laa ker aper..dia punyer jln cerita n lawak tuh x baper sgt...mcm ujang dlu aku suka gak mesej dari hasil lukisan Duku ngan Bawang..ada mesej yg disampaikan...aku tengok bebudak sekarang pompuan ngan laki (majoriti budak sekolah menengah) rajin belajar lukis kartun..tapi lebih ke arah manga..aku rasa sbb popularnya anime n manga kat negara kita nih kot...

Tajuk Hang Lekuk Adventure..selangkah ke Alam Misteri..Abe..tuh sumer memori aku kecik2 dlu..

[ Last edited by  JUSTcircle at 29-6-2007 06:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2007 03:15 PM | Show all posts
Mungkin dier maksudkan Cara Lama tuh ialah stail stroke komik lawak
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2007 03:08 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 30-6-2007 03:15 PM
Mungkin dier maksudkan Cara Lama tuh ialah stail stroke komik lawak

OoOoOoOo..camtuh ker...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2007 12:55 PM | Show all posts
bagi aku, novel grafik dari Aie "Aku dan Sesuatu" memang mempunyai ciri keMalaysiaan yang amat kuat dan dekat dengan diri masyarakat.

stroke lukisan dia pun tidak dibayangi oleh sesiapa, punya identity tersendiri.

mesej yang telah disampaikan juga amat tebal dan sarat dengan perkara positif-negatif kehidupan.

aku rasakan, komik jenisan ini lah yang mampu mengangkat industri ini ke antarabangsa.

tapi, kemana hilangnya Aie selepas "Aku dan Sesuatu"? tak sempat habis pun... rindu juga pada Hasan dan Husin, Aisyah dan Khadijah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:51 PM GMT+8 , Processed in 0.311563 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list