CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: safbrina

saper ada pengalaman uruskan harta pusaka

[Copy link]
Post time 24-7-2007 03:35 PM | Show all posts
ini lak pengalaman aku. Nak settlekan kes pusaka arwah mak... mmg tak boleh nak buat mcm mana kena gak settle through amanah raya. tak kisah la sangat sebab bagi kita mmg la mudah. tak payah nak terkejar kesana-sini. diorang buat semua. tapi yang tak best satu jer. ARB nie amik 7 % dari nilai aset yang dia settle. bagi we all yang duit tak banyak nie.... 7 % nampak mcm banyak. so.... nak buat mcm mana, kenalaa ikut jer.

moral of the story. kalau ada harta, tak kirala fixed ke current asset.... get ready la sorang nominee atau pentadbir. jangan bagi masuk ARB.... kes arwah bapak mertua aku pun mcm nie, tapi lagi complicated sebab ada tanah ngan cash. tanah lak belum sempat turun nama..tak tau la mcm mana nak settle kes nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2007 10:05 PM | Show all posts

Reply #44 dell_dimension's post

mak aii....sampai 7%..........gila apa!!!

ako stuju dgn ko........
kalau boleh jadikan ARB pilihan terakhir........

kat ARB tu bukannya derang buat kerja dgn Efisien pun.........Jika Charge mahal tp Kerja Berkualiti OK LAH....
........Bayang kan bukak Fail pun dah dikenakan Charge.........

[ Last edited by  t@t at 24-7-2007 10:13 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2007 12:15 PM | Show all posts
pegi pejabat tanah pada yang harta tak banyak, tapi yg lebih RM600k kene gi mahkamah no choice, cari la loyer, boleh dapat discount berbanding amanah raya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 03:44 PM | Show all posts
Alhamdulillah... jumpa jgk thread mcm ni...

nk tolong tanya pada sapa2 yg sudi... mak aku baru lepas meninggal pada  bln 6 tahun ni... ayah aku dah lama meninggal..... aku ada 3 beradik... aku yang sulung, yg 2nd pompuan and 3rd lelaki.

ni aku listkan apa yg mak aku tinggalkan kat kami..

1. kereta (dah abih bayar)
2. umah flet (dah abih bayar)
3. kwsp (adalah dlm RM100k)
4. tabung haji (dlm RM30k)
5. asb (tak salah aku RM10k)
6. umah aptment (ni atas nama arwah dgn aku - tak abih bayar lagik, insurance nama aku)
7. barang kemas sket

mak aku ada adik-beradik lagi tp mak ayah arwah dah meninggal lama dah....

sebelum mak aku meninggal mmg dia dah cakap yg:

1. kreta tu nk kasik adik laki aku
2. umah flet tu  arwah sewakan dan duit sewa bulan tu dia suruh kasik kat adik laki aku cos dia still study lagik
3. barang kemas tu bahagikan antara aku dgn adik pompuan aku
4. duit tabung haji tu nk suruh upahkan org buat haji dan balance tu bahagikan kami adik beradik.  same goes dgn duit2 yg lain...

yg aku dah buat skarang ni baru apply kat mahkamah syariah sijil faraid

so sekarang persoalannya..
1. mcm mana nk tukarkan nama aset2 tu?
2. lepas dah dpt sijil tu apa yg patut aku buat?

sebenarnyer byk lagik yg aku nk tanya tp mcm otak ni beku plak... nnt aku tanya lagik bleh tak.... aku still rasa mcm tak cayer jer ni...

sorilah kalu soalan aku ni mcm bodoh sket..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 04:21 PM | Show all posts

Reply #47 jenna's post

aku rasa la... caranya mcm yg forumer awal2 dulu tu... ko gi pejabat pusaka yg terdekat dan buat application.kalau semua waris cukup umur takde masalah... mcm mana cara nak bahagikan tu ko ada 2 cara :

1- bahagi ikut persetujuan bersama atau
2- faraidh...

aku assume property ko ni mungkin lebih RM600k, so nanti kes tu akan ditransfer oleh pejabat tanah yg berkenaan ke mahkamah tinggi, dalam keadaan mcm ni ko kene carik loyer...

apa2 hal pun ko gi pejabat pusaka dan please jgn ke amanah raya...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2007 09:34 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 30-7-2007 03:44 PM
Alhamdulillah... jumpa jgk thread mcm ni...

nk tolong tanya pada sapa2 yg sudi... mak aku baru lepas meninggal pada  bln 6 tahun ni... ayah aku dah lama meninggal..... aku ada 3 beradik... aku ...


nah...Wife aku tlg Jawab kan....

Originally posted by jenna at 30-7-2007 03:44PM

1. kereta (dah abih bayar)
2. umah flet (dah abih bayar)
3. kwsp (adalah dlm RM100k)
4. tabung haji (dlm RM30k)
5. asb (tak salah aku RM10k)
6. umah aptment (ni atas nama arwah dgn aku - tak abih bayar lagik, insurancenama aku)
7. barang kemas sket
..


Option ada dua....Pejabat Tanah or ARB

anggaran jumlah nilaian aset aku agak2 dlm RM 300K.
maaflah kalau terkurang atau terlebih.yg pasti kalau lebih RM600k kau bleh gi mahkamh tinggi yg berdekatan tmpt tinggal kau terus.
tp kalau kurang rm600K kau bleh pilih nak guna khidmat sapa utk settle sama ada ARB atau pejabat tanah.

tindakan ko dah betul buat sijil faraid tu tp ARB je yg nakkan sijil tu.aku nasihatkan kau gi pejabat tanah yg berdekatan je.
tp kat sana nati kau kena settlekan semua aset alih dan tak aliharwah.

aset alih tu duit dan kereta.tak alih plak tanah dan rumah.pejabat tanah takkan terima kalau kau nak settle duit je dulu.
diorg terima kes bg yg nak buat serentak.kos pjbt tnh biasa nyer takde ape kena byr cuma borang Rm10.
yang lainfree.
time frame dia setahun atau lebih.cuma nanti lepas kau isi borg tu..serah balik kat dia..mereka akan proses dan tetapkan date utk bicara.masa bicara semua adik beradik kena hadir.adik beradik mak kau tak dpt aset mak kau sebab dah ade waris lelaki.

kalau kwsp dah ade penama...kau suruh je penama tu gi keluarkan duit tu,yg jd masalahnya takde penama, kalau takde penama..baik kau g kwsp kuarkan bahagian khairat kematian RM2K dan kau bleh kuarkan RM20K utk nilai maksimum.baki tunanti kau terpaksa guna pjbt tanah.

duit tbg haji plak ade penama tak? kalau ader penama..penama tu bleh kuarkan semua duit tu...yg jd mslh ialah...takde penama.

senang2 kan...baikkau guna pjbt tnh je la.abis cerita...settle dlm setahun atau setahun setengah tak pe la..ni idea aku..terserahlah pd kau utk buat keputusannya.

sebab...lepas bicara kat pejabat tanah...kau citer la amanat mak kau nak beri kete tu kat adik laki.duit tu plak mcmn...

tp biasanya dia bahagikan cash anak laki 2 bahagian dan anak p'puan 1 bhgn.lepas tu...tunggu pjbt tnh kuar PERINTAH PEMBAHAGIAN..dlm perintah tu..akan dinyatakan cara pembahagian hasil bicara aritu..disebabkan pjbt tnh tak kenakan apa2 kos....nati kau yg dilantik sebagai pentadbir harta simati (sebab anak sulong) kena pergi ke kwsp,pnb,tabung haji dan lain2 utk kuarkan duit...kau jgn susahkan diri plak...sebulan pertama lepas dpt perintah tu kau gi kwsp dlu settle...bln seterusnya gi PNB plak dan mcm tula selanjut nya.bukannya dlm dua minggu kena settle semua..lambat skit takpe..


tapi...pilihan ke 2, boleh guna ARB..tp KOS DIA TINGGI...kau bleh pilih nak buat serentak aset rumah dan duit sekaligus atau buat asing2 iaitu aset duit dulu...settle cash dan kereta ...kau baru nak buat utk rumah.sebab kalau buat utk serentak ambik masa lama skit dlm setahun setengah.tp kalau aset cash dulu dlm 6 hingga 12 bulan je.perlu kau tau itu adalah janji ARB sahaja.kadang2 kes kat pejabat tanah lagi cepat drpd ARB. sebab..bicara nanti akan diadakan dipejabat tanah jugak bukan ARB........banyak kes ARB lembab cuma kos komisen diaje yg tinggi.

Dibawah ni cth pengiraan kalau kau nak buat utk aset cash dan kereta dulu..tak termasuk rumah.tapi kereta nanti kau kena g puspakom buat penilaian utk tahu berapa ARB akan charge kau utk aset tu. utk kereta..kau kena dapatkan borang kat ARB yg dipanggil borang persetujuan penolakan.

yang mana adik perempuan dan kau kena tandatangan depan pesuruhjaya sumpah yg kau berdua menolak kereta tu kpd yang bongsu.borg tu perlukan setem hasil RM10.sebab,,,kereta ni nak tukar nama drpd arwah perlukn satu nama je...

4% akan diambik drpd RM25k yg pertama, kalau ader lagi baki..dia akan kenakan3% utk rm225K yg seterusnya...kalau ader lagi 2% utk 250K ygseterusnya.MAHALKAN?

Anggaran jika nilaian keseluruhan aset RM300K

4% * RM25000 =              Rm1000
3%* RM225000 =             Rm6750
2%* RM50000 =               Rm1000
TOTAL KOS  YURAN   =RM8750

  
kalau kau buat serentak aset rumah dan cash...komisen dia 2% drpd RM300K..(NILAI KESELURUHAN ASET)...nanti ARB akan mintak JPPH (jabatan penilaian dan pengurusan harta) buatkan nilaian apartmen dan rumah kau tu..maknanya kau tak perlu buat sijil faraid dulu selagi JPPH tak buat nilaian utk rumah kau tu...sebab kat mahkamah mereka nak tengok nilaian tu....membazirla..tak taula kalau kau nak guna pjbt tanah..tp tak tau pejabat tnh pakai tak sijil tu..


bg aku...better ke Pejabat Tanah la....Wsallam...

[ Last edited by  GTR-4 at 31-7-2007 02:51 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2007 09:51 PM | Show all posts
Originally posted by jenna at 30-7-2007 03:44 PM
4. duit tabung haji tu nk suruh upahkan org buat haji dan balance tu bahagikan kami adik beradik...


kalau boleh jgn guna ARB.arb akan kenakan bayaran RM2500 utk upah haji dgn umrah
tapi cuba dptkan lain2 agensi umrah yg kebiasaanya mengenakan charge hanya RM1500
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2007 10:19 AM | Show all posts
Originally posted by melayucyber at 20-7-2007 10:44 AM
Biar aku ceritakan sendiri pengalaman aku sendiri yg terlibat didalam  pengurusan harta pusaka dengan Amanah Raya Berhad (ARB)

Arwah atuk aku meninggal pada tahun 1994. Arwah atuk aku meningga ...



melayucyber...
ko nyer kes happen kat negeri mana?? kalu kat area petalling, boleh la aku tolong kasik info skit2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 10:34 AM | Show all posts
Originally posted by elbecks at 30-7-2007 04:21 PM
aku rasa la... caranya mcm yg forumer awal2 dulu tu... ko gi pejabat pusaka yg terdekat dan buat application.kalau semua waris cukup umur takde masalah... mcm mana cara nak bahagikan tu ko ada 2  ...

Originally posted by GTR-4 at 30-7-2007 09:34 PM


nah...Wife aku tlg Jawab kan....



Option ada dua....Pejabat Tanah or ARB

anggaran jumlah nilaian aset aku agak2 dlm RM 300K.
maaflah kalau terkurang atau terlebih.yg pasti kalau leb ...


terima kasih banyak2lah kat korang...... aku dah save semua pendapat korang dan akan berbincang dgn kami adik beradik.....  terima kasih....

barulah nampak jalan sket... klu tak mmg aku pun buntu nk mula yg mana pun tak tau....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:05 PM | Show all posts
more about..WASIAT

WASIAT

kalau nk buat wasiat kat malaysia ni setau aku ade 3 tempat..pertama ARB, kedua Rockwill Dan Wasiah Shoppe.

wasiat kat ARB..

wasiat ni sebenarnya boleh diberi kepada org yg kita nak beri dengan kuantiti aset yg kita suka...tapi akan berjaya dilaksanakn sekiranya semua waris bersetuju dengan wasiat yg ditinggalkan tu.

kalau ade waris yg berhak tak setuju ia tak boleh dilaksanakan still kena guna faraid. wasiat tu tak terpakailah. golongan yg berhak keatas aset kita ada 5 golongan..ibu, bapa, suami atau isteri dan anak2..

katakanlah sorang anak lelaki tak setuju harta tu dibahagi sama rata dgn anak p'puan..jadi wasiat tu tak boleh dibuat..dengan alasan anak laki tu kata..kalau ikut faraid ank laki dpt 2 bahagian dan anak puan dpt 1 bhgn je. contoh la kan...

secara automatik wasiat tu terbubar dan akan dilaksanakn ikut faraid mcm biasa. lagi 1, wasiat ni keistimewaannya boleh diberi kpd bukan waris cthnya anak angkat atau nak sedekah kat masjid paling banyak 1/3 bahagian je.

bahagian ni waris yg berhak tak boleh usik.memang aotomatik akan dpt kat pertubuhan tu atau orang tu jugak...lagi 2/3 bahagian je la boleh di bahagi ikut wasiat yg dintinggalkan...

kalau wasiat tu tak de bantahan drpd waris yg berhak, maknaya insyaallah boleh dilaksanakan.

Andaikata seseorang telah buat wasiat di ARB...
mengikut ARB ia terletak bawah seksyen 13 (utk kes ada wasiat dan aset melebihi RM600 K).
tak kiralah jumlah nilaian aset dibawah RM600K atau tidak...
yang pasti ade wasiat w.pun aset dia sikit je nak tak nak bawah seksyen 13 gak.
bila dah ade wasiat...bila pewasiat td mati, waris dia kena pi ARB tunjukkan original wasiat dan sijil mati original.
YANG PASTI kena bayar deposit RM1K. di bawah seksyen ni ISO dia 2 thn..

komisen yang dikenakan :
4% * RM25K (yg pertama)
3% * RM225K (yg ke 2)
2% * RM250K (yg ke 3)
1% * RM500K (yg seterusnya)
0.5% * utk baki (kalau ada)

pengiraan diatas adalah jumlah keseluruhan nilaian harta yg ditinggalkan.
dan pengiraan ni sama macam cara kira dlm posting sebelum ni..

kalau aset nilaian total melebihi RM600K, apa yg saya tau nanti akan ade bicara kat mahkamah tinggi.kos mahkamah tinggi kena bayar jugak. tapi saya tak tau berapa...
maknanya DUA kos lah waris kena tanggung.ARB pun kena bayar..mahkamah pun kena bayar...tapi kalau ader cash dlm aset simati...komisen akan ditolak terus drpd sana...baki baru akan diagihkan kpd waris...

perlu dinyatakan kalau aset lebih RM 600K tanpa wasiat...kalau pegi mahkamah tinggi terus cuma kena bayar kos mahkamah je...




tu kalau boleh settle dlm 2 thn kalau lebih mcamana?
sebab segala aset simati yg ade wasiat akan dibekukan.anak bini nak makan ape? sebab kena tunggu kes settle baru cair balik semua aset tu terutamanya cash kat bank..kalau isteri yg dah berkerjaya takpe...atau dr golongan org berada.

tapi macamana kalau isteri surirumahtangga sepenuh masa? anak2 nak mkn...sekolah..bil2 api, air..sewa rmh...ansuran kete nak byr guna apa?
sama2 lah kita pikirkannya...

CARA ATASI

untuk masalah ni apa yg boleh saya cadangkan ialah...kita boleh buat penama terus untuk KWSP..tak bermakna nama penama tu je yg akan dpt duit tu...penama tu just guna nama dia je,. die still kena agihkan aset tu guna faraid...

akaun tabung haji plak ade penama gak...atau buat duit tu diamanahkan utk sapa?
pesan siap2 kat penama tu hendaklah berlaku adil...

setiap akaun kat bank2...ade borang utk diamanahkan utk siapa...

sebahagian masalah dah ade cara nya cuma kita pilihlah nak guna yg mana..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 04:35 PM | Show all posts
Originally posted by safbrina at 31/7/07 10:19 AM



melayucyber...
ko nyer kes happen kat negeri mana?? kalu kat area petalling, boleh la aku tolong kasik info skit2.


Kat Penang...even boss ARB  kat sana pun dah banyak kali bertukar. Kau keje kat ARB ke?
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 11:44 AM | Show all posts
upkan thread nih....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 12:22 PM | Show all posts
aku baru habis baca thread nih.....
tp aku x reti nk komen apa2....

cuma yg aku amat pasti....... WASIAT TIDAK BOLEH MELEBIHI 1/3 DRPD HARTA. dan mestilah kepada bukan ahli waris! wasiat berkuatkuasa selepas mati.

berlainan dr hibah. ia berkuatkuasa semasa hidup.
(hibah mean hadiah)
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2007 12:35 PM | Show all posts
skrg mslh aku pulak.....

mak aku meninggal hampir 3 thn lepas....
dia ada tinggalkan 2 keping tanah dan brg kemas sikit....
nilai kesemua aku x tau (kene wat nilai pasaran semasa. panggil JPPH kot)
luas tanah.....aku x ingat....

mslhnya :

1) tanah tapak rumah skrg nih mmg tanah milik arwah mak aku. tp nama atas nama ayah aku (pakai nama ayah). tanah tu pusaka dr arwah atok aku.... so nk kira cemana nih? kene buktikan dulu mmg tanah mak aku ke? (nk tukar nama... mak aku dh x de)

2) mak aku ada ckp :-

    - tanah tapak rumah, jd milik abg aku yg sulung.
    - tanah yg ada sawit, jd milik abg aku yg ke3
    - brg kemas, jd milik adik aku yg bunsu (sbb dia yg jaga mak aku time dia sakit)

     nota : aku dgn kakak, x disebut. dan kami x kisah psl harta tu pun.

3)  mulanya..... kami ok la dgn cadangan mak tu. tp ada lah tragedi x puas hati berkalu. aku dpt tau dr kakak aku..... (time mak aku ada lg)....abg aku dh sebok2 suruh tukar nama cepat2 ke nama dia....kira cam nk bolot sumer tapak rumah tu... then ada la selisih faham sket abg aku dgn ayah aku...... maka aku, ayah aku dan kakak aku........putuskan KENE FARAIDH! bg adil kpd semua org....

4) skang nih.....apa yg aku perlu buat?

a) pi pejabat tanah dan ckp nk bahagikan pusaka tu ikut FARAIDH?
b) sijil faraidh nih kene apply kat mahkamah syariah x? prosesnya cemana?
c) tanah tu kene pecah sempadan la yer? ke pakai 2 nama?
4) etc lah.... pening kepala aku....

harap2 ada yg membantu aku.....TQ

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2008 09:15 PM | Show all posts
salam .. nak tolong tanyakan kwan saya nie.

mother dia tinggalkan harta byk gak la. but less than rm600k.

dia ada 2 adik beradik.. masing2 lelaki dan perempuan.

sowang lagi anak angkat.

tapi paklang dia ni (adik beradijk mother dia)  nak sgt harta tersebut.
camne ek?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 10:18 PM | Show all posts
kalau sesapa nak tau pasal trust nomination atau pengurusan wasiat amanah boleh pm, ada dah kes belaku pada customer sy , insyaAllah...dlm masa 2 minggu duit tu sampai terus ker waris tanpa melalui amanah raya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 11:17 AM | Show all posts
aku tgh wat tuntutan melalui ARB terhadap harta arwah mak aku.

ARB nak aku pegi ke pjbt tanah Gombak utk dptkan land tittle harta tersebut.

cuma nak tau, aku pegi terus walk-in je ke atau ada cara yg lain?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by GTR-4 at 1-8-2007 10:05 PM
more about..WASIAT

WASIAT

kalau nk buat wasiat kat malaysia ni setau aku ade 3 tempat..pertama ARB, kedua Rockwill Dan Wasiah Shoppe.

wasiat kat ARB..

wasiat ni sebenarnya boleh diber ...



kalau guna wasiah shoppe & Rockwill ni camna lak komisyen dia? Mahal mcm ARB gak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:50 PM | Show all posts
Originally posted by mix_chinese at 4-5-2008 09:15 PM
salam .. nak tolong tanyakan kwan saya nie.

mother dia tinggalkan harta byk gak la. but less than rm600k.

dia ada 2 adik beradik.. masing2 lelaki dan perempuan.

sowang lagi anak angkat ...


kalau bawah 600k....
tu pusaka kecil....

leh pegi terus ke pejabat tanah di mana tanah berada....

amik borang A...
isi segala docement needed
then byr RM10 tuk proses...

then.... dia akan panggil semua ahli waris....
buat bicara.... tuk tentukan cara mana nk bahagikan pusaka tu...
nk ikut faraid ke...
nk bg sama byk ke....n what so ever....

amik masa... 6bln - 1 thn....
bergantung kpd kerjasama yg diberikan oleh waris2 semua....

kalau tanah..... boleh jualkan tanah tu...(pej tanah anak nilaikan amount tanah)
then bagikan ikut cara mana yg korang decide...

harap dpt membantu....

aku sedang dlm proses mentadbir pusaka mak aku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 01:52 PM | Show all posts
Originally posted by bulalof at 8-5-2008 11:17 AM
aku tgh wat tuntutan melalui ARB terhadap harta arwah mak aku.

ARB nak aku pegi ke pjbt tanah Gombak utk dptkan land tittle harta tersebut.

cuma nak tau, aku pegi terus walk-in je ke atau a ...


nk tanya.... berapa ARB caj nk buka fail...
n caj processing berapa % dia amik (dr keseluruhan harta)?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 101568 Replies : 4461
[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin Hye Sun, Lee Jin Wook, Kang Hoon
Rahah[ENA 2024] DEAR HYERI/TO MY HARRY - Shin
Views : 47812 Replies : 21
Setelah menghabiskan berpuluh2.. ribu  cantikkkan
YgBenarSetelah menghabiskan berpuluh2.. ribu c
Views : 14208 Replies : 71
Bila bbnu bercinta #4
BoomibulatBila bbnu bercinta #4
Views : 9255 Replies : 66
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9671 Replies : 77
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33219 Replies : 15
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6952 Replies : 10
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 41581 Replies : 77
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 67315 Replies : 573
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 16874 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 09:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056238 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list