View: 5377|Reply: 21
|
Pesona Kasih Riana by Zurilawati Ku Zaifah
[Copy link]
|
|
Di Sebalik Tabir...Pesona Kasih Riana
Usah berkirim rindu, jika hatimu bukan milikku
MAZIAH ketap bibir. Hatinya berbelah bahagi. Dia tidak mahu terserempak dengan Kamal, kala tunangnya itu berdua-duaan dengan Kamal.
Sementelah pula tadi dia secara tidak sengaja sudah menghampakan hasrat Kamal yang berhajat benar hendak membelanjanya makan tengah hari. Maziah sengaja menolak permintaan tunangnya itu kerana dia perasan sejak akhir-akhir ini Kamal sentiasa ceria. Maklumlah, Maziah banyak memberi publisiti untuk perniagaan Riana di dalam akhbarnya.
Penyambut tetamu tetap menyuruh Maziah naik sahaja ke pejabat Riana di tingkat 10. Mahu tidak mahu, Maziah terpaksa mengalah. Namun, hatinya serta-merta berbekam apabila terdengar gelak tawa Kamal dan Riana sebaik sahaja dia sampai di depan pintu pejabat Riana yang sedikit terkuak. Debarannya kian kencang.
Maziah mengintai, dan jelas kelihatan Riana yang nampak sangat jelita berkebaya pendek kain kasa hijau kenari dengan sulaman flora benang kapas kuning, digandingkan dengan kain batik wiron dengan serakan warna sedondon. Riana duduk di mejanya dan Kamal pula berdiri disamping Riana. Jelas sekali mereka sedang membincangkan sesuatu yang sangat penting sekali. Jantung Maziah bagai berhenti berdegup tatkala melihat betapa mesranya Riana dan Kamal. Tunangannya itu berdiri terlalu rapat dengan Riana |
|
|
|
|
|
|
|
Kasih berkecai, rindu terburai
DEK kerana terlalu mengikut hati yang rawan, Riana nekad melarikan diri malam itu juga. Dia menumpang lori sampah yang meninggalkan resort Tejasuara, menuju ke pelabuhan Gilimanuk. Perjalanan itu amat jauh dan sangat menakutkan Riana. Dia terpaksa tidur di kaki lima perhentian bas Denpasar sementara menunggu pagi datang. Riana tidak mahu ketinggalan meniki bas paling awal ke pelabuhan.
揔enapa awak tidak mahu naik pesawat sahaja? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm best jer ....penulis nih..bekas pengurus ina naim tu kan?.... |
|
|
|
|
|
|
|
pernah baca buku ni tapi tak abis
baca kat atas mcm best pulak....
time baca dulu tak tau kenapa mcm tak boleh connect je dgn
watak2 dia coz mcm hebat sngt gitu...
Riana.....jelita/kaya/famous/berjaya dgn empayar kecantikan dia (bila
baca ashik terbayangkan Novelle Visage lah, Nona Roguy lah etc....)
dah tu dia dapat pulak usawan of the year award
hero.... hensem/jutawan/family ternama ...n kalo tak silap ada own
airplane
gaya penulisan author ni actually bagus tapi kita je personally tak
larat nak terus membaca...tak sampai pun setengah
nantilah try baca balik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
alamak...mcm best je crite nih..
sesapa yg dh abis baca..tlg bg komen skit |
|
|
|
|
|
|
|
besh citer ni... last,riana pilih ex husband dier kan? (errr.... ex hubby / hubby ar? lupa lak... ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 natique's post
ha aa.. endingnya riana pilih johan, ex-husband dia..
kesian iskandar..
tapi best baca buku ni..
mcm bagi perangsang jgn mudah putus asa.. patah semangat..
utk mencapai kejayaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 t10k's post
yup...motivate not to give up in life....cam Riana sapa sangka dari pencuci tandas akhirnya dengan usaha gigih berjaya membina empayar perniagaaannya sendiri...
tapi sian sgt2 kat iskandar...
[ Last edited by aprilsnow at 10-9-2007 04:27 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jujun at 11-9-2007 08:57 AM
kuc...best ek citer ni, dr review kat atas dh meleleh ayer lior jun ni....
Bagi aku jun cite nie bagus sbb ia mengangkat imej wanita yang berjuang utk berjaya dalam hidup walaupun terpaksa menempuh pelbagai pahit getir kehidupan yang bukan sedikit. Selain itu ia menampilkan nilai murni dan kasih sejati seorang wanita bernama isteri.
ko baca lah jun...confirm jiwang beb....hehehe
Sinopsis Pesona Kasih Riana
Kepulangan Johan menghumban Riana ke dalam kemelut perasaan yang sangat dalam. Kesedihan, kerinduan, kekeliruan dan keaiban yang cuba dlupakan Riana sejak lima tahun lalu kini kembali membekam perasaan. Riana tahu dia hanya isteri mutaah. Dia dinikahi bukan untk dicintai, dihargai dan dilindungi. Johan mengahwini Riana demi melampiaskan dendam kepada lelaki yang amat dibencinya -- bapa kandungnya sendiri. Riana pula terpaksa menerima 'permainan' jelik lelaki kaya seperti Johan ini, demi mendapatkan wang bagi mebiayai pembedahan ibunya yang sedang tenat. Demi cinta kepada ibu, Riana ketepikan perasaan cinta Iskandar dan melupakan kasih sayang Kamal. Dia memilih Johan, yang kemudian meninggalkannya begitu sahaja tanpa melafazkan 'talak seperti yang dijanjikan. Lima tahun kemudian, Riana sudah pun menjadi `orang lain'. Berjaya sebagai usahawan, dan menjadi pujaan setiap yang memandang. Tergamakkah Johan menuntut haknya sebagai suami? Adakah dia sanggup melepaskan Riana kepada yang lebih berhak -- Iskandar, jutawan muda yang pernah menyelamatkan wanita malang itu dari diperkosa 'buaya'? Selami kemelut perasaan yang amat membekam perasaan ini dalam Pesona Kasih Riana. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm best...kat minerva ada ke? publisher? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 Acun's post
kat port kita mmg ada acun...terbitan Tintarona Publication.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 aprilsnow's post
ni la buat aku tak sabar nak beli ni....kat port kita ada ek...ok set |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua....selamat berpuasa
Jujun boleh tak kita tau kat mana port uols tu sebab semalam kita cari kat Minerva takde la pulok...please |
|
|
|
|
|
|
|
hari tu mak su tengok kat minerva kecik ada lagi 2 buah ni.. kat minerva besar memang takde.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 zubaidahmior's post
zu...kat mana lagi kalo tak kat minerva.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 mak_su's post
tapi masa zu g kedua-dua Minerva, jurujual dia kata takde oooo kat situ markas uols ya . |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #18 zubaidahmior's post
dah habis laa tu, ciannya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 aprilsnow's post
ni mesti sbb promosi kaw2 dari kuc ni,....bertmbh kaya la markas kita ek kuc.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|